tips memanah

17
Tips memanah Memanah dengan mata-hati juga dikenali sebagai memanah instinktif/naluri/gerak- rasa. Ini adalah bentuk memanah yang asal seperti mana cara memanah manusia di peradaban awal sebelum terciptanya busur-busur dan kaedah memanah moden berbantuan pejera optik. Nama-nama yang diberikan ini, tidak lain hanya bertujuan membezakan teknik memanah ini dengan teknik memanah moden. Teknik memanah dengan mata-hati tidak bercanggah dengan teknik memanah moden bahkan kedua-duanya adalah bersifat komplementari. Untuk memberi kefahahaman mudah, memanah dengan mata-hati adalah bentuk memanah moden yang lebih rumit dan sukar; dengan menanggalkan alat pejera optik dan penetap panjang tarikan seperti clicker dan hanya bergantung kepada naluri; melalui penyelarasan memori otot dan panca-indera untuk memanah anak panah ke sasaran. Semasa memanah, pemanah dengan mata-hati yang sebenar memandang tepat kepada sasaran dengan sepenuh tumpuan, tidak menyepetkan sebelah mata, tidak melihat unjuran arah anak panah, tidak merujuk kepada kepala anak panah dan tidak memanah secara jangkaan ke kanan atau ke kiri untuk membetulkan paradoks panahan. Pemanah dengan mata-hati yang sebenar hanya tahu panahannya pasti menuju ke sasaran.

Upload: fairuz-sahid

Post on 27-Sep-2015

138 views

Category:

Documents


65 download

DESCRIPTION

Sukan Dan Permainan

TRANSCRIPT

Tips memanah

Tips memanahMemanah dengan mata-hati juga dikenali sebagai memanah instinktif/naluri/gerak-rasa. Ini adalah bentuk memanah yang asal seperti mana cara memanah manusia di peradaban awal sebelum terciptanya busur-busur dan kaedah memanah moden berbantuan pejera optik. Nama-nama yang diberikan ini, tidak lain hanya bertujuan membezakan teknik memanah ini dengan teknik memanah moden.

Teknik memanah dengan mata-hati tidak bercanggah dengan teknik memanah moden bahkan kedua-duanya adalah bersifat komplementari. Untuk memberi kefahahaman mudah, memanah dengan mata-hati adalah bentuk memanah moden yang lebih rumit dan sukar; dengan menanggalkan alat pejera optik dan penetap panjang tarikan seperti clicker dan hanya bergantung kepada naluri; melalui penyelarasan memori otot dan panca-indera untuk memanah anak panah ke sasaran.

Semasa memanah, pemanah dengan mata-hati yang sebenar memandang tepat kepada sasaran dengan sepenuh tumpuan, tidak menyepetkan sebelah mata, tidak melihat unjuran arah anak panah, tidak merujuk kepada kepala anak panah dan tidak memanah secara jangkaan ke kanan atau ke kiri untuk membetulkan paradoks panahan. Pemanah dengan mata-hati yang sebenar hanya tahu panahannya pasti menuju ke sasaran.

Jangan terkeliru dengan terma teknik memanah dengan mata-hati dengan teknik memanah tradisional, kerana yang awal itu merujuk kepada kaedah sedangkan yang kemudian itu pula merupakan jenis-jenis gaya memanah. Namun begitu, semua jenis gaya memanah tradisional pada umumnya adalah juga merupakan teknik memanah dengan mata-hati.

Kesilapan terbesar pemanah-pemanah tradisional adalah gagal menghayati ilmu sains seni panah dan terjun ke dalam sukan memanah beranggapan memanah dengan mata-hati adalah automatik dan ringkas berbanding memanah moden, walhal yang sebenar adalah sebaliknya. Falsafah, konsep dan sains di sebalik kedua-duanya adalah sama, walaupun yang satu itu hanyalah pecahan dari keseluruhannya. Prinsip-prinsip fizik trajektori panahan, pengiraan berat dan kelenturan batang panah, sifat aerodinamik anak panah, momentum dan penetrasi kepala panah, daya tujahan, refleks, panjang tarikan optimum dan jarak panahan busur; semuanya adalah tetap sama. Yang membezakan antara keduanya hanyalah kaedah moden telah menghapuskan penggunaan deria dalaman manusia dan hanya menumpukan kepada faktor fizikal dan deria luaran.

