tmp8743.tmp

24
Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali : Kajian Kes Amali Kinematik Oleh : Ronald Yusri Batahong Syakima Ilyana Ibrahim KOLEJ MATRIKULASI LABUAN ABSTRAK Satu kajian telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Fizikal, Ambilan 2004/ 2005. Satu kumpulan tutoran terdiri daripada 22 orang pelajar terlibat sebagai subjek. Pemerhatian awal mendapati pelajar-pelajar ini tidak bersedia untuk menjalankan amali di mana mereka tidak dapat menjalankan amali tanpa bantuan pensyarah. Hasilnya daripada penilaian penulisan laporan amali didapati pelajar-pelajar gagal mengintrepretasikan data yang didapati samasa amali. Pelajar-pelajar juga gagal mengaitkan teori yang diberi dalam buku panduan amali dengan amali yang dijalankan dan seterusnya mencapai objektif amali sepenuhnya. Satu sesi pengajaran dan pembelajaran (120 minit) telah digunakan untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini. Dalam menguji pengetahuan sedia ada pelajar serta kesediaan menghadapi amali, satu ujian pra telah diberikan. Pelajar diberikan data mentah dan diminta menganalisisnya berdasarkan pengetahuan sedia ada sebagai pra laporan. Seterusnya sebagai pengukuhan, pensyarah memberikan penerangan pengukuhan teori amali berkaitan. Ujian pos yang kemudiannya dilakukan menunjukkan peningkatan kesediaan pelajar di mana pelajar lebih memahami teori amali yang bakal dijalankan. Soal-selidik juga diberikan untuk mendapatkan maklum balas pelajar. Kejayaan pemahaman teori berdasarkan ujian pos seterusnya dilihat membantu kejayaan amali yang didapati berdasarkan penilaian laporan amali bertulis di mana rata-rata pelajar berjaya menganalisis data yang didapati dan seterusnya mencapai objektif amali yang telah dijalankan.

Upload: nidifara

Post on 24-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tahap2

TRANSCRIPT

Page 1: Tmp8743.Tmp

Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali :Kajian Kes Amali Kinematik

Oleh :Ronald Yusri Batahong

Syakima Ilyana Ibrahim KOLEJ

MATRIKULASI LABUAN

ABSTRAK

Satu kajian telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Fizikal, Ambilan 2004/ 2005. Satu kumpulan tutoran terdiri daripada 22 orang pelajar terlibat sebagai subjek. Pemerhatian awal mendapati pelajar-pelajar ini tidak bersedia untuk menjalankan amali di mana mereka tidak dapat menjalankan amali tanpa bantuan pensyarah. Hasilnya daripada penilaian penulisan laporan amali didapati pelajar-pelajar gagal mengintrepretasikan data yang didapati samasa amali. Pelajar-pelajar juga gagal mengaitkan teori yang diberi dalam buku panduan amali dengan amali yang dijalankan dan seterusnya mencapai objektif amali sepenuhnya.

Satu sesi pengajaran dan pembelajaran (120 minit) telah digunakan untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini. Dalam menguji pengetahuan sedia ada pelajar serta kesediaan menghadapi amali, satu ujian pra telah diberikan. Pelajar diberikan data mentah dan diminta menganalisisnya berdasarkan pengetahuan sedia ada sebagai pra laporan. Seterusnya sebagai pengukuhan, pensyarah memberikan penerangan pengukuhan teori amali berkaitan. Ujian pos yang kemudiannya dilakukan menunjukkan peningkatan kesediaan pelajar di mana pelajar lebih memahami teori amali yang bakal dijalankan. Soal-selidik juga diberikan untuk mendapatkan maklum balas pelajar.

Kejayaan pemahaman teori berdasarkan ujian pos seterusnya dilihat membantu kejayaan amali yang didapati berdasarkan penilaian laporan amali bertulis di mana rata-rata pelajar berjaya menganalisis data yang didapati dan seterusnya mencapai objektif amali yang telah dijalankan.

