terowong baru di kawasan ista- -...

12

Upload: hoangdung

Post on 07-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat
Page 2: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

AL-QUDS WEEKLY REPORT1

TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA-NA UMAYYAH, BAHAGIAN SELATAN MASJID AL-AQSA

Jurusalem- Pusat Berita Palestin

Sebuah pertubuhan Yahudi “Nachman Hayy” mendedahkan bahawa sebuah terowong baru bakal dibuka untuk ker-ja-kerja penggalian di kawasan selatan Masjid Al-Aqsa, yang jaraknya kira- kira 200 meter dari Pintu Al-Mughara-bah, Istana Umayyah berdekatan Tem-bok Ratapan.Pengawal Masjid Al-Aqsa mengesahkan bahawa terdapat sebuah kren besar milik Israel diletakkan di luar Istana Umayyah dan membawa sejumlah besar tanah se-

News YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

tiap hari sejak 3 bulan lalu. Ini menun-jukkan bahawa terdapatnya penggalian baru sedang berjalan di kawasan Silwan dan sekitarnya.Pertubuhan itu dalam risalah mereka yang diedarkan di beberapa kawasan berkata: “hanya tinggal beberapa hari saja untuk menyatukan Jurusalem dan menyempurnakan beberapa pekerjaan dan kejutan- kejutan “menggembira-kan”, diantaranya ialah pembukaan te-rowong di Tembok Ratapan”.Kata mereka lagi: tidak lama lagi akan dibuka pintu masuk baru ke terowong

Page 3: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIANews

AL-QUDS WEEKLY REPORT 2

Ir David di bahagian selatan berdekatan kawasan berbumbung Istana Umayyah (selatan Masjid Al-Aqsa).Menurut mereka, perasmian pembukaan itu nanti akan dilaksanakan dengan ke-hadiran orang- orang berpengaruh Ya-hudi disertai dengan beberapa orang delegasi dari Amerika Syarikat dan neg-ara-negara barat lainnya. Mereka akan dibawa berjalan- jalan melawat Kota Lama Jurusalem di bawah tanah dan menziarahi kawasan Ir Daud, melalui terowong di Tembok Ratapan menuju ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid Al-Aqsa. Kemudian dibawa melawat pasar- pasar lama yang terdapat di Pintu As-Silsilah di kawasan kejiranan Islam.

Mereka juga turut memastikan kesela-matan dengan penjagaan ketat terhadap delegasi- delegasi yang turut serta da-lam perasmian itu selama beberapa hari.Dikatakan bahawa kerajaan Israel pada awal tahun ini telah pun meluluskan sambutan 50 tahun kejayaan mereka menjajah Jurusalem. Antara agenda sambutan ialah, mengumumkan pulu-han projek yang bakal dijalankan, men-gadakan perarakan- perarakan dan pam-eran-pameran, perasmian projek- projek baru, dan perarakan kontroversi setiap tahun “tarian bendera” di lapangan Pin-tu Al-A’mud. Bilangan hadirin pula di-anggarkan mencecah ribuan orang pen-datang Yahudi.

KAWASAN ISTANA UMAYYAH

Page 4: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

Kereta Api Menuju Ke Tembok Ratapan.. Projek Pengyahudian Baru Di Jurusalem

By ASEEL JUNDI

Dengan arahan dari Menteri Pengangkutan Is-rael, projek kereta api yang menghubungkan diantara Tel Aviv dengan barat Jurusalem bakal dilaksanakan. Kini, mereka dalam proses mer-ancang dan mengkaji berkaitan projek ini dan laluannya dari bangunan- bangunan di Barat Jurusalem menuju ke Tembok Ratapan berse-belahan Masjid Al-Aqsa.Menurut perancangan, projek ini dijangka siap selewat- lewatnya pada akhir tahun ini. Kini mereka dalam proses memasang laluan khas kereta api , memasang kabel elektrik, dan menunggu pemasangan dari syarikat Jerman yang dikatakan agak lewat.Laluan kereta api ini adalah sepanjang 56 ki-lometer dan menghubungkan penumpang dari

tel Aviv ke barat Jurusalem dalam tempoh lebih kurang 28 minit. Ini menjadikan stesen utama kereta api yang berhampiran dengan bangu-nan kerajaan sebagai stesen penghubung bagi menuju ke Tembok Ratapan.

