unit3

27
PENCEGAHAN KEBAKARAN R1001 / UNIT 3/ 1 Objektif am : Mengetahui konsep asas kebakaran Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- menerangkan bagaimana api terhasil membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan menggunakan alat memadam api kecil permulaan menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan. UNIT 3 OBJEKTIF PENCEGAHAN KEBAKARAN

Upload: balamurali

Post on 11-Jun-2015

2.938 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 1

Objektif am :

Mengetahui konsep asas kebakaran

Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan

Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya

dapat :-

menerangkan bagaimana api terhasil

membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil

permulaan

menggunakan alat memadam api kecil permulaan

menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian

bangunan.

UNIT 3

OBJEKTIF

PENCEGAHAN KEBAKARAN

Page 2: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 2

3.1 PENGENALAN KEBAKARAN

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan

merupakan kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan

api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam

kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal

secara betul.

3.1.1 Definisi pencegahan kebakaran

Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil

bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga

langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula

daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.

3.2 KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API

3.2.1 Asas kebakaran kimia

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang

bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu,

INPUT

Page 3: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 3

kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu

atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

3.2.2 Cara memadam kebakaran

Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga

unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk

memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.

Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu

nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam

kerana tiadanya bahan untuk dibakar. Anda juga boleh

menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan

menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah

sekiranya nyalaan adalah kecil.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam

kebakaran iaitu:

a. Melaparkan.

API

OKSIGEN HABA

BAHAN

Rajah 1: Segitiga api

Page 4: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 4

Ini dilakukan dengan:

i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke

tempat lain.

ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat

lain

iii. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar

supaya mudah dipadamkan.

b. Melemaskan.

Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan

cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya

tidak dapat membantu kebakaran.

c. Menyejukkan.

Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan

perpindahan haba dengan menurunkan haba dan

menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah.

Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

d. Memutuskan Rantai Tindakbalas.

Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan

mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF

dan serbuk kering.

3.2.3 Cara api merebak

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu

dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus

menerus.

a. Olakan haba.

Page 5: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 5

Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap

dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan

gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian atas

bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini akan

menyebabkan suhu di mana kawasan asap dan gas

terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang

meningkat ini akan menyebabkan bahan yang mudah

terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah

sampai ke suhu pembakaran.

c. Pengaliran.

Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak

terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang dan suhu yang

panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, besi dan

tembaga merupakan agen pengaliran yang akan mengalirkan

bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang

dihasilkan akan menyebabkan bahan-bahan di sekitarnya

terbakar dengan sendirinya.

d. Bahangan.

Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di

sekitar kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga

boleh menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada

berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar

walaupun ianya tidak bersentuhan.

e. Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api

merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api

mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara

satu sama lain.

Page 6: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 6

3.2.4 Kelas-kelas api

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca

bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai

jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam

api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran

tersebut.

KELAS

APICONTOH

ALAT PEMADAM API

PERMULAAN

A

JENIS PEPEJAL- kertas, kayu

habuk,

kain

ABC(Serbuk Kering)

Air

Buih

BJENIS CECAIR - minyak, gasolin,

alkohol

ABC

Buih

CO2

Air Semburan

Halon

C

JENIS GAS - acetylene,

ammonia,

butane

ABC

Air Semburan

Halon (BCF)

D

JENIS LOGAM - aluminium,

kalsium,

magnesium

ABC

Rajah 2: Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan

A B C D

Page 7: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 7

3.2.5 Alat pemadam api permulaan

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi

tidak semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya

berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau

memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan

api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam

api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api dan

dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan

banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di

mana alat pemadamnya berwarna biru muda.

Rajah 3 : Alat pemadam api permulaan (Fire Extinguishers)

Page 8: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 8

JENIS WARNAJARAK

PANCUTAN

MASA

KESELURUHA

N PANCUTAN

CATATAN

AIR MERAH 4 meter 120 saat

Tidak

sesuai

jenis B , E

BUIHKUNING

LANGSAT6 meter 30 - 90 saat

Boleh

beku.

Tidak

sesuai

jenis E

CO2HITAM 3 meter 120 saat

Tiada

kesan

DEBU

KERING BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat

Kesan

kotor

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api

permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS

Page 9: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 9

P- Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api

A - Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca

api (bahan)

S- Squeeze - Pusing atau tekan pemegang

S- Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3

meter

sehingga api padam.

