tokoh

40
pandang an plato - Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. dikatakan dengan perlakuan ,akhlak , nilai dan ,ora; lukisan dibincangkan dengan konsep imitasi membincangkan lukisan dengankebenaran pelukis meniru objekyang dibuat oleh tukang pembuat lukisan adalah 3 kali terpisah dari kebenaran

Upload: nadia-afifah

Post on 11-Aug-2015

371 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh

pandangan plato

- Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan,

kesejahteraan dankeindahan.

dikatakan dengan perlakuan ,akhlak , nilai dan ,ora;

lukisan dibincangkan dengan konsep imitasi

membincangkan lukisan dengankebenaran

pelukis meniru objekyang dibuat oleh tukang pembuat

lukisan adalah 3 kali terpisah dari kebenaran

Page 2: Tokoh

Tokoh Pandangan

Aristottle Pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur

bentuk kepada benda alam , maka seni itu

adalah baik.

Plato Lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenran

Seni dan pendidikan harus berpandukan kepada

kebenaran , kesejahteraan , kesempurnaan dan

keindahan.

Lukisan dibincangkan dengan konsep imitasi

Membandingkan lukisan dengan kebenaran.

Pelukis hanya menghasilkan peniruaan objek

yang dibuat oleh tukang pembuat iaitu pencipta

alam semesta.

John dewey Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada

kanak-kanak

Memberi kebebasan kepada mereka menyusun

pengalaman untuk mencerdaskan mereka

dengan menjana pemikiran dan kretiviti

Feldman Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni

manusia

Chapman Seni adalah untuk masyarakat.

Seni dan kreativiti menjadi unsur imaginasi.

Walter Groupius Seni visual memberi faedah kepada kehidupan

seharian iaitu seperti dalam prinsip-prinsip

rekaan dan nilai estetik untuk menghasilkan

barangan keperluan harian seperti

kerusi ,meja ,pinggan.

Seni mengabungkan semua seperti seni

Page 3: Tokoh

pertukangan dan teknologi.

Al-Faruqi Kesenian islam itu bukanlah terhad kepada

ciptaan atau bangunan berunsurkan keagamaan

semata-mata.

Kesenian meliputi semua hasil ciptaan ynag

dihasilkan melalui kemahiran .

Mempunyai nilai estetika

Menyampaikan perutusan islam tidak mengira

sama ada untuk tujuan keagamaan atau tidak.

Segala bentuk seni dan hiburan serta riadah

hendaklah tunduk kepada ajaran tauhid

Seni islam yang mengungkapakn sikap

pengabdian kepada Allah

Kesenian yang terpancar dari nilai tauhid , syariat

dan akhlak .

Kesenian islam tidak dikatakan seni dan indah

jika terkandung di dalamnya unsur-unsur yang

bercanggah dengan nilai-nilai keislaman.

Ibn Khaldun Seni adalah kebenaran keindahan dan kebaikan

Di dalamnya terkandung nilai-nilai estetika , etika

dan logika

Kesenian bermaksud perihal seni yang berkaitan

dengan seni ,keindahan (kehalusan)

Abdullah (Mohammad

Nakula)

Konsep bentuk seni melalui falsafah yang

menekankan kepada nilai keagamaan.

Kejadian alam ini adalah zat dari Allah.

Page 4: Tokoh

Objektif PSV KBSR

Melibatkan diri dalam kegiatan se

ni visual se

cara aktif, kreatif , k

ritis d

an menyeronokkan

Men

ghar

gai k

einda

han a

lam ci

ptaa

n tuh

an

Men

gena

l dan

men

ghar

gai t

okoh

seni

dan

bud

aya

tana

h ai

r

Memupuk nilai-nilai kerjasama , yakin diri , disiplin diri dan bertanggungjawab

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur , cermat dan selamat

Mengem

bangkan kemahiran asas dalam

pelbagai kegiatan seni visual

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pacaindera

Menggunakan kemudahan teknologi dan kegiatan penghasilan seni visualMelibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah

Page 5: Tokoh

membentuk keperibadian generasi rakyat Malaysia yang celik budaya

, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi , imaginatif , kritis ,

kreatif , inovatif dan inventif.

membantumurid meninkatkan asa kesyukuran terhadap tuhan , menghargai keindahan alam

persekitaran , keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pendidikan diri , keluarga , masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

mengintegrasikan tiga komponen yang akan melengkapakan pembinaan otak kanan dan

otak kiri

memeberikan perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani ,

emosi , rahani dan intelek .

Matlamat PSV KBSR

Page 6: Tokoh
Page 7: Tokoh

Ulasan bertulis.

Sumbangan tokoh barat.

Herbert Read dilahirkan pada 4 disember 1893 di Kirkbymoorside North

Yorkshire,Beliau bekerja sebagai penyajak , sejarawan , seni moden , pengkritik seni

dan sastera.Belaiu telah meninggal dunia pada 12 Jun 1968.Beliau dikenali sebagai

pengkritik seni.

Menurut Herbert Read seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan

keceriaan , keseronokkan dan kedamaian estetik.Seni juga sebagai alat mendidik

seseorang dan seni boleh menyatukan semua negara.Dengan adanya sumbangan

yang dilakukan oleh beliau ini menjadikan pendidikan seni sekarang sebagai media

yang menyatukan semua negara seperti di sekolah yang mengkaji tentang tokoh dan

karya-karya pelukis terkenal barat,imur , China dan Jepun.Selain itu juga dengan

adanya sumbangan daripada beliau ini membuatkan kita mengkaji tentang aliran-aliran

yang digunakan seperti impresionisme , ekspresionisme. Herbert read mendifinisikan

seni adalah sebagai usaha-usaha seniman untuk mencipta bentuk-bentuk yang

menyenangkan.Bentuk-bentuk yang dimaksudkan adalah kesedaran melahirkan

keindahan kata, keindahan rasa , keindahan dengan melalui penemuan kesatuan atau

dalam hubungan bentuk-bentuk kesedaran persepsi manusia.Dalam buku beliau yang

bertajuk Education Through Art beliau membuat banyak persoalan tentang pengertian

Page 8: Tokoh

seni.Pendefinisian yang dibuat oleh beliau ialah seni adalah sangat sukar difahami

dalam sejarah pemikiran manusia kerana ia berkonsepkan metafizik.Seni itu terlibat

melalui persepsi , pemikiran dan tindakan manusia.Beliau mengaikan seni dengan

“Form atau Bentuk.Apa yang dikatakan oleh beliau membuatkan kita berfikir untuk

mengetahui dengan lebih dalam tetang pendidikan seni.

