ucapan dasar kerajaan tuan yang terutama yang dipertua negeri pembukaan ... - sabah… · 2012. 3....

19

Upload: others

Post on 02-Mar-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu
Page 2: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu
Page 3: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

UCAPAN DASAR KERAJAAN

OLEH

TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERITUN DATUK SERI PANGLIMA

HAJI JUHAR BIN HAJI MAHIRUDDIN

SEMPENA

PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMAPENGGAL KELIMA

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAHYANG KE-13

PADA

22 MAC 2012

Page 4: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu
Page 5: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

1

Bismilahir Rahmanir Rahim,

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka dapatlah kita berhimpun dalam Dewan yang mulia ini bagi Majlis Pembukaan Rasmi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Ke-13 ini.

Pengenalan

Kita telah melangkah ke tahun 2012, justeru, ketika kita memasuki satu lagi tahun baru, adalah wajar sekiranya kita melihat kembali pencapaian serta kejayaan yang telah dikecapi selama ini. Di samping itu, tahun 2012 merupakan tahun kedua di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Wawasan 2020 akan menjelang dalam masa 7 tahun 9 bulan dan 10 hari lagi.

Alhamdulillah, perbelanjaan pembangunan bagi Negeri dan Persekutuan adalah memberangsangkan dan masing-masing telah mencapai sebanyak 75.5% dan 74.9% daripada jumlah bajet pembangunan yang telah diperuntukkan bagi tahun 2011. Dengan kedudukan kewangan negeri yang kukuh hasil daripada pentadbiran yang cekap dan efisien serta langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan, saya yakin kita akan dapat menyaksikan perubahan besar kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Dengan sokongan serta keazaman penuh yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri akan dapat melaksanakan lebih banyak program dan projek pembangunan biayaan Kerajaan Persekutuan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai Peta Panduan.

Page 6: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

2

Pada tahun 2011, negeri Sabah telah mencatatkan ketibaan pelancong seramai 2.84 juta orang iaitu bersamaan dengan 12% daripada jumlah ketibaan pelancong di peringkat nasional. Pertumbuhan ketibaan pelancong sebanyak 13.6% di Sabah telah melebihi sasaran anggaran bagi tahun 2011 dan tahun 2012 yang masing-masing mencatatkan sejumlah 2.63 juta orang dan 2.75 juta orang. Jumlah ketibaan pelancong domestik telah meningkat sebanyak 17% manakala jumlah ketibaan pelancong antarabangsa pula adalah sebanyak 6.3%. Di samping itu, pasaran yang kukuh daripada negara seperti China (termasuk Hong Kong), Australia, Jepun, Taiwan dan Kanada adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan tersebut.

Sektor pertanian pula telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan terutama dalam Mini Estet Rumpai Laut di mana sejumlah 23,941 tan metrik rumpai laut kering berjaya dihasilkan, dan seluas 3,000 hektar tanah telah diwartakan untuk tujuan penanaman rumpai laut berkenaan dalam tahun 2011. Manakala pada tahun 2012, pengeluaran rumpai laut kering dijangka mencapai sebanyak 35,000 tan metrik dengan keluasan tanah yang disebutkan di atas.

Selain itu, pendapatan per kapita negeri telah meningkat daripada RM14,829 (Empat Belas Ribu Lapan Ratus Dua Puluh Sembilan) pada tahun 2009 kepada RM 17,242 (Tujuh Belas Ribu Dua Ratus Empat Puluh Dua) pada tahun 2010. Kadar pengangguran pula telah berkurangan dari 5.6% pada separuh tahun pertama tahun 2010 kepada 5.4% dalam tempoh yang sama pada tahun 2011.

Tuan Speaker,

Dalam tempoh kurang dari satu dekad yang lalu ini, negeri Sabah telah mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, di samping prestasi pembangunan yang menakjubkan

Page 7: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

3

merangkumi di seluruh daerah di negeri ini. Justeru, sukacita saya merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Ketua Menteri Sabah atas kepimpinan beliau yang berwibawa, dinamik dan berpandangan jauh. Alhamdulillah, dengan adanya kestabilan politik dan kepimpinan negeri yang mantap, lebih banyak peluang pelaburan dapat diwujudkan yang bakal menyediakan pelbagai bentuk peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Pertumbuhan sektor pembinaan yang semakin rancak di seluruh negeri pada ketika ini dijangka akan berterusan untuk beberapa tahun akan datang. Ini termasuklah pembinaan beberapa projek utama seperti Kota Kinabalu Waterfront, Terminal Minyak dan Gas serta Pusat Latihan Industri PETRONAS di Kimanis, Pusat Penternakan Bersepadu dan Pusat Kraftangan Negeri di Keningau, Loji Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang, Projek Geothermal di Tawau, Projek-projek baru di bawah Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu, Hab Pendidikan Sandakan, Projek Aeropod di Tanjung Aru dan lain-lain.

