tutorial 6.1 (eni&rul)

13
TUTORIAL 6 PERANAN YANG BOLEH GURU LAKSANAKAN BAGI MEMENUHI ENAM ASPIRASI MURID SEPERTI DALAM PPPM DISEDIAKAN OLEH: HELENI SUFIANA BINTI YAHYA KHAIRUL AZMAN BIN ASKOR

Upload: zam-miaq

Post on 12-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

TUTORIAL 6PERANAN YANG BOLEH GURU LAKSANAKAN BAGI MEMENUHI ENAM ASPIRASI MURID SEPERTI DALAM PPPM

DISEDIAKAN OLEH:HELENI SUFIANA BINTI YAHYAKHAIRUL AZMAN BIN ASKOR

Page 2: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

PPPM – ENAM ASPIRASI MURID

Page 3: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

1. PENGETAHUAN

Peringkat paling asas - setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya.

Melengkapkan murid dengan kemahiran hidup asas serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat dan negara.

Page 4: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

1. PENGETAHUAN

Murid juga perlu mempunyai keupayaan mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian. 

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu.

Page 5: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

2. KEMAHIRAN BERFIKIR

Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting: Pemikiran Kreatif dan Inovatif:

kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu; 

Page 6: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

2. KEMAHIRAN BERFIKIR

Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan

Page 7: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

2. KEMAHIRAN BERFIKIR

Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. 

Page 8: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

3. KEMAHIRAN MEMIMPIN

Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan.

Page 9: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

4. KEMAHIRAN DWIBAHASA

Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa.

Murid juga akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan.

Page 10: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

4. KEMAHIRAN DWIBAHASA

Murid akan terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan.

Selepas jangka masa tertentu, semua murid digalakkan belajar sekurang-kurangnya tiga bahasa - membolehkan kerjasama dan komunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran.

Page 11: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

5. ETIKA DAN KEROHANIAN

Penekanan diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia: Kerohanian: mempunyai pegangan

agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi.

Page 12: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

5. ETIKA DAN KEROHANIAN

Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang betul;

Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan sumbangan kepada  masyarakat.

Page 13: Tutorial 6.1 (Eni&Rul)

6. IDENTITI NASIONAL

Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.