3.3 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan

harta-benda yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin

membabitkan kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita

mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya

Rajah 4: Cara menghalakan pancutan ke punca api

Page 10: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 10

kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat

kerja adalah seperti berikut:

i. Pembuangan puntung rokok atau mancis api

ii. Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar.

iii. ‘overloading’ kepada litar letrik plug atau soket.

iv. Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api.

v. Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk

jentera dan peralatan letrik.

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

HALAMAN BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

3.1 Senaraikan tiga unsur yang memyebabkan terjadinya api

3.2 Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api.

3.3 Senaraikan tiga kaedah api merebak.

3.4 Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh.

3.5 Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan

i. ranting-ranting kayu.

ii. Tumpuhan minyak tanah di kedai

AKTIVITI 1a

Page 11: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 11

Nyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesesuai

digunakan.

Jawapan :

3.1 Udara haba dan bahan

3.2 Melaparkan, melemaskan dan menyejukan

3.3 Olakan haba, pengaliran , bahangan dan terus menerus.

3.4 Kelas A- terdiri dari bahan perpejal seperti kertas, kayu dan kain

Kelas B – terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak, gasolin

dan alkohol.

Kelas c – terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia, butane

dan acetylene.

Kelas D – terdiri dari jenis logam seperti aluminium, kalsium dan

magnesium.

3.5 Jenis ABC (serbuk kering), air atau buih.

MAKLUMBALAS 1a

Page 12: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 12

Jenis ABC, buih, CO2, dan air semburan.

3.4 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal

yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku

dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru

bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang

boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage )

3.4.1 Pengurusan risiko kebakaran

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama

ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil

langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk

menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :

i.Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk

menyelamatkan diri (mean of escape).

INPUT

Page 13: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 13

ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.

iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan

iv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala

v. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang

berkesan

vi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi

vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping)

yang bagus.

viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik

dilakukan secara berkala.

3.4.2 Kelengkapan amaran kebakaran

Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan

sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan

beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun

begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan

sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.

i.Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu

dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila

dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini

dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan

bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon

dimana kaca tersebut dipecahkan.

ii. Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik.

Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila

mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal

kebakaran

iii. Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara

automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem

Page 14: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 14

amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang

tertentu.

3.4.3 Kelengkapan menentang kebakaran pada

bangunan

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap

dipasang dikategorikan kepada 2 jenis;

i. Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang

dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam

kebakaran secara manual atau automatik

ii. Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang

terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi

untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni

dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar

dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan

anggota bomba ketika melawan kebakaran

Perlindungan aktif.

i. Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk

mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara

semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan

yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera

kebakaran. Ia bertindak secara automatik.

ii. Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis

pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering

Page 15: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 15

iii. Sistem pili bomba (hyderant)

iv. Sistem salur Bantu mula (hosereel)

v. Sistem gas CO2.

vi. Sistem pemasangan tetap buih (foam)

Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.

ii. Koridor terlindung

iii. Pintu rintangan api

iv. Ruang akses menentang kebakaran

v. Lif Bomba

3.4.4 “Housekeeping”

Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah

kebakaran daripada berlaku.

Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:

i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah

dengan sempurna.

ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap.

iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.

iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak

terhalang.

v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.

vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.

vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.

viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.

3.4.5 Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran

Page 16: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 16

Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu

tindakan yang amat berguna di premis-premis besar seperti

kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan sebagainya.

Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan

Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk

melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan

menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam

kebakaran.

Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal

atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia

merebak dan tidak terkawal.

3.4.6 Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian

elektrik

Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan

dan ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya

sentiasa dalam keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut

sebaiknya adalah terdiri dari anggota pasukan bomba

sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan ke atas

peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan

pemeriksaan harian di tempat bekerja seperti berikut:

i. tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja.

ii. alat-alat pemadam api.

iii. struktur bangunan

iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar.

v. tahap housekeeping yang sentiasa baik.

vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi.

Page 17: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 17

vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak

digunakan.

3.4.7 Pelan kontigensi

Melepaskan diri dari bangunan terbakar

i. Tutup mulut dan hidung dengan kain basah

ii. Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan

searah hingga jumpa pintu

iii. Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan.

Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan

jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan.

iv. Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada

berhampiran lantai.

v. Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding

(bahagian yang agak kuat)

vi. Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh

badan

vii. Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum

terjun.

viii. Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali

ix. Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk

mengurangkan asap

x. Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan

mangsa diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan

tangan dan gulingkan diri di atas lantai.

3.5 TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN

1. Tujuan latihan pengunsian bangunan.

Page 18: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 18

i. Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.

ii. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan tugas “Routine” untuk menjaga keselamatan

boleh bertindak lebih serius.

iii. Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan

mengikut pelan yang telah dirancang.

iv. Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan

akan berjalan dengan cepat dan teratur.

