tugu negara

Upload: rosalinda

Post on 10-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahasa Malaysia Tahun 3

TRANSCRIPT

Tugu Peringatan Negara(atau juga dikenali sebagaiTugu Negara) telah disiapkan pada8 Februari1966sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalamPerang Dunia Pertama(1914-1918),Perang Dunia Kedua(1935-1942) dan semasaDarurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara,Kuala Lumpurberhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara,Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukirAustria,Felix de Weldonyang bertanggungjawab bagiTugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial)diVirginia,Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.[1]SejarahTugu Negara terawal merupakan tiangkonkrityang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahanMasjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.

Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasanTaman Tasik Perdanadibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negaraMalaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan:Perang Dunia I(1914-1918),Perang Dunia II(1939-1945) danDarurat(1948-1960).

Komunis letup Tugu Negara

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat,pengganas komunisbertindak mengebom Tugu Negara pada26 Ogos1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalahTunku Abdul Rahmanyang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar,Kuala Lumpur.

Namun pihak komunis telah menafikan penglibatan mereka[perlu rujukan]dan menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan sendiri sengaja merosakkan tugu tersebut yang dikatakan patung-patungnya menyerupai mirip wajah orang-orang barat seperti mempunyai hidung yang mancung[perlu rujukan]supaya mempunyai alasan untuk mengubah-suai semula wajah patung tugu itu menyerupai rakyat Malaysia tanpa dituduh bersifat perkauman dengan menyalahkannya kepada pihak komunis.

Lokasi Hari Pahlawan dipindahkan[sunting|sunting sumber]Mulai 2010, lokasi sambutanHari Pahlawandipindahkan dari Tugu Negara kePutrajaya.Tiada lagi upacara meletakkan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara yang dianggap perbuatansyirikdankhurafat. Selama ini upacara memperingati Hari Pahlawan diadakan setiap 1 Julai setiap tahun. Sidang media tentang keputusan itu diberikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamididan DatukJamil Khir Baharom. Upacara menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara itu diadakan sejak 1963 .

Keputusan ini sesuai denganMajlis Fatwa Kebangsaanyang berbincang pada 6 hingga 7 Oktober 1987 yang telah mengeluarkanfatwabahawa ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik.