terma-terma dan syarat-syarat kad mastercard cimb petronas · pdf fileyang dilakukan di...

4
Versi bertarikh 1 Julai 2016 Terma-terma dan syarat-syarat baru berkenaan Rebat dan Faedah yang disediakan di bawah Kad MasterCard Dwi-Jenama CIMB PETRONAS bertarikh 1hb Julai 2016 (“Terma-terma dan Syarat-syarat Baru”) akan menggantikan dan mengatasi Terma-terma dan Syarat-syarat berkenaan Rebat dan Faedah yang disediakan di bawah Kad MasterCard Dwi-Jenama CIMB PETRONAS yang semasa. Terma-terma dan Syarat-syarat Kad MasterCard CIMB PETRONAS

Upload: truongphuc

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terma-terma dan Syarat-syarat Kad MasterCard CIMB PETRONAS · PDF fileyang dilakukan di PETRONAS dengan syarat Penyata Tunggakan* RM3,000 dan. ke atas; dan ... CIMB atau mana-mana

Versi bertarikh 1 Julai 2016

Terma-terma dan syarat-syarat baru berkenaan Rebat dan Faedah yang disediakan di bawah Kad MasterCard Dwi-Jenama CIMB PETRONAS bertarikh 1hb Julai 2016 (“Terma-terma dan Syarat-syarat Baru”) akan menggantikan dan mengatasi Terma-terma dan Syarat-syarat berkenaan Rebat dan Faedah yang disediakan di bawah Kad MasterCard Dwi-Jenama CIMB PETRONAS yang semasa.

Terma-terma dan Syarat-syarat Kad MasterCard

CIMB PETRONAS

Page 2: Terma-terma dan Syarat-syarat Kad MasterCard CIMB PETRONAS · PDF fileyang dilakukan di PETRONAS dengan syarat Penyata Tunggakan* RM3,000 dan. ke atas; dan ... CIMB atau mana-mana

1

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT BERKENAAN REBAT DAN FAEDAH YANG DISEDIAKAN DI BAWAH KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS1. Faedah (selepas ini ditakrif) di bawah CIMB Bank Berhad (13491-P)

(“CIMB”) “KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS”(“Kad Dwi-Jenama”) adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan di sini dan dibaca bersama-sama denganTerma-terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad (“PerjanjianPemegang Kad CIMB”). Perkataan-perkataan yang digunakan didalam terma-terma dan syarat-syarat di sini sekiranya tidak ditakrifsecara spesifik akan mempunyai makna-makna sepertimana yangditakrif di dalam Perjanjian Pemegang Kad CIMB. Sekiranya berlakumana-mana perselisihan atau ketidaksejajaran di antara terma-termadan syarat-syarat yang diperuntukkan di sini dan di antara terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian Pemegang KadCIMB, terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan di sini yangmengawal Faedah akan diguna pakai setakat mana terma-terma dansyarat-syarat digunapakai terhadap Kad Dwi-Jenama.

2. Faedah tersebut hanya diberikan kepada pemegang-pemegangkad utama dan/atau pemegang-pemegang kad tambahan KadDwi-Jenama (“Pemegang Kad”) yang mempunyai akaun-akaun yangsemasa, sahih, hidup dan yang mana tiada dalam ingkar terhadapapa-apa terma di dalam Perjanjian Pemegang Kad CIMB.

3. Pemegang Kad yang menggunakan Kad Dwi-Jenama layak kepadafaedah-faedah berikut (“Faedah tersebut”):-

*Penyata Tunggakan termasuk sebarang baki tertunggak yang dibawake hadapan dari penyata bulan yang sebelumnya dan transaksi-transaksi baru yang dibuat atas penyata bulan yang terkini. Sebarangbayaran yang dibuat sebelum tarikh penyata untuk bulan yang terkiniakan diambil kira untuk pengiraan Penyata Tunggakan bulan terkini.

