terbit pada sabtu minggu pertama setiap bulan pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan...

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 1 DISEMBER 2018 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan Biosekuriti industri sawit Malaysia dilancar MUKA 3 Sektor pemprosesan terima Anugerah Industri Sawit MUKA 5 Pelaksanaan B10 diesel mulai 1 Disember 2018 Oleh Siti Nurhajar Mariam Wan Jaafar [email protected] Kuala Lumpur P elaksanaan B10 diesel dijangka dapat menjimatkan kos pe- ngimportan diesel negara se- banyak RM1.64 bilion setahun melalui penggantian diesel dengan biodiesel sawit sebanyak 761,000 tan setahun. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kerajaan tidak perlu menanggung kos biodiesel kerana harga biodiesel sawit adalah lebih rendah berbanding diesel petroleum. Pelaksanaan B10 diesel dalam sektor pengangkutan akan memberi penjimatan kos sebanyak RM 9.88 juta setahun berdasarkan jualan diesel berjumlah 6.176 bilion liter setahun. Manfaat kepada ekonomi “Keputusan untuk melaksanakan B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 bagi sektor perindustrian diambil setelah mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini. Katanya, kerajaan akan melaksa- nakan program B10 untuk sektor pengangkutan secara berperingkat bermula 1 Disember manakala pro- gram biodiesel B7 akan diperluas ke sektor perindustrian secara manda- tori bermula 1 Julai 2019. “Program biodiesel B7 bagi sektor pengangkutan diperkenalkan pada November 2014, dengan mengguna- kan 350,000 tan biodiesel sawit seta- hun dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 1.05 juta tan gas karbon dioksida setiap tahun. “Dengan harga minyak sawit yang rendah, kini adalah waktu yang tepat dan terbaik dalam melaksana pro- gram biodiesel yang tertangguh sejak 2016. “Inisiatif ini akan menggalakkan penggunaan minyak sawit domestik kerana dijangka dapat menyumbang kepada penggunaan 761,000 tan mi- nyak sawit setiap tahun,” katanya. Kata Teresa, inisiatif ini juga akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 2.2 juta tan karbon dioksida secara purata dalam jangka setahun. “Peningkatan penggunaan minyak sawit mentah (MSM) domestik akan da pat membantu mengurangkan stok semasa yang tinggi serta menaikkan harga MSM kesan daripada permin- taan yang tinggi sekali gus dapat men- jana pendapatan pekebun kecil hasil kenaikan harga buah tandan segar. “Pelaksanaan program biodiesel ini adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan 40% pelepasan gas karbon negara menje- lang 2020,” katanya. Enjin kenderaan tak terjejas Dari sudut keupayaan biodiesel meng- gantikan diesel petroleum, kerajaan yakin penggunaan bahan api, Palm Methyl Ester (PME) sawit ini setanding dengan diesel petroleum dan sama sekali tidak akan menjejaskan enjin kenderaan yang menggunakannya. “Penggunaan biodiesel diperluas di negara lain tanpa sebarang isu teknikal terhadap kenderaan seperti Indonesia dan Colombia yang melak- sana program biodiesel B20 dan B10,” katanya. Yang turut hadir pada sidang me- dia itu, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama (MPI), Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah Lem- baga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din. Turut hadir menyatakan soko- ngan terhadap pelaksanaan tersebut adalah syarikat pengeluar kenderaan, syarikat petroleum, agensi kerajaan, Persatuan Peniaga Alat Ganti Keju- ruteraan dan Persatuan Biobahan Api Malaysia (MBA). Teresa pada sidang media mengenai pelaksanaan B10 diesel di Kuala Lumpur. B10 diesel tingkat penggunaan minyak sawit, jimat kos import diesel

Upload: truongcong

Post on 02-Mar-2019

257 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

MPOB Menjana PeruBahan industri sawit

− sabtu − 1 disember 2018

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

Pelan biosekuriti industri sawit

malaysia dilancar ≤ Muka 3

sektor pemprosesan terima anugerah

industri sawit ≤ Muka 5

Pantone 3268 CVC

Pantone 124 CVC

Pelaksanaan B10 diesel mulai 1 Disember 2018

Oleh siti Nurhajar mariam Wan [email protected]

Kuala Lumpur

Pelaksanaan B10 diesel dijangka dapat menjimatkan kos pe ­ngim portan diesel negara se ­

ba nyak RM1.64 bilion setahun melalui penggantian diesel dengan biodiesel sawit sebanyak 761,000 tan setahun.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kerajaan tidak perlu menanggung kos biodiesel kerana harga biodiesel sawit adalah lebih rendah berbanding diesel petroleum.

Pelaksanaan B10 diesel dalam sek tor pengangkutan akan memberi penjimatan kos sebanyak RM 9.88 juta setahun berdasarkan jualan diesel berjumlah 6.176 bilion liter setahun.

Manfaat kepada ekonomi“Keputusan untuk melaksanakan B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 bagi sektor perindustrian diambil setelah mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan akan melaksa -nakan program B10 untuk sektor

pengangkutan secara berperingkat bermula 1 Disember manakala pro-gram biodiesel B7 akan diperluas ke sektor perindustrian secara manda-tori bermula 1 Julai 2019.

“Program biodiesel B7 bagi sektor pengangkutan diperkenalkan pada November 2014, dengan mengguna-kan 350,000 tan biodiesel sawit seta-hun dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 1.05 juta tan gas karbon dioksida setiap tahun.

“Dengan harga minyak sawit yang rendah, kini adalah waktu yang tepat dan terbaik dalam melaksana pro-gram biodiesel yang tertangguh sejak 2016.

“Inisiatif ini akan menggalakkan penggunaan minyak sawit domestik kerana dijangka dapat menyumbang kepada penggunaan 761,000 tan mi -nyak sawit setiap tahun,” katanya.

Kata Teresa, inisiatif ini juga akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 2.2 juta tan karbon dioksida secara purata dalam jangka setahun.

“Peningkatan penggunaan minyak sawit mentah (MSM) domestik akan da pat membantu mengurangkan stok semasa yang tinggi serta menaikkan harga MSM kesan daripada permin-taan yang tinggi sekali gus dapat men-jana pendapatan pekebun kecil hasil

kenaikan harga buah tandan segar.“Pelaksanaan program biodiesel

ini adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan 40% pelepasan gas karbon negara menje-lang 2020,” katanya.

Enjin kenderaan tak terjejasDari sudut keupayaan biodiesel meng-gantikan diesel petroleum, ke rajaan yakin penggunaan bahan api, Palm Methyl Ester (PME) sawit ini setan ding dengan diesel petroleum dan sama sekali tidak akan menjejas kan enjin kenderaan yang menggunakannya.

“Penggunaan biodiesel diperluas di negara lain tanpa sebarang isu tek nikal terhadap kenderaan seperti Indonesia dan Colombia yang melak-sana program biodiesel B20 dan B10,” katanya.

Yang turut hadir pada sidang me- dia itu, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama (MPI), Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah Lem-baga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Turut hadir menyatakan soko -ngan terhadap pelaksanaan tersebut adalah syarikat pengeluar kenderaan, syarikat petroleum, agensi kerajaan, Persatuan Peniaga Alat Ganti Keju-ruteraan dan Persatuan Biobahan Api Malaysia (MBA).

Teresa pada sidang media mengenai pelaksanaan

B10 diesel di Kuala Lumpur.

