tingkah laku yg melanggar norma2 hidup

Upload: farhana-shahirah

Post on 07-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Tingkah Laku Yg Melanggar Norma2 Hidup

    1/6

    TAJUK:Tingkahlaku yang melanggari norma-norma hidup

    1.0 PendahuluanKematian seorang pelajar tingkatan dua , Mohd Zulkarnain Rahim dari Sekolah Menengah

    Datuk Abdul Rahman Yassin (SDARY) Tampoi, Johor Bahru dipercayai dipukul samseng

    telah memeranjatkan semua pihak. Ibu bapa pelajar berkenaan dengan begitu hampa

    kehilangan seorang anak yang disayangi. Kes ini menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu

    bapa terhadap keselamatan anak anak mereka di sekolah.

    Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya dikalangan remaja

    dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak

    yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen

    kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku

    generasi muda. Bagi golongan yang terlibat dalam gejala negatif ini sudah tentunya

    mempunyai sebab sebab tersendiri mengapa mereka berkelakuan demikian.Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam

    institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka dikategorikan sebagai devian dan

    delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ianya jarang digunakan dalam

    bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label bagi kumpulan ini sebagai samseng,

    perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya.

    Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat inilah dikenali sebagai satu kumpulan

    yang bertingkahlaku devian dan apabila golongan ini merujuk pada mereka yang masih

    bersekolah atau belia maka mereka ini ialah delinkuen.

    2.0 Definisi

    Deviant deviant behaviour, especially sexual behaviour, is considered to be strange and

    morally unacceptable.

    Delinquent someone especially a young person who breaks the law or behaves in ways their

    society does not approve.

    Longman

    Dictionary of Contemporary English

    Kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan

    diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial

    ~Albert Cohen, Deviance and Control

    Kelakuan yang menyimpang secara significant daripada norma-norma yang ditentukan

    untuk individu dalam status sosial , ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu

    dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakt sebagai munasabah dan

    morally binding bagi orang menduduki status yang berlainan.

    Robert Merton, Anomie and Social Structure

    Kelakuan mengikut arah yang tidak dipersutujui, yang bertentangan dengan norma dan

    darjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat

    M.B Clinard Sociology of Deviant Behaviour

  • 8/3/2019 Tingkah Laku Yg Melanggar Norma2 Hidup

    2/6

    Jelas bahawa devians dan delinquent rata rata membawa maksud tingkahlaku yang

    melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Devian lebih merujuk kepada tingkahlaku ini

    secara umum manakala delinkuen pula menumpukan sesuatu had umur yang lebih

    menumpukan pelajar sekolah dan belia.

    Masyarakat dalam perbincangan ini adalah merujuk kepada institusi sekolah. Seperti yangkita sedia maklum norma-norma dalam sesebuah institusi sekolah adalah dikenali sebagai

    disiplin. Disiplin pula sering dirujuk sebagai masalah pelajar atau salah laku pelajar. Kita

    seharusnya memandang perkataan disiplin ini dalam erti kata sebenar yakni, disiplin

    merupakan satu garis panduan yang disediakan untuk mengawal tingkah laku pelajar.

    Norma membawa pengertian peraturan dan garis panduan yang dikongsi bersama, sesuai

    dengan situasi. Norma memberi garis panduan bagaimana individu bertingkah laku dalam

    masyarakat.

    Menurut kamus Longman ,

    Discipline ~ a practise of making people obey rules and orders.

    Jelas menunjukkan bahawa disiplin disini adalah merujuk kepada kebiasaan yang diamalkan

    dalam mematuhi garis panduan dan arahan. Oleh itu adalah tidak wajar apabila disiplin

    dikaitkan dengan tingkah laku pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

    Jelas, disiplin merupakan garis panduan menakala devian ataupun delinkuen pula merupakan

    sekumpulan manusia yang tidak mematuhi garis panduan ini.

    Apakah pula perkaitan antara devian dan delinkuen dengan disiplin. ? Sebelum melihatperkaitan ini kita akan melihat apakah sebenarnya yang dikatakan devian dan delinkuen.