• Rebat tunai sebanyak 7% untuk transaksiyang dilakukan di PETRONAS dengansyarat Penyata Tunggakan* RM3,000 danke atas; dan

• Rebat tunai sebanyak 3% untuk transaksiyang dilakukan di PETRONAS dengansyarat Penyata Tunggakan* di bawahRM3,000.

• Jumlah rebat tunai yang boleh didapati olehseorang Pemegang Kad untuk transaksi-transaksi yang dicajkan di PETRONASdihadkan pada jumlah sebanyak RM50/Pemegang Kad/penyata bulanan termasuksebarang kempen taktikal selepas ini.

• 0.2% rebat tunai tanpa had untuk transaksi-transaksi runcit lain tetapi tidak termasukjenis-jenis transaksi yang dinyatakan didalam Klausa 5 di bawah.

Syarat-syarat

Stesen service PETRONAS (“PETRONAS”)

Rebat Tunai untuk transaksi-transaksi runcit lain

Page 3: Terma-terma dan Syarat-syarat Kad MasterCard CIMB PETRONAS · PDF fileyang dilakukan di PETRONAS dengan syarat Penyata Tunggakan* RM3,000 dan. ke atas; dan ... CIMB atau mana-mana

2

4. Untuk layak mendapat rebat tunai, transaksi-transaksi yang dilakukanharus diposkan kepada akaun Pemegang Kad Dwi-Jenama padaatau sebelum tarikh penyata kad tersebut. Rebat tunai yang diperolehioleh Pemegang Kad untuk setiap bulan semasa akan dikira(dibundarkan kepada Ringgit Malaysia yang terdekat) sehingga tarikhpenyata untuk bulan semasa tersebut dan akan diposkan kepadaakaun Pemegang Kad Dwi-Jenama di dalam tarikh penyata bulanyang berikutnya di bawah kategori rebat tunai masing-masing. Rebattunai yang diperolehi akan digunakan untuk membayar baki-bakibelum jelas atas akaun Pemegang Kad Dwi-Jenama. CIMB bolehmenukar tarikh dan kekerapan pengkreditan rebat tunai pada budibicaranya yang tunggal dan mutlak. Sekiranya transaksi-transaksidipertikaikan atau dikatakan palsu, rebat tunai yang diperolehi untuk transaksi-transaksi seperti ini mungkin dibalikkan atau dibatalkanoleh CIMB atas budi bicaranya yang tunggal dan mutlak.

5. Transaksi-transaksi seperti berikut secara nyata dikecualikan dantiada rebat tunai akan diberi:-

(a) Transaksi untuk petrol jenama selain PETRONAS;

(b) Pindahan Baki, CashLite dan transaksi-transaksi Wang TunaiPendahuluan;

(c) Transaksi-transaksi Tunai Separa (Quasi) - (sebagai contoh: transaksi-transaksi judi dan/atau perjudian);

(d) Caj-caj bayaran lewat, berbalik, transaksi-transaksi palsu dan fi-fi dan caj-caj lain;

(e) Transaksi-transaksi yang dilakukan oleh Pemegang Kad dengan peniaga-peniaga yang dikaitkan dengan atau dikawal oleh mereka ataupun keluarga mereka (mahupun sebagai pekerja, majikan, pemegang saham atau pengarah), i.e. transaksi-transaksi oleh seorang Pemegang Kad dengan sebarang perbadanan atau entiti perniagaan di mana dia atau mana-mana ahli keluarganya merupakan pekerja atau majikan atau bekerja dengan atau mempunyai syer-syer atau faedah-faedah terhadap atau merupakan pengarah di situ; dan

(f) Pembayaran balik sekaligus jumlah asal transaksi-transaksi di mana Pemegang Kad telah dahulunya memilih untuk membuat bayaran transaksi tersebut secara ansuran bulanan di bawah apa-apa kemudahan bayaran ansuran yang telah diberikan oleh CIMB atau mana-mana institusi kewangan lain di mana CIMB memilih untuk memberi rebat tunai kepada Pemegang Kad untuk transaksi asal.

