untuk maklumat lanjut sila layari  · 1 pengenalan 2 perbankan melalui internet cepat dan mudah 3...

20
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU Edisi Kedua

Upload: hathu

Post on 25-Jul-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Kedua

Perbankan Internet

E -T R A N S A K S I

DA N A N DA

PerbankanInternet

Program pendidikan pengguna oleh:

1 Pengenalan

2 Perbankan melalui InternetCepat dan mudah

3 Apakah yang diperlukan untukmemulakan perkhidmatan perbankan Internet?

Bagaimana untuk memohon menjadi pengguna perbankan Internet?

4 Perkhidmatan perbankan yang ditawarkan dalam talian

Sebelum anda mendaftar

5 Adakah perkhidmatan perbankan Internet selamat digunakan?

9 Ancaman keselamatan Internet

10 Kerahsiaan maklumat peribadi anda

12 Soalan yang sering ditanya

16 Glosari

kan

du

ng

an

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.

Tarikh: 1 April 2007

PENGENALAN

Perbankan Internet membolehkan anda menguruskan hal kewangan anda dari rumah atau tempat kerja bahkan dari mana-mana sahaja di serata dunia. Tujuan buku kecil ini adalah untuk memberi maklumatmengenai perkhidmatan perbankan Internet yang ditawarkan olehinstitusi-institusi perbankan berlesen di Malaysia.

Uruskan halkewangan anda

dari mana-mana sahaja di serata dunia

PERBANKAN MELALUI INTERNET

Buat masa ini, hanya institusi-institusiperbankan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan1989 (ABIK) dan Akta Perbankan Islam1983 (API) sahaja yang dibenarkan untukmenawarkan perkhidmatan perbankanInternet di Malaysia. Senarai institusi-institusi perbankan berlesen yang telahdiluluskan oleh Bank Negara Malaysiauntuk menawarkan perkhidmatanperbankan Internet boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia,www.bnm.gov.my.

CEPAT DAN MUDAH

Perbankan Internet menyediakan suatukaedah yang cepat dan mudah kepadaanda untuk menjalankan pelbagaitransaksi perbankan, semasa atau di luarwaktu perbankan. Kebanyakan institusiperbankan menawarkan perkhidmatan ini 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Iamenjimatkan masa kerana anda tidakperlu lagi pergi ke bank dan beratur untuk mendapatkan perkhidmatanperbankan atau membayar bil.

2

APAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUKMEMULAKAN PERKHIDMATANPERBANKAN INTERNET?

Perbankan Internet tidak memerlukansebarang perisian atau akses khas kepadasebuah rangkaian persendirian, tetapiianya dilakukan melalui rangkaianInternet. Jika anda memiliki komputeryang mempunyai akses kepada Internet,modem dan talian telefon, pelayar Internetdan telah mendaftar untuk perkhidmatanInternet dengan institusi perbankan, andaboleh menjalankan perbankan Internetdari mana-mana sahaja di seluruh dunia.Anda dinasihatkan supaya memasangdinding keselamatan peribadi dan sentiasamengemaskini perisian penentang virus.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHONMENJADI PENGGUNA PERBANKANINTERNET?

Anda boleh memohon kemudahanperbankan Internet jika anda mempunyaiakaun dengan institusi perbankan yangmenyediakan perkhidmatan perbankanInternet. Butir-butir lanjut mengenaiprosedur permohonan boleh didapati di laman web institusi-institusi perbankanyang berkenaan.

Kaedah yangcepat dan mudahuntuk menjalankan pelbagaitransaksi perbankan

3

4

Memohon draf bank dan pemindahantelegraf

Sebahagian daripada perkhidmatantambahan yang ditawarkan termasukmenambahnilai masa ke udara telefonbimbit dan pengiraan kadar faedah serta nilai mata wang asing. Sila hubungiinstitusi perbankan anda untukmendapatkan senarai penuh perkhidmatanyang ditawarkan serta ciri-ciri dan salurantambahan yang disediakan.

