tugasan mte3073e 2015 tg

4
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN TUGASAN PROJEK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR : KURSUS : MTE 3073E PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK SEMESTER : 1/2015 3 SNS, 3PSV dan 2RBT Tarikh Mula : 2 Mac 2015 Tarikh Hantar: 10 April 2015 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghasilkan rancangan pengajaran matematik berstruktur mengikut format yang sesuai. 2. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan pengajaran matematik dan menentukan teori pembelajaran yang relevan dalam pelajaran matematik. 3. Mencadangkan pendekatan kreatif untuk memperkayakan pembelajaran matematik juga dibincangkan. 4. Memilih kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran matematik Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3 dan 4 Objektif Projek : Pelajar dapat menguasai kemahiran berikut: 1. menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) mengikut format yang sesuai. 2. membangunkan kaedah yang kreatif dan efektif untuk memperkayakan pembelajaran matematik sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. 3. menilai secara kritis keberkesanan kaedah penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik dalam kelas matematik sekolah rendah dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan kaedah berkenaan. 4. berupaya menjawab soalan yang diuji dengan baik.

Upload: blurrmie

Post on 21-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mte

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Mte3073e 2015 Tg

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

TUGASAN PROJEK

PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

KURSUS : MTE 3073E PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

SEMESTER : 1/2015 3 SNS, 3PSV dan 2RBT

Tarikh Mula : 2 Mac 2015 Tarikh Hantar: 10 April 2015

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghasilkan rancangan pengajaran matematik berstruktur mengikut format yang sesuai.

2. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan pengajaran matematik dan menentukan teori pembelajaran yang relevan dalam pelajaran matematik.

3. Mencadangkan pendekatan kreatif untuk memperkayakan pembelajaran matematik juga dibincangkan.

4. Memilih kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran matematik

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3 dan 4

Objektif Projek :

Pelajar dapat menguasai kemahiran berikut:

1. menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) mengikut format yang sesuai.

2. membangunkan kaedah yang kreatif dan efektif untuk memperkayakan pembelajaran matematik sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.

3. menilai secara kritis keberkesanan kaedah penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik dalam kelas matematik sekolah rendah dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan kaedah berkenaan.

4. berupaya menjawab soalan yang diuji dengan baik.

Tugasan Projek(100%)

Tugasan 1- (30%).Hasilkan satu rancangan pengajaran harian (RPH) yang menunjukkan penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik dalam pelajaran yang anda rancang.

Tugasan 2 - (40%)Tuliskan satu esei bertajuk ”Bagaimanakah penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik dapat memperkayakan pembelajaran Matematik sekolah rendah di Malaysia?”.

Page 2: Tugasan Mte3073e 2015 Tg

Tugasan 3 - (30%). Ujian akhir kursus (UAK) - menjawab soalan yang diuji dengan baik

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.2. Pengajaran matematik boleh dilakukan terhadap satu kelas atau satu kumpulan kecil

murid.3. Hasilkan satu rancangan pelajaran harian dengan mengambil kira kaedah dan

aktiviti-aktiviti seni kreatif dalam matematik atau rekreasi matematik dalam pembelajaran Matematik sekolah rendah.

4. Sediakan satu kerangka pelajaran harian (tugasan 1) yang menunjukkan kefahaman anda terhadap penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik dalam bentuk grafik bersaiz A4.

5. Semasa mengajar, anda perlu mengambil gambar aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mengumpul data berkaitan penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik melalui pelbagai cara yang sesuai. Antara cara mengutip data yang boleh anda gunakan adalah seperti (a)pemerhatian (b) maklum balas murid (c) hasil kerja (d) gambar atau (e) rakaman video.

6. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam esei anda.7. Format penulisan esei adalah seperti yang berikut:

i. Fon Arial, saiz 11 ii. Langkau 1.5 baris iii. Rujukan mengikut format APA. iv. Lampiran

8. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.9. Panjang esei adalah 1500 patah perkataan.10. Bilangan patah perkataan wajib dinyatakan di hujung esei anda. Bilangan patah

perkataan termasuk quotation tetapi tidak termasuk tajuk dan rujukan.11. Anda wajib menyertakan sehelai Borang maklumbalas tugasan sebagai muka depan,

sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja kursus PISMP( Rancangan Pengajaran Harian ) sebagai muka surat ke 3 dalam laporan anda .

12. Anda dikehendaki menghantar tugasan tepat pada tarikh yang ditetapkan.Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab kukuh boleh menjejaskan gred tugasan anda.

13. Sebagai bukti perlaksanaan, lampirkan satu kompilasi gambar foto untuk menunjukkan proses penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik semasa perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Untuk kompilasi ini, sehelai kertas A4 harus mengandungi tidak melebihi 2 keping gambar foto dan setiap gambar foto harus disertakan dengan caption yang sesuai.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Rancangan pengajaran harian (RPH) - Reka letak yang kemas dengan pilihan warna yang dapat meningkatkan tarikan

dan fungsi.- Idea dipersembahkan dengan jelas dan berfokus.- Ilustrasi yang dapat meningkatkan kualiti persembahan idea.

Page 3: Tugasan Mte3073e 2015 Tg

- Kefahaman yang mendalam tentang penerapan seni kreatif atau rekreasi Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah.

2. Esei Reflektif

- Kefahaman yang menyeluruh terhadap isi kandungan kursus MTE3073- Refleksi yang kritis ke atas pengalaman anda sebagai seorang pelajar dan

seorang guru.- Justifikasi dan analisis tentang keberkesanan penerapan seni kreatif atau

rekreasi Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah melalui pengajaran dan pembelajaran Matematik.

- Sintesis daripada perspektif yang pelbagai ( pembacaan dan pengalaman percubaan di sekolah)

- Format dan organisasi esei perlu jelas dan koheren.- Rujuk daripada sumber akademik yang luas.- Penulisan tugasan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan dalam

menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal ke dalam membuat perancangan dan refleksi yang mendalam ke arah penambahbaikan tugasan.

3. Ujian Akhir Kursus –UAK

- Kefahaman yang menyeluruh terhadap isi kandungan kursus MTE3073

Kriteria Pemarkahan

Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Tugasan PISMP (Tugasan Bertulis dan Persembahan Grafik) yang dilampirkan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh :

(TENGKU NOOR ZIMA TUAN JAFFAR) (Pn. Parimalarani Sivasubramaniam ) Penyelaras Kursus Elektif MTE3073 (SME) MTE3073Jabatan Matematik Jabatan Matematik IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Disahkan oleh:

( PN WAN NOOR ADZMIN BT MOHD SABRI )Ketua Jabatan MatematikIPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK