trial ekonomi stpm johor

17

Click here to load reader

Upload: yen-lee

Post on 25-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

trial ekonomi STPM johor

TRANSCRIPT

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    1

    944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

    JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

    EKONOMI

    KERTAS 2

    (MAKROEKONOMI ANEKA PILIHAN DAN ESEI)

    (Tiga Jam)

    Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

    Jawab semua soalan dalam Bahagian A, lima soalan daripada Bahagian B, dua soalan

    daripada Bahagian C dan dua soalan daripada Bahagian D.

    Ada tiga puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan; anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

    Anda dinasihati supaya menjawab Bahagian A dalam masa satu jam yang pertama.

    Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul sehingga dua tempat perpuluhan.

    Kertas soalan ini terdiri daripada 18 halaman bercetak

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    2

    Bahagian A [30 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

    1 Antara pembolehubah berikut yang manakah dapat menunjukkan pertumbuhan

    ekonomi di sesebuah negara?

    A Keluaran Negara Kasar benar

    B Keluaran Negara Kasar potensi

    C Keluaran Negara Kasar nominal

    D Pendapatan per kapita pada harga semasa

    2 Penglibatan dasar kerajaan dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran sesebuah

    ekonomi bagi meningkatkan penawaran agregat merupakan

    A dasar fiskal

    B dasar kewangan

    C dasar kawalan langsung

    D dasar sebelah penawaran

    3 Pengiraan dua kali dalam penghitungan pendapatan negara dapat dielakkan sekiranya

    pengiraan yang dilakukan hanya mengambilkira

    A nilai barang perantaraan sahaja

    B nilai semua barang dan perkhidmatan di pasaran

    C nilai semua barang perantaraan dan barang akhir

    D nilai ditambah daripada aktiviti pengeluaran yang dilakukan

    4 Nilai keluaran negara kasar (KNK) kos faktor lebih kecil daripada nilai KNK harga

    pasaran jika

    A subsidi adalah sifar

    B cukai tak langsung sama dengan subsidi

    C cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi

    D subsidi lebih kecil daripada cukai tak langsung

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    3

    5 Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan negara bagi sebuah negara

    pada satu tahun tertentu.

    Butiran Nilai

    (RM juta)

    Keluaran negara kasar

    Perbelanjaan penggunaan swasta

    Pelaburan bersih

    Eksport bersih

    Perbelanjaan kerajaan

    Susut nilai

    Pendapatan faktor dari luar negeri

    4 200

    1 000

    900

    500

    1 500

    100

    800

    Berapakah nilai bayaran faktor ke luar negeri?

    A RM 400 juta

    B RM 500 juta

    C RM 600 juta

    D RM 1 700 juta

    6 Pengukur yang biasa digunakan bagi membandingkan taraf hidup penduduk dalam

    sebuah negara ialah

    A pendapatan negara

    B keluaran negara bersih

    C keluaran dalam negara kasar

    D pendapatan perkapita benar

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    4

    7 Jadual di bawah menunjukkan Perakaunan Pendapatan Negara sesebuah negara

    Butiran RMjuta

    Pendapatan Negara 400

    Bayaran pindahan 14

    Cukai keuntungan syarikat 10

    Bunga pinjaman kerajaan 2

    Bunga pinjaman pengguna 5

    Untung tidak dibahagikan 16

    Dividen 5

    Pendapatan Perusahaan Persendirian 15

    Cukai persendirian 20

    Berdasarkan data di atas, Pendapatan boleh guna adalah

    A RM 375 juta

    B RM 395 juta

    C RM 415 juta

    D RM 420 juta

    PDE26B08:14 / 09:15 / PN2012:06

    8

    Dalam rajah di atas, C ialah fungsi penggunaan dan kecenderungan mengguna sut

    adalah 0.6. Berapakah tingkat penggunaan autonomi bagi masyarakat tersebut ?

