tokoh_pemimpin_yang_dikagumi.ppt

16
ELM3043 RADHA PARAMASIVAM 690103015004

Upload: murali-raj

Post on 03-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • ELM3043

    RADHA PARAMASIVAM690103015004

  • Nelson Rolihlahla MandelaDilahirkan pada 18 Julai 1918di Mvezo, Umtata, Afrika SelatanAyahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa, merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi di Thembuland di bawahpemimpin tertinggi David Dalindyebo. Selepas ayahnya meninggal dunia, Mandela dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan dididik untuk menjadi seorang pemimpin.

  • Pendidikan menengah di Healdtown Methodist Boarding School.

    Mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan di Universiti Fort Hare.

    Merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan pernah menentang aparteid dengan mogok pelajar tetapi akhirnya dibuang dari universiti pada tahun 1940.

  • Beliau kemudiannya menyambung pelajaran melalui program jarak jauh di University of South Africa (UNISA) di Johannesburg.

    Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, beliau mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang-Undang) di University Witwatersrand.

  • Pada tahun 1944, beliau menubuhkan Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League)

    Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenali sebagai Kempen Penentangan (Defiance Campaign) pada 1952

    Beliau menjelajah seluruh negara dan menyedarkan rakyat atas tentang perlunya penentangan terhadap undang-undang aparteid

  • Pada tahun yang sama, beliau bersama Oliver Tambo telah menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.

    Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961.

  • Namun begitu, beliau masih bersemangat untuk membebaskan rakyat daripada pengaruh aparteid.

    Beliau aktif dengan aktiviti bawah tanah dan seterusnya membentuk organisasi baru Umkhonto We Sizwe (MK) dan dilantik sebagai pemimpin tertinggi.

    Setahun kemudian, beliau meninggalkan tanah air untuk menjalankan latihan ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain

  • Setelah beliau kembali, beliau ditahan atas alasan meninggalkan negara secara haram dan menyebabkan ramai rakyat bermogok dan bersemangat menentang apartheid.

    Beliau didakwa bersalah dan dihukum penjara selama lima tahun pada November 1962.

    Sewaktu di penjara, dia didakwa atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup.

  • Walaupun beliau dipenjarakan, beliau masih meneruskan cita-cita dan aktif memberi pendidikan politik di dalam penjara.

    Beliau akhirnya dibebaskan pada 11 November 1990 selepas hampir 27 tahun meringkuk di dalam penjara.

    Beliau kemudiannya dilantik sebagai Presiden ANC pada 5 Julai 1991.

  • Pada Oktober 15 1993, beliau merangkul Anugerah Keamanan Nobel bersama De Klerk.

    Beliau mengundi pada kali pertama seumur hidup pada 27 April 1994, dalam "All-Race Election" yang pertama.

    Pada 10 Mei 1994, beliau dilantik menjadi Presiden.

    Meletak jawatan sebagai presiden pada 1999, setelah tamat tempoh pemerintahan.

    Mengumumkan beliau akan berpencen pada tahun 2004

  • RUMUSAN

  • Tidak mudah mengalahWalaupun beliau menempuhi pelbagai jenis cabaran dan kesukaran dalam usaha untuk mencapai perpaduan, beliau tidak mudah mengalah dan masih berusaha untuk mencapai cita-cita beliau.

    BertanggungjawabBertanggungjawab dalam memastikan semua orang menerima layanan sama rata.

  • Pembawa keamananBeliau berusaha untuk membebaskan diri dan kaumnya daripada pemerintahan aparteid yang jelas mendiskriminasi golongan berkulit hitam.

    Berfikiran jauh Beliau mempunyai pemikiran yang bijak dan penuh dengan kata-kata motivasi yang boleh membakar semangat seseorang.

  • "Pendidikan adalah senjata paling kukuh yang dapat anda gunakan untuk mengubah dunia

    "Orang yang berani bukanlah orang yang tidak merasa takut, tapi dia yang boleh menakluki rasa takut itu.

    "Jangan menilai saya dengan kejayaan saya pada hari ini, tetapi nilailah saya dengan berapa kali saya jatuh dan bangkit semula."

  • "Ketika saya berjalan menuju kebebasan (dari penjara), saya sedar bahawa sekiranya saya tidak membuang perasaan benci dan dendam saya, maka saya mungkin akan selamanya berada di penjara

    "Pemimpin yang baik ialah mereka yang mengorbankan semua yang mereka ada demi kebebasan rakyat"

  • Life and Time of Nelson Mandela http://www.abc.net.au/news/2013-12-06/nelson-mandela-timeline/4133092Kata-kata Hikmat Nelson Mandelhttp://sidomi.com/243532/10-kata-kata-mutiara-nelson-mandela-quote/

    TERIMA KASIH.