undang-undang mala ysia - attorney … p arlim en, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang...

36
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 203 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN 1978 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: trandan

Post on 07-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 203

AKTA LEMBAGA KEMAJUANKELANTAN SELATAN 1978

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Undang-Undang Malaysia2 AKTA 203

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTANSELATAN 1978

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 28 Februari 1978

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 2 Mac 1978

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001

3Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 203

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTANSELATAN 1978

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

LEMBAGA

3. Lembaga

4. Fungsi Lembaga

5. Keanggotaan Lembaga

6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

7. Pekhidmat awam

8. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

9. Kawasan Kelantan Selatan

10. Fungsi tambahan Lembaga

11. Penyata, laporan, akaun dan maklumat

BAHAGIAN III

BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT

12. Pengerusi hendaklah menjadi Ketua Pegawai Pengurus

13. Pengurus Besar dan Timbalannya

14. Penyusunan Lembaga kepada Bahagian

Undang-Undang Malaysia4 AKTA 203

Seksyen

15. Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

16. Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawaidan pekhidmat

16A. Jawatankuasa tatatertib

16B. Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

16C. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

16D. Pengenaan surcaj

16E. Pemberitahuan surcaj

16F. Penarikan balik surcaj

16G. Mendapatkan surcaj

16H. Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

17. Penubuhan Kumpulan Wang

18. Pengimbangan akaun hasil

19. Kumpulan wang rizab

20. Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang

21. Perbelanjaan dan menyediakan anggaran

22. Akaun dan audit

BAHAGIAN V

KUASA LAIN LEMBAGA

23. Perwakilan kuasa Lembaga

24. Kuasa untuk meminjam

25. Pelaburan

26. Kuasa untuk mengambil khidmat ejen

27. Kuasa untuk memberi pinjaman

28. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

29. Pengambilan tanah secara paksa

5Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

BAHAGIAN VI

AM

Seksyen

30. (Dipotong)

31. Obligasi menyimpan rahsia

32. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

33. Perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diisytiharkan

JADUAL PERTAMA

JADUAL KEDUA

Undang-Undang Malaysia6 AKTA 203

7Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 203

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTANSELATAN 1978

Suatu Akta untuk memperbadankan Lembaga Kemajuan KelantanSelatan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yangberkenaan dengannya.

[1 Mei 1978, P.U. (B) 236/1978]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan KelantanSelatan 1978.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawahseksyen 14;

“Kawasan Kelantan Selatan” ertinya mana-mana kawasan yangditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 9;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan dibawah seksyen 17;

Undang-Undang Malaysia8 AKTA 203

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan yangditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi kemajuan wilayah;

“Negeri” ertinya Negeri Kelantan;“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan

pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut,menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut,menerima, atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam KumpulanWang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar,atau sebenarnya membayar, apa-apa wang itu, dan tiap-tiap pegawaidan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaanatau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan danharta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang ataumelupuskan barang simpanan dan harta itu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawahseksyen 5;

“Pengurus” ertinya Pengurus sesuatu Bahagian yang ditetapkandi bawah seksyen 14;

“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawahsubseksyen 13(1);

“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawahseksyen 28;

“syarikat” mempunyai erti sama seperti yang diberikan kepada“perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965[Akta 125];

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yangdilantik di bawah seksyen 5;

“Timbalan Pengurus Besar” ertinya Timbalan Pengurus Besaryang dilantik di bawah subseksyen 13(6).

BAHAGIAN IILEMBAGA

Lembaga3. Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga KemajuanKelantan Selatan” yang kekal turun-temurun ditubuhkan danmempunyai suatu meterai, yang boleh membawa guaman dan dibawaguaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi

9Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh,membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis hartaalih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan,menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaikanjanji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milikatau dengan cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusanmengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apakepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, mengikutapa-apa terma yang difikirkannya patut.

Fungsi Lembaga

4. (1) Fungsi Lembaga ialah—(a) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan

mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalamKawasan Kelantan Selatan;

(b) memajukan, menggalakkan, memudahkan danmengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian,perindustrian dan komersial dalam Kawasan KelantanSelatan; dan

(c) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yangtersebut terdahulu dalam Kawasan Kelantan Selatan.

