universiti putra malaysia page 1 of 1 - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/51431/1/qs world...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Isnin, Mac 13, 2017 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2017-23 subjek UPM terbaik di dunia UPM lonjak 16 subjek dalam 200 terbaik dunia QS World University Rankings By Subject 2017 Subjek Pertanian dan Perhutanan; Kejuruteraan - Kimia dan Kejuruteraan Mekanikal 100 terbaik dunia Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya melonjakkan sebanyak 16 subjek dalam kedudukan 200 terbaik QS World University Rankings by Subject 2017 yang baru diumumkan pada 8 Mac 2017 hari ini. UPM membuat lonjakan daripada 15 subjek pada tahun lalu kepada 16 subjek pada tahun ini dan menambah kedudukan 100 terbaik dunia dalam subjek Agriculture & Forestry selama lima tahun berturut-turut kepada dua subjek lagi iaitu Engineering - Chemical dan EngineeringMechanical, Aeronautical & Manufacturing mengatasi lebih empat ribu universiti lain yang dinilai. Selain itu, sebanyak 23 subjek telah disenaraikan dalam 400 terbaik dunia tahun ini berbanding 19 subjek pada tahun lepas. Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris merakamkan ucapan tahniah kepada semua staf dan pelajar yang telah menyokong kejayaan entiti-entiti UPM yang terlibat dalam meningkatkan prestasi institusi pada peringkat dunia. Kenaikan jumlah subjek kepada 23, mengekalkan subjek Pertanian dan Perhutanan dalam 100 terbaik dunia buat lima tahun berturut-turut dan menambah dua subjek lagi dalam 100 terbaik dunia adalah sesuatu prestasi yang membanggakan untuk UPM kerana persaingan dan prestasi agak memberangsangkan dari institusi serantau. UPM juga melonjakkan jumlah subjek 150 terbaik dunia daripada lima kepada lapan subjek. Pencapaian subjek Pertanian dan Perhutanan disumbangkan oleh Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Pertanian Makanan serta institut-institut UPM yang menyokong bidang Pertanian menunjukkan UPM berjaya membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan kualiti graduan.Pengukuhan kerjasama strategik dengan industri, kerajaan dan alumni termasuk institusi antarabangsa dalam meningkatkan kecemerlangan inisiatif pengantarabangsaan dan sekali gus meningkatkan sumbangan untuk agenda Malaysia dan menerjah persaingan global,katanya. Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata antara kriteria dalam penarafan itu ialah pembinaan profil kukuh ahli akademik, penyelidikan berimpak tinggi, pengembangan dan pengajaran kepada masyarakat dan pengiktirafan majikan terhadap graduan di seluruh dunia. Peningkatan prestasi fakulti dan institut bidang itu di UPM dalam aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan jaringan antarabangsa dan kebangsaan turut membantu ranking,katanya. Beliau berkata kebelakangan ini UPM telah melakukan beberapa penambahbaikan dalam aktiviti pengantarabangsaan meliputi mobiliti pensyarah dan pelajar, penyelidikan dan penerbitan, penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi dan penerbitan buku yang menembusi pasaran antarabangsa. Penarafan dan penekanan kepada kualiti penyelidikan akedemik dan bilangan penerbitan dalam jurnal terkemuka dengan bilangan sitasi penerbitan (citations) dan H- Index bertambah sejak kebelakangan ini. Dalam bidang pengajaran, kurikulum yang disemak semula memberi penekanan bukan saja kepada kursus utama tetapi juga kursus-kursus sampingan yang membantu dalam keterampilan siswazah,katanya. Maklumat lanjut keputusan QS World University Ranking 2017 boleh didapati melalui https://www.topuniversities.com/subject-rankings/2017 RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 13 Mar 2017 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 13/3/2017 http://www.upm.edu.my/berita/details/lonjak16ranking2017bm