B10 diesel tingkat penggunaan minyak sawit, jimat kos import diesel

Page 2: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

Oleh Noor Asmawati Abdul [email protected]

Putrajaya

Pelaksanaan program peng-gunaan Biodiesel B10 dan pensijilan Minyak Sawit

Mampan Malaysia (MSPO) antara yang diberi penekanan dalam Belanjawan 2019.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata melalui Strategi Ke-10 Belanjawan 2019: Merebut Pelu-ang Dalam Menghadapi Cabaran Global, kerajaan menumpukan kepada usaha menambah nilai sektor ko moditi secara khusus.

“Antara program yang akan diberi penekanan adalah Biodiesel B10 (campuran 10% kandungan mi -nyak sawit) bagi sektor pengangku-tan dan B7 untuk sektor industri, yang dilihat akan menjadi seram-pang dua mata kepada penawaran dan permintaan minyak sawit.

“Strategi ini seterusnya akan dapat meningkatkan sumber pen-dapatan kepada lebih sejuta peke-bun kecil sawit di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Indus-

K erajaan melaksanakan pelbagai strategi dan usaha bagi meningkatkan produktiviti sawit yang merangkumi sektor huluan hingga sektor hiliran bagi menjamin kemajuan industri sekali gus memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

Dalam mensasarkan peningkatan produktiviti sawit, aspek kualiti dan keselamatan produk sawit yang dihasilkan diberi perhatian penting oleh Kerajaan.

Sebagai langkah meningkatkan kualiti minyak sawit dan produk berasaskan sawit, Kerajaan akan melaksanakan pensi-jilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori oleh penggiat industri sawit mulai 1 Januari 2020.

Langkah melaksanakan pematuhan MSPO secara mandatori bertujuan meningkatkan taraf dan imej industri sawit dan penting untuk penjenamaan minyak sawit Malaysia sebagai produk yang dihasilkan secara mampan, berkualiti dan selamat.

Pensijilan MSPO perlu dilaksanakan untuk kebaikan industri sawit bagi jangka masa panjang. Pematuhan pensijilan MSPO akan membabitkan semua sektor termasuk pekebun kecil.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok menegaskan keutamaan program pensijilan MSPO adalah bagi mencapai sasaran menje-lang tarikh pelaksanaannya secara mandatori.

Tambahan RM30 jutaDalam konteks ini, Belanjawan 2019 memberi suntikan tamba-han sebanyak RM30 juta bagi membantu pekebun kecil sawit mendapatkan pengiktirafan sijil MSPO.

Belanjawan 2019 turut memberi penekanan kepada pelaksa-naan program biodiesel B10 (adunan 10% diesel sawit dan 90% diesel petroleum) bagi sektor pengangkutan dan B7 (adunan 7% diesel sawit dan 93% diesel petroleum) untuk sektor industri.

Strategi ini sebagai serampang dua mata kepada penawaran dan permintaan minyak sawit. Ia akan memberi impak positif dan manfaat kepada industri sawit dan alam sekitar.

Pelaksanaan program B10 untuk sektor pengangkutan akan dilaksana secara ber-peringkat mulai 1 Disember 2018 manaka-la program B7 akan diperluas ke sektor industri secara mandatori mulai 1 Julai 2019.

Menggalakkan penggunaan minyak sawitInisiatif ini akan menggalakkan penggu-naan minyak sawit domestik kerana di -

jangka akan menyumbang kepada penggunaan 761,000 tan minyak sawit setiap tahun.

Peningkatan penggunaan minyak sawit mentah (MSM) akan membantu mengurangkan stok semasa dan sekali gus memu-lihkan harga MSM kesan permintaan yang tinggi. Langkah ini dilihat dapat membantu menjana pendapatan pekebun kecil hasil kenaikan harga buah tandan segar.

Dalam konteks alam sekitar, program biodiesel mampu men-gurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang menyebabkan pemanasan global.

Penggunaan biodiesel sebagai tenaga boleh diperbaharu sela-ras dengan hasrat kerajaan memperkenal penggunaan tenaga hijau yang mampan dan mesra alam sekitar.

[email protected]

Strategi tingkat pendapatan pekebun kecil, industri sawit

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT2 − SAbtu 1 diSember 2018

SawitBerita

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB Menjana Perubahan Industri Sawit

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

� SABTU 1 SEPTEMBER 2018

MH SAWIT 7 JUL • SAWIT 2018 fol • BH7slug: SAWIT7JUL.TIF

MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT� SABTU 1 SEPTEMBER 2018 � SABTU 1 SEPTEMBER 2018

� SABTU 1 SEPTEMBER 2018

� SABTU 1 SEPTEMBER 2018

←MINDA

Datuk Dr AhmadKushairi Din

Ketua Pengarah

MPOB

MINDA Datuk Dr AhmadKushairi Din Ketua PengarahMPOB

tri Utama (MPI), di sini.

Mampu capai sasaranProgram pensijilan MSPO terus diperkemas dan mampu mencapai sasaran dengan suntikan sebanyak RM30 juta bagi membantu peke-bun kecil sawit mendapatkan pe -ngiktirafan pensijilan.

Kata Teresa, Belanjawan 2019 menyaksikan MPI diberi perun-tukan sebanyak RM507 juta iaitu RM125.6 juta untuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pem-bangunan sebanyak RM381.4 juta.

“MPI menerima pengurangan sebanyak 50.7% berbanding perun-tukan tahun 2018.

“Belanjawan kali ini lebih fokus dengan tumpuan membabitkan bantuan dan insentif akan dinik -mati oleh golongan sasar seperti dihasratkan.

“Saya yakin, langkah ini dapat mengoptimumkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan pada masa sama turut memberi penekanan kepada perbelanjaan berhemah dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini,” katan-ya.

Agrikomoditi penyumbang KDNKTambah Teresa, dari Januari hingga September tahun ini, sektor agrikomoditi mencatatkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM124.7 bilion, berbanding RM134.3 bilion yang direkodkan pada tempoh sama 2017.

“Jumlah pendapatan eksport direkodkan sebanyak RM95.4 bilion, menyaksikan penurunan sebanyak 8.7% berbanding RM104.5 bilion yang direkodkan pada Jan-uari hingga September 2017. Ia adalah 13% daripada pendapatan eksport negara.

“Aktiviti di peringkat huluan dan hiliran sektor agrikomoditi turut menyumbang sebanyak 6.9% ke -pada jumlah keseluruhan Kelua-ran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun 2018.

“Walaupun negara mengalami penurunan sebanyak 3.3% berban-ding tempoh sama pada 2017, sektor agrikomoditi masih peny-umbang utama Keluaran Dalam Negeri Ka sar (KDNK) dengan jumlah RM20.7 bilion,” katanya.

Pada majlis sama, Teresa turut menyampaikan sijil penghargaan kepada warga kerja kementerian dan agensi MPI yang menamatkan perkhidmatan sepanjang 2018.

Teresa ketika berucap pada Perhimpunan MPI di Putrajaya.

Saya yakin, langkah ini dapat mengoptimumkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan pada masa sama turut memberi penekanan kepada perbelanjaan berhemah dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini” Teresa Kok,Menteri Industri Utama

Page 3: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

Pelan Biosekuriti industri sawit Malaysia dilancar

MPOB-MPKj usaha sama guna biodiesel B20

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 1 DISEMBER 2018 − SABTU 3

Oleh Nursyairah Abd [email protected]

Kajang: Selaras usaha Kerajaan Negeri Selangor ke arah bandar rendah karbon, Majlis Perbanda-ran Kajang (MPKj) menyahut hasrat Kementerian Industri Utama (MPI) melaksanakan projek penggunaan B20 iaitu adunan 20% biodiesel sawit dengan 80% petroleum diesel.

