tuhfatul mursalah

14
TUHFATUL MURSALAH Kitab Al-Tuhfah al-Mursalah Ila Ruh al-Naby dikarang oleh Muhammad Ibnu Syeikh Fadhlullah Al-Burhanfuri Al-Hindi. Beliau adalah seorang sufi dari Gujerat (wafat 1620M). Ajaran Martabat 7 nya berdasarkan atas faham dari Ibn Arabi (wafat 1240M). Bagi aku, Sheikh Muhammad Fadhlullah merupakan Bapa Martabat 7 di nusantara. Ajaran Martabat 7 yang muncul dari Gujerat ternyata segera mempengaruhi perkembangan pemikiran mistik Islam di Acheh. Dalam abad 17 ada empat orang tokoh pemikir sufi di Acheh mengembangkan ajaran Martabat 7 dari faham Muhammad Ibn Fadhlullah iaitu Hamzah Fansuri, Shamsuddin Pasai (wafat 1630M), Abdul Rauf dari Singkel (1617-1690M) dan Nuruddin Ar-Raniri. Lembaran pertama kitab Tuhfatul Mursalah syarah Syeikh Abdul Ghani An-Nablusi dari kitab karangan Syeikh Muhammad Ibn Syeikh Fadhlullah Burhanpuri Al-Hindi Bahawa ini suatu perkataan yang simpan (ringkas) daripada beberapa patah kata pada menyatakan Ilmu Haqiqat. Ku himpunkan ia semata-mata dengan kurnia Allah dan anugerah Nya. Dan kebajikan pahalanya akan Ruh Rasulillah SAWW. Dan ku namai akan dia 'Tuhfah al-Mursalah' artinya 'Haluan Yang dikirimkan kepada Nabi SAWW'. Dan ku pohonkan kepada Allah Taala,disampaikan kiranya pahala kitab ini,bahawasanya Dia jua Tuhan yang atas segala sesuatu ini kuasa. Dan berkenankan pinta hambaNya amat patut. Muqadimah

Upload: hilmi-azmi

Post on 23-Apr-2017

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUHFATUL MURSALAH

TUHFATUL MURSALAH

Kitab Al-Tuhfah al-Mursalah Ila Ruh al-Naby dikarang oleh Muhammad Ibnu Syeikh Fadhlullah Al-Burhanfuri Al-Hindi. Beliau adalah seorang sufi dari Gujerat (wafat 1620M). Ajaran Martabat 7 nya berdasarkan atas faham dari Ibn Arabi (wafat 1240M). Bagi aku, Sheikh Muhammad Fadhlullah merupakan Bapa Martabat 7 di nusantara. Ajaran Martabat 7 yang muncul dari Gujerat ternyata segera mempengaruhi perkembangan pemikiran mistik Islam di Acheh. Dalam abad 17 ada empat orang tokoh pemikir sufi di Acheh mengembangkan ajaran Martabat 7 dari faham Muhammad Ibn Fadhlullah iaitu Hamzah Fansuri, Shamsuddin Pasai (wafat 1630M), Abdul Rauf dari Singkel (1617-1690M) dan Nuruddin Ar-Raniri.

Lembaran pertama kitab Tuhfatul Mursalah syarah Syeikh Abdul Ghani An-Nablusi dari kitab karangan Syeikh Muhammad Ibn Syeikh Fadhlullah Burhanpuri Al-Hindi

Bahawa ini suatu perkataan yang simpan (ringkas) daripada beberapa patah kata pada menyatakan Ilmu Haqiqat. Ku himpunkan ia semata-mata dengan kurnia Allah dan anugerah Nya. Dan kebajikan pahalanya akan Ruh Rasulillah SAWW. Dan ku namai akan dia 'Tuhfah al-Mursalah' artinya 'Haluan Yang dikirimkan kepada Nabi SAWW'. Dan ku pohonkan kepada Allah Taala,disampaikan kiranya pahala kitab ini,bahawasanya Dia jua Tuhan yang atas segala sesuatu ini kuasa. Dan berkenankan pinta hambaNya amat patut.

Muqadimahالمرسـلة التحفة مقدمة

الله فضل الشيخ بن محمد للشيخ المحمدية الشريعة حقيقة علم في المرسلة التحفة رسالة متناآلنتفاع ولزيادة المتين القول كتابه في النابلسي الغني عبد سيدي الرسالة هذه شرح وقد الهندي

المتين القول في النابلسي الغني عبد سيدي مقدمة هنا .أنقول

Page 2: TUHFATUL MURSALAH

الرحيم الرحمن الله بسم

نستعين وبه

في المتين حكمه بمقتضى شيء كل إلى العقول عند المضاف المبين الحق الوجود لله الحمدبالفرض الحاكم :قوله

" : " النور سورة واألرض ماوات الس نور ه 35الل

Allah yang menerangi langit dan bumi.Allah is the Light of the heavens and the earth.

العرضقال يوم بحضور المعترفين العارفين بصائر في شيء كل إليه يضاف الذي :وهو

" : " النمل سورة شيء كل 91وله

dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatuand to Whom (belongs) all things

سبحانه :وقال

" : " لقمان سورة واألرض ماوات الس في ما ه 26لل

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi;To Allah belong all things in heaven and earth

الثاني والمقام الفرق مقام األول المقام جمع أكمل المقامين بين الجامع على والسالم والصالةكما مرة سبعين من أكثر والليلة اليوم في الله فسيتغفر قلبه على يغان الذي فهو الجمع مقام " فراغه " وقت وهو مرسل نبي وال مقرب ملك فيه يسعني ال ربي مع وقت لي القائل وهو قال

الجالل ذي إلى ورغبته

" فانصب ( فرغت : ٧فإذا " الشرح) سورة فارغب ك رب 8-7وإلى

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

Therefore, when thou art free (from thine immediate task), still labour hard (7) And to thy Lord turn (all) thy attention. (8)

اهـ الدين يوم إلى التابعين وتابع والتابعين أصحابه وعن الطاهرين آله على الله ...ورضوان

Matan Risalahالرسـالة متن

الوجود ذلك وأن الوجود هو وتعالى سبحانه الحق أن وإيانا تعالى الله أسعدكم إخواني يا اعلمواعدم من عليه كان عما يتغير ولم والحد بالشكل وتجلي ظهر هذا ومع حد وال شكل ليسله . . الوجود ذلك وأن واأللباسمختلفة واحد الوجود ذلك وأن كان كما األن هو بل والحد الشكل

Page 3: TUHFATUL MURSALAH

. الوجود ذلك عن تخلو ال الذرة حتى الكائنات جميع وأن وباطنها الموجودات جميع .حقيقة

Ketahui olehmu hai saudaraku, lagi dianugerahi Haq SWT akan kiranya bahagia akan kami dan akan kamu bahwasanya Haq SWT itu,yaitu wujud itu. Maka tiada bagiNya rupa dan tiada had dan tiada tersimpan dan tiada berbilang-bilang dan tiada bagiNya hingga dan tiada baginya ketentuan dan serta ini di zahirkanNya dan di nyatakanNya akan rupa dan hingga. Tetapi tiada Dia berubah daripada adaNya yang tiada berupa dan tiada berhingga itu tetapi ada sekarang ini seperti adaNya yang dahulu jua, dan maẓharNya (مظهر) (Menurut Shaikh Abdul Ṣamad al-Falimbani ialah tempat zahir) itu berlain-lainan dan berbilang-bilang. Dan bahawasanya wujud itu haqiqat sekalian maujud itu dan batinnya. Dan bahawasanya sekalian maujud itu hingga zharrah (ذرة) (Menurut Shaikh Abdul Ṣamad al-Falimbani ialah “satu semut yang kecil daripada Qudrat Allah Ta’ala”) jua pun tiada sunyi daripada wujud itu.

بموجودين وليسا المصدرية المعاني من ألنهما والحصول التحقيق ليسبمعنى الوجود ذلك وأنعلوا ذلك عن الله تعالى الخارج في الموجود الحق على المعنى بهذا الوجود يطلق فال الخارج في

سائر ووجود بذاتها وجودها أعنى الصفات بهذه المتصفة الحقيقة الوجود بذلك عنينا بل كبيراالخارج في غيرها وانتفاء بها .الموجودات

Dan bahawasanya wujud itu tiada pada makna tahqiq dan ushul (tetap) dari kerana keduanya itu daripada makna maṣhdariyyah. Tiada maujud keduanya kharij. Maka tiada harus dikatakan wujud itu dengan makna itu pada Haq Ta’ala yang maujud pada kharij. Maha Tinggi Haq Ta’ala daripada kata demikian itu dengan ketinggianNya yang amat besar, tetapi kami kehendak wujud itu haqiqat yang bersifat dengan segala sifat itu. Ertinya ku kehendak wujud itu dengan zatNya dan wujud segala maujud itu dengan sebabNya. Dan tiada wujud lain daripadanya pada kharij.

يتأتي الحواسوال وال الوهم وال العقل يدركه وال ألحد ينكشف ال الكنه حيث من الوجود ذلك وأنعن وصفاته ذاته تعالى المحدث إال بالكنه يدرك ال والمحدث محدثات كلهن القياسألن في

كبيرا علوا . الحدوثDan bahawasanya wujud itu daripada pihak ketahui tiada nyata pada seseorang jua pun, dan tiada mendapat akal dan *tiada mendapat di waham, dan tiada mendapat di pancaindera (kerana tiada bagiNya had rupa. Dan barangsiapa berkehendak jalan mendapat akan dia nescaya mengusahai akan dia pada jalan yang mustahil. Tetapi tiada mendapat daripada demikian itu melainkan dengan ilmu kasyaf bagi barang yang di sana). Dan tiada masuk ia dalam qiyas dari kerana bahawasanya sekalian itu muḥdith. Maka yang muḥdith itu sekali-kali tiada mendapat kepada kepada yang qadim melainkan sama muḥdith jua. Maha Tinggi zat SWT, dan sifatNya daripada didapat segala yang muḥdith dengan ketinggianNya Yang Maha Besar.