Disamping itu sumbangan beliau adalah di peringkat perkembangan lukisan kanak-

kanak.Selalunya subjek pendidikan seni pada peringkat kanak-kanak selalunya

dianggap tidak penting.Pengalaman sedia ada pada beliau membuatkan beliau

memberi perhatian yang istimewa terhadap nilai kebudayaan , dan lebih sirius dalam

menguruskan teori kreativiti kanak-kanak kerana seni kanak-kanak mempunyai kuasa

tarikan kepada sesuatu falsafah.Melalui sumbangan yang di buat oleh beliau ini

membauatkan tidak lupusnya kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk ke zaman

purba , alam asing dan pengalamn terhadap sesuatu budaya yang mana mereka

mempu untuk memperlihatkannya dalam perlambangan.Kanak-kanak akan

mengekspresikan apa yang mereka rasa melalui lukisan.Beliau berpendapat bahawa

kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang idea dengan yang sebaliknya.Beliau

menyedari satu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak iaitu

seni kanak-kanak ini mempunyai kaiyan dengan kestabilan komuniti dan beliau juga

menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-garde dewasa.Belaiu

mendapati bahawa kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi

maksud yang tersirat.

Page 9: Tokoh

Viktor Lewenfeld

Menurut beliau kreativiti adalah naluri semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap

orang.Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau

membuat penyataan tentang masalah kehidupan.Keinginan ialah asas yang mendorong

seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu dan tanpa naluri dan

keinginan , manusia tidak akan dapat bertindak.

Sumbangan beliau adalah beliau mengatakan bahawa peringkat mencoret ini terdiri

daripada empat peringkat iaitu bercelaru dan tidak terkawal , hal ini bergantung kepada

personaliti kanak –kanak tersebut sama ada berani atau sebaliknya.Selalunya pada

tahap ini kanak-kanak mempunyai sedikit atau tiada kawalan ke atas aktiviti

motor.Lukisan kanak-kanak pada peringkat mulanya hanyalah seperti satu contengan

sahaja jika dilihat kerana mereka tidak mahir untuk mengawal pergerakan motor halus

mereka untuk memegang pen atau pensil.

Peringkat keduanya pula ialah lukisan bujur yang dikawal dan diulang-ulang.Hal ini

mempamerkan bahawa kanak-kanak mempamerkan kesedaran visual dan

keseronokan pergerakan kinestetik yang dilakukan oleh mereka.Mereka akan

menekankan dan melukis bujur itu secara berulang kali demi untuk menghasilkan

bentuk bujur tersebut.

Ketiga ialah membuat bulatan atau perkeliling , di mana kanak –kanak akan masuk ke

dunia penerokaan yang mana gerakan mereka akan lebih terkawal dan menunjukkan

keupayaan mereka untuk melakukan bentuk yang lebih kompleks.Bagi pandangan

Page 10: Tokoh

Viktor Lowenfeld ini melalui lukisan coretan ini kanak-kanak membuat penceritaan

dengan apa yang berlaku pada diri mereka atau dunia di sekeliling yang berdekatan

dengan mereka seperti contoh kita dapat melihat lukisan kanak-kanak di Gaza apabila

di suruh melukis mereka akan melukis kereta kebal dan kebebasan walaupun usia

masih kecil kerana dunia di sekeliling mereka ada lah seperti itu.Terdapat perubahan

dari segi pemikiran kinestetik dari segi usul untuk pemikiran imaginatif dari segi

gambar.Ini adalah salah satu peristiwa yang besar dalam kehidupan manusia.

Page 11: Tokoh

Edmund Feldman

Edmund Feldman banyak mengasas pemikiran mengenai seni , beliau mengemukakan

beberapa idea dan pemikiran mengenai seni.Beliau banyak menulis tentang beberapa

idea dan pemikiran beliau di dalam buku iaitu Varieties of Visual Exprerience ,Thingking

about Art , The Artist dan Compotion Art.Karya yang paling dikenali ialah Art As

Imej .Melalui buku tersebut beliau mengklasifikasikan tiga fungsi seni iaitu personal

functions of art , the social funtion of art , dan the physical funtions of art.

Edmund Feldman mempunyai empat langkah dalam proses kritikan seni iaitu pertama

deskripsi .Melalui peringkat diskripsi ini apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran

yang nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang di lihat termasuk elemen

eksesori seperti warna , garisan , bentuk dan ruang atau penekanan yang diberikan

terhadap unsur seni dan asas seni reka.

Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal dalam sesebuah karya seperti imej dan

bentuk pada karya seni tampak.Selainit u juga , pengkritik perlu menilai dan mengupas

elemen asas seni reka dan perlu membuat kajian dengan menggunakan unsur-unsur

seni secara mendalam .Disamping itu kritikan deskripdi juda dapat dijadikan panduan

dan rujukan bagi membantu pengkarya untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu.

Page 12: Tokoh

Manakala teori kedua pula ialah Analisis yang bermaksud penyelidikan atau

penghuraian seperti maslah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi

yang digunakan secara terperinci dan mendalam.Dalam teori ini perlu mempunyai ciri-

ciri seperti pengkritik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah

karya iaitu dengan menganalisis secara terperinci bagi mengetahui bagaimana prinsip-

prinsip seni yang digunakan dan dapat dihubungkan dengan proses dan teknik , imej

atau bentuk , isi dan makna serta bentuk dan persamaan dalam penghasilan sesebuah

karya yang dihasilkan.Pengkritik perlu membuat analisis seperti di mana letaknya titik

fokus dan penegasan imej dan imbangan antara ruang dan warna juga kesesuaian

objek yang digunakan dalam karya tersebut.

Teori ketiga pula mengenai Interpretasi yang bermaksud tafsiran , penjelasan yang

memperialkan tentang makna , tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara.Dalam membuat

kritikan , pengkritik perlu mengkaji kualiti ekspresif seniman tersebut serta turut

mengkaji makna yang ingin disampaikan melalui karya yang di lukis oelh pengkarya

tersebut.Pengkritik perlu merujuk kepada penyataan perasaan pengkarya tersebut iaitu

melibatkan mood dan idea dalaman yang ingin disampaikan oleh perlukis kepda

pemerhati.Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna

karya seni tersebut.

Teori yang terakhir pula ialah teori penilaian yang bermaksud runag tentang kebaikan

atau masalah bagi sesuatu pekara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui

perhitungan dan pemerhatian.Pengkritik perlu memberi pandangan , pendapat dan terut

membuat keputusan terhadap sesuatu karya.Pandangan yang diberikan perlulah

berdasarkan penilaian ilmiah dan mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan

terperinci .Pengkritik tidak oleh mengkritik melalui pandangan yang bersifat

peribadi.Pertimbangan haruslah dibuat berbentuk formalism , ekspresivisme dan

instrumentalisme , juga dari sudut formalism iaitu berasaskan aspek keindahan .Jika

pengkritik mengkritik melalui aspek ekspresi , pengkritik harus menyampaikan perasaan

dan idea melalui karya yang dibuat.Instrumentalism bermaksud pertimbangan

berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti nstitusi ,

masyarakat dan negara.