    A RM3,200

    B RM4,800

    C RM6,400

    D RM8,000

    0 45O

    C

    Y

    Pendapatan 8,000

    Penggunaan

    n

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    5

    9 Jika fungsi tabungan berubah daripada S = - 600 + 0.25Y menjadi S = - 600 + 0.2Y,

    perubahan tersebut menunjukkan

    A kecenderungan mengguna sut berkurang

    B kecenderungan mengguna sut bertambah

    C kecenderungan menabung sut bertambah

    D kecenderungan menabung purata berkurang

    10 Antara berikut yang manakah merupakan kesan daripada kenaikkan cukai

    pendapatan?

    A nilai pengganda akan menurun

    B pendapatan negara akan meningkat

    C perbelanjaan agregat akan meningkat

    D kecenderungan mengguna sut akan meningkat

    11 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan Negara dan penggunaan tanpa

    campur tangan kerajaan

    Pendapatan Negara (RM juta)

    Penggunaan (RM juta)

    0

    1000

    2000

    3000

    4000

    5000

    400

    800

    1200

    1600

    2000

    2400

    Fungsi Penggunaan (C) ialah

    A C = 400 + 0.6Y

    B C = 400 + 0.4Y

    C C = - 400 + 0.6Y

    D C = - 400 + 0.4Y

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    6

    12 Diberi persamaan penggunaan (C), pelaburan (I), cukai (T) dan perbelanjaan kerajaan

    (G) adalah seperti berikut;

    C = 120 + 0.8Yd

    I = 80

    G = 150

    T = 40

    Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara?

    A RM 840

    B RM 960

    C RM 1590

    D RM 1750

    13 Andaikan kecenderungan mengguna marginal (MPC) bagi sebuah ekonomi ialah 0.75

    dan kecenderungan mencukai sut ialah 0.2. Jika perbelanjaan kerajaan bertambah

    sebanyak RM50 juta, berapakah perubahan pendapatan negara?

    A. Bertambah RM50 juta

    B. Bertambah RM62.5 juta

    C. Bertambah RM125 juta

    D. Bertambah RM250 juta

    14 Sekiranya jurang Keluaran Negara Kasar ialah RM800 juta dan kecenderungan

    mengguna sut ialah 0.75, apakah langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mencapai

    tingkat guna tenaga penuh?

    A Menurunkan cukai sebanyak RM280 juta

    B Menurunkan cukai sebanyak RM200 juta

    C Meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM150 juta

    D Meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM200 juta

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    7

    15 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD)

    Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan tentang peralihan keluk ADo ke

    AD1?

    A Berlakunya penurunan perbelanjaan agregat kesan daripada penurunan dalam

    import

    B Berlakunya peningkatan perbelanjaan agregat kesan daripada peningkatan

    dalam pelaburan

    C Berlakunya penurunan perbelanjaan agregat kesan daripada peningkatan dalam

    perbelanjaan kerajaan

    D Berlakunya peningkatan perbelanjaan agregat kesan akibat daripada

    peningkatan cukai pendapatan perseorangan

    16 Jika keluk penawaran agregat adalah tetap manakala keluk permintaan agregat

    meningkat, keadaan ini akan menyebabkan

    A tingkat harga dan pendapatan negara jatuh

    B tingkat harga jatuh dan pendapatan negara meningkat

    C tingkat harga meningkat dan pendapatan negara jatuh

    D tingkat harga dan pendapatan negara akan meningkat

    ADo

    Harga

    0 Pendapatan negara

    AD1

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    8

    17 Apakah fungsi wang yang boleh menyelesaikan masalah pembayaran hutang

    piutang?

    A Alat pengukur nilai

    B Alat penyimpan nilai

    C Alat bayaran tertunda

    D Alat perantaraan pertukaran

    18 Dalam suatu ekonomi, penawaran wang ialah RM440 juta, halaju wang ialah 3 dan

    jumlah urusniaga ialah 330 juta unit. Menurut Teori Kuantiti Wang jika penawaran wang

    bertambah sebanyak RM 165 juta, berapakah peningkatan tingkat harga umum?

    A RM1.50

    B RM2.75

    C RM4.00

    D RM5.50

    19 Mengikut Teori Kewangan Keynes, manakah antara berikut akan menyebabkan

    kenaikan kadar bunga?

    A Harga bon meningkat

    B Halaju wang menurun

    C Penawaran wang berkurangan

    D Tingkat harga umum meningkat

    20 Tujuan Bank Negara Malaysia menjual surat jaminan kerajaan di pasaran terbuka

    adalah untuk

    A mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga

    B mengurangkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga

    C menambahkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga

    D menambahkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    9

    21 Antara yang berikut adalah kesan daripada inflasi

    A mengurangkan pendapatan individu.

    B menaikkan nilai benar sesuatu mata wang

    C mengurangkan pendapatan benar para pesara

    D mengurangkan pendapatan benar golongan peniaga

    22 Stagflasi menyebabkan negara mengalami

    A pengangguran dan penurunan harga

    B penurunan harga dan peningkatan output

    C pengangguran, peningkatan harga dan output

    D pengangguran, peningkatan harga dan pengurangan output

    23 Manakah antara yang berikut bukan contoh cukai langsung?

    A Cukai harta

    B Cukai setem

    C Cukai eksais

    D Cukai pendapatan

    24 Jadual di bawah menunjukkan jadual akaun semasa kerajaan pada tahun 2005.

    Butiran RM juta

    Jumlah hasil

    Jumlah perbelanjaan mengurus

    Jumlah perbelanjaan pembangunan

    50 000

    30 000

    20 000

    Berdasarkan maklumat di atas, kirakan akaun semasa kerajaan.

    A Defisit RM5 000 juta

    B Defisit RM20 000 juta

    C Lebihan RM10 000 juta

    D Lebihan RM20 000 juta

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    10

    25 Dalam suatu model perdagangan antarabangsa yang mudah, terdapat dua buah

    negara iaitu negara A dan negara B yang mengeluarkan dua jenis barang, kereta dan TV.

    Apabila tiap-tiap negara menggunakan sumber-sumber yang sama banyak, negara-negara

    ini dapat mengeluarkan seperti berikut:

    Negara Kereta (unit) TV (Unit)

    A

    B

    200

    100

    300

    150

    Jika perdagangan berlaku di antara kedua-dua buah negara;

    A. Negara A akan mengeksport kereta dan TV

    B. Negara B akan mengeksport kereta dan mengimport TV

    C. Negara A akan mengeksport kereta dan mengimport TV

    D. Tidak ada negara yang memperolehi keuntungan daripada perdagangan

    26 Sekirnya indeks harga import meningkat melebihi peningkatan indeks harga

    eksport, maka kesannya

    A berlaku defisit dalam imbangan perdagangan

    B kadar pertukaran asing semakin merosot

    C kadar syarat perdagangan akan semakin merosot

    D kadar syarat perdagangan akan semakin meningkat

    27 Golongan yang akan mendapat faedah daripada perlaksanaan dasar perlindungan di

    sesebuah negara ialah

    A pengguna-pengguna dalam negeri yang membeli barang dari luar negeri

    B pengguna-pengguna dalam negeri yang membeli barang yang diberi

    perlindungan

    C pengguna-pengguna di negara asing yang membeli barang yang diberi

    perlindungan

    D .pengeluar-pengeluar dalam negeri yang mengeluarkan barang yang diberi

    perlindungan

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    11

    28 Yang manakah antara langkah-langkah berikut sesuai dilaksanakan oleh kerajaan

    untuk menghadapi masalah defisit dalam imbangan pembayaran?

    A menambahkan import

    B mengurangkan eksport

    C menurunkan nilai mata wang

    D menggalakkan kemasukkan buruh asing

    29 Jadual di bawah menunjukkan nilai 1 Euro dalam Ringgit Malaysia bagi tempoh dari

    tahun 2000 hingga tahun 2002.

    Tahun RM/Euro

    2000

    2001

    2002

    3.53

    3.37

    3.98

    Nilai Ringgit Malaysia berbanding denga Euro pada tahun 2001 berbanding dengan

    tahun 2000 telah

    A meningkat 4.53 %

    B meningkat 4.75%

    C menurun 4.53%

    D menurun 4.75%

    30 Antara faktor-faktor berikut, yang manakah bukan faktor yang menggalakkan

    pertumbuhan ekonomi?

    A Kos hidup yang tinggi

    B Pasaran yang meluas

    C Kemahiran buruh yang tinggi

    D Kekayaan sumber alam semulajadi

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    12

    Bahagian B [30 markah]

    Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa 50 minit bagi

    menjawab bahagian ini.

    1 (a) Jelaskan maksud kestabilan tingkat harga umum dan guna tenaga penuh [2]

    (b) Mengapa matlamat ini ingin dicapai dalam ekonomi. [4]

    2 Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan data pendapatan negara kurang sesuai

    digunakan untuk membandingkan taraf kemakmuran masyarakat dan prestasi ekonomi

    antara negara. [6]

    3 Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan aggregat -aggregate penawaran

    (AE-AS) , jelaskan bagaimana pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat

    miskin dapat meningkatkan pendapatan negara [6]

    4 Jelaskan dengan ringkas tiga fungsi bank perdagangan yang utama. [6]

    5 Dengan menggunakan pendekatan permintaan aggregat penawaran aggregat

    ( AD-AS), jelaskan dua sebab yang mewujudkan stagflasi. [6]

    6 Huraikan tiga alasan mengapa negara masih menjalankan perdagangan

    antarabangsa [6]

    7 (a) Terangkan bagaimana devaluasi dapat membaiki imbangan pembayaran

    Malaysia [3]

    (b) Huraikan kesan terlebih nilai Ringgit Malaysia (RM) terhadap imbangan

    pembayaran Malaysia [3]

    8 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi ? [2]

    (b) Jelaskan dua faktor yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi. [4]

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    13

    Bahagian C [20 markah]

    Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa selama 35 minit

    bagi menjawab bahagian ini.

    9 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai tambah. Dengan menggunakan jadual

    yang sesuai, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung [6]

    (b) Jelaskan dua kegunaan data pendapatan negara yang dihitung mengikut

    kaedah keluaran [4]

    10 Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan permintaan aggregat penawaran

    aggregat ( AD-AS), huraikan kesan perubahan yang berikut terhadap tingkat keseimbangan

    pendapatan negara.

    (a) bank pusat menambahkan bekalan wang dalam ekonomi [5]

    (b) upah buruh meningkat [5]

    11 Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan perbelanjaan aggregat penawaran

    aggregat ( AE-AS), huraikan kesan perubahan yang berikut terhadap pertumbuhan ekonomi

    negara.

    (a) peningkatan teknologi [5]

    (b) peningkatan kadar cukai pendapatan individu [5]

    12 Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan setiap yang berikut

    terhadap nilai Ringgit Malaysia (RM) jika

    (a) Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan asing [5]

    (b) Singapura mengalami kemelesetan ekonomi [5]

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    14

    Bahagian D [20 markah]

    Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa 35 minit bagi

    menjawab bahagian ini.

    13 Jadual menunjukkan data perakaunan pendapatan negara Malaysia pada tahun 2003,

    2004 dan 2005 dalam RM juta.

    Butiran

    Tahun

    2008 2009 2010

    Perbelanjaan penggunaan isirumah

    Perbelanjaan penggunaan kerajaan

    Pembentukan modal tetap kasar

    Pendapatan faktor bersih dari luar negara

    Eksport barang dan perkhidmatan

    Import barang dan perkhidmatan

    Perubahan stok

    172 366

    54 911

    87 089

    -22 537

    447 846

    365 383

    -1 658

    192 771

    59 317

    91 818

    -24 549

    544 956

    449 262

    10 552

    215 876

    64 081

    98 930

    -23 908

    611 082

    494 529

    -200

    Indeks harga pengguna 104.4 105.9 108.4

    (a) (i) Apakah maksud pendapatan faktor bersih dari luar negeri? [1]

    (b) (i) Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasar pada tahun 2008

    hingga tahun 2010. [3]

    (ii) Hitung Keluaran Negara Kasar pada harga pasar pada tahun 2008 dan

    2010. [2]

    (c) (i) Hitung Keluaran Negara Kasar benar pada tahun 2008 dan 2010. [2]