Upload: vulien

Post on 29-May-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Putra Malaysia Page 1 of 1 - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/51431/1/QS WORLD UNIVERSITY... · utama | fakta & angka | direktori kakitangan | lokasi | peta laman | soalan

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Isnin, Mac 13, 2017

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2017-23 subjek UPM terbaik di dunia

UPM lonjak 16 subjek dalam 200 terbaik dunia QS World University Rankings By Subject 2017

Subjek Pertanian dan Perhutanan; Kejuruteraan - Kimia dan Kejuruteraan – Mekanikal 100 terbaik dunia

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya melonjakkan sebanyak 16 subjek dalam kedudukan 200 terbaik QS World University Rankings by Subject 2017 yang baru diumumkan pada 8 Mac 2017 hari ini.

UPM membuat lonjakan daripada 15 subjek pada tahun lalu kepada 16 subjek pada tahun ini dan menambah kedudukan 100 terbaik dunia dalam subjek Agriculture & Forestry selama lima tahun berturut-turut kepada dua subjek lagi iaitu Engineering - Chemical dan Engineering– Mechanical, Aeronautical & Manufacturing mengatasi lebih empat ribu universiti lain yang dinilai. Selain itu, sebanyak 23 subjek telah disenaraikan dalam 400 terbaik dunia tahun ini berbanding 19 subjek pada tahun lepas.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris merakamkan ucapan tahniah kepada semua staf dan pelajar yang telah menyokong kejayaan entiti-entiti UPM yang terlibat dalam meningkatkan prestasi institusi pada peringkat dunia.

“Kenaikan jumlah subjek kepada 23, mengekalkan subjek Pertanian dan Perhutanan dalam 100 terbaik dunia buat lima tahun berturut-turut dan menambah dua subjek lagi dalam 100 terbaik dunia adalah sesuatu prestasi yang membanggakan untuk UPM kerana persaingan dan prestasi agak memberangsangkan dari institusi serantau.

“UPM juga melonjakkan jumlah subjek 150 terbaik dunia daripada lima kepada lapan subjek.

“Pencapaian subjek Pertanian dan Perhutanan disumbangkan oleh Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Pertanian Makanan serta institut-institut UPM yang menyokong bidang Pertanian menunjukkan UPM berjaya membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan kualiti graduan.”

“Pengukuhan kerjasama strategik dengan industri, kerajaan dan alumni termasuk institusi antarabangsa dalam meningkatkan kecemerlangan inisiatif pengantarabangsaan dan sekali gus meningkatkan sumbangan untuk agenda Malaysia dan menerjah persaingan global,” katanya.

Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata antara kriteria dalam penarafan itu ialah pembinaan profil kukuh ahli akademik, penyelidikan berimpak tinggi, pengembangan dan pengajaran kepada masyarakat dan pengiktirafan majikan terhadap graduan di seluruh dunia.

“Peningkatan prestasi fakulti dan institut bidang itu di UPM dalam aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan jaringan antarabangsa dan kebangsaan turut membantu ranking,” katanya.

Beliau berkata kebelakangan ini UPM telah melakukan beberapa penambahbaikan dalam aktiviti pengantarabangsaan meliputi mobiliti pensyarah dan pelajar, penyelidikan dan penerbitan, penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi dan penerbitan buku yang menembusi pasaran antarabangsa.

“Penarafan dan penekanan kepada kualiti penyelidikan akedemik dan bilangan penerbitan dalam jurnal terkemuka dengan bilangan sitasi penerbitan (citations) dan H-Index bertambah sejak kebelakangan ini.

“Dalam bidang pengajaran, kurikulum yang disemak semula memberi penekanan bukan saja kepada kursus utama tetapi juga kursus-kursus sampingan yang membantu dalam keterampilan siswazah,” katanya.

Maklumat lanjut keputusan QS World University Ranking 2017 boleh didapati melalui https://www.topuniversities.com/subject-rankings/2017

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 13 Mar 2017

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

13/3/2017http://www.upm.edu.my/berita/details/lonjak16ranking2017bm