Majlis pelancaran projek usaha sama penggunaan B20 MPOB-MPKj diadakan pada 31 Oktober lalu disempurnakan Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Ia turut dihadiri Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar, Penge-rusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Ng Sze Han, Ketua Setiausaha MPI, Datuk Zurinah Pawanteh, dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din.

Projek usaha sama penggunaan B20 oleh MPOB dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor seperti MPKj adalah usaha baik yang bertujuan memberi kese-daran kepada orang awam ber-hubung kebolehgunaan B20 pada kenderaan tanpa modifikasi pada enjin.

MPKj memperuntukkan lima kenderaan termasuk lori dan ken-deraan penumpang berjenama

Hino, Nissan, Fuso, Toyota dan Mit-subishi Fuso bagi kegunaan Projek B20 untuk enam bulan.

Teresa berkata, kerajaan akan melaksanakan program B10 bagi sektor pengangkutan pada 2019.

“Program B10 dilaksanakan tepat pada waktunya meman-dangkan harga biodiesel sawit yang rendah berbanding diesel petrole-um pada masa ini.

“Dalam konteks alam sekitar, Program B10 mampu mengu-rangkan pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas) sebanyak 1.5 juta tan karbon dioksida setara setahun yang menyebabkan pema-nasan global.

“Kerajaan komited untuk mem-perkenalkan penggunaan tenaga hijau yang mampan dalam negara melalui penghasilan biodiesel sawit yang mesra alam dan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Kata Teresa, kesungguhan Kera-jaan menggunakan bio bahan api hijau dibuktikan dengan pelaksa-naan Program B5 iaitu adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel petroleum secara komersial di Malaysia bermula 2011 dan kemu-diannya dipertingkatkan kepada 7% adunan biodiesel sawit pada 2014 secara berperingkat.

“Penggunaan B20 bukanlah satu perkara yang baru dan mustahil. Indonesia melaksanakan program

Oleh Siti Nurhajar Mariam Wan [email protected]

Bangi

Satu pelan pengurusan risiko biosekuriti komprehensif dan pelan tindakan kecemasan

industri sawit negara dibangunkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi mempertahan industri daripada ancaman perosak eksotik

dekatan strategik bersepadu yang merangkumi kawal selia ke atas rangka kerja yang mampu menga-nalisis dan mengurus risiko dalam pelbagai sektor termasuk kesela-matan makanan, jangka hayat dan kesihatan tanaman serta risiko alam sekitar yang berkaitan.

“Langkah pengurangan pe nyakit akan diteliti dengan baik sebelum dan selepas sempadan bagi men-gurangkan penyeba ran wabak,” katanya ketika me lancarkan Pelan BiosekuritI untuk industri sawit Malaysia di Bangi.

Yang turut hadir, Ketua Penga-rah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kus-hairi Din, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali dan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Penguatkuasaan MAQIS, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar.

Kata Teresa, berdasarkan kajian terdapat 23 jenis perosak, penyakit dan rumpai yang mempunyai risiko tinggi terhadap industri sawit Malay-sia seperti Fusarium oxysporum f.sp. elaeidis (penyakit layu vasku-lar), Phytomonas Staheli (reput umbut kelapa sawit), Phytopthora palmivora (reput putik),Cercospora elaeidis (bintik daun Cercospo-ra) yang berasal dari Afrika dan Bursaphelenchus cocophilus (penya-kit cincin merah) dari Amerika Sela-tan.

“Semua ancaman ini, jika melepasi sempadan negara akan menimbulkan masalah serius kepada industri sawit di Malaysia, khususnya di sektor ladang. Dengan itu, menjadi tanggungjawab kemen-terian dan MPOB untuk melindungi industri ini,” katanya.

Industri sawit memberi sumban-

Elak ancaman perosak, penyakit eksotik memasuki Malaysia

berbahaya dan berisiko tinggi dari-pada memasuki Malaysia.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata Pelan Biosekuriti yang dibangunkan itu mengandungi satu siri prosedur operasi untuk men-gekang masalah tersebut.

Katanya, pelan ini termasuk kawalan yang ketat di pelabuhan dan lapangan terbang, serta amal -an pengurusan ladang yang baik dalam mengesan dan mengu-rangkan risiko serangan.

“Pelan Biosekuritia adalah pen-

Teresa ketika melancarkan Pelan BiosekuritI untuk industri sawit Malaysia di Bangi.

gan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Pendapatan Negara Kasar (GNI), pertukaran asing dan pekerjaan.

Pada 2017, pengeluaran minyak sawit dan minyak isirung sawit mencatat hampir satu pertiga atau 75.17 juta tan daripada pengeluaran minyak dan lemak di dunia, dari keseluruhan kawasan penanaman seluas 19.04 juta hektar.

Sebahagian besar pengeluaran minyak sawit tersebut adalah dari Indonesia diikuti Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua utama di dunia.

Tahun lalu, industri sawit menyumbang RM 77.8 bilion dari segi pendapatan eksport dan mem-beri peluang pekerjaan kepada lebih 4 juta orang di seluruh rantaian aktiviti industri di negara ini.

Teresa mengucapkan tahniah kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhid-matan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Pusat Perta-nian dan Biosains Antarabangsa (CABI) atas kejayaan menerajui usaha ini dan menghasilkan satu pelan yang komprehensif untuk industri sawit.

Katanya, agensi kerajaan dan pihak industri berperanan penting dalam proses implementasi pelan biosekuriti ini kerana kerjasama semua dapat memastikan pihak ter-babit komited dalam pengawasan dan pengurusan risiko biosekuriti.

“Saya harap kementerian dan agensi akan terus bekerjasama memperkasakan pelan biosekuriti ini demi menjaga kesejahteraan industri sawit Malaysia,” kata- nya.

Teresa ketika melancarkan usaha sama MPOB-MPKj bagi penggunaan biodiesel B20 di Kajang.

B20 secara mandatori sejak Januari 2016 dan tiada sebarang masalah pada enjin kenderaan dilaporkan sehingga kini.

“Persatuan Pengeluar Auto-motif Jepun (JAMA) turut men-gumumkan sokongan terhadap penggunaan biodiesel sawit dalam diesel petroleum pada kadar adunan maksimum 20% pada Disember 2016,” katanya.

MPOB menjalankan kajian lapangan penggunaan B20 sejak Januari 2013 membabitkan lima kenderaan diesel berjenama Hyun-dai Starex, Toyota Hilux dan Fortu-

ner tanpa masalah teknikal. Selain kebaikan pada alam

sekitar, biodiesel sawit adalah bio-degradasi dan tidak toksik, mempunyai nombor setana yang lebih tinggi berbanding diesel yang dapat meningkatkan pembaka-ran serta menyumbang kepada pe lepasan gas ekzos yang lebih bersih.

Kandungan sulfur dalam biodie-sel adalah menghampiri 0 ppm, di mana penggunaan biodiesel akan dapat mengurangkan pelepasan gas sulfur dioksida ke atmosfera yang mengakibatkan kejadian

hujan asid serta meningkatkan daya pelinciran diesel petroleum.

Biodiesel sawit turut bertindak sebagai agen pembersih dan men-gurangkan kadar kehausan (wear & tear) pada enjin.

Penggunaan bio bahan api mesra alam ini dapat membantu Malaysia mencapai tahap pen-gurangan 40 peratus pelepasan karbon menjelang 2020.

Peningkatan penggunaan bio-diesel sawit dalam negara akan menyumbang kepada ekonomi negara dan meningkatkan imej industri sawit negara.

Page 4: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

Jiangsu, Republik Rakyat China, akhir bulan lalu.

Penganjuran POTS China ber­tujuan menyebarkan maklumat mengenai perkembangan indus­tri minyak sawit Malaysia kepada penggiat industri China dan diser­tai 300 peserta.

