terma-terma and syarat-syarat cimb affinity kad … 18. cimb tidak akan dipertanggungjawabkan kepada...

5
1/5 Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen “Welcome Gift” Tempoh Kempen 1. Kempen yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank” atau “Bank”) dan akan berlangsung dari 15 April hingga 31 Disember 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Kempen”). CIMB Bank menyimpan haknya apabila memberikan notis yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kelendar untuk menukar tempoh dan/atau permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan 2. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Kempen ini adalah terbuka kepada mana-mana individu yang memohon untuk kad kredit CIMB Affinity Kad Program utama ( “Kad”) semasa Tempoh Kempen kecuali orang disebut dalam Klausa 3 (selepas ini dirujuk sebagai “Pemohon”) 3. Orang berikut adalah TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:- a. Pemegang kad CIMB Affinity sedia ada: dan b. Pemegang kad CIMB Affinity sedia ada yang telah membatalkan kad CIMB mereka dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh permohonan kad kredit CIMB Affinity Kad Kredit dalam tempoh ini c. Kakitangan atau pekerja-pekerja CIMB Bank yang tetap dan/atau sambilan (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya); dan d. Individu di bawah umur 18 tahun Kriteria Penyertaan 4. Pemohon yang memenuhi criteria kempen di bawah (“Peserta Yang Layak”) akan mendapat satu(1) atau dua(2) “Welcome Gift”: a. menyerahkan permohonan untuk Kad semasa Tempoh Kempen; b. permohonan untuk Kad berjaya diluluskan oleh CIMB tidak lewat daripada31 Januari, 2018; dan c. membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 secara berkumpul untuk perbelanjaan runcit (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Klausa 6) menggunakan Kad (termasuk perbelanjaan runcit yang dicajkan kepada Kad(kad-kad) tambahan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kelulusan Kad. Untuk mengelakkan keraguan, kelulusan bersyarat permohonan Kad yang diberikan oleh CIMB tidak harus dianggap sebagai Kad telah berjaya diluluskan.Peserta Yang Layak boleh menyemak tarikh kelulusan kad dari kiriman kad apabila Peserta Yang Layak menerima Kad. 5. Transaksi perbelanjaan runcitbermakna jumlah transaksi pembelian runcit dalam negara dan luar negara termasuk pembelian dalam talian untuk barangan dan perkhidmatan tertanggung untuk pengguaan peribadi dan tidak termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi-transaksi berikut adalan secara ekspres dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai transaksi perbelanjaan runcit:- I. Transaksi Tunai Kuasi (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); II. Ansuran bulanan di bawah kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB;

Upload: lekiet

Post on 13-May-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1/5

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang

mengawal Kempen “Welcome Gift”

Tempoh Kempen

1. Kempen yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank” atau “Bank”) dan akan

berlangsung dari 15 April hingga 31 Disember 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh

Kempen”). CIMB Bank menyimpan haknya apabila memberikan notis yang tidak kurang

daripada empat belas (14) hari kelendar untuk menukar tempoh dan/atau permulaan dan/atau

tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan

2. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Kempen ini adalah terbuka kepada

mana-mana individu yang memohon untuk kad kredit CIMB Affinity Kad Program utama (“Kad”)

semasa Tempoh Kempen kecuali orang disebut dalam Klausa 3 (selepas ini dirujuk sebagai

“Pemohon”)

3. Orang berikut adalah TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:-

a. Pemegang kad CIMB Affinity sedia ada: dan

b. Pemegang kad CIMB Affinity sedia ada yang telah membatalkan kad CIMB mereka

dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh permohonan kad kredit CIMB Affinity Kad