Page 13: Tokoh

Laura H.Chapman

Beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni iaitu pertama ialah seni adalah

untuk masyarakat .Hal ini bermakna seni adalah untuk disampaikan, disebarkan dan

dikongsi dengan semua orang.Disebabkan hal inilah yang membuatkan seni itu tidak

boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri kerana seni itu perlu dikongsi bersama-

sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya.

Kedua , seni dan kreativiti adalah satu unsur yang berimaginasi.Seni dan kreativiti perlu

bergabung untuk menjadi unsur imaginasi terutamanya bagi menghasilkan karya

seni.Selai itu menurut pandangan beliau yang ketiga ialah beliau menumpukan kepada

seni utama iaitu melalui pemerhatian , oenerokaan , penghasilan serta aspresiasi dan

pelanjutan.Ketiga-tiga pendapat beliau ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni ,

kerana ketiga-tiga unsur yang diberikan adalah unsur-unsur yang berkait rapat bagi

menghasilkan sebuah karya yang sempurna.

Menurut beliau juga seni dapat dihasilkan melalui kaedah penjanaan idea.Selalunya

dalam menjana idea , oengkarya menetapkan objektif , haluan dan tujuan penghasilan

karya , hal ini dilakukan agar karya yang dihasilkan dapat menepati kehendak

sebagaimana objektif penghasilan karya tersebut , selain menerangkan kaedah

menjana idea . Dengan adanya panduan sebegina kita dapat menghasilakan karya

Page 14: Tokoh

yang baik kerana mempunyai garis panduan dan objek yang ingin dicapai dalam

penghasilan karya yang ingin dihasilkan.

Malahan beliau juga turut menyatakan seni melalui pengolahan dan pemurnian.Proses

pengolahan dan pemurnian idea akan dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang

lebih sistematik dan tersusun.Sebelum membuat sesebuah karya idea perlu di olah dan

dimurnikan terlebih dahulu .Proses ini dilakukan bagi memastikan imej visual yang

hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan yang

diinginkan dicapai.Jika roses ini dilakukan makan imej atau visual yang ingin dihasilkan

tidak terpesong dari tema dan objektif yang sebenar.

Beliau juga mengemukanakan tentang kemahiran menggunakan bahan . Kemahiran

penggunaan bahan perlu dimiliki terutamanya dalam penghasilan karya agar karya

yang dihasilkan bermutu.Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai pentingagar

karya yang dihasilkan kelihatan kreatif dan bersesuaian.Sebagai contoh ,seorang guru

perlu membuat demonstrasi ketika mengajar murid dalam mempelajari pengenalan

terhadap bahan dan teknik agar murid dapat mengetahu makna dan nilai penggunaan

bahan tersebut secara tersendiri.

Beliau juga mengatakan tentang kritikan seni .Kritikan seni ini adlah penting agar setiap

orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada penghasilan yang lebih baik dan

membina keyakinan kepada setiap pelukis.Dengan adanya kritikan seni ini kita akan

mengetahui dan memahami adat , tradisi dan nilai sesuatu masyarakat .Kritikan seni ini

dapat memahami kita mengenai adat dan tradisi ialah apabila sesebuah masyarakat itu

akan mengemukakan pandangan mereka dengan hasil karya yang dilakukan , jika hasil

karya yang dihasilkan itu bertentangan dengan adat dan budaya dalam kalangan

masyarakat tersebut pasti mereka akan mengemukan pendapat bahawa karya tersebut

tidak bersesuaian dengan adat mereka , jadi melalui kritikan tersebut kita akan

mengetahui budaya masyarakat di kawasan itu.

Sumbangan beliau adalah dalam peringkat perkembangan kanak-kanak .Beliau

memperkenalkan pendapat beliau iaitu perkembangan penghasilan karya oleh kanak-

kanak iaitu perkembangan Artistik.

Page 15: Tokoh

Frank Cizek

Pandangan beliau mengenai seni ialah seni itu sebagi satu peranan ekspresi bebas

dalam pendidikan.Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan

mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri juga dapat mewujudkan

suasana gembira , suka , riang , minat untuk belajar dan memajukan diri.

Beliau adalah orang pertama yang menggunakan praktis model penyampaian

pengajaran.Beliau adalah seorang pelajar seni di Australia yang membuat pemerhatian

kepada lukisan kanak-kanak .Beliau mendapati kanak-kanak mempunyai kesamaan

minat danbeliau mengatakan bahawa kanak-kanak berkembangan mengikut undang-

undang alam dan persekitaran.

Beliau juga adalah pelopor kepada seni melalui pemikiran kanak-kanak.Beliau

menyuruh kanak-kanak berfikir dan mengambarkan sesuatu menggunakan minda untuk

membayangkan sebuah cerita bagi mendapatkan kesan pemerhatian tindak balas

mereka yang akan membuka pandangan perspektif seseorang yang mana dapat

merakamkan perbezaan kemungkinan dari segi peranan permukaan , garisan , cahaya

dan ton.

Beliau dapat menyelesaikan masalah pengajaran dengan memberi memberi sepenuh

kepercayaan kepada pelajarnya tetapi beliau tidak mengenepikan peranan beliau

sebagai seorang guru.Beliau beranggapan bahawa kanak-kanak mampu melukis

Page 16: Tokoh

berdasarkan pengalaman , pemahaman perasaan mereka sendiri dan membuatkan

mereka dekat dengan apa yang mereka ingin lukiskan.

Selain itu juga beliau menyatakan bahawa seorang guru harus mendengar dan

menerima pandangan kanak-kanak , serta berbincang hasil kerja yang dilakukan oleh

mereka bersama-sama.Serta membiarkan mereka menerangkan apa yang mereka

lakukan dan menghargai cara mereka menghasilkan karya , malahan perlu memuji hasil

seni yang dilakukan oleh mereka.

Malahan beliau menyedari pentingnya penelitian hasil kerja kanak-kanak pada dinding

atau meja kerana apa yang dilakarkan adalah untuk menzahirkan perasaan belas

kasihan , pengetahuan dan minat yang dilakar dalam hidup , serta menunjukkan apa

yang mereka perhatikan .Beliau turut menambah bahawa kanak-kanak sentiasa

berbincang mengenai visual , membuat imej , dan menjelmakan diri mereka dalam seni

yang dilukis oleh mereka.Dengan lukisan yang dihasilkan oleh mereka membuatkan

kita mampu untuk menjelajah pengalaman mereka.