Sebarang keputusan oleh CIMB sama ada sesuatu transaksi terjatuh dalam klausa 5(a) hingga (f) dan dikecualikan daripada hak mendapat rebat tunai adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa jua cara.

6. CIMB menyangkal semua waranti (tersirat atau khusus dinyatakan)untuk barangan dibeli oleh Pemegang Kad dari PETRONAS danmana-mana pembekal.

7. Semua rebat tunai yang diberikan kepada Pemegang Kad Dwi-Jenama adalah sebagai ganti kepada mata-mata bonus dan/atauganjaran-ganjaran lain yang biasanya dikaitkan dengan kad-kadkredit CIMB yang lain. Melainkan sebaliknya khusus dinyatakan,di mana seorang Pemegang Kad telah diberi ganjaran rebat tunai,Pemegang Kad tersebut tidak berhak kepada mata-mata bonus dan/atau apa-apa ganjaran lain yang biasanya dikaitkan dengan kad-kadkredit CIMB yang lain.

Page 4: Terma-terma dan Syarat-syarat Kad MasterCard CIMB PETRONAS · PDF fileyang dilakukan di PETRONAS dengan syarat Penyata Tunggakan* RM3,000 dan. ke atas; dan ... CIMB atau mana-mana

3

8. CIMB menyimpan hak sama ada untuk menambah, menggugurkan,mengubah suai, meminda atau sebaliknya bagaimana sekalipun(“Pindaan”) sebarang terma-terma dan syarat-syarat ini denganmemberi notis 21 hari kalendar terdahulu. Notifikasi kepadaPemegang Kad berkenaan Pindaan oleh CIMB adalah mengikutbudi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana cara komunikasiberikut, khususnya, dengan menghantar notis tersebut melalui posbiasa ke alamat terakhir Pemegang Kad yang diketahui atau denganmempamerkan notis Pindaan di setiap premis CIMB atau pejabatcawangannya atau dengan mengiklankan Pindaan di satu suratkhabar pilihan CIMB atau melalui laman web CIMB dan Pindaansedemikian akan terpakai pada tarikh notifikasi Pindaan tersebut atau pada tarikh-tarikh lain sepertimana yang dinyatakan secara khususoleh CIMB di dalam notifikasi tersebut.

9. Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan mengatasi sebarang termaatau representasi yang tidak sejajar yang terkandung di dalambahan-bahan promosi yang mengiklankan Faedah tersebut. Untuksebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat PerkhidmatanCIMB Bank di talian +603 6204 7788.

10. CIMB menyimpan hak untuk menggantung, membatalkan,menamatkan atau menarik balik Faedah tersebut dalam keseluruhanatau sebahagiannya dengan memberi notis 14 hari kalendarterdahulu kepada Pemegang Kad. Untuk mengelakkan sebarangkeraguan, penggantungan, pembatalan penamatan atau penarikanbalik Kempen tersebut tidak memberihak Pemegang Kad kepadasebarang pampasan atau gantirugi terhadap CIMB untuk sebarangkerugian yang dialami oleh Pemegang Kad disebabkan secaralangsung ataupun secara tidak langsung oleh penggantungan,pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kempen tersebut.

11. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan,kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia danversi Bahasa Inggeris atau versi bahasa-bahasa lain Terma-termadan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan dibuatoleh Pemegang Kad dan dicatatkan dan diakui oleh CIMB dalamrekod-rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia untuk terma-termadan syarat-syarat ini harus mengawal operasi Kad Dwi-Jenamatersebut, versi Bahasa Malaysia untuk Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan digunapakai.

12. Untuk sebarang maklumbalas dan/atau aduan berkaitan Faedahtersebut, Pemegang Kad boleh menghubungi Bahagian ResolusiPelanggan CIMB di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut(ataupun di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor fakssepertimana yang dipinda oleh CIMB secara notifikasi kepadaPemegang Kad):

Customer Resolution Unit,Level 19, Menara Bumiputra Commerce,11 Jalan Raja Laut,50350 Kuala LumpurTel : +603 6204 7788Fax : +603 2691 3248