terma-terma dan syarat-syarat kempen kad · pdf file... rebat yang diberikan di bawah kempen...

5
Kempen 1) “Kempen Kad Kredit VISA PayWave CIMB-Guardian” (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) bersama Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (1101083T) (“GUARDIAN”) dan akan berlangsung hanya pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat bermula dari 18hb Disember 2017 hingga 16hb Mac 2018, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). 2) CIMB Bank berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari. Keperluan Kelayakan 3) Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit CIMB Bank Visa (kecuali Pemegang Kad Platinum Business CIMB Bank dan Pemegang Kad Fuel Tanker CIMB Bank) (“Pemegang Kad Layak”). Mekanik dan Syarat-syarat Kempen 4) Untuk menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak hendaklah memenuhi kriteria berikut semasa Tempoh Kempen: a) membuat Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak minimum (seperti yang dinyatakan pada Klausa 5) sebanyak Ringgit Malaysia Seratus dan Lima Puluh (RM150.00) dalam satu resit di mana-mana cawangan Guardian Health And Beauty di Malaysia (“Keperluan Perbelanjaan”); dan b) Membuat pembayaran untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak dengan PayWave (mod tanpa sentuh sahaja) melalui kad kredit CIMB Bank Visa (kecuali Pemegang Kad Platinum Business CIMB Bank dan Pemegang Kad Fuel Tanker CIMB Bank tetapi termasuk kad sertaan yang dikeluarkan dibawahnya) (“Kad Layak”) (“Keperluan Pembayaran”). Keperluan Perbelanjaan dan Keperluan Pembayaran secara kolektif disebut sebagai "Kriteria Kelayakan". 5) Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak” bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan di mana-mana cawangan Guardian Health And Beauty di Malaysia (“Kedai Guardian”) dan tidak termasuk transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dengan ini dikecualikan dengan nyata di dalam ini dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak bagi tujuan Kempen ini:- TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kad Kredit VISA PayWave CIMB-GUARDIAN (18hb Disember 2017 16hb Mac 2018)

Upload: dangdang

Post on 12-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kad · PDF file... Rebat yang diberikan di bawah Kempen ini adalah terhad dan dalam lingkungan RM50 ... yang terkandung dalam sebarang ... di dalam

Kempen

1) “Kempen Kad Kredit VISA PayWave CIMB-Guardian” (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank

Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) bersama Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (1101083T)

(“GUARDIAN”) dan akan berlangsung hanya pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat

bermula dari 18hb Disember 2017 hingga 16hb Mac 2018, termasuk kedua-dua tarikh tersebut

(“Tempoh Kempen”).

2) CIMB Bank berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh

Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari.

Keperluan Kelayakan

3) Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit CIMB Bank Visa (kecuali Pemegang Kad

Platinum Business CIMB Bank dan Pemegang Kad Fuel Tanker CIMB Bank) (“Pemegang Kad

Layak”).

Mekanik dan Syarat-syarat Kempen

4) Untuk menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak hendaklah memenuhi kriteria berikut semasa

Tempoh Kempen:

a) membuat Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak minimum (seperti yang dinyatakan pada

Klausa 5) sebanyak Ringgit Malaysia Seratus dan Lima Puluh (RM150.00) dalam satu resit di

mana-mana cawangan Guardian Health And Beauty di Malaysia (“Keperluan Perbelanjaan”);

dan

b) Membuat pembayaran untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak dengan PayWave (mod

tanpa sentuh sahaja) melalui kad kredit CIMB Bank Visa (kecuali Pemegang Kad Platinum

Business CIMB Bank dan Pemegang Kad Fuel Tanker CIMB Bank tetapi termasuk kad sertaan

yang dikeluarkan dibawahnya) (“Kad Layak”) (“Keperluan Pembayaran”).

Keperluan Perbelanjaan dan Keperluan Pembayaran secara kolektif disebut sebagai "Kriteria

Kelayakan".

5) “Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak” bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan

perkhidmatan di mana-mana cawangan Guardian Health And Beauty di Malaysia (“Kedai

Guardian”) dan tidak termasuk transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan

keraguan, transaksi berikut juga dengan ini dikecualikan dengan nyata di dalam ini dan tidak akan

dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak bagi tujuan Kempen ini:-

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen Kad Kredit VISA PayWave CIMB-GUARDIAN (18hb Disember 2017 – 16hb Mac 2018)

Page 2: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kad · PDF file... Rebat yang diberikan di bawah Kempen ini adalah terhad dan dalam lingkungan RM50 ... yang terkandung dalam sebarang ... di dalam

a. Transaksi yang dibuat di cawangan Guardian melalui Kad Platinum Business CIMB Bank

dan Kad Fuel Tanker CIMB Bank;

b. Transaksi Kuasi Tunai iaitu urus niaga yang melibatkan pembayaran atau anugerah

dalam bentuk wang tunai (contoh: pertaruhan dan/atau transaksi permainan);

c. Transaksi pembelian yang kemudiannya dibatalkan atau dikembalikan, urus niaga tanpa

izin atau penipuan.

6) Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak dikira berdasarkan jumlah terkumpul Perbelanjaan

Pemegang Kad Layak pada kad utama dan sertaan yang disatukan. Sekiranya Pemegang Kad Layak

mempunyai beberapa akaun Kad Layak, Transaksi Pembelian Runcit Layak yang dibuat menerusi

semua Kad Layak oleh pemegang kad utama dan sertaan akan disatukan dan tidak dilihat secara

individu untuk memenuhi Keperluan Perbelanjaan semasa Tempoh Kempen.

7) Semua Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak akan dikesan secara automatik oleh CIMB Bank dan

semua pengesanan Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak adalah berdasarkan tarikh transaksi

dan/atau masa (Waktu Malaysia) seperti yang dicatatkan oleh rekod transaksi CIMB Bank semasa

Tempoh Kempen.

8) CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan

dalam pengeposan Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak kepada akaun Kad Layak untuk Pemegang

Kad Layak dan/atau kesilapan atau peninggalan dalam pengeposan Transaksi Perbelanjaan Runcit

Layak untuk apa jua sebab yang timbul termasuk tetapi tidak terhad kepada penangguhan pada

pihak pedagang melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian sengaja/atau

keingkaran yang disengajakan oleh CIMB Bank.

Rebat

9) Pemegang Kad Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan akan berhak mendapat rebat tunai

sebanyak 15% untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak dalam satu resit semasa Tempoh

Kempen ("Rebat") tertakluk pada Rebat maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima

(RM35) bagi setiap Bulan Kempen (seperti yang ditetapkan dalam Klausa 10).

10) Rebat akan diberikan kepada Pemegang Kad Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan semasa

Bulan Kempen (seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah) dan akan dikreditkan ke dalam

akaun kad utama Pemegang Kad Layak pada 25 hari bulan berikutnya selepas Transaksi

Perbelanjaan Runcit Layak seperti berikut:

Bulan Kempen

Tarikh Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak

Rebat Maksimum setiap Pemegang Kad

Layak

Lingkungan Rebat

Pengkreditan Rebat Pada

Bulan 1 18hb Dis 2018 hingga 17hb Jan

2018

RM35 RM50,000 25hb Februari 2018

Page 3: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kad · PDF file... Rebat yang diberikan di bawah Kempen ini adalah terhad dan dalam lingkungan RM50 ... yang terkandung dalam sebarang ... di dalam

Bulan 2 18hb Jan 2018 hingga 16hb Feb

2018

RM35 RM50,000 25hb Ma c 2018

Bulan 3 17hb Feb 2018 hingga 16hb Mac

2018

RM35 RM50,000 25hb April 2018

11) Rebat yang diberikan di bawah Kempen ini adalah terhad dan dalam lingkungan RM50,000 bagi

setiap Bulan Kempen dan akan diberikan berdasarkan mereka yang terawal diberikan keutamaan.

Untuk mengelakkan keraguan, Pemegang Kad Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan semasa

Tempoh Kempen tidak berhak menerima Rebat sebaik sahaja jumlah maksimum sebanyak

RM50,000 bagi setiap Bulan Kempen telah digunakan sepenuhnya.

12) Rebat tidak boleh ditukar untuk hadiah yang berbeza atau ganjaran dengan kos yang serupa atau

mana-mana alternatif lain dalam apa jua keadaan.

13) Pada masa pengkreditan Rebat, akaun Kad Layak untuk Pemegang Kad Layak MESTI berada di

dalam keadaan terbaik dan TIDAK melanggar mana-mana terma dan syarat yang mengawal Kad

Layak, tertunggak, dan/atau tidak sah atau dibatalkan, jika tidak, Pemegang Kad Layak akan hilang

kelayakan daripada menerima Rebat.

-terma dan Syarat-syarat Am

14) Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak dianggap telah membaca, memahami dan

bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB Bank berkaitan

dengan setiap aspek Kempen ini termasuklah kelayakan untuk Rebat adalah muktamad, mengikat

dan konklusif dengan syarat bahawa keputusan yang dibuat secara adil dan munasabah.

15) CIMB Bank berhak atas budi bicara mutlaknya apabila memberi notis terlebih dahulu selama

empat belas (14) hari untuk menukar atau mengganti Rebat yang ditawarkan di bawah Kempen

ini dengan barangan lain yang serupa atau setara dan/atau untuk melanjutkan, mengubahsuai,

memendekkan, menamatkan, membatalkan atau menggantung Kempen ini. Tiada pampasan

tunai atau apa-apa jenis yang akan diberikan kepada Pemegang Kad Layak untuk sebarang

kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami secara langsung atau tidak langsung oleh

Pemegang Kad Layak akibat penggantian atau penukaran Rebat dan/atau lanjutan,

pengubahsuaian, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan

Kempen ini melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan yang

disengajakan CIMB Bank.