Menurut beliau lagi , dengan tiada pengawalan , idea , penyesuaian idea mampu

memajukan diri.Dalam kajian beliau telah menggalakkan kanak-kanak untuk

menghadirkan diri mereka dalam visual tentang reaksi peribadi mereka mengenai apa

yang berlaku dalam hidup mereka .Beliau percaya apabila kanak-kanak menjangkau

usia 8 hingga 9 tahun mereka lebih dekat dengan alam sekeliling dan mereka mula

kehilangan kurnia mereka dalam seni dan kreatif kerana mereka mula membina konsep

sekema yang diulang-ulang .Mereka mahu menghasilkan objek yang jelas seperti

gambaran benda yang sebenar.

Page 17: Tokoh

John Dewey

Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1859.Beliau mula mengenali budaya lain daripada

penempatan berdekatan Ireland dan Prancis-Kanada.Pekerjaannya semasa kanak-

kanak adalah sebagi penyampai surat khabar dan pekerja di sebuah kawasan kayu.

Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan ialah beliau tentang pengalaman dan

pertumbuhan.Beliau juga membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu

pengalaman kepada kanak-kanak.Beliau mengatakan bahawa pendidikan seni adalah

untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara

penyusunan pengalaman dalam kehidupan mereka.

Menurut beliau dalam teori arts as experience beliau mebincangkan dimana ia

merupakan satu cubaan untuk mengalih pemahaman yang penting tentang ciri-ciri

proses seni dari manifestasi fizikal dalam ekspresif objek untuk proses

keseluruhannya , lebih kepada asas unsur tidak lagi pada karya seni bahan tetapi

kepada perkembangan pengalaman .Bagi beliau pengalaman adalah satu yang bersifat

peribadi yang mempengaruhi hidup kita.Hal ini menunjukkan hubungan seni dengan

pengalaman seharian untuk mengingatkan kita bahawa kita mempunyai tanggungjawab

yang tinggi iaitu seni , masyarakat dan individu mempunyai kaitan antara satu sama

lain.

Page 18: Tokoh

Pendapat beliau mengenai pendidikan ialah satu proses pertumbuhan dan

perkembangan .Beliau memandang pendidikan sebagai satu usaha mengatur

pengetahuan untuk menambah lagi pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang

individu itu.

Page 19: Tokoh

Eisner

Beliau adalah seorang tokoh pendidikan dan beliau juga adalah seorang yang

memperjuangkan pendidikan seni visual sebagai bentuk disiplin yang ditekankan di

sekolah.Beliau telah mencetuskan model DBAE sebagai kerangka kurikulum

pendidikan seni ketika beliau belajar di Universiti Stanford.

Beliau mengatakan bahawa seni dapat menyempurnakan pelajar terhadap penumpuan

dan pemerhatian dengan teliti terhadap sesuatu yang dilihat.Selain itu juga seni dapat

membangunkan pelbagai bentuk literasi yang memberi asas kepada pelajar untuk

berjaya dalam mengenali makna budaya.Malahan seni menyediakan kanak-kanak

dengan peluang-peluang untuk menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta

penyelesaian pelbagai masalah , serta bergantung kepada pertimbangan mereka

sendiri untuk menentukan apabila sesuatu masalah itu diselesaikan oleh mereka

sendiri.

Page 20: Tokoh

Syed ahmad Jamal

Menurut beliau estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara

atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan , bukan menekankan

aspek kegunaannya , hal ini adlah perlu dalam menghasilkan sesuatu karya landskap.

Sumbangan beliau adalah beliau telah menyumbang ke arah pembinaan dan

perkembangan seni lukis moden Malaysia.Karya-kaya belaiu akan menyentuh isu-isu

sosial politik negara dan dunia luar pada akhir tahun 1990.

Beliau adalah pelopor gerkan ekspresionisme abstrak di Malaysia.Beliau mengetuai

Wednesday Art Group dan art Council Malaysia pada awal tahun 1960-an.Beliau

melukis menggunakan pemikiran ilmu dan pengalaman berasaskan falsafah serta nilai-

nilai Melayu.Beliau juga terlibat dalam membuat Dasar dan Pemikiran tentang program

dan pentadbiran kepada masyarakat umum.Peglibatan beliau juga dalam kritikan seni

dan menulis berbagai kertas kerja, katalog pameran , majalah dan media massa.

Beliau juga adalah seorang tokoh dalam seni arca.

Page 21: Tokoh

Abdullah Ariff

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1940 .Beliau seorang seniman dan

merupakan guru seni di Sekolah Anglo-China .Ketika mengajar beliau banyak

menyalurkan sumbangan ebagai penyelia seni , pengerusi bahagiankesenian

Kesatuan Guru Pulau Pinang pada tahun 1949 serta merupakan ahli Peneng

Impressionists tahun 1932.

Belaiu merupakan orang asia yang diterima masuk ke dalam Peneng Impresionists

pada pertengahan usia 30 tahun kerana jasa-jasa beliau sebagai struktur seni.

Beliau juga merupakan sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia.Beliau sangat

terkenal dengan dengan kepakaran beliau dalam mengawal media.Penghasilan karya-

karya beliau lebih cenderung kepada seni Eropah dalam pandangan dan

pendekatan.Falsah beliau tentang seni ialah “Seni tidak mengenal halangan”.

Beliau merupakan satu-satunya seniman pelukis tempatan yang terpilih dan dicatatkan

di dalam buku The Leader of Malayan and Who’s Who 1956 .Karya-karyanya telah

dipamerkan di Singappore , Hong Kong , Austria < Australia , Amerika , England , India

dan orway.Di Amerika pengkritik seni telah mengiktiraf karya-karyanya dengan gelaran

Ariff Style.

Karya –karya catan cat airnya telah banyak dianalisis oleh pengkritik seni di Malaysia .

Page 22: Tokoh

Hoessien Enas

Beliau dilahirkan di Bagor Jawa , Indonesia pada tahun 1924 dan beliau telah berhijarah

ke Malaysia pada tahun 1947.Hasil karya yang dihasilkan oleh beliau banyak merujuk

kepada aliran realistik dan naturalistik.

Beliau merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan juga dikenali sebagai bapa Potret

Malaysia .Sebelum ini beliau juga penah menjadi pelukis jalanan.Beliau dijemput untuk

mengadakan pameran di Pusat British Council , Kuala Lumpur ketika beliau menjadi

pelukis jalanan.Sambutan pada pameran beliau yang pertama sangat

memberangsangkan kerana semua hasil seni beliau telah berjaya dijual

Atas pengaruh Frank Sullivan , beliau telah diserapkan untuk menjadi pegawai

kerajaan dan ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya.

