terma dan syarat shell v-power “jalan-jalan...

3
TERMA DAN SYARAT SHELL V-POWER “JALAN-JALAN BALIK KAMPUNG” 1. Jalan-Jalan Balik Kampung (“Peraduan”) bermula dari 13/07/2014 jam 00:00:01” – 13/08/2014 jam 23:49:49” (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan. 2. Peraduan ini dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (6087-M) (“SMTSB”) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pemastautin tetap di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas (“Peserta yang Layak”), kecuali untuk kategori individu yang TIDAK layak seperti berikut: i. Kakitangan tetap dan/atau kontrak di SMTSB, Syarikat Sekutu SMTSB, dan ahli keluarga terdekat (pasangan, anak-anak, ibu/bapa, abang, adik atau kakak). ii. Wakil-wakil, pengusaha stesen petrol dan staf, penyedia perkhidmatan yang berkaitan SMTSB (termasuk agensi pengiklanan, agensi promosi, pembekal dan agensi pengendalian acara) dan/atau yang Bersekutu dengan SMTSB, kakitangan tetap dan/atau kontrak serta ahli keluarga yang terdekat (seperti yang ditakrifkan di atas). 3. Bagi tujuan Peraduan ini, “Bersekutu” bermakna sebuah syarikat secara langsung, atau tidak langsung melalui satu atau banyak perantaraan, mengawal, atau dikawal oleh, atau dikawal bersama dengan SMTSB. Relevan dengan ini, “kawal” bermakna pemilikan secara langsung, atau tidak langsung dengan agregat lima puluh peratus atau lebih banyak modal pengundian. Penyertaan 4. Untuk menyertai peraduan ini, sebarang pembelian tidak diperlukan. Anda hanya perlu menghantar penyertaan menerusi www.shell.com.my/balikkampung 5. Sebaik sahaja anda menekan butang artis pujaan, borang ‘online’ akan dipaparkan. Atau, anda boleh juga klik “CARA MENYERTAI” dan borang peraduan akan dipaparkan. Borang ini perlu dilengkapkan dengan nama, no. KP, no. Telefon dan sebagainya. 6. Peserta PERLU memilih artis pilihan mereka dengan menanda hanya seorang (1) artis yang dipaparkan, kemudian melengkapkan butiran dan kongsikan tip balik kampung mereka. 7. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap borang penyertaan perlu mengandungi butiran lengkap nama penuh seperti dalam MyKad/Pasport, nombor KP baru/Pasport, no. telefon dan alamat e-mel. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak tepat akan dibatalkan. 8. Peserta PERLU menyerahkan butiran KP/Pasport untuk tujuan pengesahan pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan penyertaan dan hadiah yang dimenangi dibatalkan. Hadiah 9. Pemenang akan ditentukan menurut budi bicara panel pengadil SMTSB. Dalam keadaan apa jua, keputusan para pengadil adalah muktamad dan tiada sebarang aduan, rayuan atau perbincangan akan dilayani. 10. Para pemenang hadiah akan diberitahu melalui telefon dan e-mel. Kegagalan untuk menjawab atau menerima seperti yang tersebut dalam notis pemberitahuan (dan dalam tempoh yang ditetapkan) boleh menyebabkan pembatalan dan pemilihan pemenang alternatif dibuat. 11. SMTSB akan menetapkan lokasi pertemuan para pemenang dan sesi makan malam semasa pemberitahuan hadiah. Para pemenang bertanggungjawab membayar sendiri kos perjalanan ke lokasi yang ditetapkan dan jika gagal berbuat demikian, hadiah akan dibatalkan.

Upload: doannhi

Post on 08-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERMA DAN SYARAT SHELL V-POWER “JALAN-JALAN …s00.static-shell.com/content/dam/shell-new/local/country/mys/... · Sebaik sahaja anda menekan butang artis pujaan, borang ‘online’

TERMA DAN SYARAT SHELL V-POWER “JALAN-JALAN BALIK KAMPUNG”

1. Jalan-Jalan Balik Kampung (“Peraduan”) bermula dari 13/07/2014 jam 00:00:01” – 13/08/2014 jam 23:49:49” (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

2. Peraduan ini dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (6087-M) (“SMTSB”) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pemastautin tetap di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas (“Peserta yang Layak”), kecuali untuk kategori individu yang TIDAK layak seperti berikut: i. Kakitangan tetap dan/atau kontrak di SMTSB, Syarikat Sekutu SMTSB, dan ahli keluarga

terdekat (pasangan, anak-anak, ibu/bapa, abang, adik atau kakak). ii. Wakil-wakil, pengusaha stesen petrol dan staf, penyedia perkhidmatan yang berkaitan

SMTSB (termasuk agensi pengiklanan, agensi promosi, pembekal dan agensi pengendalian acara) dan/atau yang Bersekutu dengan SMTSB, kakitangan tetap dan/atau kontrak serta ahli keluarga yang terdekat (seperti yang ditakrifkan di atas).

