tupai tetap pemenang

Upload: ibnu-muhammad

Post on 02-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 TUPAI TETAP PEMENANG

    1/3

    KENAPA SANG

    TUPAI TETAP

    MENANG!Ditulis semula versi Kajang.

    Ibnu Muhammad

    Saya berkesempatan tinggal di Saujana Impian Kajangselama 5 tahun. Sebuah taman perumahan yang tenang,masih banyak pokok menghijau. Binatang kecil sepertimusang, bermacam burung, tupai, malah ayam hutan punkelihatan melintas jalan. Burung wak-wak (nama yang saya

    panggil), dipanggil juga burung ayam-ayam sejenis burungyang dikawal sering kelihatan. Seolah-olah haiwan tersebutlebih selamat tinggal di metropolitan berbanding dengan dikampung.

    Jiran saya, En Harun, seorangagak berumur telah bersara beberapatahun lalu suka berkebun diwaktulapang. Saya sering melihat En Harun

    keluar rumah untuk meletakan makanburung dalam bekas yang dia bina diatas pokok hadapan laman rumahnya.Sesetengah orang meletakan buah-buahan atas tembok pagar bagi tujuanyang sama.

    Saya sering melihat beberapa ekor tupai berkeliarandepan laman rumah kami. Mereka berlari berkejaran di atas

    tanah dari rumah ke rumah bagi mendapatkan makanansebelum pulang ke sarang. Jarang kelihatan merekamemanjat dan melompat.

    Satu hari saya melihat En Harun memasang kepinganzin di sekeliling pangkal pokok dimana bekas makan burungdiletakan. Tujuan En Harun ialah untuk menghalang SangTupai mencapai makanan yang dia khaskan untuk burung.

  • 7/27/2019 TUPAI TETAP PEMENANG

    2/3

    Dengan memasang kepingan zink sekeliling pangkal pokok,En Harun mengharapkan Sang Tupai tidak dapat memanjatpokok untuk mendapatkan makanan burung. Tak berapalama, makanan burung hilang.

    Minggu berikutnya saya melihat En Harun memasangzink berbentuk kon di pangkal pokok. Bahagian kon yanglebar menghala ke bawah. Saya pernah lihat kaedah dantujuan yang sama digunakan oleh orang kampongmemasang pada pokok kelapa. Sekali lagi, hari berikutnyamakanan yang disediakan hilang.

    Minggu berikutnya En Harun menggantung bekasmakanan burung pada hujung ranting kecil dengan tali.

    Saya percaya En Harun berfikir bahawa dahan dan tali yangkecil tidak akan dapat menampung berat Sang Tupai denganitu menghalangnya mencapai makanan. Malangnya ideabeliau gagal lagi, makanan burung tetap hilang.

    Persaingan antara En Harun dan Sang Tupai berterusanselama beberapa tahun. Terlintas juga difikiran saya untukmemberi tahu En Harun bahawa inisiatif beliau tidak akanberjaya dan dia tidak akan menang Peperangan ini. Saya

    hanya memerhati. Ianya satu hiburan yang menarik.

    Saya mula berfikir betapa tidak adilnya Peperanganantara seorang lelaki dengan seekor tupai. Saya tidakmerasa kesian kepada Sang Tupai. saya merasa lebihkesian kepada En Harun. Walau pun En Harun lebih kuat dancerdas berbanding Sang Tupai, tetapi dia kurang beberapakualiti yang melayakan dia untuk menang, iaitu fokus.

    Anda melihat bagaimana En Harun tiba-tibamemikirkan kaedah menghalang Sang Tupai beraksimencapai makanan. Sang Tupai sebaliknya sepenuh masa,24 jam memikirkan untuk mendapat makanan.

    Kelangsungan kehidupan adalah segalanya, bukansekadar fokus tetapi tumpuan sepenuhnya menyelesaimasalah melepasi halangan. Melainkan En Harun

  • 7/27/2019 TUPAI TETAP PEMENANG

    3/3

    menunjukan tahap komitmen dan kesabaran yang sama 24jam, saya yakin Sang Tupai tetap akan menang.

    Kejayaan bukan untuk siapa yang kuat. Kejayaanbukan untuk siapa yang banyak wang. Kejayaan bukan

    untuk siapa yang tinggi CGPA. Kejayaan masa depan bukanlagi milik si besar. Kejayaan ialah milik siapa yang lebihfokus dan komited untuk mencapai matlamat. Milik merekayang cepat bertindak. Sekarang ialah zaman Si Kecilmenelan Si Besar seperti yang dinukil penulis J.Jennings danL.HaughtonIt's Not The Big That Eat The Small - It's TheFast That Eat The Slow.

    Anda pembaca, boleh bersaing dengan sesiapa sahaja

    tanpa mengira siapa mereka. Apa yang anda perlu buatialah memfokuskan diri kepada matlamat yang menjadiidaman anda. Apabila anda fokus kepada sesuatu matlamat,semua sumber dan pemikiran anda terarah kepadamencapai matlamat dan memperolehi habuannya. Denganberfokus anda mula mendapatkan maklumat sebanyak dansecepat mungkin kerana anda bersemangat untuk belajar,anda ingin segera mengetahui segala-galanya. Anda akandidorong oleh semangat dan fokus anda untuk berjaya.

    En Harun sebenarnya bukan pakar untuk menghalangSang Tupai; ia hanya melaksanakan kerja apabila ada masalapang. Sebaliknya Sang Tupai adalah pakar menghadapihalangan dan menyelesai masalah sebab dia fokus kepadakerjanya bagi mencapai matlamat akhirnya, iaitu makanan.

    Dunia tidak memihak kepada generalist, tetapi duniamemenangkan pakar. Dunia memerlukan orang yang bagus

    dalam melakukan sesuatu kerja, iaitu pakar. Jadilah orangyang pakar dalam kerja anda. Bersungguhlah dalam kerjaanda. Bagaimana menjadi pakar?. Jadilah seperti SangTupai,iaitu fokus.