    (ii) Jelaskan secara ringkas dua kegunaan data pendapatan negara. [2]

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    15

    14 Jadual 1 di bawah menunjukkan hasil dan perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia dalam tempoh 2007 hingga 2009

    Jadual

    Tahun

    Hasil

    (RM juta)

    Perbelanjaan Mengurus (RM juta)

    Perbelanjaan Pembangunan

    (RM juta)

    Jumlah Perbelanjaan

    (RM juta)

    2007 2008 2009

    13 926 21 114 29 521

    13 617 20 066 27 105

    7 331 6 756

    10 689

    20 948 26 822 37 794

    Sumber: Ubahsuai Kementerian Kewangan, Laporan Ekonomi: Berbagai-bagai terbitan dalam STPM94:05

    Jadual 2 menunjukkan sumber pembiayaan kerajaan persekutuan bagi tempoh 2007 - 2009

    Jadual 2

    Tahun

    Sumber-sumber pembiayaan (RM juta) Pinjaman bersih

    dalam negeri Pinjaman bersih luar

    negeri

    Penggunaan harta 2007 2008 2009

    2 311 3 591 8 693

    310 956

    - 2 438

    4 483 1 160 - 102

    Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 1990

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan hasil kerajaan, perbelanjaan mengurus dan

    perbelanjaan pembangunan [3] (b) ( i) Hitung belanjawan kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2007 hingga

    tahun 2009 [2] (ii) Bagaimanakah arah aliran imbangan-imbangan belanjawan persekutuan dari

    tahun 2007 hingga tahun2009? [1] (iii) Bagaimanakah kerajaan membiayai deficit dalam belanjawan persekutuan

    tersebut? [2] (c) Berdasarkan jadual 2, terangkan arah aliran sumber-sumber pembiayaan di antara

    tahun 2007 hingga tahun 2009? [2]

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    16

    15 Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang M1, Indeks harga pengguna dan

    keluaran dalam negeri kasar (KDNK) harga semasa dari tahun 2006 hingga 2009 bagi

    sebuah negara.

    Tahun Bekalan wang M1

    (RM juta) Indeks harga pengguna

    KDNK harga semasa (RM juta)

    2006 116,285 110.7 602,721

    2007 126,597 117.2 680,345

    2008 141,636 124.2 790,427

    2009 168,629 132.4 975,689

    (a) Nyatakan komponen yang terdapat dalam bekalan wang M1? [1] (b) (i) Hitung kadar pertumbuhan bekalan wang M1 dari tahun 2007 hingga 2009. [2]

    (ii) Hitung kadar inflasi dari tahun 2007 hingga 2009. [2] (iii) Hitung halaju wang dari tahun 2006 hingga 2009. [2] (c) (i) Nyatakan dua andaian dalam Teori Kuantiti Wang. [1]

    (ii) Adakah data yang diberikan bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang? Jelaskan. [2]

  • SULIT* zana@smkdbl bp

    944/2 www.sdbl.edu.my [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    17

    16 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing, eksport dan import antara

    Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2006 hingga 2009.

    Tahun Kadar pertukaran asing bagi

    US$100 Eksport

    (RM juta) Import

    (RM juta)

    2006

    2007

    2008

    2009

    319.90

    327.18

    330.06

    334.45

    40 287

    44 352

    48 672

    53 106

    26 348

    28 944

    30 938

    34 817

    (a) Apakah maksud kadar pertukaran asing? [1]

    (b) Adakah Ringgit Malaysia mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding Dolar

    Amerika Syarikat? Terangkan. [2]

    (c) (i) Huraikan kesan perubahan kadar pertukaran asing tersebut terhadap arah

    aliran eksport dan import Malaysia dari tahun 2006 hingga 2009. [2]

    (ii) Adakah ia selaras dengan teori ekonomi tentang eksport dan import [2]

    (d) (i) Hitung eksport bersih Malaysia dari tahun 2006 hingga 2009. [2]

    (ii) Adakah perubahan kadar pertukaran asing tersebut selaras dengan teori

    ekonomi tentang eksport bersih? [1]