SEBELUM ANDA MENDAFTAR

Anda dinasihatkan supaya membaca danmemahami terma dan syarat-syaratperkhidmatan sebelum mendaftar untukperkhidmatan perbankan Internet yangmerangkumi:

Maklumat tentang tanggungjawabinstitusi perbankan dan pelanggan

Maklumat tentang pihak yang harusbertanggungjawab sekiranya berlakusebarang transaksi palsu atau penipuan

PERKHIDMATAN PERBANKAN YANGDITAWARKAN DALAM TALIAN

Anda boleh menjalankan pelbagaitransaksi perbankan dalam talian dengan kemudahan perbankan Internet. Bergantung kepada institusiperbankan, perkhidmatan utama yang ditawarkan melalui perbankanInternet membolehkan anda:

Menyemak baki akaun dan penyata akaun

Mengemukakan permohonan untukakaun, kad kredit atau kemudahanpinjaman baru

Membuat pelaburan deposit tetap

Memindah dana di antara akaun (miliksendiri dan pihak ketiga)

Membayar bil, kad kredit, pinjaman danpremium insurans

Membuat, meminda dan membatalkanarahan tetap

Memohon buku cek dan penyata akaun

Menyemak status cek dan memohonarahan menghentikan pembayaran cek

Langkah-langkah telahdiambil olehinstitusi-institusiperbankanuntuk menjaminsatu lamanweb yangselamat

5

Cara pemberitahuan sekiranya terdapatperubahan pada terma dan syarat-syarat

Maklumat tentang cara membuat aduandan bagaimana aduan itu akan disiasatdan diselesaikan

Anda juga harus berbincang denganinstitusi perbankan anda mengenai risikoyang berkaitan dengan perbankan Internetdan memahami tanggungjawab dan hak-hak anda sepenuhnya.

ADAKAH PERKHIDMATAN PERBANKANINTERNET SELAMAT DIGUNAKAN?

Seperti sistem-sistem lain, penggunaanperbankan Internet turut mengandungirisiko. Walau bagaimanapun, tahap risikotelah diminimumkan melalui pemeriksaansistem keselamatan secara berterusan olehinstitusi perbankan dan sikap berhati-hatianda apabila menggunakan perkhidmatanperbankan Internet.

Tindakan institusi perbankan untukmenjamin keselamatan

Sebelum mula menawarkan perkhidmatanperbankan Internet, institusi perbankantelah berusaha sepenuhnya untuk

memastikan sistem perbankan Internetyang dibinanya adalah selamat untukpengguna. Tambahan pula, institusiperbankan yang menawarkan perbankanInternet juga dikehendaki mematuhi garispanduan minimum yang ditetapkan olehBank Negara Malaysia. Di antara langkah-langkah keselamatan yang telah diambiloleh institusi-institusi perbankan ialah:

Sentiasa menjalankan ujian ke atas sistemperbankan Internet untuk memastikankeberkesanan sistem tersebut

Penyediaan pengaturan bagi keselamatanInternet untuk memastikan infrastrukturyang dijamin selamat:

- Perlaksanaan langkah-langkah keselamatan seperti penyulitan, dinding keselamatan, log keluar automatik dan alat pemantau

- Pemasangan sistem untuk mengesan dan menggagalkan serangan penceroboh (hacker)

Menggunakan kaedah pengesahan duafaktor yang menyediakan dua tahappemeriksaan untuk mengenalpastipengguna sebenar

a.

6

- Jangan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dalamkomputer

- Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti nama atau tarikh lahir. Anda disyorkan untuk menggunakan kata laluan yang mempunyai kombinasi huruf kecil, huruf besar dan nombor

- Jangan membalas sebarang permintaan untuk mendapatkan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda melalui telefon, faks, e-mel ataupun mesej timbul, walaupun ianya nampak sebagai urusan rasmi atau penting.

- Tukar kata laluan atau nombor PIN anda dengan serta-merta dan menghubungi institusi perbankan anda jika anda mengesyaki adanya transaksi yang tidak dibenarkan ke atas akaun anda atau terdapat pihak lain yang mungkin mengetahui kata laluan atau nombor PIN anda

- Sentiasalah menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata anda

Menjalankan pemeriksaan berkala setiap 6 bulan untuk menilai tahap risiko yangmungkin wujud dan mengesan kelemahanyang mungkin terdapat pada sistempengurusan risiko institusi perbankan.

Maklumat mengenai langkah-langkahkeselamatan yang telah diambil bolehdiperolehi di laman web institusi-institusiperbankan berkenaan.