كثيرة مراتب الوجود لذلك وأن وقته ضيع فقد فيه وسعى الوجه هذا من معرفته أراد .ومن

Maka barangsiapa menghendaki mengenal Haq Ta’ala daripada pihak itu dan diusahakannya akan dia, maka disungguhinya di sisi segala waktunya. Dan bahawasanya adalah bagi wujud itu martabat amat banyak.

Martabat 1األولى :فالمرتبةالتعين سلب ومفهوم اإلطالق قيد أن بمعنى ال البخت وذات اإلطالق مرتبة وتسمى الالتعين مرتبة

Page 4: TUHFATUL MURSALAH

إضافة عن منزه المرتبة تلك في الوجود ذلك أن بمعنى بل المرتبة تلك في ثابتان الالتعين فيتسمى المرتبة وهذه أيضا اإلطالق قيد عن حتى قيد كل ومقدسعن إليه والصفات النعوت

تحتها المراتب كل بل أخرى مرتبة فوقها وتعالى سبحانه الحق كنه وهي األحدية .بالمرتبة

Lā Ta’ayyun ( تعين .namanya (Tiada nyata ia di dalam martabat dengan sesuatu) (الDinamakan pula Martabatul Iṭhlāq ( اإلطالق ) Dan Zhātul Bukhti .(مرتبة البخت pun (ذاتnamanya. Tiada pada makna qayyid iṭhlāq dan tiada ta’aiyun (serta maha suci daripada disifatkan dia dengan sesuatu sifat dan maha suci daripada bercerai sifat) itu keduanya pada martabat itu tetapi pada makna bahawasanya wujud itu pada martabat itu suci ia daripada idhafah Allah dan sifatNya. Dan lagi suci ia daripada segala qayyid hingga daripada qayyid iṭlāq pun. Maka martabat ini dinamai akan dia Martabat Aḥadiyyah ( أحدية .(مرتبةIaitulah kunhu zat Haq SWT. Dan tiada di atas martabat yang lagi ini, tetapi tiap-tiap martabat itu di bawah martabat ini jua.

Martabat 2الثانية :والمرتبة

وجه على الموجودات وبجميع وصفاته بذاته تعالى علمه عن عبارة وهى األول التعين مرتبةالمحمدية والحقيقة الوحدة مرتبة تسمى المرتبة بعضوهذه عن بعضها تمييز غير من .اإلجمال

Ta’ayyun Awwal ( أول namanya. Iaitu ibarat daripada ilmu Haq Ta’ala akan zatNya dan (تعينakan segala sifatNya, dan akan sekalian maujud, dan pada pihak ijmāl >(daripada hal berhimpun) dengan tiada beza setengahnya. Maka martabat ini dinamai akan dia Martabat Waḥdah ( وحدة ) Dan Haqiqat Muhammadiyyah .(مرتبة محمدية .pun namanya (حقيقة

Martabat 3الثالثة :والمرتبة

طريق على الموجودات وبجميع وصفاته بذاته تعالى علمه عن عبارة وهى الثاني التعين مرتبةثالث فهذه اإلنسانية والحقيقة الواحدية تسمى المرتبة بعضوهذه عن بعضها وامتياز التفصيل

زماني ال عقلي والتأخير والتقديم أزلية قديمة كلها .مراتب

Ta’ayyun Thānī ( ثاني namanya. Iaitu ibarat daripada ilmu Haq Ta’ala akan zatNya, dan (تعينakan segala sifatNya, *dan akan segala maujud, dan atas jalan tafṣīl (pada perceraian) dan beza setengahnya atas setengahnya. Maka martabat ini dinamai akan dia Martabat Wāḥidiyyah ( واحدية ,Dan Martabat Insan pun namanya. Martabat yang ketiga ini .(مرتبةketiga-tiganya adalah qadim. Maka taqdimnya dan ta’khirnya itu pada akal jua, tiada pada masa.

Martabat 4الرابعة :والمرتبة

وعلى ذراتها على ظهرت التي البسيطة المجردة الكونية األشياء عن عبارة وهي األرواح مرتبة.أمثالهاMartabat Alam Arwah ( أرواح عالم ) ’namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā (مرتبة yang tunggal ia, tiada murakkab (sesuatu yang dijadikan oleh Allah SWT) (أشياء[bersusun] daripada madah, yang zahir ia pada segala zatnya dan pada segala bagainya.

Martabat 5الخامسة :والمرتبة

والتبعيض التجزى تقبل ال اللطيفة المركبة الكونية األشياء عن عبارة وهو المثال عالم مرتبةوااللتئام .والخرق

Page 5: TUHFATUL MURSALAH

Martabat Alam Mithal ( مثال namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ yang (عالمdijadikan murakkab, lagi laṭīf (yang halus), yang tiada menerima suku, dan tiada menerima setengahnya, dan tiada menerima فسق.