3. Bagi tujuan Peraduan ini, “Bersekutu” bermakna sebuah syarikat secara langsung, atau tidak langsung melalui satu atau banyak perantaraan, mengawal, atau dikawal oleh, atau dikawal bersama dengan SMTSB. Relevan dengan ini, “kawal” bermakna pemilikan secara langsung, atau tidak langsung dengan agregat lima puluh peratus atau lebih banyak modal pengundian.

Penyertaan

4. Untuk menyertai peraduan ini, sebarang pembelian tidak diperlukan. Anda hanya perlu menghantar penyertaan menerusi www.shell.com.my/balikkampung

5. Sebaik sahaja anda menekan butang artis pujaan, borang ‘online’ akan dipaparkan. Atau, anda boleh juga klik “CARA MENYERTAI” dan borang peraduan akan dipaparkan. Borang ini perlu dilengkapkan dengan nama, no. KP, no. Telefon dan sebagainya.

6. Peserta PERLU memilih artis pilihan mereka dengan menanda hanya seorang (1) artis yang dipaparkan, kemudian melengkapkan butiran dan kongsikan tip balik kampung mereka.

7. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap borang penyertaan perlu mengandungi butiran lengkap nama penuh seperti dalam MyKad/Pasport, nombor KP baru/Pasport, no. telefon dan alamat e-mel. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak tepat akan dibatalkan.

8. Peserta PERLU menyerahkan butiran KP/Pasport untuk tujuan pengesahan pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan penyertaan dan hadiah yang dimenangi dibatalkan.

Hadiah

9. Pemenang akan ditentukan menurut budi bicara panel pengadil SMTSB. Dalam keadaan apa jua, keputusan para pengadil adalah muktamad dan tiada sebarang aduan, rayuan atau perbincangan akan dilayani.

10. Para pemenang hadiah akan diberitahu melalui telefon dan e-mel. Kegagalan untuk menjawab atau menerima seperti yang tersebut dalam notis pemberitahuan (dan dalam tempoh yang ditetapkan) boleh menyebabkan pembatalan dan pemilihan pemenang alternatif dibuat.

11. SMTSB akan menetapkan lokasi pertemuan para pemenang dan sesi makan malam semasa pemberitahuan hadiah. Para pemenang bertanggungjawab membayar sendiri kos perjalanan ke lokasi yang ditetapkan dan jika gagal berbuat demikian, hadiah akan dibatalkan.

Page 2: TERMA DAN SYARAT SHELL V-POWER “JALAN-JALAN …s00.static-shell.com/content/dam/shell-new/local/country/mys/... · Sebaik sahaja anda menekan butang artis pujaan, borang ‘online’

12. Setiap pemenang bertanggungjawab menanggung kos dan urusan untuk ke lokasi ditetapkan kerana ianya tidak termasuk di dalam hadiah. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan hadiah dibatalkan.

13. Kesemuanya terdapat 6 [enam] hadiah untuk dimenangi di sepanjang Tempoh Peraduan seperti berikut: a. 2x Seorang [1] Pemenang dan Seorang [1] rakan untuk Jalan2 + Makan2 bersama Heliza

Helmi b. 2x Seorang [1] Pemenang dan Seorang [1] rakan untuk Jalan2 + Makan2 bersama Diana

Danielle dan Farid Kamil c. 2x Seorang [1] Pemenang dan Seorang [1] rakan untuk Jalan2 + Makan2 bersama Nabil

Raja Lawak 14. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan tiada alternatif tunai. SMTSB berhak untuk

menggantikan hadiah yang sama atau lebih nilainya pada bila-bila masa. 15. Hadiah diberikan di atas budi bicara SMTSB dan hadiah tidak akan diberikan akibat daripada

kelakuan atau tindakan mana-mana peserta yang dirasakan tidak wajar. Am

16. Jika terdapat sebarang percanggahan, konflik, kesamaran atau perselisihan di antara versi Terma dan Syarat Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia maka Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris adalah diutamakan.