Ia memberi peluang kepada peserta bertukar pandangan dan meneroka prospek perniagaan ber­kaitan aplikasi minyak sawit dalam makanan di pasaran China. Pame­ran perdagangan dan sesi jalinan perniagaan juga turut berlangsung serentak.

Teresa dalam ucaptamanya berkata, China adalah salah satu rakan perdagangan minyak sawit Malaysia yang terbesar di mana eksport produk sawit Malaysia ke China mencatatkan USD2.2 billion (RM9.2 billion) pada 2017. Pengeks­portan ini juga merupakan 11.6% eksport produk sawit Malaysia ke pasaran dunia.

“Perdagangan minyak sawit bukan sahaja memanfaatkan Malaysia, malah mendatangkan faedah yang berganda kepada sektor lain di China, termasuk pen­gendalian logistik dan pengurusan bank.

Beliau turut meyakinkan pen­gimport minyak sawit bahawa usaha promosi berterusan akan dijalankan oleh Palm Oil Research and Technical Institute of MPOB (PORTSIM) dan MPOC di Shanghai, dengan memberi fokus kepada meningkatkan kesedaran peng ­guna terhadap kelebihan nutrisi dan aplikasi makanan minyak sawit.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Ravi Muthayah; Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, Datuk Zainuddin Yahya; Pengerusi MPOC, Datuk Lee Yeow Chor; Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia

(MPOCC), Datuk M. Nagarajan serta pegawai­pegawai kanan agensi MPI.

Promosi berterusanSementara itu, Teresa turut mela­kukan lawatan ke River & Ocean Cereals and Oils Group (ROCO) di Nanjing dan mengadakan perbin­cangan dengan pengurusan ROCO berkaitan isu dan cabaran semasa minyak sawit Malaysia, potensi pasaran di RRC bagi minyak sawit Malaysia.

Perbincangan turut menjurus kepada usaha untuk mewujudkan kerjasama antara Malaysia dan sya­rikat tersebut bagi meningkatkan import minyak sawit oleh Wijayah Jiangsu.

ROCO merupakan antara 10 pengimport minyak sawit terbesar di China. Syarikat ini milik Kera­jaan Wilayah Jiangsu dan meru­pakan syarikat minyak dan lele­mak terbesar di wilayah tersebut.

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT4 − SABTU, 1 DISEMBER 2018

Oleh Yoong Jun [email protected]

Nanjing

Menteri Industri Utama, Teresa Kok merasmikan ‘Malaysia-China Palm Oil

Trade Fair & Seminar 2018’ (POTS China) anjuran bersama Lemba-ga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malay-sia (MPOC) di Nanjing, Wilayah

Oleh Noor Asmawati Abd [email protected]

Kuala Lumpur: Penggiat indus­tri sawit serta pihak berkepentin­gan digesa bekerjasama dalam usaha meneroka pelbagai pen­dekatan bagi memerangkap dan meningkatkan penggunaan biogas.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, usaha memerangkap biogas daripada kolam efluen sawit (POME) berjaya dilaksana Lemba­ga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama pihak industri.

Beliau berkata, usaha MPOB ber­sama FGV dan Sime Darby Offshore Engineering berjaya menghasilkan sumber tenaga alternatif untuk kegunaan kilang sawit dan juga bahan api untuk pengangkutan menggunakan biogas.

“Saya berpuas hati dengan biogas asli mampat (Bio­CNG) bera­saskan sisa buangan kilang sawit yang berjaya dihasilkan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut merasmikan National

Seminar on Palm Oil Milling, Refi­ning, Environment and Quality (POMREQ) 2018, anjuran MPOB, di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Katanya, sektor pemprosesan terdiri kilang kelapa sawit, kilang pelumat isirung dan kilang penapis adalah komponen penting dalam rantaian nilai industri minyak sawit.

Hasil produk“Setakat ini, terdapat 453 kilang, kilang pelumat isirung (45) dan kilang penapis beroperasi (53) bagi memproses buah tandan segar dan minyak sawit mentah.

“Bersama dengan 19 kilang oleokimia dan 16 kilang biodiesel, sektor pemprosesan ini adalah sektor utama yang menyumbang kepada penghasilan produk sawit dan produk hiliran berasaskan sawit.

“Pada masa sama, industri sawit turut berdepan isu 3­MCPDE dan GE yang boleh menjejaskan pasa­ran sawit,” katanya.

Katanya, MPOB memberi

tumpuan kepada penyelidikan 3­MCPDE sejak tahun 2009, dengan kaedah analisis yang pertama kali dibangunkan oleh Federal German Institute for Risk Assessment (BfR).

“MPOB menjalankan lebih dari­pada 66 percubaan di peringkat loji rintis dan mengambil langkah­langkah proaktif untuk menge­nal pasti faktor dan punca yang menyumbang kepada pemben­tukan 3­MCPDE dan GE semasa proses penghasilan minyak.

POMREQ 2018 bertemakan ‘Advances in Sustainable Practices’ menyedia ruang interaksi kepada pihak industri untuk berkongsi serta mendapatkan maklumat ter­kini berkaitan penyelidikan dan teknologi dalam sektor pengilagan, penapisan, alam sekitar dan kua­liti.

Tumpuan seminar juga berkisar kepada isu tenaga diperbaharui, pemerangkapan dan penggunaan biogas, kemampanan dan penggu­naan biojisim sawit.

Seminar dua hari itu dihadi­ri lebih 350 peserta terdiri wakil industri yang terbabit dalam sektor pengilangan dan pemprosesan.

POTS tingkatkan dagangan sawit di China

Sektor pengilangan, penapisan sawit amal teknologi mampan

Bincang isu dan perkembangan industri sawit China

Teresa merasmikan POTS China di Nanjing, Wilayah Jiangsu, China.

Syarikat ini mengimport 204,000 tan minyak sawit pada 2017, pe ­ningkatan sebanyak 38% ber ­banding dengan 126,500 tan pada 2016.

Selain itu, Teresa turut mela­wat Wilmar Global Research and Development Center di Shanghai bagi perkongsian maklumat ter­kini berhubung aktiviti pengilan­gan dan pemasaran minyak sawit di China serta kerjasama bagi meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia ke China.

Syarikat Wilmar merupakan pemain industri minyak sayuran di China terutama minyak sawit dengan syer melebihi 60 peratus di pasaran China serta mempunyai lebih 170 kilang berskala besar di 43 lokasi strategik di China.

Misi promosi ini dilihat sebagai usaha menggalakkan penggunaan minyak sawit di China serta men­gukuhkan hubungan erat antara Malaysia dan China.

Shamsul Iskandar mendengar penerangan Dr Ahmad Kushairi mengenai produk biojisim sawit hasil teknologi MPOB yang dipamerkan di POMREQ 2018, di Kuala Lumpur.

Page 5: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

5 kilang sawit,1 kilang penapis,2 kilang pelumatisurung, 1 kilangole okimiadiiktiraf terbaik

Sektor pemprosesan terimaAnugerah Industri Sawit

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur

Lapan penggiat industri sawitmerangkumi sektor pengila-ngan, pemprosesan, penapi-

san dan oleokimia menerimaA n u g e r a h I n d u s t r i S a w i t2017/2018 kerana pencapaian danprestasi cemerlang, di sini baru-baru ini.

Anugerah disampaikan Timba-lan Menteri Industri Utama, DatukSeri Shamsul Iskandar Mohd Akinsempena perasmian National Se-minar on Palm Oil Milling, Re-fining, Environment and Quality(POMREQ) 2018.