Martabat 6السادسة :والمرتبةوالتبعض التجزى تقبل التي الكثيفة الكونية األشياء عن عبارة وهي األجسام عالم .مرتبة

Martabat Alam Ajsām ( أجسام عالم namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ yang (مرتبةdijadikan murakkab ia, lagi kasyaf, yang menerima suku, lagi bersetengah.

Martabat 7السابعة :والمرتبة

التجلي وهي والواحدية والوحدة واالنورانية الجسمانية المذكورة المراتب لجميع الجامعة المرتبةمراتب هي منها الباقية والستة الالظهور مرتبة منها األولى مراتب سبع فهذه اإلنسان وهي األخير

مع المذكورة المراتب جميع فيه وظهرت عرج إذا اإلنسان أعنى منها واألخيرة الكلية الظهورالنبيين خاتم كان ولهذه وسلم عايه الله صلى نبينا في كان األكمل الوجه على .انبساطها

Al-Jāmi’ah (الجامعة) (Martabat Yang Menghimpunkan) namanya, *ialah yang menghimpunkan segala martabat yang tersebut itu, iaitu Alam Ajsām dan Alam Mithal, dan Alam Arwāh, dan martabat Waḥdah, Wāḥidiyyah, maka inilah dinamakan “Tujuh Martabat”. Martabat yang pertama daripada tujuh, iaitu Lā Ẓhuhūr ( ظهور namanya. Martabat enam (الlagi daripada tujuh itu, iaitu Martabat Ẓuhūr ( ظهور namanya. Dan akhir daripada (مرتبةmartabat yang enam itu ku kehendaki akan dia insan, apabila taraqqilah ia. Dan zahirlah padanya sekalian martabat yang tersebut itu suatu serta inbisāṭnya (إنبساط) (lulus ma’rifatnya) ghairu murakkab. Dinamai akan dia Insan Kamil ( كامل Manusia) (إنسانsempurna ma’rifat akan Tuhannya). Dan adalah taraqqi dan takhalluq bi akhlāqillah ( تخلق

الله .dengan pihak yang terlebih sempurnanya itu pada Nabi kita Muhammad SAW (بأخالقKerana inilah jadi kesudahan segala Nabi.Dan bahawasanya segala nama martabat ketuhanan itu sekali-kali tiada menamakan dia akan martabat makhluk. Dan demikian, demikian lagi tiada menamakan nama Nya.

Bahawasanya adalah wujud itu dua kesempurnaan. Pertama : Kamal Zatiyi. Kedua : Kamal Asma'iyi. Adapun Kamal Zatiyi itu, yaitu ibarat daripada zhuhur Haq Taala daripada dirinya,dengan diri Nya, dalam diri Nya, bagi diri Nya dengan tiada iktibar lain dan sekalian. Adapun Ghanaul Muthlaq (kaya semata-mata) lazim pada kamal Zatiyi itu, pada makna nya. Ghanaul Muthlaq itu, yaitu musyahadah *Haq Taala pada diri Nya akan sekalian syu-un dan iktibar Illahiyi (kelakuan ketuhanan akan segala kelakuan makhluk) dan ketiadaan segala hukum Nya, dan segala lawazim Nya, dan segala yang dikehendaki Nya atas wajah yang kaya lagi mujmal (atas jalan sekaliannya yang berhimpun) kerana terbuni (tersembunyi/'masuk' menurut terjemahan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani)sekalian itu pada bathin zat dan pada wahdah Nya seperti terbuni segala bilang didalam bilangan yang esa. Dan sungguhnya dinamai akan Kamal Zatiyi itu dengan Ghanaul Muthlaq dari kerana bahwasanya adalah Haq Taala pada musyahadah itu kaya daripada zhahirkan 'alam. Pada pihak tafshil tiadalah hajat padaNya menghasilkan musyahadahNya kepada alam barang yang dalamnya dari kerana bahawasanya adalah musyahadah Haq Taala akan segala maujud. Dan hasil bagi Haq Taala tatkala terbuni segala syu-un pada bathin musyahadah ghaib, lagi alam seperti musyahadah akan yang banyak dalam esa. Dan seperti musyahadah akan pohon khurma serta segala cawang nya dan segala yang mengikutkan dia dalam suatu biji.