    Devian

    Apabila seseorang itu melanggar peraturan atau norma yang ditetapkan oleh sesuatu

    masyarakat tertentu dan dalam kes ini masyarakat dikatakan sebagai institusi sekolah , maka

    individu ini dikatakan bersifat devian. Devian lebih merujuk kepada tingkah laku atau pun

    behaviour seseorang tanpa mengira umur dan tidak bersifat konvensional .

    Delinkuen

    Delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri khasnya merekayang masih bersekolah dan belia. Kumpulan ini merupakan devian dalam masyarakat yang

    tertentu, yakni sekolah merupakan tumpuan perbincangan kita.

    3.0 Faktor-Faktor Devian dan Delinkuen Di Kalangan Pelajar Sekolah

    Alaf baru memperlihatkan keruntuhan moral dikalangan pelajar sekolah. Keruntuhan ini pula

    merupakan salah satu faktor yang akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang.

    Teori interaksionalisme berpendapat bahawa devian dan delinkuen sebagai satu proses sosial

    yang biasa. Ia merupakan salah satu proses yang harus dilalui oleh segolongan remaja dalam

    mengharungi alam menjelang kedewasaan. Ia juga dilihat sebagai satu proses neutrilisasi

    dalam interaksi mereka.

    3.1 Faktor Sekolah

  • 8/3/2019 Tingkah Laku Yg Melanggar Norma2 Hidup

    3/6

    Menurut Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, terdapat

    beberapa sebab mengapa seseorang itu berkelakuan devian dan delinkuen.

    Faktor petama merupakan kesalahan guru yang gagal berperanan dalam bilik darjah. Apakah

    peranan yang harus dimainkan oleh guru agar pelajarnya tidak terjerumus kearah devian dan

    delinkuen?

    Seseorang guru seharusnya menjadi contoh kepada pelajarnya. Contoh disini lebih

    memberatkan tentang perawakan dan nilai-nilai murni. Pelajar menganggap guru sebagai

    idola mereka. Apabila guru memberikan contoh yang kurang baik maka pelajar tidak boleh

    dipersalahkan apabila mereka mewarisi ciri ciri seseorang yang devian atau delinkuen.

    Sebagai seorang guru yang tidak mempunyai nilai murni adalah tidak munasabah apabila

    pelajar disabitkan dengan kesalahan yang guru itu sendiri tidak mengamalkannya.

    Contoh yang paling ketara dalam dunia hari ini ialah merokok. Adalah tidak wajar bagi

    seseorang guru disiplin mengenakan sekatan kepada pelajar yang merokok , walhal guru

    sendiri dilihat merokok dikantin sekolah dan sebagainya.

    Faktor lain yang tidak kurang pentingnya yang telah digariskan oleh Amir adalah sikap guru

    yang tidak menghormati murid. Terdapat pepatah inggeris yang mengatakan give respect

    and take respect. Hormat menghormati merupakan salah satu nilai murni yang perlu

    diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira umur, darjat, keturunan dan agama. Apabila

    kita menghormati seseorang , sudah tentunya kita akan dihormati. Ini merupakan proses

    interaksi sosial yang biasa dalam sesuatu masyarakat.

    Andainya terdapat guru yang tidak menghormati pelajarnya sebagai seorang pelajar yang

    mempunyai hak tersendiri , maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi

    kehendak nalurinya membalas dendam dan ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku devian

    dan delinkuen. Adakah ini adil? Sebagai contoh apabila pelajar A lewat tiba ke sekolah

    kerana mempunyai masalah dalam perjalanan ke sekolah, tidak diberi peluang untuk

    membela diri dan memberi penjelasan , sebaliknya terus didenda oleh guru. Apakah kesan

    yang tertinggal dalam jiwa pelajar A? Pelajar A memerlukan seseorang guru yang ingin

    mendengar penjelasannya. Tetapi sebaliknya tidak diindahkan dan ia akan meninggalkan

    bibit bibit hitam dan menyimpan dendam terhadap guru tersebut. Ini akan berlarutan dan

    apabila dalam situasi lain pelajar A tidak menghormati guru berkenaan ianya akan

    dikategorikan segai tingkah laku devian dan delinkuen. Siapakah yang harus dipersalahkan

    dalam hal ini?