Page 2: Tmp8743.Tmp

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan asas penubuhan kolej matrikulasi adalah untuk menyediakan pendidikan pra universiti

kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Oleh yang demikian, silibus aliran Sains Fizikal diolah merangkumi

teori dan praktikal dalam menyediakan pelajar berketrampilan yang mana dapat mengikuti kursus-kursus

yang berorientasikan sains khususnya aliran kejuruteraan yang banyak mempraktikkan teori dan kerja-kerja

di dalam makmal.

Silibus Fizik SF017 dan SF027 memperuntukkan 10% markah himpunan untuk penilaian

pembelajaran ‘hands-on’ kepada pelajar di dalam makmal. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan

awal kepada pelajar melakukan kerja-kerja makmal dimana pelajar diharap dapat mempraktikkan teori di

dalam makmal dan seterusnya memberikan lebih kefahaman aplikasi kepada pelajar dalam kehidupan.

2.0 MOTIVASI KAJIAN

2.1 Latar Belakang Kajian

Subjek Fizik SF017 memperuntukkan 2 jam seminggu untuk perlaksanaan P&P secara ‘hands on’

melalui slot amali di dalam makmal. Pelajar-pelajar di peruntukkan sebuah ‘Laboratory Manual Book’

yang mengandungi 10 tajuk amali dengan pernyataan teori dan langkah-langkah yang perlu dijalankan

dalam setiap amali. Setiap minggu, satu tajuk amali akan dijalankan berdasarkan teori yang telah dipelajari

pelajar di dalam kuliah . Amali dijalankan secara berkumpulan di mana satu kumpulan mengandungi 3-4

orang pelajar. Pensyarah akan membimbing pelajar melalui demonstrasi dalam menjalankan amali untuk

mendapatkan data yang diperlukan berdasarkan panduan yang diberikan. Pelajar-pelajar kemudiannya di

beri masa seminggu untuk menganalisis data dan seterusnya mencapai objektif amali secara laporan bertulis.

Page 3: Tmp8743.Tmp

2.2 Isu Keprihatinan

Tujuan amali adalah untuk pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kuliah untuk

kefahaman pelajar. Kelas amali merupakan aktiviti praktikal dalam P&P bertujuan untuk memperkukuhkan

teori dan konsep fizik di samping memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni. Tanpa pengetahuan asas

teori, pelajar pastinya sukar mencapai objektif sesuatu amali

Berdasarkan pemerhatian penyelidik didapati pelajar-pelajar tidak bersedia sebelum kelas amali

dijalankan. Pelajar-pelajar memberi alasan jadual yang padat menyebabkan mereka tidak berkesempatan

membuat persediaan untuk kelas amali. 3 orang daripada pelajar mengaku tidak mengambil berat kelas

amali kerana telah disediakan arahan yang hanya perlu diikuti. 2 orang daripada pelajar yang ditemuramah

menyatakan bahawa kelas amali tidak memerlukan mereka berfikir dan hanya perlu melakukan amali

mengikut demonstrasi yang ditunjukkan pensyarah serta merekodkan data yang telah di arahkan.

Pelajar juga mengakui mereka hanya menghadapi masalah apabila ingin menyediakan laporan

bertulis di mana mereka akan menyalin daripada rakan-rakan. Ini diakui apabila melalui pemerhatian

penyelidik, dendapati rata-rata pemerhatian, keputusan dan perbincangan di dalam laporan adalah hampir

sama antara pelajar di dalam kumpulan yang sama. Daripada pemerhatian terhadap penilaian laporan

bertulis didapati pelajar gagal mengaitkan data amali dengan teori yang dipelajari.

Menyedari bahawa kelas amali bukanlah hanya sekadar memenuhi 10% markah himpunan tetapi

sebagai satu sesi P&P secara ‘hands on’ bertujuan memantapkan teori yang dipelajari , penyelidik cuba

untuk menerapkan pembelajaran konstruktivisme untuk pelajar mengaitkan amali dengan teori berkaitan.

Page 4: Tmp8743.Tmp

2.3 Persoalan Kajian

Formatted: Justified

Adakah pemahaman teori amali yang dijalankan dapat membantu pelajar merancang amali yang

dijalankan?