Page 6: TUHFATUL MURSALAH

Adapun Kamal Asma'iyi itu, yaitu ibarat daripada zhuhur Haq Taala pada diriNya, dan musyahadah Nya akan zat Nya pada segala ta'aiyun yang kharij, ku kehendak dengan dia 'alam dan barang yang dalamnya. Maka adalah musyahadah ini musyahadah 'ain,yakni kenyataannya,lagi wujudiyi seperti musyahadahkan mujmal dalam mufshil >(perhimpunan dalam perceraian). Dan seperti musyahadahkan *bilangan esa dalam bilangan yang banyak. Dan seperti musyahadahkan biji khurma dalam pohon khurma dan segala yang mengikut dia. Maka adalah hasil Kamal Asma'iyi ini daripada pihak tahqiq dan zhuhurnya terhenti pada kejadian 'alam dan barang yang dalamnya. Dari kerana bahwasanya maknanya yang dahulu itu tiada hasil melainkan dengan zhuhur 'alam pada pihak tafshil. Dan bahwasanya wujud Allah itu sekali-kali tiada ia hulul pada segala maujud. Dan tiada ia ittihad dengan dia. Dari kerana hulul-ittihadiyah tak dapat tiada kehendak keduanya daripada dua wujud hingga hulul lah sesuatu daripada dua itu daripada yang kedua. Bermula wujud Allah itu esa jua, sekali-kali tiada bagiNya berbilang. Hanyasanya yang berbilang itu segala sifat jua. Sanya pada barang yang dimusyahadahkan zauk (oleh perasa) seperti 'Arif danpendapat mereka itu akan dia. Maka bahawasanya kehambaan, dan rahmat, dan 'azab dan segala pedih sekalian kembalinya kepada segala ta'aiyun (kenyataan wujud Allah Taala, yaitu segala 'alam') jua. Dan bahawasanya wujud itu dengan ia iktibar Martabat Ithlaq suci ia daripada segala sesuatu sekalian. Dan bahwasanya wujud itu muhith (meliputi) sekalian wujud Nya, seperti muhith malzum akan lawazim. Dan seperti muhith maushuf *dengan sifat. Sekali-kali tiada muhith wujud Allah itu seperti muhith zharaf akan mazhruf (bukan meliputi seperti suatu tempat yang didalam nya). Atau tiada muhith wujud Allah itu, seperti Kul dengan juzuknya. Maha Tinggi Haq Allah Taala, daripada misal yang demikian itu, dengan ketinggian yang amat besar. Dan bahawasanya wujud ini wujud seperti wujud itu, bahawa Ia dengan semata-mata ithlaq Nya, zhahir ia pada maujud yang kharijiyah dari pihak adalah wujud itu menyatakan segala maujud itu telah ada sekalian maujud itu dahulu daripada nyatanya pada wujud itu. Kenyataan wujud itu seperti demikian,lagi yang seperti ada bagi wujud itu iktibar sekalian. Dan ithlaqnya zhahir pada sekalian sifat maujud itu dengan pihak adalah sifat yang sempurna itu nyata pada segala sifat maujudat seperti telah ada sifat maujudat itu dahulu daripada nyatanya pada segala sifat yang sempurna itu kenyataan segala sifat yang sempurna. Dan bahwasanya 'alam itu dengan suku-suku nya beberapa 'aradh. Dan yang menjadikan dia itu, yaitu Haq Taala. Dan bahwasanya adalah bagi 'alam itu tiga tempat :Pertama- Pada Ta'aiyun Awwal dinamai akan dia pada martabat itu Syu-un ZatiyahKedua - Pada Ta'aiyun Tsani dinamai akan dia pada martabat A'yan TsabitahKetiga- Pada Kharijah dinamai akan dia pada martabat *itu A'yan Kharijah.

Dan bahwasanya A'yan Tsabitah itu sekali-kali tiada ia mencium bau wujud kharijiyah. Dan hanya sanya yang zhahir itu segala hukumnya, dan segala atsar (bekasnya/kesan) jua. Dan bahwasanya pertama yang dapat pada segala tiap-tiap suatu itu, yaitu wujud Allah dengan senantiasalah didapat akan segala sesuatu seperti umpama cahaya dengan nisbah kepada segala warna dan rupa zhuhur (kerana sangat nyata) Haq Taala. Dan sangat cemerlang, tiada mengetahui pendapat itu melainkan khawash jua.

Dan bahwasanya adalah qurbu (hampir/dekat/damping hamba kepada Allah Taala) itu dua bagi:Pertama- qurbu nawafil (hampir sunat)Kedua- qurbu faraidh (hampir fardhu)Adapun qurbu nawafil itu, yaitu hilang segala sifat basyariyah dan zhuhur lah segala sifat Haq Taala atasnya dengan menghidup dan mematikan dengan izin Allah. Dan mendengar dan melihat dengan sekalian jasadnya, tiada ia mendengar dengan telinga jua dan tiada melihat

Page 7: TUHFATUL MURSALAH

dengan mata jua. Demikian lagi didengar nya suara dari jauh. Dan dilihatnya akan segala rupa dari jauh. Dari qiyas inilah ku qiyaskan makna segala fana' segala sifat basyariyah pada segala sifat Allah Taala, yaitulah qurbu nawafil.