Sungguhpun begitu, kita tidak seharusnya mudah berpuas hati dengan prestasi pembangunan yang telah kita capai selama ini. Sebaliknya kita perlu menggandakan lagi usaha bagi memastikan momentum pertumbuhan seperti ini akan berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, adalah perlu bagi agensi-agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam menarik para pelabur untuk terus memperbaiki lagi kecekapan dan mutu perkhidmatan. Peraturan dan prosedur lapuk serta caj dan yuran perlu dikaji dan dipinda agar dapat memudahkan pelabur, komuniti perniagaan dan rakyat menjalankan aktiviti perniagaan mereka di negeri ini.

Pada masa yang sama, saya menggesa institusi-institusi kewangan agar lebih “mesra pelabur” (investor-friendly) terutama kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk membantu

Page 8: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

4

mereka mendapatkan modal perniagaan. Pihak Kerajaan perlulah mengambil inisiatif dan tindakan yang proaktif dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan bagi menggalakkan sektor swasta menjalankan perniagaan di negeri ini. Jika isu ini dapat diatasi, sudah pasti iklim pelaburan di negeri ini akan lebih menarik dan kondusif.

Menangani KenaiKan Kos sara HiduP

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sangat mengambil berat dan serius dalam usaha untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup dan penyusutan kuasa beli. Beberapa inisiatif dan program telahpun dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Antaranya ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan untuk membeli buku sekolah, subsidi berterusan bagi minyak petrol dan diesel serta subsidi barangan makanan.

Harga hartanah di negeri ini telah meningkat secara drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kenaikan ini menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan golongan berpendapatan sederhana untuk membeli dan memiliki rumah. Kerajaan sangat memahami akan keperluan setiap rakyat untuk memiliki rumah yang selesa. Dalam hal ini, Kerajaan sedang mempertimbangkan pelbagai cadangan bagi menangani isu mendesak ini untuk membantu meringankan beban rakyat. Dalam kesempatan ini, saya menyeru serta menggalakkan para pemaju perumahan agar membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sehubungan itu, saya berharap agar para pemaju perumahan swasta dapat bekerjasama dengan Kerajaan bagi menangani isu ini demi kepentingan rakyat.

Page 9: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

5

PeMbangunan KesejaHteraan Keluarga

Dalam menyediakan masyarakat yang mampu menghadapi cabaran pada masa hadapan, institusi keluarga memainkan peranan dalam membentuk masyarakat sejahtera, penyayang serta dilengkapi dengan nilai-nilai murni. Kerajaan akan meneruskan usaha melaksanakan pelbagai program pendidikan dan kesedaran ke arah kesejahteraan institusi keluarga dan memantapkan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan di kalangan masyarakat melalui kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan, Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Institusi Keagamaan.

Kita sering mendengar keruntuhan institusi keluarga yang berpunca dari kurang perhatian dan pengamalan nilai murni. Bagi mencapai matlamat membangunkan masyarakat sejahtera kita perlu memberi fokus kepada ciri-ciri yang menjadi tunjang kepada pembentukan keluarga seperti nilai kasih sayang, memantapkan pendidikan agama serta memperkukuhkan rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarga. Di samping itu, memantapkan ekonomi, kesihatan, dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan institusi keluarga perlu juga diberi perhatian.

Saya menyeru semua pihak agar terus melaksanakan usaha ke arah pembangunan keluarga bahagia di kalangan ahli masyarakat. Setiap usaha yang dilaksanakan hendaklah berteraskan kepada amalan agama masing-masing bagi memastikan setiap keluarga tanpa mengira kumpulan etnik, agama dan budaya dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat secara berterusan.

MeMPertingKatKan PerKHidMatan sosial

Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat mengenai kebajikan dan keselesaan hidup warga emas, anak-anak yatim dan orang kurang upaya. Sehubungan itu, Kerajaan melaksanakan

Page 10: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

6

pelbagai program yang meliputi pembinaan institusi kebajikan bagi penjagaan warga tua dan kanak-kanak serta pendidikan dan juga latihan kemahiran bagi orang kurang upaya agar mereka dapat berdikari dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Negeri Sabah tidak terkecuali daripada menuju ke arah “aging population” yang memerlukan penyediaan kemudahan dan tempat-tempat bagi mengupayakan mereka agar sentiasa aktif sama ada dari aspek fizikal mahupun minda, serta dapat berinteraksi dengan masyarakat sekeliling dan tidak menghabiskan sisa-sisa hidup dalam keadaan kesunyian. Selain itu, Kerajaan juga mengambil usaha dalam mewujudkan pusat-pusat aktiviti bagi warga emas. Saya menggalakkan supaya sektor swasta turut memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan seperti ‘nursing home’ atau ‘health farm’ agar warga emas dapat menikmati hidup dengan selesa.