Sumbangan beliau dalam seni ialah antaranya ukiran orang Renjang di Pahang dengan

beberapa buah buku dan tesis bahasa telah dihasilkan.Tesis-tesis yang dihasilkan oleh

beliau kini dibawah jagaan Dr. Zakaria Ali.Pada tahun 1956 , beliau telah menubuhkan

persatuan bagi pelukis-pelukis Malaya ketika itu yang dinamakan sebagai Angkatan

Pelukis Semenanjung (APS) .Persatuan tersebut masih wujud sehingga kini dengan

cogan kata persatuan tersebut ialah Seni dan Masyarakat , yang dipinjam dari cogan

kata Angkatan Sasterawan Singapura 50 iaitu Seni Untuk Masyarakat.

Sumbangan yang paling besar yang telah disumbangkan oelh beliau ialah gambar-

gambar yang diwariskan yang dapat kita lihat dan dikaji dan di ulas kesahihannya.

Page 23: Tokoh

T.K Sabapathy

Beliau dilahirkan pada tahun 1983.Selama empat dekat beliau menumpukan perhatian

berliau kepada penyelidikan , dokumentasi dan sokongan seni visual kontemporari di

Singapura dan Malaysia.Beliau pernah menjadi seorang Pensyarah seni di National

University of Singapore , Nanyang Institusi Teknologi dan Institut Pendidikan Nasional.

Beliau menubuhkan dan mengetuai kemudahan perintis penyelidikan SingapuraSeni ,

Pusat Seni Kontemporeri Asia dan Asia kontemporeri.Beliau juga banyak menulis

artikel , buku , katalog dan monograf artis.Beliau telah menyumbangkan sumbangan

beliau yang tidak ternilai kepada kajian seni di Asia Tenggara , dan sangat dihormati.

Page 24: Tokoh

Ibrahim Hussein

Pengkritik antarabangsa menerangkan kerja abstrak beliau sebagai futuristik dan ia

adalah pesanan melalui garisan , bahawa dia meluahkan perbezaan kerumitan bentuk

dan demensi yang tersendiri.

Beliau menggunakan medium yang dipanggil Printage iaitu campuran percentakan dan

kolaj.Beliau mencipta legasi yang luar biasa iaitu lukisan yang berkisarkan tentang

kehidupan dan kemanusiaan , peritiwa dan personaliti.

Beliau merupakan pengasas Yayasan Muzium dan Kebudayaan Ibrahim Hussein di

Langkawi.Beliau juga mencipta muzium hutan hujan sendiri , di Yayasan Kebudayaan

Ibrahim Hussein Museum di Pulau Langkawi .Selain itu dengan bantuan isteri beliau ,

beliau menubuhkan Club Mediterranee Asia Arts Fest di Bali ,Indonesia dan di

Cherating , Kuantan.

Selepas belajar seni di Singapura, pada tahun 1959 beliau memenangi biasiswa empat

tahun di Byam Shaw School of Art di London dan menghabiskan tiga tahun di Akademi

London Royal Sastera (1963-1966). Seorang pengumpul kaya British membekalkan

beliau dengan kanvas yang cukup untuk bertahan kepadanya sepuluh tahun, dan dia

berkawan Sultan muda Selangor.

Beliau telah mengembara dan menunjukkan secara meluas di Eropah, Amerika

Syarikat dan Timur Tengah, mencerminkan politik tempat-tempat ini dalam kerja-kerja

topikal. Pada tahun 1991, Hussein dan isteri Sim ditubuhkan Ibrahim Hussein Museum

Page 25: Tokoh

and Cultural Foundation, di Pulau Langkawi, yang dibuka kepada orang ramai pada

2000 di samping festival antarabangsa seni dengan berkat maka perdana menteri

Malaysia Mahathir bin Mohamad. Muzium, yang dibina di sekitar rumah Hussein dan

hanya diperlukan penebangan daripada 13 pokok, menjadi sejenis salon-di-hutan untuk

artis-artis tempatan dan melawat. Dalam tahun-tahun kemudian beliau, Hussein

melaksanakan beberapa karyanya pada kepingan kayu dan batu.

Beliau telah memenangi Pemenang Anugerah 1997 Crystal di Forum Ekonomi Dunia di

Davos, Switzerland. Beliau adalah seorang lelaki yang sederhana dan sederhana yang

dihargai keluarga dan kawan-kawannya. Satu kerja baru-baru ini yang merangkumi

merendah diri beliau dan rasa humor, beliau berkata, terdiri teks surat-akhbar bercetak

membaca: "Satu mata buta, Satu gigi patah, Satu tahi lalat ..." Menyifatkan seni beliau,

dia berkata: "Bagi saya, lukisan adalah suka berdoa. Apabila saya melukis, saya

berurusan dengan jantung, saya kerja saya dan Tuhan”.

Tay Hooi Keat

Page 26: Tokoh

Beliau dilahirkan di Nibong Tebal pada tahun 1910.Catan cat air beliau yang terawal

jelas menunjukkan pengaruh Yong Mun Sen.Selain itu juga , beliau juga merupakan

ahli pengasas dan bendahari Kelab Seni Cina Pulau Pinang pada tahun 1936 .

Beliau membuat pameran solo pertama di Perpustakaan Pulau Pinang pada tahun

1948 dan beliau juga menjadi rakyat Malaysia yang pertama yang dianugerahkan

Biasiswa Kementerian Pendidikan untuk mengkaji seni di Sekolah Camberwell Seni di

England.

Pada tahun 1952 beliau telah memperolehi Sijil perantaraan dalam seni dan kraf serta

Diploma Kebangsaan dalam Reka bentuk.Beliau mengajar di Sekolah Perempuan St

Georges sehingga tahun 1954 . Setelah itu beliau dilantik menjadi Peneng

Superintendent of Art.Pada tahun 1957 , beliau telah dilantik menjadi Nazair

Persekutuan Kementerian Pelajaran sehingga beliau bersara pada tahun 1969.

Setelah beliau kembali dari England , beliau membentuk Peneng Art Teachers’ Council

dan beliau merupakan pengerusi bagi persatuan tersebut.Beliau sangat aktif dengan

berkongsi maklumat dengan guru-guru lain dan juga beliau menerapkan pegerakan

seni Barat di dalam idea-idea pendidikan seni untuk kanak-kanak sekolah berdasarkan

ekspresi diri secara percuma.Beliau sangat gemar berkata “Hukum Sepuluh Pengajaran

Seni” untuk menunjukkan kebijaksanaan dan gurauaan untuk membimbing guru-guru

Page 27: Tokoh

seni.Beliau sangat gigih untuk melaksanakan perubahan dalam pendekatan pengajaran

mengikut pelukis lagenda Farouk atau nama gelaran Lou Hor (hokkien for Harimau).