Memanah dengan mata-hati tidak seringkas melemparkan anak panah ke sasaran. Memanah dengan mata-hati tetap melibatkan proses mengambil kekuda, mencagak , menarik sambil membidik dan melepaskan anak-panah. Cuma sesetengah proses ini, berlaku dengan cepat, spontan dan hampir serentak apabila seseorang itu mahir dengan teknik ini. Untuk mahir akan mengambil masa latihan bertahun-tahun, kerana kaedah memanah dengan mata-hati adalah mudah dipelajari tetapi sangat sukar untuk dikuasai.

Teknik memanah dengan mata-hati adalah teknik panahan yang tinggi, tetapi ada teknik memanah yang lebih tinggi.

Teknik memanah1. standing (posisi berdiri): posisi berdiri selebar bahu dengan badan tegak. rileks n nyaman. ada 3 macam posisi berdiri, yaitu open stance, square dan close stance. bagi pemula sangat disarankan menggunakan square (sejajar). hal ini untuk membentuk tehnik yang baik dan benar terlebih dahulu.

2. memasang anak panah pada string panah: pasang n kaitin nock ato nyit-nyit panah pada string bagian nocking point.

3. posisi hock (jari penarik string):jari yang digunakan untuk menarik string adalah jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. posisi string pada jari ini adalah pada ruas pertama. pembagian kekuatantarikan pada jari telunjuk sebesar 15-20%, jari tengah 60-70% dan jari manis 25-35%. nyit-nyit jangan dijepit oleh jari telunjuk maupun jari tengah. tetap rilek selama melakukan tarikan.

4. grip (tumpuan pada pegangan busur):tumpuan /grip yang nyaman. terbagi menjadi 3 bagian, yaitu grip tinggi, sedang dan rendah. masing-masing pemanah bisa menyesuaikan dengan style masing-masing. tekanan pada grip terletah pada tapak tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. handle busur jangan digenggam, selalu gunakan sling untuk melakukan tembakan.

5. pre-draw (posisi awalan tarikan):tangan yang memegang busur diluruskan kedepan bersamaan dengan itu siku tangan yang satunya diangkat hingga setinggi telinga. tangan kiri (pemegang busur) lurus jangan ditekuk untuk menghindari sabetan string busur dan laju panah agar lurus sesuai dengan bidikan.

6. draw (tarikan):lakukan tarikan sepanjang mungkin sesuai dengan panjang lengan.

7. posisi angker:posisi angker string lurus dari hidung, celah bibir atas dan bawah hingga dagu masing-masing. bagian atas telunjuk kanan (hock) menyentuh pada bagian dasar rahang kanan.

8. bidikan:bidikkan fisir (alat bidik) ke arah target tembakan. tetap perhatikanline upsebagai patokan tembakan yang terbaik. line up bisa menggunakan patokan tepi daun busur bagian atas, tepi handle bagian atas, atau tepi fisir. patokan dibuat dengan melihat string pada posisi draw dan siap tembak.

9. release (melepaskan panah):saat release semua jari-jari hock rileks. secara tidak langsung string akan lepas dengan sendirinya. badan dan seluruh anggotanya tetap diam hingga panah mengenahi sasaran.

10. gerakan ikutan:gerakan ini secara otomatis terjadi sesat setelah relesae. tapak tangan kanan (jari-jarai hock) bergerak kebelakang sepanjang rahang hingga leher.

Jenis anak panahJenis busurTerdapat beberapa jenis busur yang dibezakan daripada bentuk dan dan konsep mekanikalnya. Konsep mekanikal busur adalah cara busur tersebut bertindak dengan efektif melepaskan tenaga yang tersimpan didalam busur demi melancarkan anak panah. Berikut adalah beberapa jenis busur yang biasa ditemui di serata dunia.

Busur recurveBusurrecurveRecurvemembawa pengertianmembengkok kembali semula. Terdapat satu perbezaan besar busur ini dengan jenis busur yang lain dari segi rekabentuk mekanikalnya iaitu bahagian lengan lengan busur jenis ini membengkok kehadapan pemanah dan bukan kearah diri pemanah. Busur ini mendapat tenaga dari tekanan dan dan regangan yang terhasil dari bentuknya yang bengkok kehadapan. Busur jenis ini adalah satu-satunya busur yang dipertandingkan di peringkatOlimpik.