Pemenang anugerah terdiri em-pat kilang memproses buah sawit,dua kilang pelumat isirung sawitdan masing-masing satu kilang pe-napis dan kilang oleokimia.

Kilang Kelapa Sawit (KKS) Sungai

Jernih di bawah kendalian Bous-tead Plantation Sdn Bhd berjayameraih dua anugerah iaitu bagiPencapaian Kadar Perahan Minyak(OER) Tertinggi Nasional dan Ki-lang Kelapa Sawit Terbaik BekalanBuah Tandan Segar (BTS) Sendiribagi Semenanjung.

KKS Sungai Jernih merekodkanOER tertinggi peringkat nasionaliaitu 23.75% pada 2017.

Selain mematuhi semua pera-turan MPOB, kilang berkenaanjuga memiliki sijil Minyak SawitMampan Malaysia (MSPO).

Anugerah Pelumat isirungKilang sawit lain yang turut me-nerima anugerah ialah KKS Se-garia (Boustead Plantation SdnBhd) bagi Kategori Kilang KelapaSawit Terbaik Bekalan BTS Sen-diri bagi Sabah/Sarawak; KKSTanjong Malim (Kuala LumpurKepong Bhd) bagi kategori Ki-lang Kelapa Sawit Terbaik Be-kalan BTS Luar Semenanjung;dan KKS Desa Kim Loong (KimLoong Resources Bhd) bagi ka-tegori Kilang Kelapa Sawit Ter-baik Bekalan BTS Luar Sa-b a h / S a rawa k .

Bagi sektor pelumat isirung sa-wit, dua kilang berjaya meraihanugerah iaitu Kilang Isi Sawit Se-mambu (Felda Kernel ProductsSdn Bhd) dan IOI Edible Oils SdnBhd.

Kilang Isi Sawit Semambu yangmeraih anugerah bagi kategori

Kilang Pelumat Isirung TerbaikBekalan Isirung Sendiri berupa-ya memproses isirung sawit da-lam kapasiti yang tinggi di sam-ping mengekalkan OER yangtinggi.

Bagi IOI Edible Oils Sdn Bhdpenerima anugerah Kategori Ki-lang Pelumat Isirung Terbaik Be-kalan Isirung Luar sentiasa komi-ted ke arah keselamatan dan ke-sihatan pekerjaan di sampingmelaksana pengasingan produk

mampan berdasarkan keperluanR S P O.

Sementara itu, bagi Kategori Ki-lang Penapis Terbaik, anugerah di-menangi Bintulu Edible Oils SdnBhd. Kilang ini berjaya memprosesminyak sawit bertapis dengan ka-pasiti yang tinggi dan mencatatpeningkatan pada 2017 berban-ding 2016.

Kategori Kilang Oleokimia Ter-baik dimenangi oleh IOI-Pan CenturySdn Bhd, Pasir Gudang yang meng-

hasilkan bahan terbitan dan produkbaharu oleokimia secara aktif. Kilangini juga giat mengembangkan in-frastruktur dan fasilitinya.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk DrAhmad Kushairi Din berkata, Anu-gerah Industri Sawit adalah peng-iktirafan kerajaan terhadap kece-merlangan pihak industri sawit da-lam peningkatan produktiviti dankualiti minyak sawit dan produkkeluarannya yang dihasilkan se-cara mampan.

Shamsul Iskandar menyampaikan Anugerah Industri Sawit kepada Jurutera Kumpulan KKS SungaiJernih, Shafie Mohd Zain di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

5

Pasaran dedak isirung sawit berpotensi besar di PakistanOleh Johari Minaljohari@mp ob.gov.my

Ka ra c h i : Pakistan adalah pengim-port keempat terbesar dedak isi-rung sawit dari Malaysia denganjumlah import menghampiri300,000 tan tahun lalu.

“Pakistan berpotensi untukmengimport sehingga 500,000 tandedak isirung sawit kerana indus-tri tenusu dan haiwan ternakanadalah besar.

“Industri ini memerlukan sum-ber makanan dan dedak isirungsawit merupakan sumber maka-nan yang baik bagi haiwan ter-n a ka n ,” kata Ketua Pegawai Ek-sekutif Unity Foods, MuhammadFa r r u k h .

“Kuantiti ini boleh dicapai de-ngan kerjasama MPOB dalam me-mindahkan teknologi berkaitanuntuk meningkatkan daya saingserta penggunaan dedak isirungsawit di Pakistan,” ka t a nya .

Unity Group adalah pengimport

terbesar Pakistan bagi dedak isi-rung sawit Malaysia.

Sehingga September 2018, UnityGroup mengimport sebanyak225,000 tan dedak isirung sawit danmenjangkakan akan mencecah300,000 sehingga akhir tahun ini.

Lawatan ke Unity Group diada-kan untuk mengeratkan hubu-ngan antara MPOB dengan sya-

rikat berkenaan dan menerokakerjasama bagi meningkatkan lagieksport dan memberi nilai tambahdedak isirung sawit ke Pakistan.

Unity Group menggunakan tek-nologi enzim untuk meningkatkankualiti nutrisi dedak isirung sawityang diimport syarikat berkenaan.

Lawatan MPOB ke Unity Groupdiketuai oleh Timbalan Ketua Pen-

garah MPOB, Dr. Ahmad ParveezGhulam Kadir.

Beliau menyatakan kesudianMPOB untuk memberikan bantu-an teknikal bagi membolehkanUnity Group meningkatkan lagiimport dedak isirung sawit dariM a l ays i a .

Sementara itu, semasa berada diPakistan, Dr Ahmad Parveez turut

menyertai Konsul Jeneral Malaysiadi Pakistan, Khairul Nazran AbdulRahman menyaksikan acara me-nandatangani perjanjian persefa-haman antara syarikat pembekalminyak sawit dari Malaysia, PacificCommodities dengan sebuah res-toran terkenal di Pakistan bagi be-kalan dan penggunaan minyak sa-wit Malaysia.

Chef restoran berkenaan, ChefZakir berkata, restorannya tidakberkompromi dengan kualiti mi-nyak masak yang digunakan bagimenjamin reputasi restoran.

Sijil pengesahan asal (Certificateof Origin) yang diterima oleh res-toran berkenaan memberi jami-nan kepada pelanggan bahawa res-toran tersebut menggunakan mi-nyak sawit Malaysia yang berkualititinggi dalam masakannya.

“Minyak sawit Malaysia adalahminyak masak yang sempurna ke-rana mempunyai ketahanan padasuhu tinggi, sangat berkhasiat ke-rana kandungan asid lemak se-imbang dengan kandungan Vi-tamin E yang tinggi.

Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir (empat dari kiri) menyerahkan buku ‘The Oil Plam Saga’ terbitan MPOBkepada Muhammad Farrukh semasa lawatan ke Unity Group, [FOTO /BH]

Page 6: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

SawitBerita

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB Menjana Perubahan Industri Sawit

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

←MINDA Datuk Dr Choo Yuen May Ketua Pengarah MPOB

� SABTU � 6 DISEMBER 2014

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

� SABTU � 5 MEI 2018 � SABTU 5 MEI 2018

� SABTU 1 SEPTEMBER 2018

� SABTU 1 SEPTEMBER 2018

6 7− SABTU, 1 DISEMBER 2018 − SABTU, 1 DISEMBER 2018

Bahan piawai untuk analisis vitamin E sawit Oleh Dr Ng Mei Han [email protected]

Tokoferol, tokomonoenol dan tokotrienol, lebih dikenali sebagai vitamin E, adalah

bahan yang amat bermanfaat untuk kesihatan.