Beliau membuat pameran perseorangan kali kedua pada tahun 1955 dan yang ketiga

pada tahun 1968 di Britsh Council.Hasil seni beliau telah melalui banyak zaman seperti

realism akademik , impresionisme , pasca-impresionisme , cubism dan ekspresionisme

abstrak.Namun begitu semangat beliau untuk pendidikan seni seolah-olah hilang

cahayanya kerana beliau tidak lagi mengadakan pameran lukisan beliau secara meluas

, kerana beliau sibuk sebagai Pengerusi Galeri Seni Pulau Pinang Muzium .

Banyak peranan beliau dalam pendidik seni , pelukis dan seni tidak pergi tanpa

disedari.Pada tahun 1974 Muzium USM dan Galeri seni telah mengadakan pameran

solo beliau , dan pada tahun 1980 , Muzium Pulau Pinang dan Galeri Seni ini juga telah

meraikan pencapaian beliau dengan mengadakan pameran retrospektif yang bertajuk

‘satu penghormatan kepada Tay Hooi Keat’.Manakala pada tahun 1983 , National Art

Gallery di Kuala Lumpur telah mengadakan pameran retrospektif yang menampilkan

213 karya-karya seni beliau dalam pelbagai media , termasuk pena dan dakwat ,

gouache , linocut ,minyak dan tanah liat bagi memuliakan hasil karya beliau.

Beliau telah dianugerahkan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Negara (DPMN) oleh

Gabenor Pulau Pinang pada tahun 1986, dan menjadi artis pertama dan telah

dianugerahkan penganugerahan kerana telah banyak memberi sumbangan yang

signifikan kepada negara.

Dia sentiasa menjadi seorang kuat beragama. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini

hidupnya, beliau dicat siri lukisan minyak tertumpu pada kehidupan Nabi Isa. Selepas

kematiannya, beliau ditinggalkan koleksi mengesankan lukisan utama yang sangat

mudah akan bertahan reappraisals masa dan melindungi kedudukan beliau sebagai

pelukis utama dalam konteks lukisan moden Malaysia.

Ma Yuan

Page 28: Tokoh

Beliau dilahirkan di Qiantang di dalam keluarga pelukis.Beliau telah meninggal dunia

pada tahun 1225 beliau menurunkan bakat lepada anaknya iaitu Ma Lin.Belaiu dikenali

pada hari ini terutamanya dalm bidang skrol landskap Beliau menggunakan teknik

seperti yang diilhamkan oleh Li Tang , tetapi akhirnya Ma Yuan membangunkan gaya

peribadinya yang tersendiri , dengan adanya unsur yang ditandakan seperti pokok

hiasan “pokok pain” yang kelihatan kukuh seolah-olah terbian daripada dawai

besi.Antara ciri lain hasil lukisan beliau ialah komposisi yang diletakkan subjek sebenar

ditolak ke satu sudut atau sampingan dan akan meninggalkan bahagian lain lukisan

atau ruang kosong dalam sesebuah hasil karya yang dihasilkan oleh beliau.

Contoh karya beliau

Kuo Shi

Page 29: Tokoh

Menurut Kuo Shi landskap diketogorikan mengikut cara bagaimna ia diwarnai atau

dicorak , dicapai, dijelajahi atau pun secara statik.Beliau beranggapan gunung adalah

faktor semula jadi yang menjadikan sebab mengapa beliau begitu terhibur dengan

landskap.Menurut beliau lukisan sewajarnya berasaskan kefahaman terhadap sesuatu

konsep iaitu pemerhati haruslah menghargainya dengan sewajarnya.Beliau telah

menghasilkan karya yang terunggul dalam sejarah Chinaseperti Early Spring , Autumn

in The River Valley dan Snow Mountains.

Beliau dikenali sebagai perlukis landskap yang termasyhur di negara China namun

sebegitu beliau juga berjaya memperngaruhi ahli-ahli teori seni pada akhir abad ke

11.Beliau juga merupakan pegawai istana , ahli sastera dan juga pelukis landskap yang

berpelajaran.Beliau seorang yang sangat aktif dalam menghasilkan lukisan landskap

tradisional pada zaman kemuncak.

Selain itu beliau juga merupakan ahliterkemuka di imperial Academy of Painting .

Kebanyakkan hasil karya beliau dijadikan perhiasan di Istana Imperial , terutamanya

ketika pemerintahan Maharaja Shenzong yang amat meminati hasil kerjanya.Beliau

juga dikenali sebagai Bapa Inovasi kerana beliau menyokong pembentukan semula

ynag diuar-uarkan oleh ahli-ahli politik dan Perdana menteri Wang Anshi.Tetapi setelah

kematian maharaja dan mulanya kejatuhan kejayaan yang dicapai , karya beliau mula

di agih-agihkan.Hal ini telah menunjukkan bertapa rapatnya hubungan antara politikdan

seni dalam Tamadun China.

Beliau mentafsirkan alam semula jadi sebagai ruang yang dihuni oleh manusia dengan

laluan tempat tinggal pertapa dan tokong yang tersembunyi di kaki-kaki bukit.Beliau

menunjukkan bahawa alam semula jadi dan manusia adalah perkara yang mempunyai

kaitan dan tidak terasing.Beliau menggunakan bentuk muka bumi secara seimbang

untuk menggambarkan betapa rapatnya hubung kait antara manusia dengan susunan

pangkat seperti mana beliau mengaikan bahawa gunung yang tinggi itu ibarat darjat

bangsawan.Beliau sangat mementingkan lukisan secara langsung untuk

menggambarkan sesuatu musin yang berlaku itu adalah terlalu cepat.Beliau

Page 30: Tokoh

menyatakan bahawa seseorang pelukis harus melukis dengan melihat pada landskap

sebenar sahaja tetapi tidak bermaksud hanya pada landskap sesebuah gunung yang

tertentu sahaja.

Beliau mengatakan bahawa matlamat melukis landskapa itu bukan mengenai

gambaran ruang secara spesifik dengan tepat tetapi lebih kepada pengolahan atau

penyampaian emosi , buah fikiran , atau idea dan tema yang simbolik.Pada pendapat

beliau seseorang pelukis itu perlu melukis dari satu sudut sahaja berdasarkan apa yang

mereka lihat dan bukan melalui apa yang ada dalam pengetahuan mereka terhadap

landskap tersebut.Bgi beliau lukisan itu sewajarnya berasaskan kefahaman terhadap

sesuatu konsep iaitu pemerhati haruslah mengharagai sesuatu karya dengan

sewajarnya.

Prinsip beliau yang terbesar dalam lukisan landskap ialah lukisan gunung-ganang yang

beliau umpamakan gudang duni dimana terkandungnya harta karun bumi dan

syurga.Beliau mempunyai sudut pandang yang tersendiri dalam lukisan beliau.Terdapat

tiga sudut pandang iaitu pandangan atas di mana dari cerun bahagian bawah gunung

dipanggil jarak jauh , manakala pandangan depan iaitu latar belakang bukit dipanggil

jarak dekata.Selain itu , pandangan jarak jauh iaitu penggunaan warna terang ,

pandangan dekat menggunakan warna kelam , pandangan satah sekejap-sekejap

terang dan kelam .Jarak dekat bagi beliau adalah yang memberi impak bertindihptindih

dan sudut satah memberi impak kekabusan.