Kredit dalam tempoh ini

c. Kakitangan atau pekerja-pekerja CIMB Bank yang tetap dan/atau sambilan (termasuk

subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya); dan

d. Individu di bawah umur 18 tahun

Kriteria Penyertaan

4. Pemohon yang memenuhi criteria kempen di bawah (“Peserta Yang Layak”) akan mendapat

satu(1) atau dua(2) “Welcome Gift”:

a. menyerahkan permohonan untuk Kad semasa Tempoh Kempen;

b. permohonan untuk Kad berjaya diluluskan oleh CIMB tidak lewat daripada31 Januari, 2018;

dan

c. membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 secara berkumpul untuk perbelanjaan runcit

(sebagaimana yang ditakrifkan dalam Klausa 6) menggunakan Kad (termasuk perbelanjaan

runcit yang dicajkan kepada Kad(kad-kad) tambahan dalam tempoh enam puluh (60) hari

dari tarikh kelulusan Kad.

Untuk mengelakkan keraguan, kelulusan bersyarat permohonan Kad yang diberikan oleh CIMB

tidak harus dianggap sebagai Kad telah berjaya diluluskan.Peserta Yang Layak boleh menyemak

tarikh kelulusan kad dari kiriman kad apabila Peserta Yang Layak menerima Kad.

5. “Transaksi perbelanjaan runcit” bermakna jumlah transaksi pembelian runcit dalam negara dan

luar negara termasuk pembelian dalam talian untuk barangan dan perkhidmatan tertanggung

untuk pengguaan peribadi dan tidak termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Bagi

mengelakkan keraguan, transaksi-transaksi berikut adalan secara ekspres dikecualikan dan tidak

akan dianggap sebagai transaksi perbelanjaan runcit:-

I. Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

II. Ansuran bulanan di bawah kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB;

2/5

III. Arahan tetap / perkhidmatan pembayaran auto;

IV. Pembayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, fi penggantian kad,

cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj pernipuan atau yuran-yuran, caj-caj atau

penalti-penalti yang lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya;

V. Transaksi untuk pembayaran terhadap premium insuran dan/atau sumbangan takaful dalam

apa jua jenis sekalipun; dan

VI. Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai.

6. Apa-apa penentuan oleh CIMB Bank tentang apa merupakan transaksi perbelanjaan runcit

adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara sekalipun kecuali untuk kesalahan yang

nyata. Mata asing transaksi perbelanjaan runcit akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM)

untuk tujuan pergiraan perbelanjaan runcit dan hendaklah berdasarkan kadar pertukaran semasa

CIMB Bank.

7. Transaksi perbelanjaan runcit adalah dikira berdasarkan kepada jumlah penyatuan perbelanjaan

Kad (utama dan tambahan). Jika Peserta Yang Layak mempunyai beberapa Kad tambahan,

transaksi perbelanjaan runcit yang dilakukan ke atas semua Kad oleh pemegang-pemegang kad

utama dan tambahan hendaklah disatukan dan tidak akan dilihat secara individu.

8. Pengesanan transaksi-transaksi perbelanjaan runcit adalah berdasarkan tarikh dan/atau masa

transaksi (waktu Malaysia) yang direkod dalam rekod transaksi CIMB semasa Tempoh Kempen.

9. CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan dalam

penghantaran bukti transaksi jualan oleh Mastercard atau Visa, pertubuhan pedagang atau

mana-mana pihak lain.

10. Hanya Peserta Yang Layak utama layak untuk mendapat “Welcome Gift” secara “one-off”

11. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak yang memohon untuk Kad semasa Tempoh

Kempen dengan ini memberikan kebenaran nyata kepada CIMB untuk berkongsi maklumat

mereka dengan pihak ketiga semata-mata untuk tujuan memenuhi menyampaian “Welcome Gift”

di bawah Kempen ini. “Welcome Gift" akan dihantar melalui kurier ke alamat pos Peserta Yang

Layak dalam masa tiga puluh (30) hari kalendar dari akhir tempoh enam puluh hari (60) hari

kalendar dari tarikh kelulusan kad.