Tindakan yang patut anda lakukan untukmenjamin keselamatan

Anda juga memainkan peranan yang pentingdalam memastikan keselamatan transaksiperbankan anda melalui Internet. Antaratindakan-tindakan yang boleh anda ambilselaku pelanggan bank ialah:

Jangan dedahkan ID log masuk dan katalaluan atau nombor PIN anda

- Hafal dan jangan menulisnya di mana-mana sekalipun

- Jangan menghantar maklumat peribadi anda terutamanya kata laluan atau nombor PIN melalui e-mel biasa

b.

7

Lindungikomputer andadaripada penceroboh,virus dan programperosak

untuk memastikan tiada transaksi yang tidak dibenarkan dan tiada tambahan kepada senarai penerima bayaran yang berdaftar

Pastikan bahawa anda berada di lamanweb yang betul dan selamat

- Sentiasa memasukkan "Uniform Resource Locator” (URL) laman web secara terus ke pelayar web. Elakkan daripada diarah masuk ke laman web bank atau hiperpautan ke laman web tersebut daripada e-mel atau laman web yang lain

- Pastikan anda berada di laman web yang betul sebelum mengendalikan transaksi dalam talian atau menghantar maklumat peribadi

- Pastikan anda berada di laman web yang selamat dengan menyemak URL yang dimulai dengan “https://” dan bukannya “http://” serta pastikan imej ibu kunci tertutup tertera pada bar status pelayar web anda. Walaubagaimanapun, anda haruslah berwaspada tentang kemungkinanURL dan imej ibu kunci tertutup yang

mewakili sijil “Secured Socket Layer” (SSL) adalah palsu. Oleh itu, periksa URL dan sijil SSL daripada tab “Page Properties” untuk mengenalpasti kesahihan laman web tersebut

- Pasang “toolbar” pelayar web yang dapat memberi amaran tentang laman web “phishing” agar risiko anda terjebak ke dalam kancah penipuan “phishing” dapat dikurangkan

Mendaftar untuk menggunakan kaedahpengesahan yang lebih baik

- Daftar untuk menggunakan kaedah pengesahan dua faktor, di mana pengesahan peringkat kedua akan dilakukan untuk melindungi transaksi anda

Lindungi komputer peribadi anda daripada penceroboh, virus danprogram perosak

- Pasang dinding keselamatan peribadi dan program penentang virus yang bereputasi untuk mengelakkan komputer peribadi anda daripada

diserang oleh virus, pengintip dan program perosak seperti "Trojan Horse"

- Pastikan program penentang virus dan penentang pengintip anda adalah yang terkini dan sentiasa berfungsi

- Pastikan sistem kendalian dan pelayar web anda adalah yang terkini dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaru untuk melindunginya daripada menjadi lemah dan mudah terjejas

- Jadikan pelayar anda berupaya untuk menolak kawalan ActiveX bagi mengurangkan keberangkalian pengintip dipasang ke dalam komputer anda

Berhati-hati apabila memuat turun perisian

- Periksa program atau lampiran yang diterima dengan program penentang virus yang terkini untuk memastikan ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer anda

- Jangan sesekali memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda kenali

8

atau klik pada hiperpautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda ketahui. Pembukaan fail, perisian atau hiperpautan sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumatperibadi anda, termasuk kata laluan ataunombor PIN anda

Jangan tinggalkan komputer anda terbiarsetelah anda log masuk

- Anda harus log keluar daripada laman perbankan Internet sebelum meninggalkan komputer anda, walaupun untuk sementara waktu

Sentiasa ingat untuk log keluar

- Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, adalah penting untuk anda terus log keluar

- Padamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

9

Berjaga-jagaapabila memuat turunsebarang perisian,menerima programatau lampiran

• Langkah-langkah lain

- Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain dalam keadaan terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian

- Elakkan mengguna komputer yang dikongsi bersama atau milik awam seperti di kafe Internet untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet anda

- Menyahaktifkan ciri-ciri perkongsian fail dan mesin pencetak dalam sistem kendalian anda

- Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang keselamatan akaun Internet anda, hubungilah institusi perbankan anda untuk membincangkan isu tersebut, termasuk cara penyelesaiannya

ANCAMAN KESELAMATAN INTERNET

Anda digalakkan untuk terus mengikutiperkembangan kaedah-kaedah terkinipenipuan Internet melalui nasihat-nasihatyang dipaparkan dalam laman web institusi

perbankan anda dan kumpulan-kumpulan industri yang bertujuan untukmenghapuskan penipuan dalam talian.