(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segalaperkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi,atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dankhususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebutterdahulu—

(a) untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktivitikomersial dan perindustrian, yang penjalanannya, padapendapatnya, dikehendaki, berfaedah atau mudah untukatau berkenaan dengan pelaksanaan fungsinya itu, termasukmengilangkan, memasangkan, memproseskan,membungkuskan, menggredkan dan memasarkan keluaran,penyelidikan dan latihan;

(b) untuk mendayausahakan kajian permulaan mengenaikawasan pembangunan dan pembangunan semula yangmungkin dan membuat rancangan permulaan menggariskanaktiviti pembangunan atau pembangunan semula dantinjauan permulaan untuk menentukan sama adapengusahaan dan perjalanan projek pembangunan ataupembangunan semula dapat dilaksanakan;

Undang-Undang Malaysia10 AKTA 203

(c) untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejenatau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apacara lain bersama dengan atau bagi pihak, KerajaanPersekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihakberkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-manaperbadanan, atau mana-mana orang;

(d) untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktivitisedemikian oleh Kerajaan Persekutuan atau KerajaanNegeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-manasyarikat, mana-mana perbadanan, atau mana-mana badanatau orang lain;

(e) untuk menubuhkan atau memperkembangkan, ataumemajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat,perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian sama ada di bawah kawalanatau kawalan separa Lembaga atau secara bebas;

(f) untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pihakberkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-manabadan atau orang lain yang, didapati oleh Lembaga,mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-manaaktiviti sedemikian, termasuk bantuan kewangan melaluipengambilan modal syer atau pinjaman atau melaluipinjaman atau selainnya;

(g) untuk membeli, menaja atau secara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awamatau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apaterma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga;

(h) untuk menghendaki jabatan dan agensi kerajaan dan bukankerajaan yang terlibat dalam menjalankan pembangunandalam Kawasan Kelantan Selatan mengemukakan laporanyang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yangditentukan oleh Lembaga mengenai aktiviti mereka atauaktiviti mereka yang dicadangkan;

(i) untuk melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lainyang difikirkannya patut bagi maksud menjalankanfungsinya;

(j) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yangdifikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasaatau fungsinya;

11Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

(k) untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yangdiberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yangdipersetujui;

(l) untuk mengawal selia pembangunan dalam KawasanKelantan Selatan; dan

(m) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannyapatut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dankuasanya dengan berkesan.

(3) Tertakluk kepada seksyen 8, menjadi tanggungjawabLembaga dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini untukmemastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yangdapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dankhususnya dasar yang berhubungan dengan penyusunan semulamasyarakat.

Keanggotaan Lembaga

5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikutyang hendaklah dilantik oleh Menteri, kecuali Pengurus Besar:

(a) seorang Pengerusi;(b) seorang Timbalan Pengerusi;(c) tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan;(d) tiga orang wakil Kerajaan Negeri;(e) tiga orang yang mempunyai kedudukan profesional yang

berkaitan; dan(f) Pengurus Besar.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), peruntukan JadualPertama hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.

(3) Perenggan 1, 2, 3 dan 7 Jadual Pertama tidak terpakai bagiPengurus Besar.

(4) Pengurus Besar tidak mempunyai hak untuk mengundi dalammana-mana mesyuarat Lembaga.

(5) Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1)hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (f) telah dipotong.

Undang-Undang Malaysia12 AKTA 203

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota,pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apaperbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukanolehnya atas sifatnya yang sedemikian itu.

Pekhidmat awam

7. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasamenunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai danpekhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awammengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

8. (1) Lembaga bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteriboleh dari semasa ke semasa memberikan arahan yang tidakberlawanan dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah,dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan semua arahanitu.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertaklukkepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untukmemberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepadaLembaga—

(a) mengenai pelupusan aset modal; dan(b) mengenai penggunaan hasil dari pelupusan itu,

walaupun arahan itu mungkin bersifat tertentu:

Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjamoleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan,tiada arahan sedemikian boleh diberikan.

Kawasan Kelantan Selatan

9. (1) Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuanKerajaan Negeri, dari semasa ke semasa menetapkan melaluipemberitahuan dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan yang

13Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

di dalamnya Lembaga akan melaksanakan fungsinya di bawahAkta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dikenali“Kawasan Kelantan Selatan”.

(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulisyang lain, menjadi tanggungjawab Lembaga untuk menjalankanfungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan KelantanSelatan.