Adakah pelajar tahu apakah konsep yang digunapakai untuk mendapatkan data mentah daripada

amali?

Adakah pelajar dapat mengolah data yang diperolehi untuk mencapai objektif amali?

Formatted: Swedish Sweden

Untuk memastikan pelajar mencapai tujuan pembelajaran ‘hands-on’ ini, penyelidik telah

menetapkan dua objektif di dalam kajian ini iatu;

1. Pelajar dapat menyatakan teori dan konsep fizik yang digunapakai dalam amali yang dijalankan.

2. Pelajar berjaya menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep fizik yang digunapakai dalam

amali yang dijalankan.

Dalam menyatakan teori dan konsep fizik, pelajar dilihat mempunyai pengetahuan asas sebelum

melakukan amali di mana pengetahuan asas ini dapat digunapakai dalam menyumbang kepada kejayaan

amali yang dijalankan.

Page 5: Tmp8743.Tmp

3.0 METODOLOGI:

Kajian Tindakan ini menggunakan Model Lingkaran Kajian Tindakan yang melibatkan 5

langkah utama iaitu mengenalpasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, menilai

tindakan dan seterusnya mereflek terhadap kajian yang telah dilaksanakan.

3.1 Mengenalpasti masalah

Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dan refleksi ke atas sesi P&P yang

berlaku dalam mengenalpasti masalah. Kaedah temubual juga dijalankan untuk memastikan masalah

yang wujud di kalangan pelajar semasa sesi P&P ‘hands on’ yang berlaku di dalam makmal ini. Penilaian

rakan sejawat juga membantu dalam mengenalpasti permasalahan yang berlaku di dalam sesi P&P ini

3.2 Merancang

Pengetahuan konsep dan teori sedia ada diuji melalui penilaian pra ujian dan seterusnya

pemikiran kritis dan penaakulan diuji melalui pra laporan . Setelah diberi pengukuhan melalui

demonstrasi dan penerangan ringkas, pelajar diberi semula ujian yang sama (pos ujian) untuk

menilai kembali peningkatan pengetahuan sedia ada mereka. Kejayaan amali diukur melalui

kejayaan penulisan laporan penaakulan data dari amali yang telah dijalankan.

Perancangan tindakan adalah berdasarkan teori konstruktivisme, di mana ilmu pengetahuan

adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran

terbaru yang berkaitan. Konsep dan teori asas yang dipelajari di dalam kuliah diperlukan dalam

mempengaruhi kesan pembelajaran secara praktikal di dalam makmal.

Page 6: Tmp8743.Tmp

3.3 Melaksanakan Perancangan

Kajian ini menggunakan pendekatan konstuktivisme di mana pelajar akan dibimbing untuk

mancapai matlamat pembelajaran. Berikut merupakan langkah- langkah yang dijalankan di dalam kelas

semasa kajian dilaksanakan:

Pra ujian

o Sebagai langkah pertama, penyelidik ingin melihat sejauh mana pelajar bersedia sebelum

amali dijalankan. Satu ujian pra diberikan kepada semua pelajar, di mana soalan yang

diberikan merupakan teori asas yang akan digunakan dalam amali. Pelajar dikehendaki

menjawab 3 soalan mudah dalam masa yang ditetapkan (15 minit). Kertas Pra Ujian

dikumpul oleh penyelidik dan dinilai berdasarkan skala pemarkahan penuh adalah 3.

Langkah ini bertujuan menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan melihat sejauh mana

persediaan pelajar dalam teori dan konsep fizik berkaitan amali.

Pra laporan

o Satu set data mentah berkaitan amali ( 6 nilai teori untuk panjang tali ladung,l dan masa yang

diperlukan untuk ladung melengkapkan 5 ayunan,t ) yang akan dijalankan diberikan oleh

penyelidik Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ringkas (Pra Laporan) dengan

menganalisis data mentah yang dibekalkan penyelidik dan mendapatkan objektif amali

dikehendaki. Pelajar dibenarkan berbincang dan merujuk buku panduan amali bertujuan

melihat sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam

mendapatkan objektif amali menggunakan data mentah yang telah diberikan. Langkah ini

bertujuan melihat keupayaan pelajar menganalisis data dan menggunakan teori untuk

mencapai objektif tanpa persediaan dan pemahaman awal berkaitan amali.