12. “Welcome Gift” tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau seumpamanya, sama ada

sebahagian atau sepenuhnya. CIMB Bank berhak, selepas memberikan notis, untuk

menggantikan ganjaran dengan barangan lain yang sama nilainya.

Penerangan “Welcome Gift”

Jenis Kad “Welcome Gift”

Tawaran Pengambilalihan

Affinity Kad (Visa Platinum atau Platinum Mastercard atau Visa Signature atau World Mastercard atau Visa Infinite)

Satu (1) unit of PINENG Power Bank (RP: RM90), dengan perbelanjaan minima RM500 dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kelulusan Kad.

Tawaran Tambahan Premier Kad Sahaja (Visa Signature atau World Mastercard atau Visa Infinite)

Satu (1) unit of PINENG Power Bank (RP:RM90) dan Satu (1) unit Gadget Travel Set (RP:RM70) “Welcome Gift” tambahan akan diberikan dengan

3/5

perbelanjaan minima RM500 dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kelulusan Kad.

13. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, Peserta Yang Layak akan menerima satu (1)

atau (2) "Welcome Gift " berdasarkan perbelanjaan minimum RM500 dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh kelulusan kad. Jika Peserta Yang Layak mempunyai kedua-dua kad, Kad Affinity (Visa Platinum atau Platinum Mastercard) dan Kad Premier (Visa Signature atau World Mastercard atau Visa Infinite) dan memenuhi perbelanjaan minima pada Kad Affinity dan bukannya pada Kad Premier, Peserta Yang Layak akan layak menerima “Welcome Gift” (Satu (1) unit of PINENG Power Ban). Jikalau Peserta Layak memenuhi kriteria dan mengguna pada Kad Premier, Peserta Yang Layak berhak untuk menerima satu(1) unit PINENG Power Bank dan Satu (1) unit of Gadget Travel Set.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

14. Dengan menyertai Kempen, Pemegang Kad Layak dianggap telah membaca, memahami dan

bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju

bahawa apa-apa dan semua keputusan yang dibuat secara adil dan munasabah oleh CIMB

berkenaan dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad dan konklusif dengan syarat bahawa

keputusan yang dibuat adalah adil dan munasabah.

15. Pemegang Kad Layak mestilah tidak melanggari Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad

dan/atau Terma-terma & Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit dan terma-terma dan syarat-

syarat lain yang mengawal Kad dan akaun Pemegang Kad yang Layak tidak boleh ditamatkan

atau ditutup atau dibuat tertakluk kepada apa-apa lampiran, perintah yang dibuat di Mahkamah

atau mana-mana pihak berkuasa yang diiktiraf oleh undang-undang, bermasalah dan / atau tidak

sah atau dibatalkan oleh CIMB, jika tidak Pemegang Kad Layak akan disingkirkan daripada

penyertaan Kempen ini dan tidak berhak untuk menerima Welcome Gift .

16. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berkenaan

dengan kegagalan teknikal atau apa jua bentuk, apa campur tangan, gangguan dan / atau

kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan / atau pemprosesan transaksi yang

dilakukan melalui kad kredit kecuali berlaku akibat kecuaian kasar atau keingkaran sengaja

CIMB.

17. CIMB berhak dengan memberikan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar

untuk menggantikan Welcome Gift di bawah Kempen dengan apa-apa item lain yang mempunyai

kos yang setara. Welcome Gift tidak boleh ditukarkan kepada tunai fizikal atau kredit dalam apa

jua jenis.

4/5

18. CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan kepada mana-mana Pemegang Kad Layak atau mana-

mana pihak untuk apa-apa kehilangan atau kerugian dalam apa jua sifat yang dialami (termasuk

tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara

langsung atau tidak langsung, sampingan, akibat, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-

mana pihak) dengan apa jua cara sekalipun timbul, berkenaan dengan penyertaan atau bukan

penyertaan dalam Kempen atau penerimaan, penebusan dan penggunaan Welcome Bonus

Miles melainkan jika ianya timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian

melampau atau keingkaran sengaja CIMB.