Selain daripada menyediakan kemudahan fizikal, Kerajaan juga sedang dalam proses membangunkan Pusat Khidmat Pelanggan atau ‘Call Centre’ bagi memudahkan masyarakat membuat aduan atau laporan tentang isu-isu berkaitan kepenggunaan, kekeluargaan, wanita, gejala sosial, khidmat sukarelawan dan perkhidmatan kebajikan. Pusat Khidmat Pelanggan ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar yang terdiri daripada agensi-agensi dan badan-badan profesional.

MasyaraKat berilMu

Bagi mewujudkan masyarakat berilmu, Kerajaan telah membina perpustakaan bukan sahaja di bandar-bandar utama malah juga di peringkat daerah dan desa, di samping memperluaskan perkhidmatannya dengan mewujudkan perkhidmatan perpustakaan di Taman Perumahan Bandar Sri Indah Tawau pada tahun lalu dan di Pusat Membeli Belah Suria Sabah pada tahun

Page 11: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

7

ini. Selain itu, Perkhidmatan Perpustakaan Bas Bergerak juga disediakan untuk masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar. Kerajaan juga dalam proses membina sebuah Perpustakaan Wilayah yang berkonsepkan teknologi hijau dan pada masa ini sedang merancang untuk membina Perpustakaan Kanak-Kanak dan Perpustakaan Bot Bergerak.

Saya berharap masyarakat umum akan memanfaatkan kemudahan yang disediakan, di samping membantu memelihara kemudahan-kemudahan tersebut supaya dapat dinikmati oleh semua.

PeMbangunan Wanita

Menyedari potensi kaum wanita dalam pelbagai bidang, Kerajaan komited untuk memperkasakan usaha golongan ini terutama dalam pembangunan sosio ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga. Perubahan persekitaran berkaitan isu-isu gender dan wanita memberi kesan langsung kepada pembangunan masyarakat, baik wanita mahupun lelaki yang menjadi tunjang kepada keutuhan institusi keluarga.

Isu pembangunan ekonomi wanita dan isu kemiskinan terutama di kalangan isi rumah yang diketuai oleh wanita seperti ibu tunggal akan terus mendapat perhatian Kerajaan. Sesungguhnya potensi kaum wanita hendaklah digembleng sepenuhnya.

Di samping itu, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah telah menyediakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak di Wisma MUIS dan ia adalah merupakan langkah yang bijak dalam membantu ibu bapa yang bekerja. Sehubungan itu, saya berharap dan menggalakkan agar para majikan dalam sektor swasta turut menyediakan kemudahan yang serupa untuk kemudahan warga kerja masing-masing.

Page 12: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

8

usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH

Isu kemiskinan dan program-program membasmi kemiskinan tegar merupakan satu cabaran yang perlu diberi perhatian dan ditangani dengan cekap dan telus. Saya percaya Kerajaan Negeri dan Persekutuan telahpun menyalurkan peruntukan yang sangat besar untuk membantu golongan miskin di negeri ini.

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara, Kerajaan Persekutuan telahpun menyediakan bekalan air bersih dan bekalan elektrik 24 jam kepada lebih 25,000 isi rumah luar bandar, membina dan membaik pulih lebih daripada 3,000 buah rumah, di samping melibatkan lebih daripada 7,000 isi rumah dalam Program 1Azam. Kerajaan Negeri juga melalui program-program seperti Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Satu Daerah Satu Produk, Pembangunan Usahawan Luar Bandar serta lima (5) buah program Agropolitan di bawah Koridor Pembangunan Negeri Sabah di kawasan Pitas, Kota Belud, Tongod, Kemabong dan Beluran telah banyak membantu penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Adalah diharapkan agar usaha dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

Tuan Speaker,

MeMbangunKan suMber Manusia yang berKualiti dan berinovatif

Sukacita saya mengingatkan bahawa kreativiti dan inovasi merupakan elemen utama bagi memastikan keberkesanan produktiviti sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Dengan memiliki sumber manusia yang kreatif dan inovatif, ia akan dapat memastikan negeri ini beralih ke tahap pembangunan yang lebih tinggi, di samping menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi yang mampu menjana industri dan perkhidmatan bernilai tambah

Page 13: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

9

tinggi. Tanpa sumber manusia yang berkualiti dan berinovatif, usaha untuk menarik kemasukan industri dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi akan menjadi suatu tugas yang sukar dan mencabar kepada kita semua.

Selain itu, penyedia perkhidmatan latihan dan pendidikan perlu melabur untuk melahirkan barisan tenaga pengajar dan jurulatih yang berkualiti. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan dan sektor swasta haruslah memberi penekanan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran sumber manusia di negeri ini.

MenariK Pelaburan dan PeMbangunan dalaM industri-industri serta PerKHidMatan-PerKHidMatan bernilai taMbaH tinggi

Seperti yang kita sedia maklum, negeri Sabah perlu beralih daripada ekonomi yang berasaskan kepada komoditi dan bernilai rendah kepada ekonomi yang bernilai tambah tinggi, inovatif yang berasaskan pengetahuan dan mampu bersaing agar menjadi lebih mapan dalam jangka masa panjang. Kebergantungan kepada beberapa komoditi utama sahaja tidak akan menjadikan ekonomi negeri ini mapan. Oleh itu, negeri ini perlu beralih kepada fasa pembangunan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Sekali lagi saya ingin menekankan di sini bahawa kedua-dua sektor industri dan perkhidmatan di negeri ini perlulah dibangunkan dan diperluaskan lagi. Sebagai sebuah negeri yang dikurniakan dengan kekayaan sumber alam, saya percaya negeri Sabah mempunyai kelebihan untuk bersaing dalam membangunkan lagi industri dan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Dalam hal ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas usaha gigih dalam membangunkan industri minyak dan gas di negeri ini. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih

Page 14: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

10

kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas sokongan beliau dalam merealisasikan pembangunan sektor berkenaan. Justeru, saya yakin dengan komitmen tinggi Kerajaan Negeri, dan dengan sokongan serta bantuan Kerajaan Persekutuan maka pelaburan bernilai tinggi dalam industri minyak dan gas yang dimajukan oleh PETRONAS akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini, sekali gus menjayakan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di negeri Sabah.

Selain daripada industri dan perkhidmatan yang sedia ada, sektor swasta dengan sokongan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dan juga agensi-agensi lain adalah digalakkan untuk membangunkan industri dan perkhidmatan berpotensi yang bernilai tinggi seperti industri tenaga boleh diperbaharui (renewable energy), herba dan perubatan, content development, pengeluar filem, seni persembahan dan sebagainya.

Dalam Makmal Koridor dan Bandaraya (Corridor & Cities Lab) bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC), sebanyak enam (6) sektor ekonomi dan sejumlah 31 Projek Permulaan (Entry Point Projects) telah dikenal pasti untuk menjana pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah iaitu sebanyak tiga (3) projek sektor Pelancongan, tujuh (7) projek Minyak dan Gas, dua (2) projek Kelapa Sawit, dua (2) projek Pembuatan dan Logistik, lapan (8) projek Pertanian serta empat (4) projek Pendidikan. Selain itu, sebanyak lima (5) bidang berkaitan persekitaran kondusif (liveability) dan pelancongan telah dikenal pasti bagi Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Modenisasi dan Pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai hab gaya hidup (Development and Modernization of Kota Kinabalu City as a lifestyle hub); Meningkatkan Tarikan Pelancongan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu (Boosting Tourism Attractions in Greater Kota Kinabalu); Menambah Baik Mobiliti dan Pengalaman Perjalanan (Improve Mobility and Travel Experience); Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan Awam untuk

Page 15: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

11

Pelancongan Kesihatan (Boosting Public Healthcare for Health Tourism) dan Menambah Baik Pendidikan Asuhan Kanak-kanak (Improving Early Childcare Education).

Selain itu, pelaburan sebanyak RM77.5 bilion diperlukan bagi melaksanakan sebanyak 31 buah Projek Permulaan (EPP) di negeri Sabah. Daripada jumlah pelaburan ini, Kerajaan Persekutuan akan membantu pihak swasta untuk memulakan Projek Permulaan (EPP) dengan menyediakan 8% daripada jumlah pelaburan tersebut. Pelan pelaksanaan yang terperinci untuk setiap Projek Permulaan (EPP) telahpun disediakan. Oleh yang demikian, saya menggesa sektor swasta agar mengambil peluang pelaburan ini dan melabur dalam 31 buah Projek Permulaan (EPP) tersebut yang dijangka akan menyumbang sebanyak RM3.5 bilion kepada Pendapatan Negeri Kasar dan mampu mewujudkan sebanyak 144 ribu pekerjaan baru menjelang tahun 2020.