Page 7: Tmp8743.Tmp

Penerangan ringkas

o Langkah ini merupakan satu tindakan untuk membantu pelajar membuat persediaan teori

sebelum menjalankan amali. Penerangan ringkas dalam Bahasa Inggeris yang mudah

difahami diberi oleh pensyarah bertujuan mengukuhkan kembali teori dan konsep yang

dipelajari dalam kuliah.Penerangan ringkas ini juga disertakan dengan membimbing pelajar

untuk mencari kaitan antara teori dan amali yang akan dijalankan. Pelajar-pelajar diharap

lebih memahami apa yang akan dijalankan dan dapat merancang amali mereka.

Pos ujian

o Untuk menilai keberkesanan tindakan melalui penerangan ringkas ini, satu ’Pos Ujian’

diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan ’Pra Ujian’ sebelum ini

diberikan bertujuan menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan teori

dan konsep fizik berkaitan amali. Seterusnya penyelidik melakukan analisis untuk melihat

perubahan dalam peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan amali sebelum dan selepas

tindakan dijalankan.

Laporan

o Pelajar diberikan tempoh seminggu untuk menulis Laporan secara individu untuk amali yang

dilakukan. Penilaian penyelidik dilakukan hanya berdasarkan bahagian ‘Observation’ iaitu

merangkumi pemerhatian dan analisis data sahaja. Dalam bahagian ini pelajar dikehendaki

menganalisis data mentah yang mereka perolehi dari amali yang telah dijalankan untuk

mendapatkan hasil bagi menepati objaktif amali. Hasil penilaian Laporan ini akan

dibandingkan dengan hasil penilaian Pra Laporan untuk melihat keberkesanan tindakan dan

kaitan dalam persediaan awal pelajar dapat membantu memberikan keputusan amali yang

lebih baik.

Page 8: Tmp8743.Tmp

Soal selidik

o borang soal selidik diedarkan kepada pelajar di awal sesi P&P untuk mendapatkan

maklumbalas merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian A-persediaan pelajar, Bahagian B-

sesi pengukuhan dan Bahagian C- faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan amali.

Pelajar-pelajar diminta memberikan maklumbalas untuk setiap bahagian berdasarkan aktiviti-

aktiviti dan pendapat mereka sepanjang kelas dijalankan. Borang soal selidik dikembalikan

kepada penyelidik di akhir kelas. Analisis setiap item dijalankan penyelidik untuk melihat

persediaan dan keberkesanan tindakan dari sudut pandangan pelajar.

Temubual dan pemerhatian

o Penyelidik menjalankan temubual dan pemerhatian sepanjang kelas amali berjalan bersama

pelajar. Temubual dan pemerhatian yang dijalankan direkodkan dalam jurnal dan refleksi

P&P penyelidik.

3.4 Penilaian Kajian

Dijalankan berdasarkan analisis data secara kuantitatif dan juga secara kualitatif terhadap

tindakan yang telah diambil.

3.5 Refleksi Kajian

Kesan tindakan yang dilaksanakan diberi kesimpulan secara kritis dan beberapa cadangan

bagi pembaikan dalam meningkatkan kualiti P&P diberikan.