Fungsi tambahan Lembaga

10. Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atasdan kuasa yang diletak hak pada Lembaga oleh Akta ini, Lembagaboleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasalain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagiapa-apa maksud yang boleh diserahhakkan atau diberikan kepadanyaoleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan dalammelakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan sebagaimenunaikan maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklahterpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaandengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpanberasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

11. (1) Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri dan lain-lain orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam yang lainsebagaimana yang diarahkan oleh Menteri apa-apa penyata, laporan,akaun dan maklumat yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteridari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga.

(2) Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1),Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepasberakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantarkepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepadaKerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatulaporan berkenaan dengan aktiviti Lembaga dalam masa tahunkewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk danmengandungi apa-apa maklumat berhubungan dengan pejalanandan dasar Lembaga mengikut sebagaimana yang dinyatakan darisemasa ke semasa oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia14 AKTA 203

BAHAGIAN III

BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT

Pengerusi hendaklah menjadi Ketua Pegawai Pengurus

12. (1) Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurusLembaga dan hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakanprogram, skim atau projek untuk pertimbangan Lembaga, bagimengeluarkan panduan dasar atau penerangan mengenai keputusanLembaga kepada Pengurus Besar dan pegawai dan pekhidmat lainLembaga dan bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan keputusanitu.

(2) Semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah di bawahkawalan am Pengerusi.

(3) Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lainatau kewajipan tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteridari semasa ke semasa.

(4) Jika Pengerusi tidak ada dalam Malaysia buat sementaraatau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau keranaapa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusidalam masa Pengerusi tidak ada atau tidak berupaya buat sementaraitu.

Pengurus Besar dan Timbalannya

13. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik mana-mana orang, yang dinamakan “Pengurus Besar”, untuk menjadiketua pegawai eksekutif dan meletak hak padanya apa-apa kuasadan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan dan fungsiyang ditentukan oleh Lembaga.

(2) Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankansemua program, skim atau projek Lembaga dan melaksanakankeputusan Lembaga dan arahan Pengerusi.

(3) Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepadaPengerusi.

15Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

(4) Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Pengurus Besar hendaklahmempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan penjawatLembaga.

(5) Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipanlain atau kewajipan tambahan yang ditentukan oleh Lembaga atauMenteri dari semasa ke semasa atau yang diarahkan oleh Pengerusidari semasa ke semasa.

(6) Untuk membantu Pengurus Besar dalam fungsinya, Lembagaboleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang TimbalanPengurus Besar atau lebih dan meletak hak pada mereka apa-apakuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipandan fungsi yang ditentukan oleh Lembaga.

(7) Jika Pengurus Besar tidak ada di Malaysia buat sementaraatau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau keranaapa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besaruntuk melaksanakan kewajipan Pengurus Besar dalam masa PengurusBesar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

(8) Pengurus Besar dan tiap-tiap Timbalan Pengurus Besar adalahpegawai Lembaga.

Penyusunan Lembaga kepada Bahagian

14. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa Bahagian yangdifikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah di bawah kawalandan jagaan seorang pegawai eksekutif yang dinamakan “Pengurus”.

(2) Pengurus setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh Pengerusidengan kelulusan Menteri.

(3) Menjadi tanggungjawab Pengurus sesuatu Bahagian yangberkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembagamengenai perkara berkaitan dengan Bahagiannya, untukmengemukakan syor mengenai dasar untuk pertimbangan Lembaga,untuk mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam mana-manamesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan denganBahagiannya sedang dipertimbangkan dalam mesyuarat itu danjuga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkankepadanya oleh Lembaga.

Undang-Undang Malaysia16 AKTA 203

(4) Tiap-tiap Pengurus adalah pegawai Lembaga.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

15. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yangdibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apaterma dan syarat yang difikirkan wajar oleh Lembaga mana-manapegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksudAkta ini.

(2) Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat sebagaipegawai atau pekhidmat Lembaga, jika dia mempunyai, secaralangsung atau secara tidak langsung, dengan sendiri atau melaluipekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrakatau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihakLembaga.

(3) Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yangmempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingansedemikian boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerjaterus tanpa notis.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatanpegawai dan pekhidmat

16. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusanMenteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Jawatankuasa tatatertib

16A. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertibterhadap semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklahmenjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orangsedemikian mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yangdibuat di bawah seksyen 16C.

(2) Bagi maksud seksyen ini—(a) Suatu jawatankuasa tatatertib Lembaga hendaklah

ditubuhkan berkenaan dengan Pengurus Besar yang terdiridaripada—

(i) Ketua Setiausaha Kementerian, yang hendaklahmenjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan

17Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

(ii) Dua orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantikoleh Lembaga; dan

(b) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagikategori pegawai atau pekhidmat Lembaga yang berlainan.