Anda harus berhati-hati terhadap kaedah-kaedah ancaman terkini termasuklahserangan “phishing”, “pharming” dan “man-in-the-middle”.

“Phishing” merupakan tindakan menghantar pesanan e-mel palsu yangmendakwa ianya adalah daripada institusi perbankan anda untuk mengumpanpenerima agar mendedahkan maklumat peribadi seperti PIN atau kata laluanuntuk mereka melakukan penipuan identiti. Ia sering mengandungi pautan ke laman web yang mengandungi logo, format, grafik dan perkataan-perkataanyang seakan-akan laman web sebenar institusi perbankan tersebut.

10

a.

“Pharming” merupakan tindakanmengeksploitasi kelemahan perisiansistem nama domain (DNS) yangmembolehkan penceroboh mendapatkannama domain institusi perbankan yangsebenar dan menukar arah laluan trafikdari laman web institusi perbankantersebut ke laman web palsu.

Serangan “man-in-the-middle”merupakan serangan di mana penipudapat membaca, menambah danmengubah mesej di antara anda dan institusi perbankan anda tanpa kedua-dua pihak mengetahui bahawapautan tersebut telah diceroboh.

Anda mampu mengurangkan risikodaripada menjadi mangsa penipuanInternet sekiranya anda melakukanlangkah-langkah yang telah disenaraikandi dalam 'Tindakan Yang Patut AndaLakukan Untuk Menjamin Keselamatan'.Anda juga seharusnya mencurigaisebarang e-mel yang mengandungikandungan atau kenyataan yangmendukacitakan atau menggembirakan(tetapi palsu) yang meminta andabertindak dengan segera untuk

Baca

kenyataandasarkerahsiaandan kawalan maklumatyang dipaparkan olehinstitusi-institusiperbankan di lamanweb mereka

menghantar maklumat kewangan andakerana penipu selalunya mahukan andabertindak dengan serta-merta.

KERAHSIAAN MAKLUMAT PERIBADIANDA

Institusi perbankan dan juga andamempunyai peranan dalam memastikankerahsiaan terjamin. Keselamatanmaklumat peribadi dan kewangan anda adalah perkara yang amat penting apabila mengendalikantransaksi perbankan melalui Internet.Kerahsiaan maklumat peribadipengguna adalah satu unsur pentingkepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap sistem perbankan.

Tanggungjawab institusi perbankandalam memelihara kerahsiaan

Semua institusi perbankan yangmenawarkan perkhidmatan perbankanInternet adalah dikehendakimengamalkan dasar kerahsiaanpengguna dan kawalan maklumat yangbertanggungjawab. Contohnya, institusiperbankan seharusnya mempamerkan

11

mesej-mesej peringatan untuk memaklumkanbahawa anda akan meninggalkan laman web institusi perbankan itu dan tidak lagidilindungi oleh dasar kerahsiaan penggunadan langkah-langkah keselamatannya apabilaanda membuat hiperpautan ke laman webpihak ketiga.

Tanggungjawab anda dalam memeliharakerahsiaan

Anda adalah dinasihatkan supaya membacakenyataan dasar kerahsiaan yang dipaparkanoleh institusi-institusi perbankan di lamanweb mereka sebelum memberi maklumatperibadi anda. Dengan meneliti dasar ini,anda boleh mengetahui jenis maklumat yang diterima dan disimpan oleh institusiperbankan tentang diri anda. Institusiperbankan mungkin ingin berkongsimaklumat tentang diri anda dengan entitilain yang berkaitan untuk memasarkanproduk-produk tertentu yang menepatikeperluan dan minat anda. Jikalau anda tidak ingin institusi perbankan berkongsimaklumat peribadi anda dengan pihak lain tanpa kebenaran, anda harus membuatpilihan "tidak bersetuju" kepada institusi perbankan tersebut.

b.

Q&AInstitusi perbankan manakahyang menawarkan perkhidmatanperbankan Internet?