Beliau juga merupakan penulis Collection of Hermits in Woods and Spring yang

menceritakan tentang kepentingan dan huraian yang lebih lanjut mengenai lukisan

landskap cina yang dirasakan penting buat pelukis zaman kini. DI dalam bukut tersebut

menceritakan tentang kepercayaan secara peribadi terhadap tujuan seni dan

pandangan beliau terhadap teknik-teknik yang berbagai-bagai.Bagi kepercayaan

beliau , proses dalam berkarya ialah perjalanan jiwa yang melibatakan imaginasi yang

tinggi dan kebolehan dalam berfikir dan pengalaman semula jadi melalui minda.

Dalam penghasilan karya beliau , beliau sangat sinonim dengan alam semula jadi

iaituterdiri daripada elemen –elemen ketenangan , edamaian dan saling berkaitan, ini

Page 31: Tokoh

merupakan prinsip rekaan iaitu harmoni.Beliau menghasilkan kesan ini dengan

menggunakan gaya abstrak yang kabur.Beliau membuatkan sesebuah karya itu

kelihatan harmoni dengan membuat susunan atau ualangan unsur-unsur seni mengikut

cara atau gaya yang tertentu.Tujuan beliau menghasilkan karya yang berbentuk

harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan , objek atau imej yang

dilukis , walau bagaimanapun beliau menitik beratkan prinsip kesimbangan di mana

adanya negatif dan positif.

Beliau mengatakan bahawa seorang pelukis itu perlu diberi peluang dan ruang untuk

melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca maa

mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikirkan.

Zheng Xie

Page 32: Tokoh

Beliau dilahirkan pada tahun 1693 di Xinghua Juangsu.Beliau juga dikenali sebagai

Zheng Bangiaon dan Kerou.Beliau merupakan seorang yang mempunyai kehidupan

yang miskin tetapi setelah lulus dalam peperiksaan , beliau menjadi seorang Majistret di

Shandong.Beliau mula menjadi terkenal disebabkan oleh kehebatan beliaudalam

kaligrafi , catan dan penulisan puisi pada zaman Dinasti Qing.

Beliau mula belajar melukis daripada bapanya dan beliau menjual hasil karya tersebut

untuk menyara kehidupannya.

Sumbangan beliau dalam pendidikan senia adalah beliau dapat pencapaian yang tinggi

dengan mengekspresikan perasaanya di dalam karya yang dihasilkan oleh

beliau.Beliau sanagt bagus dalam melukis hal benda , orkid , batu dan buluh.Hasil

karya dan gaya catan beliau dipengaruhi oleh gaya pelukis terkenal seperti Xu Wei , Shi

Tao dan Ba Da.Beliau adalah orang yang memperkenalkan teknik (free hand) ink and

wash an raised.

Beliau merupakan pencipta gaya catan yang menggabungkan ‘orchid –line drawing with

calligraphy.

Beliau mempunyai tiga langkah dalam penghasilan lukisan beliau seperti beliau melukis

buluh dalam lukisan tersebut adalah jelmaan pemikiran beliau dan watak.Beliau

menggunakan teknik yang melibatkan kedua-dua strok berus kering dan basah berus ,

termasuk secra paksa (frehand).Beliau juga menekankan gabungan puisi , kaligrafi dan

Page 33: Tokoh

lukisan , menambah baris daripada puisi untuk lukisan beliau untuk membawa keluar

tema beliau.Teori-teori ini menjadi ciri lukisan utama penghasilan karya beliau.

Page 34: Tokoh

Sidi Gazalba

Beliau mengatakan bahawa seni itu indah dan indah itu adalah baik.Menurut beliau juga

sesebuah karya seni itu perlu mempunyai unsur-unsur kebiakan , kebenaran dan nilai-

nilai moral yang tinggi.Selain itu beliau juga mengatkan bahawa matlamat akhir sesuatu

seni itu ialah ketakwaan kepada Tuhan yang maha esa.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa seni adalah berkaitan dengan

kebudayaan.Perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia , maka kebudayaan

itumencetus seni.Beliau menyatakan bahawa kebudayaan islam perlu disuburkan

melalui cita rasa taqwa iaitu sikap hidup yang dibentuk melalui aqidah , ibadat dengan

panduan dari Al-Quran dan Hadis.Malahan menurutnya juga setiap perbuatan muslim

perlu berpangkalkan kepada Allah sementara kebudayaan adalah untuk sesama

manusia.Melalui sumbangan dan kenyataan beliau ini menjelaskan bahawa kesenian

dalam islam ada hubungnya dengan kehidupan dan kebudayaan manusia , dan jelaslah

setiap hasil karya yang dibuat harus bertujuan untuk pengabdian kepada pencipta.Hal

ini seperti yang dinyatakan oleh Ernst Dienz iaitu sebenarnya seni islam atau kesenian

adalah merupakan kesenian yang menmbahkan pengabdian diri kepada Allah.

Page 35: Tokoh

Al Ghazali

Beliau meninggalkan sumbangan besar dalam dunia islam dan tidak kurang kepada

seni islam.Dalam seni beliau mengemukakan teori estetika , teori ini menyentuh aspek

keindahan yang terdapatpada sesebuah karya seni.Menurut beliau keindahan adalah

nikmat yang tersendiri , yang dihayati kerananya dan bukan tujuan lain.

Dalam hasil karya beliau , beliau tidak menekankan aspek fizikal kerana beliau

berpendapat bahawa sesebuah karya seni yang di nilai dari aspek fizikal sebenarnya

hanyalah semata-mata memenuhi tuntutan jasmani.Beliau juga mengatakan bahawa

segala yang dianggapi yang melahirkan nikmat dan kepuasan itu bergantung kepada

orang yang membuat tanggapan itu sendiri.

Beliau melihat keindahan dari segi dalaman yang dikaitkan dengan nilai-nilai

kerohanian , etika dan keagamaan .Bagi beliau keindahan alam luaran atau syahadah

dalaman manusia dapat dihayati melalui mata hati kerana lebih peka , lebih seni

daripada pacaindera yang lima.

Seni menurut beliau adalah sesuatu yang tidak dinafikan bahawa hubungan seni itu

dengan kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan .Beliau mengatakan bahawa

manusia tidak boleh terpinggir dengan seni namun kehadiran seni itu wajar

memisahkan akidah manusia.Dalam perspektif islam seni dapat dibahagikan kepada

dua tujuan iaitu suatu alat bagi manusia mencapai matlamat yng lebih tinggi dan

Page 36: Tokoh

bermakna iaitu untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat .Kedua ,seni merupakan

satu penawar bagi seseorang yang menggembara di dunia dalam menuju alam akhirat.