(3) Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasatatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):

(a) jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apabilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga,atau pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggotadan pegawai itu; dan

(b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatujawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnyadaripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang keatasnya jawatankuasa yang dia menjadi ahli mempunyaikuasa tatatertib.

(4) Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b)hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yangberhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yangdiletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5) Pada menjalankan tugas dan kuasa tatatertibnya, sesuatujawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah subseksyen (2)hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertibdan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasidua hukuman tatatertib atau lebih yang diperuntukkan di bawahmana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16C.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

16B. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawahperenggan 16A(2)(a) boleh dirayu kepada Menteri.

(2) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan16A(2)(b) bolehlah dirayu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertibyang hendaklah terdiri daripada anggotanya yang berikut:

(a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusiJawatankuasa Rayuan Tatatertib dan mempunyai undipemutus; dan

Undang-Undang Malaysia18 AKTA 203

(b) tiga orang ahli Lembaga, yang bukan anggota jawatankuasatatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuanitu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi JawatankuasaRayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksudrayuan itu.

(3) Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan ataumengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

(4) Apabila Jawatankuasa Rayuan Tatatertib menimbangkansesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggotajawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itudibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada ataudengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosidingyang berhubungan dengan rayuan itu.

(5) Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dibawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

16C. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untukmengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmatLembaga.

(2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawahseksyen ini—

(a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;(b) boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib

yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman ituboleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan emolumen,penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunanpangkat dan pembuangan kerja;

(c) hendaklah memberi orang yang terhadapnya prosidingtatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadappertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelumkeputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib itu kecualidalam hal yang berikut:

(i) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembagadibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan

19Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

kelakuan yang berkenaan dengannya suatupertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii) jika Lembaga, atas syor Menteri yangbertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri,berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatanMalaysia atau mana-mana bahagiannya tidak suaimanfaat untuk menjalankan kehendak perengganini; atau

(iii) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai ataupekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri ataudeportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawaiatau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatanatau pengawasan dengan bon atau selainnya, dibawah mana-mana undang-undang yang berhubungandengan keselamatan Malaysia atau mana-manabahagiannya, pencegahan jenayah, tahananpencegahan, kediaman terhad, buang negeri,imigresen, atau pelindungan wanita dan gadis;

(d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja denganpengurangan emolumen seseorang pegawai atau penjawatLembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayahterhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengantujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;dan

(e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerjatanpa emolumen seseorang pegawai atau penjawat Lembagajika pegawai atau penjawat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahananatau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakanterhadap pegawai atau penjawat itu.

Pengenaan surcaj

16D. (1) Seseorang yang sedang atau pernah bekerja denganLembaga boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawaorang itu—

(a) telah gagal untuk memungut apa-apa wang yang terhutangkepada Lembaga yang pemungutannya menjadi atau pernahmenjadi tanggungjawabnya.

Undang-Undang Malaysia20 AKTA 203

(b) yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaranwang yang tidak sepatutnya daripada Lembaga atau bagiapa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengansewajarnya;

(c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atautidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagipemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau hartalain Lembaga;

(d) sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi pegawaiperakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaunatau rekod yang sepatutnya; atau

(e) telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atauadalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatandalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuatdi bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antaraorang itu dengan Lembaga.

(2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj,menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanyasupaya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

(3) Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masaempat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu,Lembaga boleh—

(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcaj terhadaporang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yangtidak dipungut, atau pembayaran yang tidak sepatutnyadibuat, atau kekurangan pada, atau pemusnahan hartayang dilakukan; dan

(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcaj apa-apajumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yangdifikirkan patut oleh Lembaga.

Pemberitahuan surcaj

16E. Lembaga hendaklah memberitahukan orang yang disurcajitu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dikenakan di bawahsubseksyen 16D(3).

21Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Penarikan balik surcaj

16F. Walau apa pun subseksyen 16D(3) dan seksyen 16E, Lembagaboleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yangberkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterimaatau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, danLembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahukan orangyang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.

Mendapatkan surcaj

16G. Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen16D(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 16F hendaklahmenjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orangyang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guamanterhadapnya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atasguaman Lembaga dan boleh juga jika diarahkan sedemikian olehLembaga, didapatkan melalui potongan—

(a) gaji orang yang disurcaj; atau

(b) pencen orang yang disurcajkan,

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihisatu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu,mengikut mana-mana yang berkenaan.

Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

16H. Dalam apa-apa tindakan untuk surcaj terhadap PengurusBesar, keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 16D dan 16Gtidaklah termasuk Pengurus Besar.

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

Penubuhan Kumpulan Wang

17. (1) Bagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan suatukumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal olehLembaga.

Undang-Undang Malaysia22 AKTA 203

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke

semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau DewanUndangan Negeri;

(b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa kesemasa kepada Lembaga daripada Kumpulan Wangpinjaman;

(c) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek,skim atau perusahaan yang dibiayai dari Kumpulan Wang;

(d) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta,pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleholeh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debenturyang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksudmemenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan

(g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hakpada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yangbersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3) Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman”ertinya apa-apa wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasabagi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil

18. Menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara KumpulanWang dengan menjalankan dan melaksanakan kuasa-kuasa, fungsidan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supayajumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yangdiberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayarsemua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnyapada akaun hasilnya, termasuk kesusutan dan bunga atas modal,dari setahun ke setahun.

Kumpulan wang rizab

19. Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatukumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.

23Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada KumpulanWang

20. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a) memberikan pinjaman di bawah seksyen 27;

(b) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengansah oleh Lembaga, termasuk bayaran dan kos ukur, guamandan bayaran dan kos lain, dan saraan bagi pegawai danpekhidmat yang dilantik dan diambil khidmat olehLembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(c) membayar apa-apa belanja, atau perbelanjaan lain yangdilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya olehLembaga dalam melaksanakan kewajipannya ataumenjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(d) membeli atau menyewa loji, alat kelengkapan, jentera,barang simpanan dan apa-apa bahan lain dan memperolehtanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannyaatau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(e) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawahAkta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(f) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagimelaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan menyediakan anggaran

21. (1) Perbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa yang dibenarkanoleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar dariKumpulan Wang.

(2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembagahendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaranperbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan)bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk danmengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan olehMenteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu Menterihendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkanuntuk perbelanjaan pada amnya atau mengenai amaun yangdibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

Undang-Undang Malaysia24 AKTA 203

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepadaMenteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun danMenteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagiandaripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggarantambahan itu.

(4) Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakansuatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Akaun dan audit

22. (1) Lembaga hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnyadan rekod lain mengenai perjalanannya dan hendaklah menyediakanpenyata akaun mengenai setiap tahun kewangan.

(2) Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh KetuaAudit Negara atau seseorang juruaudit lain yang dilantik olehLembaga dengan kelulusan Menteri.

(3) Selepas berakhir setiap tahun kewangan, dan sebaik sahajaakaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supayasuatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri dan, jikadiarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri ataumana-mana orang lain, berserta suatu salinan apa-apa pandanganyang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yangdilantik di bawah subseksyen (2) mengenai penyata akaun itu ataumengenai akaun Lembaga.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiappenyata akaun dan pandangan itu dibentangkan dalam Dewan Negaradan Dewan Rakyat.

BAHAGIAN V

KUASA LAIN LEMBAGA

Pewakilan kuasa Lembaga

23. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yangdifikirkannya patut, Lembaga boleh mewakilkan kuasa dan hakkepada Pengerusi, Pengurus Besar atau mana-mana orang lain

25Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan ataufungsi yang terletak hak atau yang dikenakan pada Lembaga menurutAkta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasauntuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuatperaturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkansedemikian boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atauPengurus Besar atau mana-mana orang lain, mengikut mana-manayang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga bolehmewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-manaanggotanya yang lain atau mana-mana orang lain untuk membenarkanperbelanjaan dari Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain dibawah kawalan Lembaga hingga setakat yang ditentukan olehLembaga.

Kuasa untuk meminjam

24. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa meminjam, padaapa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apaterma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnyasebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuanMenteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan olehLembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagimenjalankan mana-mana kewajipannya.

(2) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusanMenteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang denganmengeluarkan bon, debentur atau saham debentur atau mendapatkanmodal dengan mengeluarkan syer atau saham dari apa-apa kelasdan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat,bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a) peruntukan modal kerja;(b) penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;(c) penunaian apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh

Lembaga di bawah Akta ini;(d) penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga

dikehendaki atau berhak menebusnya; dan(e) apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan

dengan sepatutnya pada akaun modal.