2. Arahan / Latihan.

i. Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara

pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan

jelas serta mudah difahami.

ii. Latihan hendaklah kerap diadakan

iii. Tempat diubah-ubah

iv. Mengetahui jalan keluar

v. Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu

kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini.

vi. Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi

kilang yang mempunyai kawasan luas.

3. Butiran tugas “Routine” jika berlaku

kebakaran.

i. Tindakan/isyarat amaran.

Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.

ii. Tenaga elektrik.

Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga

elektrik yang tidak perlu.

iii. Memanggil pihak bomba.

Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis

kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang diketahui

Page 19: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 19

umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no. telefon

pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak

bomba dapat bertindak dengan segera.

iv. Pengunsian bangunan.

Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup.

Lantik orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari

penghuni di tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada

yang belum keluar.

v. Pengumpulan.

Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau

dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu

dalam pengunsian bangunan.

vi. Berbaris (Roll Call)

Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai

Bomba

4. Kekerapan melakukan latihan.

Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya

kebakaran, kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan.

Jumlah sebenar penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa

dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab.

Page 20: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 20

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

HALAMAN BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

AKTIVITI 1b

Page 21: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 21

3.6 Senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya

terdapat di sebuah bangunan.

3.7 Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda

berhadapan dengan situasi kebakaran di dalam sebuah

bangunan tempat anda belajar.

Jawapan :

3.6 Jenis pasif- tangga,koridor, pintu rintangan api dan lift bomba.

MAKLUMBALAS 1b

Page 22: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 22

Jenis aktif- Pili bomba, salur bantu mula, sistem pemasangan

sprinkler dan pemasangan pancur.

3.7 Tindakan yang perlu dilakukan adalah:

a) Gunakan alat pemadam api permulaan sekiranya api

diperingkat awal kebakaran.

b) Sekiranya api tidak dapat dikawal. Ambil tindakan berikut:

- Aktifkan alat amaran kebakaran dengan memecahkan

kacanya.

- telefon segera pihak bomba. Berikan butiran alamat, jenis

kebakaran,

lokasi, nama anda dan no. Kad pengenalan anda kepada

pihak

bomba. Anda mungkin perlu memberikan no. telefon anda

sekiranya

anda tidak menggunakan telefon awam.

- lakukan tindakan pengunsian bangunan. Segera arahkan

semua

penghuni untuk berkumpul di tempat lapang.

PENILAIAN KENDIRI

Page 23: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 23

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam

penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang

disediakan .

Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan

pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!

Soalan

1. Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api

permulaan untuk kenderaan anda. Alat pemadam tersebut

mestilah tidak mengotorkan kenderaan anda apabila digunakan.

Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai.

2. Anda seorang pegawai yang

dipertanggungjawabkan untuk membuat satu latihan kebakaran

di syarikat anda. Apakah yang perlu anda lakukan.

MAKLUMBALAS

Page 24: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 24

Adakah anda telah mencuba dahulu ???

Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jenis CO 2

2. Tindakkan yang perlu anda ambil adalah

i. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk berhimpun jika

berlaku kebakaran.

ii. Menyediakan laluan yang perlu di lalui oleh pekerja

semasa kebakaran agar semua pekerja mengetahui laluan

yang perlu mereka lalui semasa kebakaran dan terus

menuju ke tempat perhimpunan.

i. Pelan-pelan laluan dan perhimpunan ditempat di papan-

papan kenyataan dan tempat-tempat yang sesuai supaya

semua pekerja dapat mengetahuinya. Arahan hendaklah

terang, ringkas dan jelas serta mudah di fahami.

ii. Melantik ketua-ketua bagi setiap lokasi/tingkat jabatan

untuk menjalankan tugas latihan/semasa kebakaran.

iii. Memberi taklimat kepada semua pekerja mengenai laluan

kecemasan dan tempat perhimpunan semasa

latihan/kebakaran.

iv. Memberi taklimat kepada ketua-ketua yang dilantik

mengenai tugas-tugas mereka semasa latihan atau

kebakaran terutamanya tugas:

a. Memberi isyarat kecemasan

b. Memastikan suiz utama ditutup

c. Memastikan semua pekerja telah keluar dengan

memeriksa bilik-bilik tertentu seperti bilik rehat dan

bilik air

Page 25: UNIT3

PENCEGAHAN KEBAKARANR1001 / UNIT 3/ 25

d. Membuat pemeriksaan dalam barisan (roll call)

membaca nama setiap pekerja.