tesl

10
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KUALA KETIL, JLN KUALA KETIL 08000 SG PETANI, KEDAH 1.0 PENDAHULUAN Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Kuala Ketil telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. 2.0 BUTIRAN-BUTIRAN AM 2.1 Penasihat : En Ali Bin Abu 2.2 Pengerusi Program : Pn Siti Binti Aminah 2.3 Tempat Lawatan : Kuala Terengganu 2.5 Tarikh : 25 Ogos 2013( tarikh yang cadangkan ) 2.6 JumlahPeserta : 48 orang ( 8 Guru dan 40 murid) 2.7 Pengangkutan : Bas sewa

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 15-Apr-2016

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MATHEMATIC

TRANSCRIPT

Page 1: tesl

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK KUALA KETIL, JLN KUALA KETIL

08000 SG PETANI, KEDAH

1.0         PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka

Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Kuala Ketil telah bercadang untuk mengadakan

lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga

merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan

pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga,

diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan

dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat

pelajar.

2.0         BUTIRAN-BUTIRAN AM  

2.1 Penasihat : En Ali Bin Abu

2.2 Pengerusi Program : Pn Siti Binti Aminah

2.3 Tempat Lawatan : Kuala Terengganu

2.5 Tarikh : 25 Ogos 2013( tarikh yang cadangkan )

2.6 JumlahPeserta : 48 orang ( 8 Guru dan 40 murid)

2.7 Pengangkutan : Bas sewa

2.8 Penginapan : Homestay Nur Kasih

Page 2: tesl

3.0         MATLAMAT DAN OBJEKTIF LAWATAN

3.1 Matlamat

Murid dari luar bandar perlu didedahkan kepada dunia luar melalui aktiviti lawatan.

Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam konsep lawatan dalam

negeri dengan tujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid.

Murid dapat mengenali dan menikmati keindahan alam di Malaysia.

3.2 Objektif

Memberikan perluang kepada murid untuk mengenali Muzium Negeri Terengganu.

Memberi peluang kepada murid untuk menghayati keunikan dan keindahan model-

model masjid yang dibinakan di Taman Tamadun Islam.

Memberi pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri

Terengganu.

Menanam sikap tolong menolong, bertolak ansur dan berdikari di kalangan murid.

4.0         JAWATANKUASA LAWATAN SEKOLAH

Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : En Ali Bin Abu (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Siti Binti Aminah (PK Pentadiran)

NaibPengerusi 1: En. Zulfadhli b. Zamri (PK Hal Ehwal Pelajar)

NaibPengerusi 2: En. Hamdan Rizal b. Yusoff (PK Kokurikulum)

Setiausaha : En. Haziel b. Kimon

Penolong Setiausaha :Pn. Nor Syazwani bt.Anuar

Bendahari : En. Mohd.Thaqif bin Mahadi

Page 3: tesl

Ahli Jawatankuasa Kerja:

AJK Keselamatan dan Kecemasan

En. Mohd Syafiq bin Azmi

En. Rusyidan bin Ahmad

En. Mohammad bin Salleh

AJK Pengangkutan dan Destinasi

En. Mohd Basri b. Azlan

Pn. Darina Mastura bt. Mahmood

AJK Makanan dan Minuman

Pn. Nik Farah Aini bt. Nik Kamal

Pn. Kamariah bt. Hussin

TEMPAT YANG DILAWATI 4.1. Planetarium Kuala Terengganu

4.2. Muzium Negeri Terengganu

4.3. Taman Tamaddun Islam dan Masjid Kristal

4.4. Pasar Payang

4.5. Pantai Batu Buruk

Page 4: tesl

5.0         ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1. Tambang bas 1 buah Rm 850.00

2. Makan tengahari Rm 4 X 48 orang Rm 192.00

3. Tiket ke Muzium Negeri Rm 2 x 48 orang Rm 96.00

4. Tiket ke Planetarium Rm 2 X 48 orang Rm 96.00

5. Pasport ke Taman Tamaddun Islam

-Murid Rm 7 X 40 orang =Rm 280.00

-Guru Rm 15 X 8 orang = Rm 120.00

Rm 400.00

6. Makan malam Rm 4 X 48 orang Rm 192.00

7 Air minuman 3 kotak X Rm 10.00 Rm30 .00

8.