Kajian membuktikan bahawa tokol, terutamanya tokotrienol adalah agen anti-penuaan dan anti-oksida yang berkesan di sam-ping dapat memberi perlindungan terhadap kanser dan saraf.

Minyak sawit adalah sumber tokotrienol asli yang terbesar. Antara tokol yang ditemui dalam minyak sawit adalah α-tokoferol, α-tokomonoenol, serta α-, β-, γ- dan δ-tokotrienol.

Kandungan tokol dalam mi nyak sawit mentah adalah da lam lingkungan 700-1000 baha-

gian per juta. Berikutan pelbagai manfaat

yang ditunjukkan, tokol sawit kini diguna dalam formulasi farmasi, makanan kesihatan dan kosmetik.

Formulasi ini memerlukan kaedah analisa yang jitu. Juste-ru, bahan rujukan untuk analisa tokol diperlukan untuk memas-tikan bahan-bahan yang diguna menepati piawaian atau formulasi yang ditentukan.

Berikutan sifat tokol, terutama tokotrienol yang mudah dioksidasi serta harganya yang mahal, bahan rujukan tokol untuk analisa tiada atau sukar didapati.

Ahli kimia bergantung kepada bahan rujukan setara yang tidak mampu memberikan hasil analisa yang jitu.

Keputusan analisa yang tidak tepat akan mempengaruhi formu-lasi serta kestabilan produk akhir.

Jaminan kejituan analisaMelalui kajian, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya menghasilkan bahan piawai untuk analisa tokol yang mengan-dungi kesemua tokol yang terda-pat di dalam minyak sawit.

Bahan piawai yang dihasilkan ini boleh diguna secara terus tanpa memerlukan sebarang penyediaan pra-analisa.

Bahan ini akan membantu dalam analisa tokol-tokol sawit dan kejituan analisa dapat dija-min.

Selain diguna untuk analisa formulasi, bahan piawai analisa tokol ini juga boleh diguna untuk tujuan analisa oleh pengeluar tokol sawit.

Untuk maklumat lanjut berkai-tan teknologi ini, hubungi penyeli-dik MPOB, Dr Ng Mei Han melalui email [email protected].

Fakta nombor

700-1000 BAHAGIAN PER JUTAKandungan tokol (Vitamin E) dalam minyak sawit

Oleh Dr Salwa Abdullah Sirajuddin [email protected]

Sejak tiga dekad lalu, produk sawit terutamanya minyak sawit menjadi satu komodi-

ti pertanian yang menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekono-mi Malaysia.

Seperti tanaman komoditi lain, pokok sawit juga tidak terle-pas daripada ancaman serangan penyakit, perosak dan rumpai.

Antara penyakit dan perosak utama sedia ada yang mengancam pokok sawit adalah penyakit reput pangkal batang yang disebabkan oleh kulat Ganoderma dan seran-gan ulat bungkus, kumbang badak, ulat tandan, anai-anai dan tikus.

Selain ancaman penyakit dan perosak sedia ada, industri sawit Malaysia sentiasa terdedah kepada serangan penyakit, perosak dan rumpai eksotik melalui globalisa-si aktiviti perdagangan komoditi pertanian.

Justeru, sebagai usaha memben-dung dan mencegah kemasukan penyakit, perosak dan rumpai eksotik ke dalam negara, satu

jawatan kuasa khas bagi membin-cangkan Pelan Biosekuriti Industri Sawit Malaysia diadakan dan diha-diri wakil-wakil kementerian dan jabatan kerajaan, pihak industri sawit serta pensyarah universiti yang bermula sejak 2016.

Rentetan daripada penggem-blengan idea dan kerjasama antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perkhidmatan Kuaran-tin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Pusat Pertanian dan Biosains Antarabangsa (CABI) Asia Tenggara, buku Pelan Biosekuriti Industri Sawit Malaysia yang kom-prehensif berjaya diterbitkan.

Pelancaran Pelan Biosekuriti Industri Sawit Malaysia disempur-nakan Menteri Industri Utama, Teresa Kok, pada 12 November lalu di Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pelan Biosekuriti ini mengga-bungkan pendekatan strategik dan berintegrasi meliputi rangka kerja pengawalseliaan dan dasar yang menganalisis dan mengu-ruskan risiko perosak, penyakit dan rumpai eksotik.

Selain itu, ia juga mengandu -ngi siri prosedur operasi serta amalan pengurusan di ladang bagi melindungi, mengurangkan atau menghentikan serangan penyakit, perosak dan rumpai eksotik.

Pelan Biosekuriti itu juga menggabungkan strategi peringkat tinggi bagi tindak balas kecema-san, diagnostik, pengawasan dan komunikasi sebagai panduan ter-hadap sebarang ancaman pada masa akan datang, bersedia secu-kupnya dan dapat bertindak balas

dengan berkesan.

Buku Pelan Biosekuriti Industri Sawit MalaysiaBuku Pelan Biosekuriti ini terbaha-gi kepada empat bahagian utama dan satu bahagian lembaran fakta kesedaran yang mana setiap satu-nya diterangkan secara kompre-hensif.

Sebagai pengenalan, industri sawit adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan eko-nomi negara dengan hasil eksport sebanyak RM77.8 bilion dijana pada 2017.

Namun, globalisasi aktiviti perdagangan komoditi pertani-an membuka peluang dan ruang untuk memperkenalkan risiko baharu fitosanitasi sekiranya langkah untuk membendung dan mencegah kemasukan ancaman perosak, penyakit dan rumpai eksotik terutamanya sebelum atau selepas sempadan tidak mencuku-pi.

Keadaan ini membawa kepada inisiatif deraf pelan biosekuriti nasional bagi melindungi kesela-matan dan hasil sawit.

Bahagian kedua menjelaskan mengenai kaedah pengenalpasti-an ancaman dan penilaian risiko perosak dan senarai ancaman perosak utama.

Jangkaan risiko kemasukan, kemandirian dan penyebaran serta impak kepada ekonomi yang masing-masing terbahagi kepada lima peringkat juga dijelaskan pada bahagian ini.

Bahagian ketiga pula mene-rangkan kaedah mitigasi risiko, pengawasan, kesedaran dan lati-

han pada peringkat nasional dan perladangan bagi ancaman pero-sak sedia ada yang merangkumi langkah pencegahan, persediaan, tindakan dan pemulihan.

Bahagian keempat buku ini memberi panduan untuk pelan tindakan kecemasan dan pengu-rusan risiko membabitkan semua pihak berkaitan dengan industri sawit Malaysia sekiranya ancaman penyakit atau perosak eksotik disyaki menyerang tanaman sawit.

Langkah-langkah yang patut diambil dari pengesanan penya-kit atau perosak eksotik sehingga tindakan pembasmian serangan penyakit atau perosak eksotik dite-rangkan secara jelas untuk setiap peringkat pelaksana/penguatkua-sa.

Buku Pelan Biosekuriti ini juga dilengkapi dengan lembaran fakta pada bahagian akhirnya yang menyentuh mengenai perosak, penyakit dan rumpai yang dike-nal pasti mempunyai risiko yang tinggi terhadap industri sawit Malaysia.

Setiap lembaran fakta terse-but juga menjelaskan maklumat umum mengenai simptom, peri-hal perosak, penyebaran, pencega-han dan pengawalan.

Sebagai contoh, antara penya-kit eksotik yang disenaraikan ialah reput umbut (penyebab: Phytopthora palmivora), layu vaskular (penyebab: Fusarium oxysporum f.sp. elaeidis), sudden wilt(penyebab:Phytomonas sta-heli); perosak eksotik seperti ulat tandan (Darna furva), kumbang badak (Oryctes boas dan O. mono-ceros) dan rumpai eksotik seperti

rumpai buaya (Alternanthera phi-loxeroides), rumpai crofton (Age-ratina adenophora) dan rumpai Canadian fleabane (Conyza cana-densis).