Undang-Undang Malaysia26 AKTA 203

Pelaburan

25. Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untukdibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkanmengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri denganpersetujuan Menteri Kewangan.

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen

26. Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen danpenasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara,jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain,untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatanyang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam menunaikankewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengancara lebih baik.

Kuasa untuk memberi pinjaman

27. Dalam menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya,Lembaga boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu bolehdiberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkanoleh Lembaga patut dikenakan dalam hal-hal tertentu.

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

28. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, melalui perintahyang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan denganapa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untukmelaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskanapa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkanatau diusahakan oleh Lembaga pada melaksanakan kewajipannyaatau pada menjalankan fungsinya.

(2) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiapperbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen(1).

Pengambilan tanah secara paksa

29. (1) Apabila apa-apa harta tak alih, yang bukan tanah Kerajaan,perlu diambil oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu bolehdiambil mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulisyang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud

27Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

awam, yang pada masa itu berkuat kuasa dalam Negeri itu, danapa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undangbertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuatwalaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga, dan akuan ituhendaklah berkuat kuasa seolah-olah akuan itu ialah suatu akuanbahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikutundang-undang bertulis itu.

(2) Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana harta takalih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar olehLembaga.

(3) Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyenini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilikyang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apacukai yang boleh dikenakan atas harta itu.

BAHAGIAN VI

AM

30. (Dipotong oleh Akta 478).

Obligasi menyimpan rahsia

31. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apaprosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada anggota, pegawai ataupekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yangtelah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yangtidak disiarkan menurut Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukansubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkanboleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan ataudidenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

32. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatperaturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakanperuntukan Akta ini dengan lebih baik.

Undang-Undang Malaysia28 AKTA 203

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cekdan surat cara akan ditandatangani atau disempurnakanbagi pihak Lembaga;

(b) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai danpekhidmat Lembaga;

(c) mengenakan bayaran dalam hal yang ditentukan olehLembaga;

(d) mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yangberkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau sahamdebentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang padapendapat Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dankhususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai caramengeluarkan, memindahkan hak milik, menebus atauurusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atausaham debentur itu;

(e) menetapkan cara dan terma-terma dan syarat-syarat yangberdasarkannya pinjaman boleh diberikan oleh Lembagadi bawah seksyen 27; dan

(f) mengadakan peruntukan secara amnya mengenai penjalanankuasa dan kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Aktaini.

(3) Peraturan-peraturan itu boleh—(a) memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau

peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannyamenjadi suatu kesalahan; dan

(b) mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti keranakesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi saturibu ringgit.

Perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akandiisytiharkan

33. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang ataupihak berkuasa bagi pihak Lembaga dalam dan bagi pelaksanaanyang sepatutnya mengenai mana-mana peruntukan Akta ini danapa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, denganmenjangkakan Akta ini akan diisytiharkan, hendaklah disifatkan

29Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yangdiperoleh atau dilakukan bagi pihak Lembaga daripada apa-apaperkara yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yangdilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasiLembaga apabila sahaja Akta ini mula berkuat kuasa.

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 5(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama sesuatutempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Menteridalam surat cara perlantikannya.

(2) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkanoleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannyadengan mengutuskan surat yang dialamatkan kepada Menteri.

(4) Seseorang anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembagasebagaimana yang perlu bagi menjalankan kewajipannya.

Pengosongan jawatan

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

(a) jika anggota itu mati;

(b) jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telahdisabitkan atas, sesuatu pertuduhan mengenai—

(i) kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukanakhlak; atau

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yangberhubungan dengan rasuah; atau

(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan(hukuman pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepadadenda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada duatahun; atau

(c) jika anggota itu menjadi bankrap; atau

(d) jika anggota itu tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain,tidak berupaya menjalankan kewajipannya; atau

(e) jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turuttanpa kebenaran Lembaga; atau

Undang-Undang Malaysia30 AKTA 203

(f) jika perletakan jawatan anggota itu diterima oleh Menteri; atau

(g) jika pelantikan anggota itu dibatalkan.

(2) Jika mana-mana anggota itu terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik untuk menggantikannyamengikut peruntukan yang terpakai.

Saraan dan elaun

3. Apa-apa gaji, saraan atau elaun yang ditentukan oleh Lembaga selepasberunding dengan Menteri hendaklah dibayar kepada anggota lembaga ataumana-mana orang lain.

Mesyuarat

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap bulan.

(2) Kuorum bagi Lembaga ialah enam orang.