MEMPERCEPATKAN PERANCANGAN

Berkenaan dengan projek ini, seorang war-tawan khas dalam Hal Ehwal Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa, Mahmud Abu A’tho berkata bahawa pembinaan ini adalah arahan secara langsung dari menteri Israel “Yisrael Katz”. Beliau menggesa supaya projek pembinaan ini dipercepatkan walaupun beberapa orang pakar pembinaan membantah untuk dihubungkan ter-us ke Tembok Ratapan bahkan cukup sekadar ke bangunan kerajaan sahaja.

News YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

AL-QUDS WEEKLY REPORT3

Page 5: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIANews

AL-QUDS WEEKLY REPORT 4

Tambahnya, jelas terdapat unsur- unsur agama dalam menyegerakan pembinaan ini. Dan ianya berkemungkinan besar akan dilaksanakan tidak lama lagi, apatah lagi terdapat desakan untuk menghubungkan kereta api ke Tembok Rata-pan.Pembinaan kereta api penghubung ini akan menyebabkan terowong bawah tanah sedalam 50 meter dan menelan perbelanjaan kira-kira 2 billion syikal bersamaan 520 juta dolar (un-tuk menghubungkan antara Barat Jurusalem ke Tembok Ratapan), dan 7 billion syikal yang ber-samaan 1.58 billion dolar (untuk menghubung-kan antara Tel Aviv ke Jurusalem. Pembiayaan ini diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan Israel.Seorang pakar pembinaan Al-Quds, Jamal A’mru berpendapat bahawa pembinaan ini bakal melengkapkan projek pengyahudian besar iaitu “Israelization” dan diantaranya matlamatnya ialah menyatukan antara bandar- bandar Israel secara lengkap dengan pusat pemerintahannya. Begitu juga dengan pembinaan mercu tanda seperti Universiti Ibrani dan Hospital Haddasah di Jurusalem.A’mru menegaskan bahawa projek berstrate-gi ini bakal mengyahudikan Jurusalem secara lengkap, walaupun pada pandangan dunia ian-

ya adalah sebahagian dari Kota Suci Al-Quds yang dirampas dengan kekuatan senjata dan Is-rael tidak mempunyai hak untuk mencemarkan sejarah warisannya yang telah dipelihara dari generasi ke generasi.

PENGUBAHAN RUPA ASAL JURUSA-LEM

Setiausaha Pertubuhan Islam- Kristian untuk Al-Quds dan Tempat- Tempat Suci, Hanna Isa berkata dalam kenyataannya bahawa projek menghubungkan antara Tel Aviv dan Tembok Ratapan akan membawa kepada pengubahan wajah asal Kota Suci, kerana bangunan- bangu-nan Yahudi akan menutup arabisme yang ter-dapat di sana. Pembinaan-pembinaan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengiringi pem-binaan Haikal yang merupakan matlamat besar mereka.

"Isa: Projek Menghubungkan Antara Tel Aviv Dengan Tembok Ratapan Akan

Mengubah Wajah Asal Jurusalem"

Dikatakan bahawa stesen akhir kereta api itu masih belum ditentukan tempatnya lagi, sama ada di kawasan Pintu Al-Khalil ataupun di keji-ranan Wadi Helwah yang bersebelahan dengan Tembok Ratapan.Tambahnya lagi, projek ini merupakan rantaian dari siri- siri projek pengyahudian secara besar- besaran di Kota Suci itu yang ada diantaranya telah pun siap, manakala sebahagian yang lain sedang dalam proses. Antara projek besar lain ialah Beit Strauss, Beit Jauhar, dan projek pembinaan lif elektrik yang menghubungkan antara kawasan As-Syaraf dan Tembok Ratapan dengan projek gereja baru Is-rael berhampiran dengan gereja Al-Kharab.