Pada amnya, institusi perbankan menawarkan perkhidmatan perbankan Internet kepada pelanggan bank yang mempunyai akaun bank, kad kredit atau kemudahan pinjaman. Terdapat juga institusi perbankan yang menawarkan akaun khas yang dirangka khusus untuk perbankan Internet bagi pelanggan yang sedia ada dan juga yang baru. Senarai institusi-institusi perbankan yangdiluluskan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan Internet boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my. Anda adalah dinasihatkansupaya hanya mendaftar dengan institusi perbankan berlesen yang telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatanperbankan Internet.

Apakah yang saya perlukanuntuk mengakses perbankanInternet?

Apakah jenis akaun yangboleh diakses melaluiperbankan Internet?

Anda boleh mengakses akaun anda yang telah dikaitkan dengan perkhidmatan ini. Ia mungkin terdiri daripada akaun-akaun simpanan, semasa, deposit tetap,kemudahan pinjaman dan kad kredit anda.

Anda memerlukan peralatan yang dilengkapi dengan kemudahan Internet sepertikomputer peribadi yang diterap dengan sistem kendalian yang sesuai, kebolehanmengakses Internet melalui modem dan pelayar web yang sesuai. Maklumat lanjutmengenai perkara ini boleh didapati di laman web perbankan Internet institusiperbankan atau dengan menghubungi institusi perbankan berkenaan.

SOALAN YANG SERING DITANYA

12

Apakah tindakan yang patutdiambil oleh pelangganuntuk menjadikanperbankan Internet lebihselamat?

Perbankan Internet menawarkan kaedah yang selamat untuk mengendalikan transaksiperbankan sekiranya langkah pencegahan yang mencukupi telah diambil. Anda adalahdinasihatkan supaya:

• Merahsiakan ID log masuk, kata laluan atau nombor PIN anda

• Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN

• Elakkan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN di dalam komputer

• Pastikan bahawa anda log masuk ke dalam laman web yang betul

• Sentiasa menyemak sejarah transaksi dan penyata anda

• Jangan tinggalkan komputer anda terbiar semasa masih menggunakanperkhidmatan perbankan Internet

13

Berapakah kos untukmelanggan perkhidmatanperbankan Internet?

Langganan perkhidmatan perbankan Internet buat masa ini adalah percuma tetapikeadaan ini boleh berubah bergantung kepada institusi perbankan yang terlibat.Yuran mungkin juga dikenakan ke atas sesetengah perkhidmatan seperti pemindahandana antara bank, pemindahan telegraf dan permohonan buku cek baru. Sila hubungiinstitusi perbankan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai yuran-yuranyang dikenakan. Dalam mengendalikan transaksi perbankan, struktur yuran yanglebih berdaya saing mungkin akan dikenakan untuk kaedah Internet berbandingdengan kaedah yang lain seperti perkhidmatan kaunter cawangan. Sesetengahinstitusi perbankan turut menawarkan perkhidmatan perbankan Internet kepadapelanggan korporat dan langganan untuk perkhidmatan ini mungkin dikenakanbayaran.

14

Jika menghadapi sebarang masalah, anda hendaklah menghubungi pusat khidmatpelanggan institusi perbankan anda dengan serta-merta dan berikan butir-butirtransaksi dan jenis masalah yang dihadapi. Kesemua rekod transaksi anda disimpan olehinstitusi perbankan dan mereka mungkin boleh membantu anda di dalam hal ini.

• Log keluar di setiap akhir sesi dan kosongkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar dari laman web

• Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak dengan memasang dinding keselamatan pencegah pencerobohan yang terkini dan program penentang virus yang bereputasi. Dinding keselamatan dan penentang virus ini haruslah dikemaskinikan dari semasa ke semasa supaya ianya berkesan. Walaupun sesetengah program penentang virus mempunyai ciri-ciri penentang "Trojan Horse", ia mungkin hanya menyahkan program "Trojan Horse" yang lebih popular. Anda mungkin ingin memasang program penentang "Trojan Horse" yang dirangka khusus untuk mengimbas dan menyahkan sebarang "Trojan" dari komputer anda

• Elakkan memuat turun fail atau perisian dari laman web yang tidak diketahui atau klik pada hiperpautan yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali

• Elakkan menghantar maklumat peribadi terutamanya kata laluan atau nombor PINmelalui e-mel biasa

• Elakkan menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau komputer milik awam seperti di kafe Internet untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet

Bagaimana sekiranya timbulmasalah atau saya telahmelakukan kesilapan?