    3.2 Faktor Luaran

    Apabila dipandang dari sudut yang lain pula, apabila pelajar bertingkah laku devian dan

    delinkuen dalam aspek aspek yang tidak mungkin diwarisi dalam persekitaran sekolah seperti

    merogol, menonton video lucah, adalah tidak adil jika sekolah dijadikan punca mereka

    berkelakuan sedemikian.

    Mereka lebih dipengaruhi oleh media yang dengan sewenang-wenangnya meyebarkan unsur

    unsur negatif ini. Ini merupakan salah satu kesan negatif akibat modenisasi. Ini merupakan

    gejala dari pengaruh faktor luaran. Keluarga seharusnya menjadi contoh dan memastikan

    agar anak-anaknya tidak bertingkahlaku devian dan delinkuen.

  • 8/3/2019 Tingkah Laku Yg Melanggar Norma2 Hidup

    4/6

    Kadangkala sesuatu tingkah laku yang biasa diamalkan dalam kelompok keluarga seperti

    merokok , atau meminum arak tidak dilihat sebagai devian . Apabila tingkah laku ini

    diamalkan dalam kelompok lain seperti institusi sekolah maka ianya dianggap sebagai

    devian. Bagaimanakah keadaan ini harus dinilai? Disini pepatah melayu yang berbunyi

    Masuk kandang kambing, mengembek . Masuk kandang lembu manguak haruslah

    diamalkan. Kita seharusnya menghormati budaya atau subudaya masyarkat setempat.

    4.0 Devian dan Delinkuen Di Kalangan Pelajar Sekolah Negeri Sembilan

    Apabila meneliti statistik Laporan Displin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan

    Negeri Sembilan. ( Rujuk Lampiran 1), laporan salah laku jenayah di kategorikan kepada

    lapan bahagaian dan sub-sub bahagiannya.

    Pada tahun 2000 Tingkah laku jenayah mencatatkan kes yang mencecah 970 bebanding

    dengan 1600 pada tahun sebelumnya yang memperlihatkan penurunan sebanyak 630 kes.

    Antara tingkah laku jenayah ini ialah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan

    pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan dadah, membawa senjataberbahaya, mencabul kehormatan mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk

    perasaan dan bertaruh secara bear-besaran.

    Walaupun perangkaan mencatatkan penurunan secara keseluruhan namun tumpuan harus

    diberikan pada kes menyalahgunakan dadah. Pada tahun 2000 terdapat sebanyak 6 kes

    berbanding dengan 1 kes pada tahun 1999. Ini mencatatkan peningkatan sebanyak 83.33%.

    Tumpuan juga harus diberikan pada kes menunjuk perassan/ piket dan Ganggu Sekolah. Kes

    ini mencatat peningkatan sebanyak 21.28%. Mungkinkah tingkah laku ini adalah akibat

    daripada contoh contoh yang dipertontonkan oleh media yang menjadi salah satu faktor yang

    mempengaruhi pelajar kearah tingkahlaku devian dan delinkuen?

    Analisa tingkahlaku lucah pula memperlihatkan sub kategorinya sebagai berumbu-cumbuan,

    berkhalwat, membawa bahan lucah ke sekolah, mengintai pelajar perempuan, menggunkan

    kata-kata lucah dan perbuatan lucah, dan melukis dan menulis kata kata dan gambar lucah.

    Salah laku ini mencatat penurunan sebanyak 121 kes secara keseluruhan iaitu sebanyak

    71%. Namun bagi kes seperti bercumbu-cumbuan dan berkhalwat ia menctat peningkatan

    sebanyak 59.1% dan 31.8% masing-masing. Tingkah laku ini juga sudah tentunya bukan

    merupakan satu tingkah laku yang diwarisi dari guru guru sekolah sebaliknya merupakan

    punca makro seperti yang dinyatakan oleh Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian

    Sosiologi dan Kurikulum.