Iltizam Semua Pihak Berkaitan Bantu Capai Pelan Biosekuriti Industri Sawit Malaysia

Panduan lengkap pelan tin-dakan kecemasan dan pengurusan risiko bagi industri sawit Malay-sia dalam menghadapi ancaman serangan penyakit, perosak dan rumpai eksotik dari luar negara disediakan dengan adanya buku Pelan Biosekuriti ini.

Panduan ini juga membolehkan agensi kerajaan, pihak indus-tri dan pihak berkepentingan menjadi lebih peka dan komited dalam membendung dan mence-gah kemasukan sebarang potensi serangan penyakit dan perosak eksotik ke dalam negara sebagai usaha melindungi keselamatan dan hasil sawit.

Justeru, agensi kerajaan dan pihak industri serta pihak ber-kepentingan harus bekerjasama dengan erat supaya proses imple-mentasi pelan biosekuriti ini dapat dilaksanakan.

Tanpa kerjasama yang utuh daripada semua pihak yang ter-babit, industri sawit Malaysia khususnya dan ekonomi negara amnya boleh terjejas akibat sera -ngan penyakit dan perosak eksotik.

Untuk makluman, Buku Pelan Biosekuriti Industri Sawit Malay-sia boleh didapati di PalmShoppe, Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi, Selangor atau layari laman sesawang: palmshoppe.mpob.gov.my.

Pelan Biosekuriti: Panduan operasi kekang ancaman perosak, penyakit eksotik

Prosedur bagi menjamin keselamatan industri sawit negara

Bahan piawai untuk analisa tokol sawit.

FAKTABuku Pelan Biosekuriti terbahagi empat bahagian:

01Pengenalan in is iat i f penghasi lan pelan biosekur i t inas ional

02K aedah mengenal past idan peni la ian r is ikoperosak dan penyak it

03K aedah mit igas i r i s iko,pengawasan, pencegahandan pemul ihan

04Pelan t indak an kecemasan danpengurangan r is iko ancamanpenyak it dan perosak

Page 7: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

Oleh Mohd Solah Deraman dan Nur Dalilah [email protected] dan [email protected]

Sibu

Kementerian Industri Utama (MPI) melalui Institut Per-ladangan dan Komoditi

(IMPAC) menganjurkan program Sayangi Komoditi yang memberi tumpuan terhadap usaha dalam membangun dan memperkasakan pembangunan modal insan teru-tama bagi meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam sektor komoditi.

Keperluan tenaga kerja tem-patan yang berpengetahuan dan berkemahiran amat diperlukan di

sektor perladangan bagi meningkat-kan produktiviti dan meneruskan kelangsungan prestasi pendapatan eksport komoditi negara.

Dalam mencapai objektif terse-but, MPI melalui IMPAC bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manu-sia melalui Jabatan Pemba ngunan Kemahiran (JPK) dan Ke menterian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif mengadakan siri jelajah latihan dan kerjaya ber tujuan meng-hebahkan latihan dan keperluan guna tenaga dengan tumpuan pela-jar sekolah menengah.

Program jelajah dibahagikan kepada tiga zon iaitu di Semenan-jung, Sabah dan Sarawak.

Bagi Zon Sarawak, ia diadakan di Dewan Kompleks Islam Sibu dengan kerjasama Pejabat Pendidi-kan Daerah Sibu, membabitkan

penyertaan 1,000 pelajar sekolah menengah, penuntut kolej dan insti-tusi latihan kemahiran.

Program dirasmikan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Platform tingkat pengetahuan generasi mudaShamsul dalam ucapannya ke- tika merasmikan program itu berkata, Program Sayangi Komodi-ti adalah platform MPI dalam me -ningkatkan pengetahuan dan kefa-haman mengenai industri komoditi kepada generasi muda negara.

Katanya, program ini membantu kerajaan memberi tumpuan terha-dap pembangunan dan memperka-sakan pembangunan modal insan bermula di peringkat sekolah agar belia dapat merancang hala tuju

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT8 − SABTU 1 DISEMBER 2018

Shamsul bersama pelajar yang menyertai program Sayangi Komoditi di Sibu, Sarawak.

dan kerjaya untuk masa depan dalam sektor komoditi sama ada di perladangan, penyelidikan dan sebagainya.

“Pelbagai peluang disediakan dalam membantu belia melalui skim yang dilaksanakan oleh kera-jaan dalam mengiktiraf pekerja mahir dan separa mahir.

“Melalui peluang yang ditawar-kan, belia dapat memanfaatkan pengalaman dan kemahiran untuk peningkatan kerjaya dan secara tidak langsung membuka peluang masa depan lebih baik,” katanya.

Tambahnya, sektor komoditi adalah salah satu penyumbang ter-besar kepada jumlah eksport bersih negara dan disebabkan itulah mahu belia tempatan merebut peluang dan menyertai kursus yang dian-jurkan IMPAC untuk mendapatkan

latihan dalam bidang kemahiran yang ditawarkan.

Program berkenaan disertai 22 sekolah menengah sekitar Sibu. Antara sekolah yang terbabit adalah Sekolah Menengah Kebang-saan (SMK) Agama, SMK Bandar Sibu, SMK Bawang Assan, SMK Bukit Assek, SMK Bukit Lima, SMK Chung Cheng, SMK Chung Hua, SMK Deshon, SMK Durin, SMK Jalan Oya, SMK Kampung Nangka, SMK Kwong Hua, SMK Lanang, SMK Luar Bandar Sibu No. 1, SMK Methodist, SMK Rosli Dhoby, SMK Sacred Heart, SMK Sibu Jaya, SMK St. Elizabeth, SMK Sungai Merah, SMK Tiong Hin dan SMK Tung Hua.

Program sehari itu turut mem-babitkan pameran yang disertai agensi di bawah Kementerian Indus-tri Utama.

MPOB pusat tumpuan peroleh maklumat sawit Oleh Dr Laziana Ahmadlazianatmpob.gov.my

Bangi: Lembaga Minyak Sawit Negara (MPOB) menerima kunjun-gan dari syarikat gergasi minyak masak, lemak dan kimia Jepun, Nisshin Oilio Group Ltd., dan Per-satuan-Persatuan Koperasi Perta-nian Persekutuan Jepun (National Fe deration of Agricultural Coope-rative Associations), Zen-Noh, baru baru ini.

Ini adalah kunjungan kali kedua Nisshin Oilio dan disertai lapan pegawai pemasaran dan pengi-langan.

Pada lawatan berkenaan, per-bincangan menjurus kepada pro- duk dan teknologi terkini dalam pembuatan makanan berasaskan sawit dan teknologi oleokimia di MPOB.

Isu yang turut menjadi tumpuan sewaktu perbincangan adalah cabaran industri sawit Malaysia di peringkat global ekoran tanggapan buruk negara Eropah berkenaan isu kemampanan industri sawit.

Sementara itu, seramai 23 ahli persatuan koperasi pertanian

Jepun, Zen-Noh berkunjung ke MPOB untuk mendalami dan berin-teraksi mengenai informasi terkini dan aplikasi teknologi biojisim dan biodiesel Malaysia.

Turut berkunjung ke MPOB sepanjang November adalah dele-gasi peserta Third Country Training Program (TCTP) anjuran Perbada-nan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Peserta program ini terdiri dari-pada pegawai kerajaan dari benua Afrika yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perdagangan.