15

Kontrak perjanjian yang berkaitan dengan liabiliti seharusnya mengandungi peruntukanperkongsian risiko di antara institusi perbankan dan pelanggan. Pelanggan tidakseharusnya bertanggungjawab ke atas kerugian yang tidak berpunca daripada merekaselagi mereka tidak cuai. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab andauntuk merahsiakan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dan mengambiltindakan-tindakan keselamatan yang sewajarnya seperti yang dinyatakan dalam"Tindakan Yang Patut Anda Lakukan Untuk Menjamin Keselamatan" di atas.

Anda boleh menghubungi institusi perbankan anda sekiranya mempunyai sebarangaduan. Kesemua institusi perbankan telah menubuhkan Unit Aduan khas untukmenyelesaikan aduan pelanggan. Maklumat tentang pegawai bank yang bolehdihubungi, nombor telefon serta alamat e-mel boleh didapati di laman web BankNegara Malaysia, iaitu www.bnm.gov.my.

Untuk mandapatkan maklumat lanjut tentang prosedur membuat aduan ke atasinstitusi perbankan, sila rujuk kepada buku kecil BankingInfo mengenai "Membuataduan perihal perbankan."

Siapakah yang akan menanggungkerugian jika berlaku kesilapan?

Di manakah harus saya merujuksekiranya saya mempunyai aduanatau hendak menyelesaikan sesuatupertikaian?

GLOSARI

ActiveX

Teknologi perisian yang menyediakan peraturan-peraturan

perkongsian maklumat di antara aplikasi-aplikasi yang

membolehkan keupayaan atau kandungan yang telah

diprogramkan, dihantar melalui Internet ke komputer

peribadi yang berdasarkan “Windows”.

Dinding Keselamatan

Dinding keselamatan bertindak sebagai alat penapis yang

menghalang maklumat daripada keluar-masuk ke atau

dari sesuatu rangkaian yang dilindungi.

Pelayar Web

Pelayar web adalah program perisian yang digunakan

untuk melayari web. Ia membolehkan pengguna melawat

laman web Internet dan menatap muka surat web pada

skrin komputer peribadinya. Pelayar web menjalankan

semua tugas yang diperlukan untuk menatap laman web.

Pengesahan dua faktor

Proses mengenalpasti identiti seseorang melalui

pengesahan dua faktor yang diberikan. Kedua-dua faktor

tersebut adalah sesuatu yang pelanggan tahu, iaitu ID log

masuk dan kata laluan, dan samada sesuatu yang

pelanggan ada, seperti sijil digital dan kata laluan sekali

guna yang diperolehi daripada token atau dibekalkan

melalui sistem pesanan ringkas, atau sesuatu ciri peribadi

16

pelanggan, seperti ciri-ciri biometrik, sebagai contoh cap jari dan

corak anak mata.

Penyulitan

Penyulitan adalah proses mengarau data kepada format yang

tidak boleh dibaca agar lebih selamat untuk disiarkan di Internet.

Penyulitan digunakan untuk mengelakkan risiko maklumat ini

daripada dipintas dan dibaca oleh pihak ketiga. Teknologi

penyulitan yang paling lazim digunakan adalah "Secured Socket

Layer (SSL)" yang menyulitkan sebarang pergerakan keluar-

masuk maklumat antara laman web anda dan server secara

automatik. Anda boleh mengetahui sama ada laman web

tersebut disulitkan dengan teknologi SSL dengan memastikan

bahawa URL bermula dengan https://. Terdapat dua tahap

penyulitan iaitu SSL 40-bit dan 128-bit. Pelayar 128-bit

menyediakan tahap keselamatan yang tertinggi buat masa ini.

Peti Ingatan

Peti ingatan ialah memori yang digunakan oleh pelayar untuk

menyimpan kandungan laman web yang telah dilawati.

Penyimpanan kandungan tersebut membolehkan pelayar

untuk membuka muka surat yang sama dengan lebih cepat

apabila pengguna melawatinya kembali.

Trojan Horse

Sesuatu program yang nampak seperti berguna atau tidak

merosakkan tetapi sebenarnya menyimpan kod perosak yang

bertujuan untuk merosakkan sistem yang menjalankannya.

Design Copyright © 2006 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.