Page 9: Tmp8743.Tmp

4.0 PENILAIAN KAJIAN:

4.1 Ujian Kefahaman Teori Asas Amali Membantu Kejayaan Amali

Daripada Jadual 1 (Lampiran 1)didapati pelajar tidak menguasai sepenuhnya teori dan konsep yang

digunakan dalam amali ini. Keputusan pra ujian menunjukkan 50% pelajar tidak mempunyai pengetahuan

asas yang baik di mana keputusannya adalah kurang daripada 1.5. Pelajar juga merungut tidak bersedia

ketika mengambil ujian pra disebabkan ujian diadakan secara mengejut. Namun begitu, setelah pengukuhan

diberikan dalam bentuk ‘refreshing knowledge’ dan pos ujian diberikan, 95.5% daripada pelajar

menunjukkan peningkatan secara puratanya sebanyak 48.5 %. Merujuk kepada Graf 1 (Lampiran 1), melalui

ujian pra dan pos yang telah dijalankan menunjukkan pencapaian pelajar adalah tidak konsisten tanpa

persediaan awal di bandingkan dengan penilaian pos ujian yang menunjukkan peningkatan lebih konsisten.

Melalui ini dapat dilihat bahawa ulangkaji atau persediaan awal adalah penting untuk memastikan pelajar

mempunyai pengetahuan teori dan konsep asas yang kukuh.

Seterusnya, kejayaan amali pelajar diukur daripada penilaian penulisan laporan yang merangkumi

pemerhatian dan analisis data untuk mencapai objektif amali. Daripada Jadual 2 (Lampiran 1), penilaian pra

laporan menunjukkan 27.3 % pelajar gagal mengaitkan teori dengan data yang diberi di mana pencapaian

mereka adalah kurang daripada skala 6 berdasarkan skala penuh 12. Sementara itu 72.7 % pelajar melepasi

tahap sederhana di antara skala 6.1 sehingga 10 daripada skala penuh 12, di mana mereka hanya mampu

menyatakan pembolehubah di dalam graf tetapi gagal menganalisis dengan tepat data yang diberikan. Tiada

pelajar yang dapat memberikan perkaitan yang tepat berdasarkan data mentah yang diberikan. Ini

menunjukkan kelemahan pelajar dalam memberikan perkaitan antara teori yang digunapakai dengan amali

yang akan dilaksanakan.

Dalam pra laporan, pelajar diberi data mentah oleh penyelidik dan diminta menganalisisnya

menggunakan konsep dan teori yang dipelajari di dalam kuliah. Pelajar dibenarkan berbincang di dalam

kumpulan bertujuan untuk menjana idea. Penyelidik mendapati walaupun dibenarkan berbincang, tiada

pelajar yang berjaya memberikan analisis yang lengkap. Ini menunjukkan pelajar masih tidak dapt

memberikan perkaitan antara teori dan konsep amali yang akan dilaksanakan. Malah terdapat seorang

pelajar yang bertanyakan bagaimana untuk membezakan antara masa dan tempoh ayunan bandul.

Page 10: Tmp8743.Tmp

Namunbegitu setelah sesi pengukuhan diberikan kesemua pelajar mengalami peningkatan purata

sebanyak 26 % dalam laporan sebenar(pos laporan). Ini menunjukkan terdapatnya peningkatan kejayaan

dalam amali. Perbandingan antara kedua-dua penilaian ditunjukkan dalam Graf 2 (Lampiran 1).

Berdasarkan Graf 2 didapati pencapaian pelajar dalam penulisan laporan mengalami peningkatan

setelah pengukuhan teori dan konsep diberikan. Pelajar juga didapati dapat membezakan antara masa dan

tempoh yang perlu direkodkan. Ini menunjukkan pelajar dapat lebih memahami apa yang dilakukan

sekiranya teori dan konsep diperkukuhkan. Ia juga menyokong pernyataan bahawa teori dan konsep

memainkan peranan dalam kefahaman dan kejayaan sesuatu amali.

Page 11: Tmp8743.Tmp

4.2 Soal selidik

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 22 orang pelajar dalam usaha mendapatkan kembali

pandangan dan pendapat pelajar berhubung kajian. Borang soal selidik ( rujuk Lampiran 2) mengandungi 22

item soalan yang dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kesediaan awal pelajar sebelum amali,

pengukuhan pengetahuan sedia ada dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kejayaan amali.

Soalan-soalan yang dikemukakan mengikut skala 1-4 iaitu;

Skala 1 2 3 4

Penilaian Sangat tidak setuju

Tidak setuju Setuju Sangat setuju

.