(3) Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika dia tidak hadir,seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir, hendaklahmempengerusikan mesyuarat itu.

(4) Jika mengenai apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapatbilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikanmesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain daripada undi biasanya.

(5) Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklahmenetapkan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

5. Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga)untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagimaksud menasihatkannya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapimana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalammesyuarat atau pertimbangtelitian tersebut.

Meterai perbadanan

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yangmengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meteraiitu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu,sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap mengandungiperkataan “Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan” boleh digunakan dan hendaklahdisifatkan sebagai meterai perbadanan.

31Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

(3) Meterai perbadanan itu atau cap yang tersebut dalam subperenggan (2)hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yangdiberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau olehorang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasaoleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan,dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meteraitersebut, disahkan sebagaimana tersebut di atas, hendaklah disifatkan telahdisempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakanoleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendakidimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga dengan cara demikian itujuga; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagipihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga yang diberikuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4) Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung,mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuatapa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-manakontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembagahendaklah menzahirkan kepada Lembaga hal dan jenis kepentingannya itu, danpenzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jikadibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambilapa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga berhubungan dengan kontrakatau perkara itu.

Minit

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit segala mesyuarat Lembagadisenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jikaditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalamsegala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuaratLembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat sedemikianhendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semuaanggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Kesahan perbuatan dan prosiding

9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Aktaini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a) bahawa ada sesuatu kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; atau

Undang-Undang Malaysia32 AKTA 203

(b) bahawa ada pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga akanperuntukan perenggan 7; atau

(c) bahawa ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturanyang tidak menyentuh merit hal itu.

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 28(2)]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan denganperbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkandi bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadananitu yang menentukan—

(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak-hakpengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu.

Kecualian

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberikuasa kepada Lembaga membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnyadaripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga telah ditubuhkan ataumemberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsiyang tidak termasuk antara hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga dibawah Akta ini.

Kuat kuasa peraturan-peraturan

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana peraturanyang dibuat di bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat kepadaapa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 danperaturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan bagi peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau membuattambahan kepada mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1.

33Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkanmengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28 dandaftar itu bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan1 hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di mana-mana suatu tempat atautempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkansupaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulungkan dandibubarkan.

(2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, asetperbadanan itu hendaklah berpindah dan terletak hak pada Lembaga setelahsegala tanggungan dijelaskan.

(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklahdijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklahmenjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikanoleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meteraiperbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atasnama itu, dan bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yangbaginya perbadanan itu telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan bolehmemegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta tak alih atauharta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampinganatau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanandengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan ataubatasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadananyang mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh perbadanan itudengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasadipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu, dengankelulusan Lembaga, sebagaimana yang difikirkannya patut oleh perbadanan itu.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perengganini suatu cap mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “LKKS” bolehdigunakan sebagai suatu meterai perbadanan.

(3) Meterai perbadanan itu, atau cap yang tersebut dalam subperenggan (2),hendaklah disimpan dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadananitu dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen

Undang-Undang Malaysia34 AKTA 203

dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut,disahkan sebagaimana yang tersebut di atas, hendaklah disifatkan telahdisempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakanoleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendakidimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadananitu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagipihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan ituyang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan itu bagi maksud itu.

(4) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dankehakiman.

35Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 203

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN1978

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasameminda dari

Akta A520 Akta Lembaga Kemajuan 01-01-1981(Pindaan)1981

Akta 478 Akta Pembatalan Pengecualian 21-02-1992Daripada Bayaran Duti-DutiSetem 1992

Akta A968 Akta Lembaga Kemajuan 27-09-1996Kelantan Selatan (Pindaan)1996

P.U. (A) 285/2003 Perintah Penyemakan Undang- 01-08-2003Undang (Pembetulan AktaLembaga Kemajuan KelantanSelatan 1978) 2003

Undang-Undang Malaysia36 AKTA 203

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 203

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN1978

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

2 Akta A968 27-09-1996

5 Akta A520 01-01-1981

13 Akta A520 01-01-1981

16A Akta A968 27-09-1996

16B Akta A968 27-09-1996

16C Akta A968 27-09-1996

16D Akta A968 27-09-1996

16E Akta A968 27-09-1996

16F Akta A968 27-09-1996

16G Akta A968 27-09-1996

16H Akta A968 27-09-1996

30 Akta 478 21-02-1992

Jadual Pertama Akta A520 01-01-1981