unit 5 bentuk muka bumi malaysia

Upload: masliza20

Post on 09-Jan-2016

281 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

akademik

TRANSCRIPT

  • Lebih 60 peratus daripada muka bumi negara kita terdiri daripada tanah tinggi yang melebihi180 meter dari aras laut. Kawasan tanah tinggi terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak. TANAH TINGGI

  • Walaupun negara kita bergunung-ganang, tetapi masih mempunyai kawasan tanah pamah yang luas. Kawasan tanah pamah negara kita terdiri daripada lembangan sungai, delta,dan dataran pantai. Lembangan sungai adalah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangan.Kawasan tanah pamah adalah kawasan kurang daripada 180 meter tinggi di lembah sungai yang disempadani oleh kawasan tanah tinggi. TANAH PAMAH

  • Dataran adalah kawasan rendah yang lebih luas, biasanya rata , dan kurang daripada 15 meter. Umumnya , dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran dengan pantai. Kawasan tanah pamah dan dataran yang ditimbuni denga tanah aluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian seperti di Dataran Kelantan dan Delta Rajang .

  • Negara kita mempunyai kawasan pinggir laut yang indah dan menarik.Kawasan pinggir laut negara kita tidak lurus tetapi panjang dan mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing,tanjung,pantai,pulau dan pentas benua. PINGGIR PANTAI

  • Panjang pinggir laut Malaysia ialah kira-kira 4800 kilometer.Semua negeri di negara kita mempunyai kawasan pinggir laut,kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Rajah di bawah menunjukkan model cii muka bumi kawasan pinggir laut.

  • Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya.Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai .Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain dikenal sebagai pola saliran .Terdapat beberapa pola saliran ,iaitu pola reranting ,jejala , gegelang dan selari.LEMBANGAN