Adapun qurbu faraidh itu, maka yaitu fana' 'abdin dengan kulliah (hampir fardhu yaitu fana' dengan sekalian,daripada sekalian makhluk hingga fana' ia daripada dirinya dengan sekira-kira tiada kekal didalam hatinya melainkan Allah SWT) daripada ingat akan sekalian maujudat hingga akan dirinya sekalipun dengan sekira-kira *tiadalah makna fana' 'abdin pada Allah Taala yaitu faidah qurbu faraidh. Dan bahwasanya adalah setengah daripada segala yang mengata wihdatul wujud, yaitu barangsiapa mengetahui bahwasanya Haq SWT adalah haqiqat segala maujudat. Dan bathinnya dengan 'ilmil yaqin tetapi tiada dimusyahadahkan nya akan Haq SWT pada makhluk. Dan setengah daripada mereka itu yang musyahadahkan hal qalbinya. Maka martabat ini terutama, dan tera'la daripada martabat yang pertama(dan setengah daripada mereka itu telah sampai kepada syuhud akan yang demikian itu dengan hati dan hal dan terlebih tinggi daripada martabat yang dahulu itu). Dan setengah daripada mereka itu yang memusyahadahkan Haq Taala pada makhluk dan memusyahadahkan makhluk pada Haq Taala dengan sekira-kira tiada ada salah suatu daripada dua itu menegahkan akan yang kedua (dan setengah daripada mereka itu telah sampai kepada syuhud akan Allah Taala didalam kejadian makhluk dan syuhud ia akan makhluk itu,didalamnya perbuatan dengan sekira-kira tiada menegahkan salah suatu daripada keduanya). Maka martabat yang kemudian itu terutama dan tera'la daripada martabat yang dahulu itu. Yaitulah maqam segala Anbiya' dan segala Quthub sebab mengikut mereka itu. Dan sekali-kali tiada diperoleh martabat yang kedua daripada yang ketiga itu pada barangsiapa menyalahi syariat dan thariqat yang istimewa pula pada martabat yang ketiga,yaitu lalulah yang sama tara a'la daripada martabat yang dahulu itu.

في ( تفهم التي المطابقة هنا العينية لفظ من يفهم ال عين الوجود حيث من الموجودات جميع وأن ( وتعالى سبحانه الحق البعض بعضها األشياء عينية :معاني

Dan bahawasanya sekalian maujud itu daripada pihak Haq Ta’ala adalah ia kenyataan Haq SWT.

" : " القمر سورة بقدر خلقناه شيء كل ا 49إنSesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

" : " الرعد سورة بمقدار عنده شيء 8وكلdan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.

" : " الفرقان سورة تقديرا فقدره شيء كل 2وخلقDialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

" : " الحجر سورة بقدر إال له ننز 21وماdan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar.

. هو فالكل الحقيقة حيث من وأما اعتبارية والغيرية وتعالى سبحانه الحق غير التعين حيث ومنوتعالى سبحانه الحق

*Dan daripada ta’ayyun lain daripada Haq SWT, maka sekalian itu pun iktibar jua. Ada pun daripada pihak haqiqat, maka kaya itu, iaitu kenyataan Haq SWT.

" : " القصص سورة وجهه إال هالك شيء 88كل

Page 8: TUHFATUL MURSALAH

Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.

" فان عليها من : كل " الرحمن سورة واإلكرام الجالل ذو ك رب وجه 27-26ويبقىSegala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

غيره التعين حيث ومن ماء الحقيقة حيث من كلهن فإن والثلج والموج الحباب ومثالهDan umpamanya seperti buih, ombak dan kendi air. Maka bahawasanya sekalian itu daripada pihak haqiqat kenyataan air jua. Dan daripada pihak ta’ayyun (pada zahir) lain daripada air.

" : " المطففين سورة يكسبون كانوا ما قلوبهم على ران بل 14كالSebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

الماء بصورة ظهر هواء الحقيقة في السراب وكذاDan demikian lagi, daripada pihak haqiqat kenyataan hawa, dengan sekira-kira haqiqat dan lainnya sekira-kira nyatanya rupa itu. Kerana, iaitu pada haqiqat itu angin pada rupa-rupa zahirnya itu air.

" : " النور سورة حسابه 39فوفاهlalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya).

. وجل عز فقوله القرآن من أما كثيرة الوجود وحدة على الدالة :والدالئلSyahdan adalah segala dalil yang menunjukkan atas menyatakan akan wihdatul wujud menyatakan akan keesaan wujud Haq Ta’ala itu amat banyak. Maka setengah daripadanya dalil Qur’an:" : " البقرة سورة والمغرب المشرق ه 115وللDan Allah jualah memilikikan timur dan barat (Masyriq dan Maghrib).

" : " النمل سورة شيء كل 91ولهdan Yang Menguasai segala-galanya.

" : " البقرة سورة األرض في وما ماوات الس في ما ه 284للSegala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah.

" : " البقرة سورة ه الل وجه فثم وا تول 115فأينماmaka barang kemana kamu hadapkan muka mu, maka disanalah zat Allah.