8.

Penginapan

JUMLAH BESAR

Rm185.00

RM 2041.00

6.0         ATURCARA PERJALANAN

25 OGOS 2013

MASA AKTIVITI

8.00 malam Berkumpul di Dewan SK Kuala Ketil

8.30 malam Taklimat lawatan kepada murid-murid

9.00 malam Bertolak ke Kuala Terengganu

Page 5: tesl

MASA AKTIVITI

5.30 pagi Sampai ke Kuala Teregganu

6.00 pagi Solat Subuh

7.15 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Bertolak ke Planetarium Kuala Terengganu

8.30 pagi Kuiz Matematik (problem-solving) dan Sains (alam semesta)

9.30 pagi Minum pagi

11.00 pagi Bertolak ke Muzium Kuala Terengganu

12.30 tengahhari

Makan tengah hari

1.30 petang Solat Zohor

2.30 petang Bertolak ke Taman Tamaddun Islam

4.00 petang Bertolak ke Pasar Payang

5.15 petang Solat Asar

6.00 petang Bertolak ke Pantai Batu Buruk

7.15 malam Solat Maghrib

8.00 malam Makan malam

8.45 malam Solat Isyak

9.00 malam Betolak ke Homestay NurKasih

10.00 malam Berehat dan bermalam di Homestay NurKasih

26 OGOS 2013

MASA AKTIVITI

6.30 pagi Persiapan diri

7.15 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Taklimat pulang

8.30 pagi Bertolak pulang ke SK Kuala Ketil

4.00 petang Dijangka tiba di SK Kuala Ketil

7.0         SURAR AKUAN

Page 6: tesl

LAMPIRAN 1

SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA MENYERTAI

AKTIVITI KOKURIKULUM

Saya : ...........................................................................................................

No. Kad Pengenalan : ...........................................................................................................

Beralamat : ...........................................................................................................

...........................................................................................................

No. Telefon : .................................................

mengaku adalah waris kepada murid bernama di bawah :

Nama Pelajar: .................................................................................................

Darjah: .................................................................................................

No. KP /Surat Lahir : .................................................................................................

Sekolah: .................................................................................................

Saya dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada anak / jagaan saya untuk menyertai :

Nama Program :

Tarikh :

Tempat :

Anjuran :

Kelolaan :

Page 7: tesl

2. Saya difahamkan bahawa soal keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh Guru/Pegawai/Urus Setia yang telah diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa latihan/perkhemahan atau perjalanan/semasa program, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru/Pegawai/Urus Setia menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan. Saya juga mengaku bahawa anak saya telah mempunyai skim perlindungan insurans bagi dirinya sendiri.

3. Saya dengan ini mengakui bahawa anak/jagaan saya ADA/TIDAK ADA* mengidap penyakit kronik/berjangkit. Nyatakan (Jika ada) : ...........................................................................................................(*Potong yang berkenaan)

Tandatangan Ibu bapa/Penjaga : .......................................................................

Nama : .......................................................................

Tarikh : .......................................................................

DISAHKAN OLEH PENGETUA

Saya dengan ini mengakui bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan : .......................................................................

Nama : .......................................................................

No. Kad Pengenalan : ......................................................................

Tarikh : .......................................................................

Cop Rasmi : .......................................................................

Page 8: tesl

8.0         PENUTUP

Saya amat berharap program lawatan ini mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua

pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakannya.

Hal ini kerana, program ini memberi manafaat kepada murid-murid untuk menimba

pengalaman baru serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru dan murid.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

_____________________ ___________________ ______________________

Setiausaha Program Lawatan Penyelaras Guru Besar

SK Kuala Ketil SK Kuala Ketil SK Kuala Ketil