Abu A’tho: Projek Ini Merupakan Orientasi Peribadi Dari Menteri Pengangkutan Israel

Page 6: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

In 1948, Zionist forces ethnically cleansed more than fifty percent of the entire Palestinian population. In commemoration of the Nakba, and the displacement that continues today, Vi-sualizing Palestine has released this new visual: "An Ongoing Displacement." The new visual quantitatively catalogs the multiple dimensions of Palestinian displacement and loss of land.

infographic YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

AL-QUDS WEEKLY REPORT5

Page 7: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIAinfographic

AL-QUDS WEEKLY REPORT 6

Page 8: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

Article YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

AL-QUDS WEEKLY REPORT7

Pakar Israel: Kemerosotan Mendadak Taraf Hidup Di Kawasan- Kawasan Ke-jiranan Di Timur Jurusalem

Penulis dalam akhbar yahudi “Maa’rif”, Kermit Savir, ber-kata bahawa taraf kehidupan di kejiranan timur Jurusalem (ka-wasan- kawasan yang didiami oleh rakyat palestin), akan men-galami kemerosotan ekonomi yang berpenjangan disebabkan oleh penurunan infrastruktur, kekurangan peluang pekerjaan untuk orang muda, dan kegana-san yanag dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.Dilaporkan bahawa Professor Yitzhak Reiter (seorang peng-kaji terkenal di Jurusalem) berkata sesungguhnya penderi-

taan yang ditanggung oleh war-ga Palestin di timur Jurusalem boleh dilihat jelas dari statistik dan data.

PERSPEKTIF KEAMANAN

Reiter menjelaskan bahawa rakyat Palestin merasakan ba-hawa mereka tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan Israel, dan tidak diki-ra sebagai sebahagian dari pen-duduk kota itu, bahkan sentia-sa dianggap sebagai pelanggar undang- undang. Justeru, pihak Israel seringkali mengetatkan

kawalan, menambah bilangan tentera dan pengawal di pintu- pintu masuk bandar- bandar dan kejiranan- kejiranan Arab den-gan alasan untuk menghalang berlakunya tunjuk perasaan dan perarakan sehingga ke tahap penduduk- penduduk di satu kejiranan tidak dapat pergi ke kejiranan yang lain kerana pengawalan tentera.Tegasnya lagi dalam temubual-nya, seramai 850 ribu pen-duduk Kota Jurusalem dan 310 daripadanya menduduki kawasan timurnya. Mereka itu mempunyai kerakyatan tetap

Page 9: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

AL-QUDS WEEKLY REPORT 8

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIAArticle

tetapi tidak diberikan hak me-ngundi, hak- hak yang ter-kandung dalam perlembagaan, dan dipecah-pecahkan ke 22 kejiranan dan perkampun-gan. Keadaan mereka seperti keadaan rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat.Kebanyakan dari mereka juga hidup susah, dalam keadaan infrastruktur yang teruk, jauh dari keperluan- keperluan sepa-tutnya, dan sentiasa mereka tergugat sama ada dari sudut keselamatan dan hak- hak ker-akyatan.Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan penduduk di timur Jurusalem merupakan orang Is-lam; 64% berumur bawah dari 18 tahun, 36% tidak mampu melakukan pekerjaan, dan 51% berada di bawah tahap kemi-skinan. Walaupun ada di antara mereka mempunyai pasport Jordan, tetapi mereka tidak mendapat hak- hak mereka yang sepatutnya, hingga mere-ka merasakan tidak ada apa lagi yang mereka miliki. Sedang-kan di pihak kerajaan, mereka membuka ruang seluas-luasnya kepada pelampau- pelampau yahudi untuk menguasai Mas-jid Al-Aqsa, dan rakyat Pal-estin dihalang dari berpolitik sama sekali, lebih- lebih lagi dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amer-ika Syarikat yang mahu me-mindahkan kedutaan Amerika

ke Jurusalem.Dapat disimpulkan bahawa rakyat Palestin mengalami banyak masalah; satunya kera-jaan Israel yang menyebabkan kemerosotan taraf kehidupan, ketiadaan jalan-jalan raya yang berturap, penutupan laluan pe-jalan kaki, dan denda- denda yang dikenakan terhadap pe-mandu- pemandu Palestin.Keduanya ialah ketiadaan un-dang- undang tanah di Jurusa-lem menyebabkan mereka su-kar untuk mendapatkan permit pembinaan daripada majlis per-bandaran seterusnya memak-sa mereka membina bangunan “secara haram”.