Berikut merupakan analisis item mengikut bahagian;

i) Bahagian A – Kesediaan Awal Pelajar Sebelum Amali

SkalaItem

1 2 3 4

2 0 2 7 03 0 1 8 04 0 1 6 25 0 3 5 16 0 2 6 1

Jumlah 0 9 32 4Peratusan(%) 0.0 20.0 71.1 8.9

Bahagian ini hanya dijawab oleh responden yang telah membuat persediaan awal sebelum amali di

mana hanya 9 orang responden membuat persediaan berbanding jumlah keseluruhan 22 orang.

Daripada 9 orang responden ini, hanya 8.9 % benar-benar faham dengan teori dan konsep asas

sementara 71.1% faham dengan teori dan konsep sementara 20.0% tidak memahami teori dan konsep fizik.

Keadaan ini menunjukkan walaupun pelajar membuat persediaan sebelum amali, mereka masih belum jelas

dengan teori dan konsep yang dipelajari di dalam kuliah dan masih perlu diperkukuhkan.

Page 12: Tmp8743.Tmp

ii) Bahagian B- Pengukuhan Pengetahuan Sedia Ada

SkalaItem

1 2 3 4

7 0 0 13 98 0 4 16 29 0 3 12 710 0 4 15 311 0 3 13 612 1 5 12 4

Jumlah 1 19 81 31Peratusan(%) 0.8 14.5 61.8 23.7

Melalui sesi pengukuhan teori dan konsep ini, sebanyak 85.5% daripada 22 orang responden

bersetuju bahawa sesi ini dapat memberikan lebih kefahaman dalam teori dan konsep yang akan

digunapakai dalam amali yang akan dilaksanakan. Pelajar yakin mereka mampu menjalankan amali betul

setelah mampu menghubungkait konsep yang digunakan dalam amali kali ini.

iii) Bahagian C –Faktor-faktor Lain Yang Mempengaruhi Kejayaan Amali

Faktor Instrumen

SkalaItem

1 2 3 4

13 0 4 12 614 0 5 12 5

Jumlah 0 9 24 11Peratusan(%) 0 20.5 54.5 25.0

Faktor Persekitaran

SkalaItem

1 2 3 4

15 1 7 11 316 0 2 12 818 0 1 7 4

Jumlah 1 10 30 15Peratusan(%) 1.8 17.9 53.6 26.8

Page 13: Tmp8743.Tmp

Faktor Kekukuhan Teori dan Konsep Asas

SkalaItem

1 2 3 4

17 0 3 13 620 0 1 18 321 0 1 17 422 0 9 12 1

Jumlah 0 14 60 14Peratusan(%) 0 15.9 68.2 15.9

Dalam melihat kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan amali, responden tetap bersetuju

bahawa teori dan konsep asas amali merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu

amali. Ini kerana 84.1% responden menilaikan teori dan konsep adalah faktor utama kejayaan amali di ikuti

dengan faktor persekitaran yang dipersetujui oleh 80.4% responden dan faktor instrumen yang disetujui oleh

79.5% responden.

Daripada soalan soal selidik item 19, 72.7 % responden daripada keseluruhan bersetuju bahawa

amali yang dijalankan berjaya dan yang selebihnya menyifatkan mereka tidak berjaya mencapai

objektif amali. Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, responden berpendapat kejayaan amali

diukur dengan mendapatkan nilai amali yang sama dengan dengan nilai teori sebenar. Namun begitu,

keputusan amali ini adalah bergantung sepenuhnya kepada ralat-ralat yang terlibat sepanjang amali

dilaksanakan.

