threats

2
Upacara penutup olahraga dijadualkan bermula pada pukul 8 malam tetapi perjalanan bermula agak lambat iaitu pada pukul 8.15. Perjalanan sedikit lambat kerana terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan. Ada di antara pelajar yang membuat persembahan datang agak lambat kerana mempunyai masalah seperti struktur tempat persembahan dan pelajar yang tinggal di luar institut seperti pelajar prasekolah. Akibat kurang tenaga yang membantu jadi agak sukar untuk kami memastikan dan mengumpul kesemua warga IPGKTAA tepat pada masanya. Terdapat beberapa kekangan lain sewaktu majlis penutup KOT, kedudukan padang didapati kurang strategik. Papan KOT yang diletakkan terlalu dekat dengan perbarisan rumah sukan dan unit beruniform menyulitkan pergerakkan mereka. Keadaan ini berlaku kerana wayar yang disambung ke papan tersebut tidak cukup panjang untuk diletakkan pada jarak yang lebih jauh lagi dari sumber elektrik. Wayar tersebut juga agak merbahayakan kerana kontinjen perbarisan tidak nampak wayar tersebut di padang yang gelap dan berisiko tinggi untuk tersepak dan jatuh. Selain itu, pentas persembahan pula terlalu jauh dari astaka walaupun pengarah boleh melihatnya dengan bantuan lampu sorot. Apabila persembahan berada di hadapan astaka pula, guru-guru pelatih akan menyerbu ke hadapan dan menyebabkan keadaan yang kurang teratur manakala guru-guru pelatih unit beruniform pula sukar untuk melihat persembahan tersebut. Selain daripada itu, salah satu isu yang boleh dikaitkan dengan majlis penutup KOT ialah berkenaan dengan tekanan daripada pihak atasan. Pada asalnya, penganjuran penutup KOT yang diadakan pada waktu malam tidak mendapat kelulusan

Upload: sirap-limau-ais

Post on 20-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

threats-kekangan

TRANSCRIPT

Upacara penutup olahraga dijadualkan bermula pada pukul 8 malam tetapi perjalanan bermula agak lambat iaitu pada pukul 8.15. Perjalanan sedikit lambat kerana terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan. Ada di antara pelajar yang membuat persembahan datang agak lambat kerana mempunyai masalah seperti struktur tempat persembahan dan pelajar yang tinggal di luar institut seperti pelajar prasekolah. Akibat kurang tenaga yang membantu jadi agak sukar untuk kami memastikan dan mengumpul kesemua warga IPGKTAA tepat pada masanya. Terdapat beberapa kekangan lain sewaktu majlis penutup KOT, kedudukan padang didapati kurang strategik. Papan KOT yang diletakkan terlalu dekat dengan perbarisan rumah sukan dan unit beruniform menyulitkan pergerakkan mereka. Keadaan ini berlaku kerana wayar yang disambung ke papan tersebut tidak cukup panjang untuk diletakkan pada jarak yang lebih jauh lagi dari sumber elektrik. Wayar tersebut juga agak merbahayakan kerana kontinjen perbarisan tidak nampak wayar tersebut di padang yang gelap dan berisiko tinggi untuk tersepak dan jatuh. Selain itu, pentas persembahan pula terlalu jauh dari astaka walaupun pengarah boleh melihatnya dengan bantuan lampu sorot. Apabila persembahan berada di hadapan astaka pula, guru-guru pelatih akan menyerbu ke hadapan dan menyebabkan keadaan yang kurang teratur manakala guru-guru pelatih unit beruniform pula sukar untuk melihat persembahan tersebut. Selain daripada itu, salah satu isu yang boleh dikaitkan dengan majlis penutup KOT ialah berkenaan dengan tekanan daripada pihak atasan. Pada asalnya,penganjuran penutupKOT yang diadakan pada waktu malam tidak mendapat kelulusan daripadapihak atasan. Mereka memberikan alasan bahawa penganjuran penutup sukan di waktu malam agar sukar dan menganggu aktiviti- akitiviti yang melibatkan pensyarah. Setelah AJK KOT bersama-sama pensyarah penasihat berbincang mengenai hal ini, akhirnya mereka memberikan kebenaran untuk mengadakan acara penutup pada waktu malam. Beberapa peringatan dan nasihat diberikan oleh pensyarah berkenaan dengan penutup acara supaya majlis berjalan dengan lancar.