17. Dengan mengemukakan borang peraduan, Peserta yang Layak bersetuju dan memberi kebenaran untuk: a. menyertai peraduan ini; b. terikat dengan Terma dan Syarat ini, termasuk keputusan SMTSB dan Sekutunya

berkaitan Peraduan ini; c. SMTSB, Sekutunya dan agensinya memproses dan mendedahkan kepada pihak ketiga,

termasuk rakan media dan perkhidmatan – Astro Radio Sdn Bhd (403472-D), sebarang data peribadi Peserta yang Layak yang telah diberikan oleh Peserta yang Layak dalam borang peraduan, bagi sebarang atau semua tujuan yang berkaitan dengan peraduan ini dan sebarang dan semua aktiviti lain berkaitan dengan atau timbul daripada urusan perniagaan atau pelbagai perniagaan SMTSB dan Sekutunya.

d. penggunaan, pengeluaran semula dan pengedaran gambar, imej atau yang berkaitan Peserta yang Layak oleh SMTSB, Sekutunya dan agensinya tanpa bayaran sagu hati untuk sebarang tujuan yang difikirkan munasabah dalam menguruskan perniagaannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada promosi, pemasaran, pengiklanan atau penerbitan imej atau yang berkaitan Peserta yang Layak berhubung dengan peraduan ini.

e. tidak mempersalahkan dan menuntut gantirugi terhadap SMTSB dan Sekutunya bagi sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa penghantaran hadiah.

18. SMTSB dan Sekutunya berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini, dengan atau tanpa sebarang notis. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan ini oleh SMTSB dan Sekutunya dalam peraduan ini tidak melayakkan Peserta yang Layak untuk membuat tuntutan atau pampasan terhadap SMTSB dan Sekutunya bagi sebarang atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Peserta yang Layak.

19. Dalam keadaan apa jua, SMTSB dan Sekutunya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, kebetulan, akibat berbangkit, teladan, punitif atau kerugian khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga

Page 3: TERMA DAN SYARAT SHELL V-POWER “JALAN-JALAN …s00.static-shell.com/content/dam/shell-new/local/country/mys/... · Sebaik sahaja anda menekan butang artis pujaan, borang ‘online’

yang timbul sama ada di dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, yang berhubung kait dengan Peraduan ini, walaupun SMTSB dan Sekutunya telah dinasihatkan mengenai kebarangkalian kerugian berkenaan terlebih dahulu dan kerugian berkaitan adalah dikecualikan. Terma dan Syarat ini tidak akan menafikan hak asasi anda.

20. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 1-300-88-1088. “Jalan-Jalan Balik Kampung”.

Akta Perlindungan Data Peribadi (“PDPA”) 1. Dengan menyertai Peraduan ini, semua pemenang Peraduan membenarkan

penggunaan data peribadi mereka oleh SMTSB untuk penyertaan dalam Peraduan dan atau sebarang acara atau publisiti berkaitan Peraduan dalam apa jua bentuk atau melalui mana-mana media.

2. Para peserta mengakui bahawa SMTSB dibenarkan untuk memproses data peribadi yang telah diberikan menurut syarat peraduan ini selaras dengan polisi privasinya di www.shell.com.my/pdpa

3. Kegagalan untuk mendedahkan data peribadi seperti yang diperlukan dalam borang peraduan mungkin menyebabkan pemenang alternatif dipilih. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Klausa ini, sila hubungi 1-300-88-1088.

PERINGATAN: PENIPUAN SMS MENGGUNAKAN NAMA SHELL 1. Shell Malaysia ingin memperingatkan masyarakat umum mengenai penipuan berikut: 2. Shell telah dimaklumkan bahawa mesej berteks Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telah disebarkan

secara meluas berhubung dakwaan bahawa beberapa orang telah memenangi hadiah daripada Shell Malaysia.

3. Anda dinasihatkan untuk tidak mengendahkan SMS sedemikian kerana Shell Malaysia TIDAK menghubungi para pemenang peraduan melalui SMS.

4. Semua pengumuman pemenang dalam peraduan Shell diiklankan dalam media dan dimuat naik ke laman sesawang Shell Malaysia di www.shell.com.my/balikkampung. Para pemenang juga akan menerima panggilan telefon daripada agensi yang dilantik oleh Shell. Pada masa yang tersebut, agensi yang dilantik oleh Shell akan mengesahkan nama pemenang, Nombor Kad Pengenalan dan alamat bagi memastikan hadiah dapat dihantar kepada pemenang. Shell TIDAK memerlukan sebarang nombor akaun mahupun lain-lain data.

Jika anda ada kemusykilan dan pertanyaan, sila layari www.shell.com.my/balikkampung untuk memastikan bahawa anda ialah pemenang peraduan Shell yang sah.