Page 14: Tmp8743.Tmp

5.0 REFLEKSI KAJIAN

5.1 Kesimpulan Kajian

Sepanjang kajian ini dijalankan, penyelidik dapat melihat peningkatan dalam pengetahuan

pelajar sebelum amali dijalankan dan selepas amali dijalankan. Sebelum sesi pengukuhan teori

dijalankan, pelajar kelihatan terpinga-pinga dalam menjalankan amali, namun begitu setelah sesi

pengukuhan dilaksanakan pelajar lebih berkeyakinan melaksanakan amali. Melalui pengamatan ketika

kajian berlangsung juga mendapati pelajar lebih berkeyakinan merekodkan data dan menganalisis data

yang diperolehi. Dapat disimpulkan di sini bahawa pengukuhan pengetahuan asas teori dan konsep

amali merupakan faktor yang menyumbang kepada kejayaan amali. Kajian tindakan melalui sesi

pengukuhan teori dan konsep asas ini dilihat berjaya meningkatkan kejayaan dan keyakinan pelajar

dalam perlaksanaan amali.

5.2 Cadangan

Dalam melaksanakan kajian ini, dapat dilihat masih banyak aspek-aspek P&P yang perlu

diperbaiki. Antara yang dapat dikenalpasti adalah :

• Pelajar masih lemah dalam mentadbir amali di mana pelajar masih tidak jelas dengan langkah-

langkah yang perlu dilakukan disamping pengurusan data mentah yang masih tidak sistematik.

• Pelajar masih lemah dalam menghasilkan laporan bertulis amali yang lebih berkualiti

terutamanya dalam aspek perbincangan yeng memerlukan pelajar menceritakan kembali apa

yang dilakukan dalam amali dalam bahasa tersendiri. Pelajar masih banyak bergantung kepada

nota dan buku rujukan.

• Masalah displin pelajar di dalam makmal masih perlu diperbaiki di mana mereka perlu lebih

peka kepada persekitaran dalam makmal yang menekankan aspek keselamatan.

Di harap pada masa akan datang, aspek-aspek ini akan dapat diperbaiki agar hasrat dan

matlamat Kolej Matrikulasi Labuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran

akan tercapai

Page 15: Tmp8743.Tmp

6.0 RUJUKAN

1. Mok Song Sang (2002), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman, P.J.

2. Poh Swee Hiang (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), KBSM, S. Jaya.

Page 16: Tmp8743.Tmp

LAMPIRAN 1

Page 17: Tmp8743.Tmp

No.Subjek Keputusan Pra Ujian/ 3 Keputusan Pos Ujian / 3 Peningkatan

1 1.0 3.0 2.0

2 0.5 3.0 2.5

3 2.0 3.0 1.0

4 1.0 2.5 1.5

5 2.0 3.0 1.0

6 3.0 3.0 0.0

7 2.0 2.5 0.5

8 1.0 3.0 2.0

9 2.0 2.5 1.5

10 2.0 3.0 1.0

11 2.0 3.0 1.0

12 1.0 1.5 0.5

13 0.5 2.5 2.0

14 0.5 2.5 2.0

15 1.0 3.0 2.0

16 2.0 3.0 1.0

17 0.0 3.0 3.0

18 2.0 3.0 1.0

19 2.0 3.0 1.0

20 2.0 3.0 1.0

21 0.5 3.0 2.5

22 1.0 3.0 2.0

JADUAL 1 :Penilaian pra ujian, pos ujian dan peningkatan pengetahuan asas teori dan konsep amali

Page 18: Tmp8743.Tmp

No.SubjekPenilaian Pra Laporan/

12 Penilaian Laporan/ 12 Peningkatan1 6.7 9.6 2.92 5.1 9.6 4.53 7.6 10.2 2.64 6.7 9.0 2.35 6.6 10.8 4.26 6.6 11.5 4.97 6.6 10.2 3.68 6.7 10.2 3.59 7.6 10.2 2.6

10 4.6 7.2 2.611 7.6 9.6 2.012 7.6 10.0 2.413 5.1 10.2 5.114 5.1 10.2 5.115 7.6 10.2 2.616 7.6 11.5 3.917 4.6 10.8 6.218 7.6 9.6 2.019 7.6 10.2 2.620 7.6 9.0 1.421 4.6 12.0 7.422 7.6 9.0 1.4

JADUAL 2 : Penilaian kejayaan amali sebelum( pra laporan) dan selepas pengukuhan(laporan) dan peningkatan kejayaan.

