tkppm

7
Bagaimanakah TKPPM- Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) menyokong tugas dan tanggungjawab anda sebagai guru sekolah? 1. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/ Kluster Fungsi Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid yang berjaya dalam tempoh 27 hari bekerja selepas tarikh UPSR dan PT3 diumumkan; Surat pertukaran kepada murid yang memohon bertukar dari Sekolah Berasrama Penuh ke Sekolah Harian dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima; Keputusan penempatan pertama bagi guru-guru baharu di Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh 15 hari sebelum tarikh melapor diri; Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan tidak lewat daripada 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri; Surat pelantikan warden kepada sekolah setelah diluluskan oleh panel mesyuarat dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima; Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima; dan Maklum balas/keputusan terhadap aduan yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Menyokong tugas guru: Guru mengetahui syarat menguruskan kemasukan dan pertukaran murid dalam sekolah berasrama penuh. Penempatan atau pertukaran guru di sekolah berasrama berdasarkan keputusan penempatan. Guru boleh merujuk panduan untuk menguruskan aduan yang diterima.

Upload: wenwen-teoh

Post on 15-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: TKPPM

Bagaimanakah TKPPM- Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) menyokong tugas dan tanggungjawab anda sebagai guru sekolah?

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/ Kluster

Fungsi

Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid yang berjaya dalam tempoh 27 hari bekerja selepas tarikh UPSR dan PT3 diumumkan;

Surat pertukaran kepada murid yang memohon bertukar dari Sekolah Berasrama Penuh ke Sekolah Harian dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

Keputusan penempatan pertama bagi guru-guru baharu di Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh 15 hari sebelum tarikh melapor diri;

Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan tidak lewat daripada 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;

Surat pelantikan warden kepada sekolah setelah diluluskan oleh panel mesyuarat dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima; dan

Maklum balas/keputusan terhadap aduan yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

Menyokong tugas guru:

Guru mengetahui syarat menguruskan kemasukan dan pertukaran murid dalam sekolah berasrama penuh.

Penempatan atau pertukaran guru di sekolah berasrama berdasarkan keputusan penempatan.

Guru boleh merujuk panduan untuk menguruskan aduan yang diterima.

2. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Fungsi

Merancang, menyelaras dan memantau program berkaitan hal ehwal persekolahan dalam aspek :

-Pengurusan Sekolah -Pemantauan pengurusan sekolah

-Penggal Persekolahan : menyediakan takwim tahunan- menyelaras Cuti Khas persekolahan (banjir, jerebu)

Page 2: TKPPM

-Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) : perancangan perluasan SBP- penyelenggaraan dan baik taraf, pemantauan pengurusan SBP, pengambilan dan penempatan murid SBP- Penyepaduan dan pengemaskinian Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN): menyatukan prestasi perbelanjaan bulanan JPN, menyatukan peruntukan kewangan bagi aktiviti pendidikan prasekolah,rendah, menengah, asrama dan pengurusan pentadbiran negeri.-Pengurusan kewangan Bahagian Sekolah dan Sekolah Berasrama Penuh: mengagih dan memantau waran peruntukan kecil pameran kepada JPN untuk aktiviti kokurikulum, SBP sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ)-Penggubalan Peraturan Pendidikan dan Pekeliling Ikhtisas: 11 Peraturan-peraturan Pendidikan telah dan sedang digubal, Pekeliling Ikhtisas dikeluarkan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Menyokong tugas guru: Panduan kepada guru untuk merancang aktiviti berdasarkan takwin

sekolah. Guru menguruskan perbelanjaan berdasarkan Anggaran Belanja

Mengurus (ABM) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

3. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fungsi

Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti;

Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid;

Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan; dan

Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

Menyokong tugas guru: Guru dibekalkan prasarana dan fasiliti Pendidikan Teknik dan Vokasional. Guru perlu menguruskan perbelanjaan berkaitan Pendidikan Teknik dan

Vokasional.

Page 3: TKPPM

4. Bahagian Pendidikan Khas

Fungsi

Memperluas peluang pendidikan , memperkasa dan menilai keberkesanan Program Pendidikan Khas

Menghasilkan modal insan murid bekeperluan khas yang berdikari dan berkebolehpasaran dalam pelbagai bidang

Mempertingkat kompetensi sumber manusia dalam melaksanakan Program Pendidikan Khas

Mempertingkat prasarana mesra OKU, perkhidmatan sokongan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam melaksanakan Program Pendidikan Khas

Mempertingkat kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran Bahagian dan Program Pendidikan Khas

Menyokong tugas guru: Guru boleh menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif

kepada murid keperluan khas. Guru mengetahui dan menyediakan aktiviti P&P yang sesuai bagi murid

berkeperluan khas.

5. Bahagian Pendidikan Islam

Fungsi Utama

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya; dan urusan maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA KPM dan urusan sumber manusia BPI;

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan Bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini / Azhari.

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan data, maklumat dan dokumentasi serta galeriPendidikan Islam, Bahasa Arab dan IPA KPM serta tadbir urus ICT BPI;

Page 4: TKPPM

Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia urusan kewangan dan pentadbiran dan perolehan BPI;

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan kualiti pengurusan dan aktiviti BPI;

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA KPM dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengannya;

Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan akademik di IPA KPM; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pembangunan hal ehwal

murid di IPA KPM; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan

perkhidmatan dan bantuan pembangunan fizikal di IPA KPM; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan

program Pendidikan Islam dan bantuan kewangan kepada SAR dan SAR KAFA; Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program

pengukuhan, kawalan dan penghayatan akidah serta pemikiran Islam Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah

Islamiah dan kepimpinan Islam; Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program

pembangunan akhlak dan nilai Islam; Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program

pengembangan budaya dan syiar Islam; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan inovasi dan

tajdid pengurusan dan aktiviti PI; Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan wacana, kajian dan latihan

dalam perkhidmatanPendidikan Islam dan Bahasa Arab; Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan promosi dan

penerbitan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;dan Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan

pengantarabangsaan Pendidikan Islam.

Menyokong tugas guru: Guru dapat menyampai pengajaran Pendidikan Islam yang standard

kepada murid. Guru boleh menguruskan program Pendidikan Islam mengikut

perancangan.

6. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum

Fungsi

Merancang dan melaksanakan dasar berkaitan kokurikulum, sekolah seni dan pusat kokurikulum dalam pelbagai peringkat .

Page 5: TKPPM

Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan kesenian murid pada peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri.

Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian sekolah seni Malaysia.

Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian pusat kokurikulum.

Merancang, mengurus dan memantau pengiktirafan dan penghargaan terhadap murid dan guru dalam aktiviti kokurikulum dan kesenian.

Merancang dan melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program kokurikulum dan kesenian.

Menyokong tugas guru: Guru boleh merancang aktiviti kokurikulum mengikut peringkat. Guru dapat menguruskan kokurikulum sekolah dengan teratur.

7.Bahagian Pelajaran Swasta

Fungsi Bahagian

Mengkonsepsi dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta. 

Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan . Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan

dengan pendidikan swasta Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta. Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi  pendidikan ke arah menjadikan

Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah

sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996.

Menyokong tugas guru: Guru mendapatkan maklumat dan data berkaitan dengan pendidikan

swasta yang terbaru dan dikemaskini Guru boleh membekalkan maklumat pendidikan swasta kepada murid.