    Bagi kes-kes seperti kekemasan diri, tidak pentingkan masa, tingkah laku biadab, tingkah

    laku musnah dan tingkah laku menipu, rata-rata mencatatkan penurunan yang amat

    memberangsangkan. Ternyata aktiviti-aktiviti pemulihan yang dijalankan disekolah-sekolah

    sekitar Negeri Sembilan dalam menangani tingkah laku devian dan delinkuen berjaya setakat

    tahun 2000.

    Bagi kes ponteng pula ianya mencatat penurunan sebanyak 4475 kes. Kes yang harus diberi

    perhatian di sini ialah masalah ponteng peperiksaan dan ponteng asrama yang mencatat

    peningkatan sebanyak 54.5% dan 64% masing-masing. Secara keseluruhannya sekolah-

    sekolah di Negeri Sembilan telah berjaya dalam memainkan peranan sebagai agen kawalan

    sosial dalam meminumkan kadar pelajar mereka dari bertingkah laku devian dan delinkuen.Apakah yang telah dilakukan oleh mereka sehingga penurunan dalam semua kes menjadi

  • 8/3/2019 Tingkah Laku Yg Melanggar Norma2 Hidup

    5/6

    begitu ketara, iaitu penurunan sebanyak 10, 040 kes.

    Tenyata peranan sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar pelajar normal dan

    pelajar-pelajar devian dan delinkuen ini dari terus terjebak tanpa mendapat bantuan yang

    sewajarnya. Apabila meneliti perancangan yang telah digariskan oleh Jabatan Pendidikan

    Negeri Sembilan (JPNS) (Lampiran 2), ternyata JPNS tidak memandang mudah akankemudaratan yang akan dibawa oleh mereka yang bertingkah laku devian dan delinkuen dan

    mungkin juga mereka yang mungkin menjadi salah seorang dari mereka di masa hadapan.

    Perancangan sahaja juga tidak mungkin dapat menagani masalah ini tanpa pelaksanaan yang

    efisyen oleh sekolah sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Dengan adanya pihak pengurusan

    dan guru guru yang prihatin terhadap betapa bahayanya gejala sosial ini, maka terbukti

    bahawa kadar pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian dan delikuen di sekolah-sekolah

    Negeri Sembilan adalah terkawal.

    5.0 Peranan Sekolah Di Alaf Baru

    Peranan Sekolah dialaf baru adalah begitu mencabar dalam menangani tingkah laku devian

    dan delinkuen di kalangan pelajar sekolah. Sekolah berhadapan dengan pelbagai tuntutanbaru. Sekolah perlu lebih berperanan dalam mencorakkan perkembangan nilai-nilai yang

    baik supaya pelajar-pelajar dapat berfikiran lebih rasional dan tidak menjerumukan diri

    mereka kearah golongan yang dikatakan sebagai devian dan delinkuen.

    Pelajar pelajar yang dilahirkan oleh sekolah pada alaf baru juga seharusnya bukan sekadar

    robot yang cekap, pintar dan mahir tanpa memiliki nilai-nilai moral yang selaras dengan

    perubahan dan pembangunan. Sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yang

    berkesan bagi membolehkannya mengawal gejala-gejala buruk dan membenteras kes jenayah

    yang melibatkan pelajar sekolah.

    Bagi mencorakkan disiplin sekolah, semua guru harus menunjukkan komitmen dan diberi

    tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Salah satu faktor yang meyebabkan pelajar

    bertingkah laku devian yang makin berleluasa ialah kera guru-guru tidak diberi kuasa untuk

    mempertahankan disiplin.

    Rujukan

    Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000, Wawasan & Agenda Pendidikan, Utusan

    Publications, K.L

    Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001, Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan, Utusan

    Publications, K.L.

    Ting Chew Peh, 1997, Konsep Asas Sosiologi, DBP.K.L.

    Steven Box (terjemahan Cheu hock Tong),1997,Devians, Realiti dan Masyarakat,

    DBP, K.L.

    Amir Hasan Dawi, 2002, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Quantum Books,

    Tanjong Malim.

  • 8/3/2019 Tingkah Laku Yg Melanggar Norma2 Hidup

    6/6

    Sekolah Pembangunan Sosial UUM,1998, Pengenalan Kepada Sains Sosial,

    Utusan Publications.K.L