" : " ق سورة الوريد حبل من إليه أقرب 16ونحنDan Kami terlebih damping kepada insan daripada urat lehernya. urat lehernya. [Dan adalah Aku terhampir kepadanya daripada ruh kamu itu, dan tetapi tiada kamu lihat]

-"Bahwa Allah jua serta kamu, barang dimana ada kamu"

-"Dan Kami terlebih damping kepada insan daripada diri insan,tetapi tiada kamu melihat Dia"

-"Bahwasanya segala mereka itu yang bai'ah dengan dikau itu, ya Muhammad, tiada ia bai'ah dengan dikau,hanya bahwa mereka itu bai'ah dengan Allah. Tangan sifat Allah diatas tangan mereka itu"

Page 9: TUHFATUL MURSALAH

" الحلقوم بلغت إذا تنظرون فلوال حينئذ " وأنتم سورة تبصرون ال ولكن منكم إليه أقرب ونحن 85-83الواقعة:

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; (83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. (84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.

" : " الفتح سورة أيديهم فوق ه الل يد ه الل يبايعون ما إن يبايعونك ذين ال 10إنSesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad, untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).

" : " الحديد سورة عليم شيء بكل وهو والباطن والظاهر واآلخر األول 3هوDialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [yang permulaan, dan yang akhir, dan yang zahir pada orang yang Arif, dan yang batin, ertinya yang tersembunyi bagi orang yang am]

" : " الذاريات سورة تبصرون أفال أنفسكم 21وفيDan adalah tanda *Kami diri kamu, maka tiadalah kamu bicarakan akan dia?(Dan di dalam diri kamu dalil menunjukkan qadim mengapa tiada kamu lihat akan dia)

" : " البقرة سورة قريب ي فإن ي عن عبادي سألك 186وإذاDan ditanyai hambaKu akan dikau, ya Muhammad,daripada Ku, maka bahawasanya Aku terlebih damping.

" : " األنفال سورة رمى ه الل ولكن رميت إذ رميت 17وماdan tiada jua engkau melontar tatkala engkau melontar,tetapi Allah jualah yang melempar .

" : " النساء سورة محيطا شيء بكل ه الل 126انdan adalah Allah meliputi akan segala sesuatu.

خال " ما شيء كل أال لبيد كلمة العرب قالتها كلمة أصدق وسلم عليه الله صلى أقواله من وأما " " ربه فإن ربه يناجي فإنما الصالة إلى قام إذا أحدكم إن وسلم عليه الله صلى قوله باطل الله

القبلة وبين ."بينهDan lainnya daripada ayat yang mulia-mulia itu beberapa qaul. Dan ada pun setengah daripada Hadith Nabi SAW yang menunjukkan kepada wihdatil wujud itu, iaitu seperti sabdanya, “Terlebih benar sepatah kata yang dikatakan Arab akan dia, iaitu kata Labid Syair, “Tiadakah kau ketahui tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah itu sia-sia jua adanya”. Dan tiap-tiap nikmat itu tak dapat tiada lagi hilang juasanya.

Dan lagi sabda Nabi SAW, “Bahawasanya seorang daripada kamu apabila berdiri ia akan sembahyang hanyasanya maka ia munajat kepada Tuhannya. Maka bahawasanya adalah Tuhannya antaranya dan antara qiblat”.

أحببته " فإذا أحبه حتى بالنوافل إلي يتقرب يزال وال وجل عز الله عن وسلم عليه الله صلى وقوله " بها يمشي التي ورجله بها يبطش التي ويده به يبصر الذي وبصره به يسمع الذي سمعه كنتفلم " وجعت تعدني فلم مرضت آدم ابن يا يقول تعالى الله إن وسلم عليه الله صلى وقولهإلى" " بحبل دليتم أنكم لو بيده نفسمحمد والذي طويل حديث في الترمذي وروي تطعمني " عليم شيء بكل وهو والباطن والظاهر واآلخر األول هو قرأ ثم الله على لهبط السفلى األرض

Page 10: TUHFATUL MURSALAH

الصحيحة األحاديث من ذلك غير .إلى

أذكرها لم ولذا والحصر العد في تتأتي ال فكثيرة الوجود وحدة على الدالة العارفين أقوال وأماتعالى الله شاء إن قلناه ما تجد نسخهم بمطالعة فعليك شئت .وإن

قوال أوال وسلم عليه الله صلى النبي متابعة فالزم تعالى الله إلى الوصول أردت إن الطالب أيهاالطيبة الكلمة معنى عين هي التي ثانيا الوجود وحدة مراقبة افعل ثم أيضا وباطنا ظاهرا وفعالمالحظة غير ومن وقت دون تخصيصوقت وال أولى فهو وجد وإن الوضوء اشتراط غير منالمعنى إال تالحظ ال بل الطيبة الكلمة حروف مالحظة وال المراقبة في وخروجا النفسدخوال

وآكال شاربا وساكنا ومتحركا ومضطجعا ماشيا وقاعدا قائما حالة كل في .فقط

Dan lagi sabda Nabi SAW dalam Hadith Qudsi, “Senantiasa hambaKu mendampingkan dirinya kepadaKu dengan membawa segala amal sunat hingga Ku kasih akan dia. Maka apabila Ku kasih akan dia, maka adalah Aku pendengarnya yang mendengar ia dengan dia, dan penglihatnya dengan dia, dan tangannya yang menjabat ia dengan dia, dan kaki yang berjalan ia dengan dia”.