Sehingga kini, Kerajaan Persekutuan melalui Dana Mudahcara (Facilitation Fund) di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) telah memperuntukkan sebanyak RM459.2 juta untuk membantu memulakan sebanyak enam (6) buah projek swasta berimpak tinggi bernilai RM5.15 bilion. Saya menyeru sektor swasta agar lebih aktif dan agresif mengambil peluang kemudahan Dana Mudahcara yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan tersebut.

Tuan Speaker,

Manakala projek-projek pembangunan di bawah Koridor Pembangunan Sabah telah dilaksanakan dengan lancar. Bagi projek-projek Koridor Pembangunan Sabah yang dirancang di bawah Rolling Plan 1, RMK-10, pihak SEDIA (Sabah Economic Development and Investment Authority) telahpun membelanjakan 98.4% daripada jumlah peruntukan sebanyak RM100.4 juta bagi tahun 2011.

Page 16: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

12

tanggungjaWab untuK Menangani MasalaH Pendatang tanPa izin

Kita seharusnya bersyukur kerana negeri ini telah dikurniakan dengan kekayaan alam semula jadi yang pelbagai. Daripada hasil mahsul yang banyak, laut dalam yang kaya dengan hidupan marin, pantai yang luas dan menawan serta keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.

Namun, yang penting ialah kepimpinan negeri yang bijaksana, yang telah mentadbir negeri ini dengan baik dan cemerlang sehingga kita dapat menikmati kemajuan, keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Ditambah lagi dengan kedudukan negeri Sabah yang strategik di tengah-tengah Asia Tenggara atau ASEAN, telah menjadikan negeri ini tumpuan kepada para pelabur, pelancong atau mereka yang datang untuk mencari pekerjaan.

Justeru, kita seharusnya bersyukur dengan kemajuan, keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini; kerana negeri Sabah kekal permai dan mempesonakan. Tetapi perlu diingat, bahawa kemajuan, keamanan dan kemakmuran itu tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha gigih, komitmen dan kerja keras semua pihak.

Walaupun demikian, masih terdapat beberapa perkara atau isu yang perlu ditangani bersama dan diselesaikan dengan bijaksana. Ini termasuklah isu pendatang tanpa izin yang sering diperkatakan oleh banyak pihak.

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memang memandang serius akan perkara ini dan telah mengambil pelbagai tindakan bersepadu untuk menanganinya. Pada masa sama, saya menyeru agar semua pihak hendaklah memberikan kerjasama yang padu

Page 17: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

13

bagi memastikan isu pendatang tanpa izin ini dapat diatasi demi kesejahteraan dan kemakmuran kita bersama.

Tuan Speaker,

KesiMPulan

Elemen-elemen seperti penyayang, bertanggungjawab, kesediaan untuk memperbaiki dan inovatif yang diterapkan dalam pendekatan-pendekatan Kerajaan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pembangunan berterusan. Justeru, marilah kita bersama-sama menyumbang ke arah mentransformasi negara dan negeri agar menjadi maju serta berpendapatan tinggi, terangkum dan mapan dengan rakyatnya mengecapi kualiti hidup yang tinggi.

Sesungguhnya saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan-Nya dan berasa bangga dengan segala pencapaian yang telah kita kecapi selama ini. Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini merupakan sebuah Kerajaan yang amat prihatin terhadap keperluan hidup rakyat di semua peringkat, Saya yakin, dengan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri yang memerintah sekarang ini, usaha-usaha pembangunan secara mapan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga negeri Sabah akan selamat dan terus dirahmati dengan kemakmuran.

Wabilahi Taufik Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 18: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,DATUK HAJI SALSIDU BIN HAJI IBRAHIM, P.G.D.K., K.M.N., J.P.,

JABATAN CETAK KERAJAAN, SABAH, MALAYSIA.2012.

Disediakan oleh:

Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabahdan

Bahagian Kabinet dan DasarJabatan Ketua MenteriKota Kinabalu, Sabah.

Gambar dan Reka Bentuk Kulit Buku disediakan oleh:Bahagian Kabinet dan Dasar

Jabatan Ketua MenteriKota Kinabalu, Sabah.

Page 19: UCAPAN DASAR KERAJAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PEMBUKAAN ... - SABAH… · 2012. 3. 28. · 8 usaHa berterusan dalaM Menangani MasalaH KeMisKinan di negeri sabaH Isu