19. CIMB berhak untuk menamatkan, membatalkan atau menggantungkan Kempen secara

keseluruhan atau sebahagian ini selepas memberikan notis terlebih dahulu selama empat belas

(14) hari kalendar. Bagi mengelakkan keraguan, penamatan, pembatalan atau penggantungan

Kempen oleh CIMB tidak akan memberikan hak kepada Pemegang Kad Layak atau mana-mana

orang lain untuk apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi apa-apa kerugian atau

kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung akibat daripada

tindakan penamatan, pembatalan atau penggantungan.

20. CIMB berhak dengan memberikan notis terlebih dahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar

untuk mengubah (sama ada melalui penambahan, pemotongan, pengubahsuaian, pindaan atau

selainnya walau bagaimana sekalipun) (“Pindaan”) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat

di sini. Tiada pampasan dalam bentuk wang tunai atau sebarang bentuk lain akan diberikan

kepada Pemegang Kad Layak untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau

ditanggung oleh Pemegang Kad yang Layak secara langsung atau secara tidak langsung kerana

apa-apa perubahan, penghapusan, penambahan atau perubahan dalam Terma dan Syarat ini

dan / atau lanjutan, pengubahsuaian, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini

melainkan ia adalah disebabkan oleh kecuaian kasar dan keingkaran CIMB.

21. Pemberitahuan kepada Pemegang Kad Layak berkenaan dengan Pindaan akan dilaksanakan di

atas budi bicara mutlak CIMB melalui salah satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, memaparkan

notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB atau melalui laman web CIMB atau

dengan apa-apa kaedah pemberitahuan lain di mana CIMB boleh pilih dan Pindaan haruslah

dianggap sebagai terikat ke atas Pemegang Kad Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau

dari tarikh lain yang mungkin dinyatakan oleh CIMB dalam pemberitahuan. Pemegang Kad Layak

mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB secara berkala untuk melihat

Terma-terma dan Syarat-syarat dan memastikan mereka mengikuti perkembangan terkini apa-

apa pertukaran atau perubahan Terma-terma dan Syarat-syarat.

22. Terma-terma dan Syarat-syarat di sini yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa akan

mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan

promosi dan/atau pengiklanan lain yang berkenaan dengan Kempen. Terma-terma dan syarat-

syarat di sini akan digunakan dan dibaca bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan dalam

Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad CIMB dan Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB

Affinity Kad Kredit.

23. CIMB boleh berdasarkan budi bicara tunggal dan mutlaknya membatalkan dan/atau menolak

mana-mana Pemegang Kad Layak yang ditentukan atau disyaki olehnya telah mengganggu

proses atau operasi Kempen, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-

terma dan Syarat-syarat di sini.

5/5

24. CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Pemegang Kad Layak

dalam apa jua cara sekalipun sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan apa-apa kewajipannya

yang ditetapkan di sini di mana ketidakupayaan tersebut adalah disebabkan secara langsung

atau tidak langsung oleh apa-apa bencana alam (“Act of God”), pertikaian industri, peperangan,

mogok, rusuhan, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa keadaan yang berada di luar

kawalan munasabah CIMB.

25. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan antara

versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Terma-terma dan Syarat-syarat, versi Bahasa

Inggeris Terma-terma dan Syarat-syarat akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang

disebutkan di atas, jika permintaan telah dibuat oleh Pemegang Kad Layak dan telah dicatat dan

diakui oleh CIMB dalam rekodnya versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat akan

mengawal Kad Pemegang Kad Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-

syarat akan mengatasi yang lain.

26. Untuk makluman balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen, Pemegang Kad Layak boleh

menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor telefon dan

faksimili yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor telefon dan faksimili lain di mana CIMB

boleh mengubah melalui pemberitahuan kepada Pemegang Kad Layak): Unit Resolusi

Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

Tel: 603 6204 7788 /Faks: 603 2691 3248/ [email protected].