Page 4: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kad · PDF file... Rebat yang diberikan di bawah Kempen ini adalah terhad dan dalam lingkungan RM50 ... yang terkandung dalam sebarang ... di dalam

16) CIMB Bank berhak mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi,

meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana Terma dan Syarat

di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari. Makluman

tentang Pindaan kepada Pemegang Kad Layak berkaitan Pindaan, pembatalan, penyingkiran,

pergantungan Kempen ini atau apa jua notis yang akan diberikan oleh CIMB Bank kepada

Pemegang Kad Layak di bawah Kempen ini adalah menurut budi bicara mutlak CIMB Bank

melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, iaitu dengan memaparkan notis tentang

Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui

sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap

mengikat Pemegang Kad Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang

boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman. Pemegang Kad Layak mengakui dan

bersetuju mengakses laman web CIMB Bank dengan tetap untuk membaca Terma-terma dan

Syarat-syarat ini dan memastikan mereka mendapatkan maklumat yang terkini mengenai apa-

apa perubahan atau pindaan pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

17) Tiada sebarang pampasan tunai atau apa jua jenisnya akan diberikan kepada Pemegang Kad Layak

yang berbangkit akibat daripada perubahan, pemadaman, penambahan atau pindaan terhadap

Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan

atau penamatan Kempen ini.

18) Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini (sebagaimana yang sama mungkin dipinda dari

semasa ke semasa selaras dengan Klausa 16) hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-

terma dan syarat-syarat yang mengawal Kad Layak dan hendaklah mengatasi sebarang terma,

syarat, peruntukan atau representasi tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan

promosi dan pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen ini.

19) Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim CIMB Bank berhubung dengan Kempen ini hendaklah,

untuk menyimpan kesilapan nyata, muktamad, mengikat dan konklusif. CIMB Bank mempunyai

hak dan budi bicaranya yang mutlak untuk membatalkan kelayakan dan/atau menolak mana-

mana Pemegang Kad Layak yang ditentukan atau secara munasabahnya disyaki mengganggu

proses atau pengendalian Kempen ini, atau bertindak sebagai melanggar Terma-terma dan

Syarat-syarat Kempen yang dinyatakan di dalam ini.

20) CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana Pemegang Kad Layak atau mana-

mana pihak di atas apa-apa kerugian atau kerosakan tidak kira jenisnya yang dialami oleh

Pemegang Kad Layak atau mana-mana pihak kecuali sebarang kerugian atau kerosakan yang

disebabkan secara langsung oleh ketinggalan atau kecuaian CIMB Bank. Untuk mengelakkan

keraguan, CIMB Bank tidak akan walau apa pun bertanggungjawab atas sebarang kehilangan

pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi langsung atau tidak langsung, sampingan,

berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak

ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau

Page 5: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kad · PDF file... Rebat yang diberikan di bawah Kempen ini adalah terhad dan dalam lingkungan RM50 ... yang terkandung dalam sebarang ... di dalam

sebaliknya berhubung dengan Kempen ini melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh

kecuaian atau kesilapan yang disengajakan CIMB Bank.

21) Dengan menerima atau mengambil Rebat, Pemegang Kad Layak bersetuju untuk tidak

mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja

dan agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding,

penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank

dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen mereka masing-masing

berhubung dengan penyertaan Pemegang Kad Layak dalam Kempen ini atau penerimaan,

penebusan atau penggunaan Rebat, kecuali untuk sebarang tuntutan, tindakan, prosiding,

penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang diakibatkan oleh kecuaian

atau ketinggalan CIMB Bank.

22) CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang aduan atau pertikaian yang

berkaitan dengan Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak yang dibuat di mana-mana cawangan

Guardian. Sebarang pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan Transaksi Perbelanjaan

Runcit Layak di cawangan Guardian hendaklah dirujuk dengan GUARDIAN dan/atau cawangan

Guardian. CIMB Bank bukanlah ejen GUARDIAN dan/atau cawangan Guardian dan tidak

membuat representasi mengenai kualiti perkhidmatan yang disediakan dan/atau produk yang

dijual/dibekalkan oleh GUARDIAN dan/atau cawangan Guardian. Sebarang pertikaian mengenai

perkhidmatan dan/atau produk yang timbul daripada Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak di

cawangan Guardian hendaklah diselesaikan secara terus dengan GUARDIAN dan/atau Guardian

Store.

23) Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan

antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau

bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang

lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pemegang Kad

Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan

syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kad-kad Layak, maka versi terma-

terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

24) Untuk sebarang maklumbalas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Pemegang Kad Layak

boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor

faks berikut (ataupun di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks seperti mana yang

dipinda oleh CIMB Bank secara makluman kepada Pemegang Kad Layak): Unit Resolusi Pelanggan,

Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204

7788/Faks: 603 2691 3248/[email protected].