tugas jururawat dan kerjayanya

6
Tugas Jururawat dan Kerjayanya Jururawat Mungkin ada yang berminat untuk menjadi seorang jururawat, Terlebih dahulu perlu mempunyai informasi serta mengetahui apakah tugas jururawat. Jururawat bukan sahaja tugasnya dilihat seperti kebiasaan di hospital membantu pesakit, tetapi ada beberapa perkara lagi perlu diketahui bekenaan tugas sebagai jururawat. Jururawat ini terdapat di kumpulan Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) dibawah Kementerian Kesihatan sekiranya bekerja sebagai jururawat di sektor kerajaan. Gaji Jururawat Sebut pasal gaji ini, kami tidak dapat member jumlah yang tepat kerana ia bergantung pada situasi semasa dan imbuhan lain. Walaubagaimanapun kami memberikan anggaran mengikut sumber kami iaitu sekitar RM 1,300 hingga 3,600 gaji pokok tanpa elaun bagi yang baru mula bertugas. Untuk kenaikan tangga gaji seterusnya boleh mencapai sehingga RM 4,000. Syarat dilantik ke jawatan warganegara Malaysia; Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Tugas Jururawat Rawatan Kesihatan Keluarga Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak. Perkhidmatan lawatan ke rumah. Perkhidmatan kesihatan di sekolah. Perkhidmatan perancang keluarga. Pendidikan kesihatan. Penyeliaan Menyelia kakitangan ‘ Auxilliary’ dan kakitangan lain dalam institusi semasa Menyelia bidan kampung dan swasta berdaftar Pentadbiran Mentadbir klinik

Upload: sakura-rena

Post on 22-May-2015

18.013 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugas jururawat dan kerjayanya

Tugas Jururawat dan KerjayanyaJururawatMungkin ada yang berminat untuk menjadi seorang jururawat, Terlebih dahulu perlu mempunyai informasi serta mengetahui apakah tugas jururawat. Jururawat bukan sahaja tugasnya dilihat seperti kebiasaan di hospital membantu pesakit, tetapi ada beberapa perkara lagi perlu diketahui bekenaan tugas sebagai jururawat.Jururawat ini terdapat di kumpulan Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) dibawah Kementerian Kesihatan sekiranya bekerja sebagai jururawat di sektor kerajaan.

Gaji JururawatSebut pasal gaji ini, kami tidak dapat member jumlah yang tepat kerana ia bergantung pada situasi semasa dan imbuhan lain. Walaubagaimanapun kami memberikan anggaran mengikut sumber kami iaitu sekitar RM 1,300 hingga 3,600 gaji pokok tanpa elaun bagi yang baru mula bertugas. Untuk kenaikan tangga gaji seterusnya boleh mencapai sehingga RM 4,000.

Syarat dilantik ke jawatanwarganegara Malaysia;Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tugas JururawatRawatan Kesihatan KeluargaPerkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak. Perkhidmatan lawatan ke rumah.Perkhidmatan kesihatan di sekolah. Perkhidmatan perancang keluarga. Pendidikan kesihatan.PenyeliaanMenyelia kakitangan ‘ Auxilliary’ dan kakitangan lain dalam institusi semasaMenyelia bidan kampung dan swasta berdaftarPentadbiranMentadbir klinikMembantu membuat penilaian kakitangan dibawahMenyimpan rekod kesihatan secara sistematik di kawasan semasaMerancang dan menjalankan lawatan ke rumahMemberi latihan kepada pelatih kesihatan baru separa perubatan semasa.

Tugas jururawat semasa di hospitalMenjaga pesakit seperti mengurus, melayan makan minum, kebersihan pesakit, merawat ibu bersalin, merawat dan penjagaan bayi selepas kelahiran.Membantu doktor dalam rawatan pesakit.Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan Kakitangan bawahan.Membantu ketua jururawat, pentadbiran wad serta penilaian pelatih baru.

Page 2: Tugas jururawat dan kerjayanya

Menjadi seorang jururawat perlulah mempunyai ketahanan mental yang tinggi kerana ia berada pada tahap pekerjaan melayan karenah manusia lain yang mana boleh menimbulkan ketidakselesaan dan masalah-masalah luar jangka akibat dari ragam manusia yang berlainan.---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : LANTIKAN KE GRED U29(a)(i

)Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.GRED U29 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ]

LANTIKAN KE GRED U41(a)(i

)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.GRED U41 [ Gaji Permulaan P1 : RM2,259.08 ]

Deskripsi Tugas:

JURURAWAT GRED U29

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

1. Perawatan Kesihatan Keluarga

i. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak. ii. Perkhidmatan lawatan ke rumah. iii. Perkhidmatan kesihatan di sekolah. iv. Perkhidmatan perancang keluarga. v. Pendidikan kesihatan. 2. Latihan

Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

3. Menyelia

i. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.

ii. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar. 4. Pentadbiran i. Mentadbir klinik.

Page 3: Tugas jururawat dan kerjayanya

ii. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.

iii. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.

iv. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital1. Penjagaan Pesakit i. Mengurus dan melayan makan minum pesakit. ii. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit. iii. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin. iv. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran. 2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan. 3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan. 4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih. 5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan. JURURAWAT GRED U411. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan Pemantauan KejururawatanMengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.2. Fungsi Pengurusan dan PenyeliaanMerancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.3. Kawalan MutuMerancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan. 4. Latihan KejururawatanMerancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.