Page 37: Tokoh

Mughal

Mughal merupakan seni peradaban islam di India.Keberadaban ini menjadi motivasi

bagi kebangkitan baru bagi peradaban tertua di anak benua India yang mulai hilang dan

tenggelam.Mughal adalah lanjutan daripada kerajaan Delhi yang berlaku sejak islam

mula bertapak pada masa bani Umaiyah .

Mughal bukanlah kerajaan islam yang pertama di India , dalam periodisasi sejarah

Islam Dinasti ini dikenal sebagai masa kejayaan Kedua setelah sebelumya mengalami

kecemerlangan pada zaman Abbasiayah.Dinasti ini ditubuhkan oleh Zaharuddin Babur.

Lukisan mughal ini kembali pada tempoh di antara abad ke 16 dan 18 ketika Mughal

memerintah sebhagian besar negra India.Seni lukisan Mughal ini telah diperkenalkan

oleh maharaj Humayun dan lukis mughal ini mencapai kejayaan yang tertinggi semasa

pemerintahan Akhbar dan juga semakin berkembang sepanjang pemerintahan Jahangir

, dan Shah Jahan.

Karya – karya miniature bukan sahaja merupakan suatu hasil kaya yang terbaik ,

malahan mereka juga mempengaruhi miniatursekolah tempatan di Rjasthan . Punjab

dan Himchal Pradesh.

Kebanyakkan motif yang digunakan dalam catan atau lukisan Mughal ini adalah yag

berkaitan dengan kehidupan manusia juga berasaskan keagamaan dan

tradisional.Tetapi lukisan seni ini tidak meniru alam secara realisme.Selain itu lukisan

mughal ini tidak menggambarkan emosi atau perasaan pelukis melalui lukisan wajah

atau muka , tetapi lukisan mereka lebih memn=entingkan psturdan pergerakkan subjek.

Kebanyakkan pelukis dalam denasti ini melukis dengan menggunakan pen mata pena

untuk melukis.Pelukis dlam kalangan masyarakat lama lebih gemar menggunakan pena

yang dibuat daripada buluh.Selain itu juga mereka mengaplikasikan penggunaan arang

batu dalam hasil seni mereka.Ada sesetengah menggunakan warna merah terang bagi

memulakan lakaran idea.

Lakaran meraka dimulakan dengan lapisan warna yang nipis dengan menggunakan

arang batu sebagai asas sebelum dimulakan dengan lakaran penuh dengan

Page 38: Tokoh

menggunakan berus dakwat hitam.Lakaran yang selalunya dihasilkan dengan sehelai

kerta atau tiga helai yang diperkemaskan dengan warna putih serta di klatkan dengan

agat atau akik , iaitu sejenis batu keras dengan tompok berwarna.Selalunya pelukis

akan menggunaka kedua-dua belah kertas.

Page 39: Tokoh

Kobayashi Kokei

Beliau di lahirkan di bandar Joetsu pada tahun 1883 dan berpindah ke Tokyo ketika

berusia 17 tahun dan mempelajari sejarah seni Jepun dengan Kajita Hanko semasa

pameran di Intendan Bunten dan mengenali Okakura Tenshin yang memberikan

inspirasi kepada beliau untuk bergiat dalam bidang ini.

Sumbangan beliau dalam seni ialah beliau menyertai pameran Inten kali pertama yang

dianjurkan oleh Institut Kesenian Jepun yang dihidupkan kembali oleh Taikan

Yokoyama.Pada tahun 1992 beliau bersama Seison Meaeda telah mengembara ke

Eropah .Beliau meniru gaya catan admonition of the instructress to the court ladies iaitu

karya artis cina ,Gyu Kaizhi.Beliau juga turut meminati kesenian Eropah.

Beliau mula aktif di Pemeran Inten apabila pulang dari Eropah dan memperkenalkan

Consise Painting Style yang bercirikan kehalusan warna dan penggunaan berus secara

klasik serta berpandukan catan tradisional Jepun , Yamatoe.Kehalusan seni dikenali

sebagai Shinkotenshuqi atau New Cassicism.

Beliau memberi sumbangan yang terbesar dalam catan moden Jepun atau

Nihonga.Pada tahun 1935 beliau telah menjadi ahli Imperial Art Academy dan

dianugerahkan Order Of cultural pada tahun 1950.

Page 40: Tokoh

Hishida Shunso

Beliau dilahirkan pada 21 September 1874 di Lida Jepun.Belau juga dikenali sebagai

lukisan banyak kucing.Pada tahun 1889 beliau telah berpindahke Tokyo untuk belajar di

bawah artis sekolah Kano Yuki Masaaki dan pada tahun berikutnya , beliau telah

mendaftar di Tokyo Bijutsu Gakko.Selepas beliau tamat pengajian beliau telah

ditugaskan oleh Muzium Rumah Imperial untuk menyalin lukisan keagamaan yang

penting di kuil-kuil Buddha di Kyoto dan Nara.

Beliau juga telah menjadi seorang guru di Tokyo Bijutsu Gakko .Dari tahun 1903 hingga

1905 beliau telah menggembara secara meluas di luar negara dan mengadakan

pameran karya-karya beliau seperti di India , Amerika Syarikat, dan di Eropah.

Beliau adalah pelopor Tokyo National University of Fine Arts dan Muzik.

Sumbangan beliau dalam seni ialah beliau telah membangunkan kaedah lukisan baru ,

derogatorily yang dinamakan oleh sezamannya sebagai Moro-tai iaitu gaya yang

samar-samar.Ini adalah kaedah baru yang digunakan bagi pengridan warna untuk

mengantikan lukisan yang berbentuk garisan yang bercirikan tradisional

Jepun.Gayayang diperkenalkan oleh beliau adalah gaya baru , walaubagaimanapun

turut mendapat sokongan dengan pelukis yang sezaman dengan beliau dan dikritik oleh

pengkritik seni.

Page 41: Tokoh

Beliau datang untuk menyedarkan bahawa Moro-tai adalah cara yang berkesan dalam

mengambarkan unsur seperti kabus pagi dan cahaya petang ,teknik ini terbukti baik

hanya untuk motif yang terhad.Beliau mula menintegrasikan Moro-tai ini dengan garis

lukisan untuk mengatasi kelemahan ini , setelah itu beliau mempamerkan gaya baru

iaitu yang datang untuk melambangkan genre Nihonga yang membezakan ia dari gaya

yang lebih baik dari lukisan tradisonal gaya Jepun.