Busur majmukBusur majmukBusur jenis ini adalah busur moden. Ia direkabentuk semata-mata untuk mengurangkan beban menarik (draw weight) dan dalam masa yang sama untuk menambah daya yang digunakan untuk melepaskan anak panah. Ia mempunyai roda di kedua-dua lengan dan bergantung kepada daya mekanikal rekabentuk dan bukan keanjalan lengan busur untuk melepaskan anak panah.

Busur lurusBusur lurusBusur lurus adalah busur yang dibuat dari kayu yang lurus dan tanpa lengkuk atau roda. Ia bergantung semata-mata keatas daya keanjalan yang tersimpan di dalam bahan yang digunakan untuk membuat busur itu (kebiasaannya kayu atau buluh). Busur jenis ini memiliki kekuatan pegas paling tinggi jika dibandingkan dengan bentukan busur lain dengan bahan yang sama.

Busur silangBusur silangSecara dasarnya, busur silang adalah busurrecurveatau majmuk. Perbedaannya adalah ia dimuatkan di atas perumah berbentuk senapan. Pemanah hanya perlu memasang anak panah, menarik dan menguncinya di perumah senapang tersebut. Untuk melepaskan anak panah, pemanah hanya perlu menarik picu tersebut. Oleh kerana busur ini mudah digunakan, tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk dikendalikan dan lebih konsisten, maka ia kebanyakan digunakan di dalam perperangan pada zaman dahulu. kelemahan dari busur ini adalah lamanya waktu pengisian anak panah kembali.

Keselamatan memanahAntara peraturan yang boleh dijadikan panduan di tempat memanah masing-masing.PERATURAN KESELAMATAN KETIKA BERADA DI PADANG SASAR MEMANAH

1. Jangan sesekali menghalakan busur ke arah orang walaupun tiada anak panah, ditakutiakan menjadi tabiat yang tidak baik

2. Jangan bergurau ketika melakukan latihan memanah.

3. Memakai pakaian yang sesuai untuk memanah.

4. Bersama-sama menjaga kebersihan dan hartabenda kelab untuk kebaikan bersama.

5. Memakai asesori keselamatan memanah ketika latihan ataupun pertandingan.6. Jangan Dry Fire iaitu melepaskan panahan tanpa anak panah ini akan mengundangkecederaan dan kerosakan peralatan.

7. Menjaga etika pemanah dan kesopanan semasa latihan atau pertandingan.

8. Minta bantuan daripada jurulatih ataupun orang yang berkelayakan jika ada masalahperalatan.

9. Peralatan mestilah diletakan di dalam keadaan tersusun rapi supaya tidak berlaku kemalanganpada peralatan dan pemanah.

10. Patuhilah semua peraturan supaya kita dapat menjaga keselamatan ketika berada dipadang sasar memanah.

Tips dan tricks memanahmemanah itu identik dengan :SasaranKeteguhan tanganKekuatan menarik gendewanya danPerkiraan angin

Memanah memerlukan konsentrasi dan latihan yang berkesinambungan. Memanah sasaran yang bergerak tentu lebih sulit daripada sasaran yang diam. Setiap sasaran memiliki karakteristik tersendiri dan sasaran tersebut selalu bergerak gerak.Namun, apabila kita berhasil memanah sasaran tersebut, maka kita siap untuk melaksanakan perintah yang selanjutnya: berkuda.

Inti dari semuanya adalah kita belajar focus atau konsentrasi artinya kita mempokuskan tenaga suatu titik.Untuk bisa konsentrasi kita harus bisa Ikhlas dan menyukai latihan, sehingga kita bisa mensinergikan antara pikiran dan perasaan, Dalam latihan konsentrasi inipun bisa diaplikasikan pada hal yg lain, intinya pesan yg disampaikan oleh Rasullah adalah bahwa setiap anak muslim harus belajar atau melatih konsentrasi agar kita bias fokus pada sesuatu hal.Pikiran fokus pada target, akan tercapia bila kita bisa mensinergikan antara kekuatan dan Tubuh dengan Pikiran dan perasaan.Memanah adalah Simbol dari ajari anak memanah adalah fokus/Konsentrasi/Istiqomah. Jadi ajari anak membidik sasaran sasaran dalam hidup ini. Bahawa hidup harus mempunyai sasaran yang jelas dan lakukan usaha untuk mencapainya dengan keteguhan tangan, kekuatan hati dan mampu menyesuaikan dengan perkembangan keadaan dunia ini. Sasaran adalah bukan tujuan utama, tapi adalah acuan kita melangkah. Dan pokus pada Ikhtiar/proses bukan pada hasil akhir.