*Dan lagi sabda Nabi SAW, “Bahawasanya Allah Ta’ala berfirman. “Sakit Aku, maka mengapa tiada kau kunjung akan Daku. Dan lagi pergi, maka mengapa tiada engkau beri akan Daku”, hingga kesudahannya.

Dan diceritakan oleh Imam Tarmizi dalam Hadith yang lanjut, “Demi nyawa Muhammad pada tangan sifatNya, bahawasanya jikalau kamu ulurkan akan suatu tali ke bumi nescaya sampai ia kepada Allah Ta’ala”. Maka dibaca Nabi SAW:

" : " الحديد سورة عليم شيء بكل وهو والباطن والظاهر واآلخر األول 3هو

Ialah Yang pertama dan Ia jua Tuhan yang kemudian, dan Ia yang zahir dan Ia jua yang batin dan Ia Tuhan yang amat mengetahui akan segala sesuatu. (yang permulaan, dan yang akhir, dan yang zahir pada orang yang Arif, dan yang batin, ertinya yang tersembunyi bagi orang yang am)

Adapun qaul segala imam yang ‘Arif Billah mendilalatkan (Menunjukkan) atas keesaan wujud Haq Ta’ala itu amat banyak dengan sekira-kira tiada terbilang dan tiada dapat ditentukan. Dari kerana inilah tiada ku sebutkan. Dan bahawasanya jika kau kehendaki maka hendaklah engkau muṭāla’ahkan, nescaya kau peroleh insya’ Allah Ta’ala.

Hai ṭālib al-Haq, jika kau kehendak wushul (الوصول) (Sampai kepada ma’rifah) kepada Allah Ta’ala, pertama: hendaklah kau kekal mengikut Nabi SAW pada perkataannya dan perbuatannya zahirnya dan batinnya. Kemudian kau kerjakan muraqabah akan Haq Ta’ala. Pada kedua kalinya muraqabah dengan makna kalimah ṭayyibah tiada dengan syarat berair sembahyang. Dan jika ada air sembahyang, maka iaitu terutamanya. Dan tiada ditentukan muraqabah suatu waktu, dan tiada disyaratkan muraqabah itu memelihara nafas pada masuknya dan keluarnya pada muraqabah. Dan tiada syarat memelihara akan segala huruf kalimah ṭayyibah tetapi tiada kamu pelihara, melainkan maknanya jua. Hanya pada tiap-tiap hal, berdiri, atau berjalan, duduk, berbaring, bergerak atau diam, makan atau minum.

الحق غير وباطنك حقيقتك تكون أن عن عبارة واإلنية أوال إنيتك تنفى أن المراقبة وطريق " باطنك " في تعالى سبحانه الحق تثبت ثم إله آل معنى وهو اإلنية هذه إال تنفى وال وتعالى سبحانه

الله " إال عين وهو ."ثانيا

Page 11: TUHFATUL MURSALAH

: وهم قلت تثبت؟ شيء وأي تنفى شيء فأي ليسبموجود وغيره واحدا الوجود كان إذا قلت فإنباطل الوهم وهذا للحق نشأ واإلثنينية .الغيرية

ثانيا باطنك في وتعالى سبحانه الحق تثبت ثم أوال الوهم هذا تنفى أن فعليك

" فانصب فرغت فارغب فإذا ك رب : وإلى الشرح" 8-7سورةKemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Bermula jalan muraqabah itu bahawa kau akui pada pertamanya niatmu ibarat daripada keadaannya, dan haqiqatmu dan batinmu tiada lain daripada Haq Ta’ala. Dan tiada kau fana’kan melainkan niat itu jua. Dan iaitulah makna إله Maka kau ithbatkan Haq Ta’ala . آلdalam hatimu. Pada kedua kalinya, dan iaitulah الله Maka jika kau kata, “Apabila wujud . إالitu esa, dan lainnya tiada maujud, maka apa jua yang kau nafikan, dan apa jua yang kau ithbatkan?” Kataku, “Iaitu sangka sekaliannya, dan sangka itu sia-sia. Maka sayugianya kau nafikan sangka itu pada pertamanya, maka kau ithbatkan Haq SWT pada hatimu pada kedua kalinya.

Khatamيبق لم بل الوهمية إنيتك إثبات على تقدر فال تعالى الله بفضل الحال عليك غلب إذا الطالب أيها

وتعالى سبحانه الحق إثبات إال .فيكوالسالم الصالة عليه النبي بحرمة المقام هذا وإياكم الله .ورزقنا

Hai ṭālib al-Haq, apabila ghaliblah hal atasmu dengan anugerah Allah Ta’ala, tiada kuasa engkau menafikan niatmu yang wahamiy itu, bahawasanya tiadalah tinggal padamu hanya mengithbatkan Haq Ta’ala jua. Dianugerahkan Allah Ta’ala kira akan kami dengan berkat kemuliaan Nabi SAW, tammat al-kitāb bi’aunillahi Ta’ala al-Mulki al-Wahhāb,

الله يا آمين