KEKURANGAN KELAS- KELAS

Kejiranan “Nuf Zion” iaitu penempatan pendatang yahu-di yang mempunyai kepadatan penduduk kira- kira puluhan keluarga sahaja, mendapat in-frastruktur binaan lebih kurang 340%, manakala kejiranan Bukit Scopus yang bersebe-lahan dengannya yang mem-punyai kepadatan penduduk sekitar 20 ribu orang mendapat infrastruktur binaan sekadar 170% sahaja.Reiter menegaskan bahawa an-tara kekurangan yang paling teruk adalah kekurangan dari sudut institusi pendidikan. Bah-kan, sebahagian besar kelas-

kelas merupakan rumah- ru-mah lama yang ditukar menjadi kelas kerana kurangnya seko-lah dan kelas yang sebenarnya. Begitu juga dengan taman per-mainan kanak- kanak dimana di komuniti besar Timur Juru-salem, hanya terdapat 3 buah taman permainan kanak- kanak sahaja.Adapun, masalah ketiga terbe-sar penduduk Palestin di Timur Jurusalem adalah berkaitan kh-idmat kebersihannya. Di pen-empatan- penempatan yahudi, terdapat tong- tong sampah disediakan di setiap depan ru-mah mereka, manakala di Timur Jurusalem sampah bertaburan di kiri kanan jalan. Malah, jen-tera pengutip sampah juga ti-dak memasuki lorong- lorong kecil untuk mengutip sampah. Kerajaan Israel pernah berjan-ji untuk memberikan plastik- plastik sampah khas, namun janji hanya tinggal janji.Reiter di akhir temuramah be-liau bersama akhbar Ma’arif berkata bahawa kerajaan Israel hendaklah mengambil langkah- langkah yang sepatutnya bagi menyempurnakan jurang- ju-rang kosong akibat sikap tidak adil mereka kepada rakyat Pal-estin dan memulangkan kem-bali hak- hak mereka seperti-mana yang termaktub dalam undang- undang negara- negara lain di seluruh dunia.

Page 10: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

Picture YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

AL-QUDS WEEKLY REPORT9

1 Feb 2017Pemuda Palestin ini iaitu Hazim San-douka, 24 tahun yang berasal dari Jerusalem dipenjarakan oleh tentera Israel hanya kerana menyertai perger-akan Islam HAMAS.

Tanpa menghiraukan perasaan orang Islam, parlimen Zionis mengel-uarkan perintah kepada ahlinya supaya menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa.

1 Feb 2017Sebuah mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara setahun setengah ke-pada seorang remaja Palestin (Amal Jamal Qabha)

Page 11: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIAPicture

AL-QUDS WEEKLY REPORT 10

5 FEb 2017Israel membina tembok pemisah sepanjang 42 km di selatan Khalil.Tembok pemisah ini dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2017.Israel mula membina tembok pemisah dan pada tahun 2006, tembok ini mencecah 402 km dan mengikut perancangan kerajaan Israel, mereka tembok ini akan di-bina sepanjang 703 km.Tembok pemisah ini sudahpun menyebabkan pelbagai kesangsaraan dihadapi oleh penduduk Gaza dan ianya akan berterusan menambah penderitaan selagi mana ianya tidak dimusnahkan.Sumber: PIC

5 Feb 2017Mahkamah penjajah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun ke atas seorang kanak-kanak Palestin Manar al-Shwaiki(16 tahun) atas dak-waan cuba menikam seorang askar. Manar adalah banduan yang paling muda di dalam pen-jara tentera Israel.

Page 12: TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTA- - …alqudsmalaysia.org/.../rep05e32f2d85-f679-41f5-9322-18736cf53a7c.pdf · ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid ... secara lengkap dengan pusat