Page 19: Tmp8743.Tmp

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3

pra test 0 5 6 0 10 0 1

pos test 0 0 0 1 1 4 16

markah

bila

ng

an

sam

pel

Bila

ng

an

P

ela

jar

0.0

- 1.0

1.1

- 2.0

2.1

- 3.0

3.1

- 4.0

4.1

- 5.0

5.1

- 6.0

6.1

- 7.0

7.1

- 8.0

8.1

- 9.0 9.

1 - 10

.0

10.1

- 1

1.0

11.1

- 1

2.0

Keputusan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

20

15

pra test10

pos test

5

0

GRAF 1 : Perbandingan markah penilaian pelajar sebelum (pra test) dan selepas pengukuhan (pos test)

Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum danSelepas Pengukuhan Teori dan Konsep

1210

8 Pra laporan64 pos laporan

20

Se la ng Marka h

GRAF 2 : Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum dan Selepas Pengukuhan Teori dan Konsep

Page 20: Tmp8743.Tmp

LAMPIRAN 2

Page 21: Tmp8743.Tmp

BORANG SOAL SELIDIK

ARAHAN:Untuk setiap item pilih SATU jawapan sahaja. Sila bulatkan jawapan mengikut skala yang diberi.

1. Sangat tidak setuju Tidak dapat diterima. Tidak membantu langsung.

2. Tidak setuju Berkualiti rendah. Jarang membantu dalam pembelajaran.

3. Setuju Tahap baik. Sentiasa membantu.

4. Sangat setuju Berkualiti tinggi. Jelas dan tepat dalam membantu pembelajaran

Page 22: Tmp8743.Tmp

Bil PERNYATAAN SKOR ULASANA. Sebelum Amali

1 Anda tahu tajuk amali kali ini? 1 2 3 4

ADAKAH ANDA MEMBACA MANUAL AMALI SEBELUM KELAS AMALI?

(bulatkan jawapan anda)YA TIDAK

Jika YA teruskan manjawab. Jika TIDAK terus ke bahagian B

2 Anda jelas dengan objektif amali kali ini. 1 2 3 4

3 Anda faham dengan teori ringkas yangdiberikan dalam buku manual amali anda.

1 2 3 4

4 Anda jelas dengan langkah-langkah yangdiberikan dalam manual amali anda.

1 2 3 4

5 Anda tahu hasil akhir yang akan andaperolehi di akhir eksperimen yang anda akan jalankan.

1 2 3 4

6 Anda bersedia menjalankan amali kali ini. 1 2 3 4

B. Selepas penerangan ringkas pensyarah.

7 Anda jelas dengan penerangan yangdiberikan pensyarah.

1 2 3 4

8 Anda dapat mengaitkan pemahaman teoridan objektif amali yang akan dijalankan..

1 2 3 4

9 Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukandalam amali kali ini.

1 2 3 4

10 Adakah anda tahu pemalar-pemalar yangterlibat dalam amali kali ini.

1 2 3 4

11 Anda tahu bagaimana mendapatkan data-data yang diperlukan dalam amali kali ini.

1 2 3 4

12 Anda mempunyei perancangan bersamaahli kumpulan untuk menjalankan amali kali ini

1 2 3 4

Page 23: Tmp8743.Tmp

C. Selepas menjalankan amali

13 Alat radas yang disediakan sesuai. 1 2 3 4

14 Alat radas yang digunakan berfungsidengan baik.

1 2 3 4

15 Persekitaran makmal membantu andadalam melakukan amali .

1 2 3 4

16 Masa yang diberikan mencukupi untukmenghasilkan amali yang baik.

1 2 3 4

17 Anda menggunakan teori yang dipelajaridalam amali.

1 2 3 4

18 Kerjasama ahli kumpulan membantu andadalam menjayakan amali.

1 2 3 4

19 Anda rasa amali ini berjaya 1 2 3 4

20 Anda rasa amali ini releven dengan teoriyang digunapakai.

1 2 3 4

21 Anda tahu menggunakan data yangdiperolehi untuk mencapai hasil akhir(objektif) amali.

1 2 3 4

22 Hasil akhir menepati teori yang dipelajari 1 2 3 4