Kunjungan delegasi ini bertu-juan mengetahui misi dan visi MPOB dalam meningkatkan nilai perdagangan sawit negara ke per-ingkat global.

Selain itu, seramai empat wakil syarikat Bangchak Corpora-tion, Thailand, turut berkunjung untuk berinteraksi dan meninjau peluang usaha sama dengan wakil MPOB dalam bidang teknologi makanan nutrisi, vitamin dan oleokimia.

MPOB turut menerima kunju-ngan dari 37 pelajar jurusan Teknologi dan Pengurusan Perla-dangan, UiTM Jasin yang ingin

mengetahui teknik pengurusan organisasi penyelidikan dan pe -rindustrian seperti MPOB.

Kukuh kefahaman penyelidikan MPOBSemua pelawat dibawa melawat galeri sawit untuk mengukuhkan kefahaman mengenai pemba bi-tan dan hasil penyelidikan MPOB dalam meningkatkan industri sa-

wit tanah air. Malaysia adalah negara penge-

luar minyak sawit kedua utama dunia.

Dalam mengharungi cabaran global, kefahaman mengenai indus-tri ini adalah kritikal.

MPOB sebagai organisasi utama dalam penyelidikan dan pem-bangunan industri sawit negara mengalu-alukan kunjungan semua

pihak yang ingin memahami indus-tri sawit tanah air untuk datang dan melihat sendiri teknologi yang dihasilkan di MPOB dan seterusnya mendapatkan maklumat sebe-nar mengenai pengurusan sawit negara.

Diharapkan penyebaran mak-lumat yang tepat ini dapat menang-kis gambaran negatif yang cuba mengancam industri sawit negara.

Jerayawara Sayangi Komoditi dekati golongan belia

Program beri tumpuan usaha bangun modal insan

Delegasi koperasi pertanian Jepun, Zen-Noh, ketika melawat Galeri Sawit MPOB, di Bangi.

Page 8: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

Oleh Nur Affifah [email protected]

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma ­laysia (MPOB) terus komi­ted mendidik pelajar dan

ibu bapa berkaitan pemakanan sihat untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak­kanak menerusi Program Kajian

Pemakanan Sawit. Program yang diadakan sejak

setahun lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 40 sekolah rendah menyertai program ini.

Dalam program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sauja-na Impian, SK seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan SK Taman Jasmin baru-baru ini, ia disertai lebih 180 ibu bapa dan pelajar.

MPOB terpanggil mengadakan

misi mendidik serta menyedarkan warga sekolah serta ibu bapa men-genai kepentingan pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak berikutan masalah obesiti di kala-ngan kanak-kanak mencecah 20 peratus dan angka ini meningkat dari tahun ke tahun.

Perlu langkah segeraPertambahan bilangan kanak-kanak menghidap diabetes juga amat membimbangkan dan lang-

kah segera perlu diambil oleh pel-bagai pihak.

Menurut kajian MPOB, masa- lah diabetes dalam kalangan kanak-kanak akan membawa ke pada penyakit seperti kardi-ovaskular, kencing manis dan pencernaan apabila mereka de -wasa.

Sebagai pusat penyelidikan, MPOB masih menjalankan kajian bagi mengatasi masalah ini dan akan terus memberikan ceramah

mengenai kaedah pemakanan si- hat dan panduan gaya hidup sihat kepada sekolah di sekitar Se- langor.

Maklumat berkaitan corak pemakanan pelajar dikumpulkan dan pada tahun hadapan kajian susulan akan diadakan di sekolah-sekolah terbabit.

MPOB berharap masalah obe-siti dalam kalangan pelajar dapat diatasi mahupun dikurangkan menerusi kajian ini.

MPOB siap siaga laksana MSPO

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 1 DISEMBER 2018 − SABTU 9

Oleh Nurhanani Mansornurhananitmpob.gov.my

Bangi: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu peke-bun kecil melaksanakan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Selaras dengan tanggungjawab berkenaan, MPOB giat menganjur-kan promosi bagi memberi kesedar-an di samping membimbing peke-bun kecil sawit untuk mendapatkan pensijilan MSPO. Ia akan dilaksana

secara mandatori sepenuhnya ber-mula 1 Januari 2020.

Sejajar langkah berkenaan, MPOB menganjurkan Kursus Inten-sif Pensijilan MSPO Pekebun Kecil bagi meningkatkan kemahiran pegawai MPOB dalam usaha siap siaga ke arah pelaksanaan MSPO secara mandatori.

Tujuan kursusKursus bertujuan menerangkan skop tugas anggota MPOB dalam membantu pelaksanaan Pensijilan MSPO bagi pekebun kecil persendi-rian.

Ia juga bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada pegawai mengenai keper-luan yang terkandung di dalam piawaian MSPO khusus untuk peke-bun kecil persendirian.

Peserta juga didedahkan dengan latihan praktikal amalan pertanian baik (GAP) yang disyorkan kepada pekebun kecil.

Kursus ini adalah kali kedua dianjurkan MPOB. Sebelum ini kursus dianjurkan pada awal 2018 dengan penyertaan Pegawai Tunjuk Ajar Nasihat Sawit (TUNAS).

Sebanyak empat sesi kursus

membabitkan 300 pegawai MPOB dijalankan sepanjang November iaitu dua sesi di Bangi, Selangor dan masing-masing satu di Lahad Datu, Sabah dan Miri, Sarawak.

Wujudkan SPOCDalam usaha melaksanakan pen-sijilan MSPO kepada pekebun kecil, MPOB mewujudkan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) yang merujuk kepada kumpu-lan pe kebun kecil persendirian yang menghasilkan minyak sawit mampan mengikut lokasi kawasan tanaman milik masing-masing.

Sebanyak 162 SPOC ditubuh-kan di seluruh Malaysia dan akan dipersijilkan sebelum 31 Disember tahun depan. Penubuhan kelompok ini memudahkan kawal selia MPOB terhadap pekebun kecil persen -dirian.

Pegawai dilatih akan bertang-gungjawab membantu pekebun kecil dalam melaksanakan skim pensijilan MSPO.

Bagi pekebun kecil tersusun pula, pelaksanaan MSPO akan dibantu oleh agensi seperti FELDA, FELCRA, RISDA, SALCRA, SLDB, KESEDAR dengan kerjasama MPOB.

Didik pelajar dan ibu bapa kepentingan pemakanan sihat Pelajar berinteraksi dengan pegawai penyelidik MPOB di pameran sempena Program Kajian Nutrisi

di SK Taman Jasmin, Bangi.

Pegawai MPOB yang mengikuti kursus intensif MSPO di Bangi.

40 sekolah sertai kajian pemakanan asas sawit

Page 9: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT10 − SABTU, 1 DECEMBER 2018

Lawatan Kerja Kumpulan Teknikal Kesatuan Eropah ke Malaysia penghujung Oktober

lalu, dilihat lebih tertumpu kepada isu berkaitan tanah gambut.

Ini kerana tanah gambut ber­kemungkinan besar akan disena­raikan sebagai salah satu subjek semakan utama di dalam Kriteria Penebangan Hutan Bahan Bakar Bio yang dijangka akan diperkenal­kan oleh Kesatuan Eropah (EU) di bawah Arahan Tenaga Boleh Diper­baharuinya (RED) pada tahun depan.

Pada Julai lalu, teks asal RED yang diterbitkan pada 2009 dise­mak semula dan dipersetujui oleh organisasi berkaitan di EU. Versi teks RED yang baharu ini mempunyai satu pindaan penting yang berkait rapat dengan tanah gambut.

Dalam dokumen asal RED, tarikh akhir penggubahan peng ­gunaan tanah gambut untuk menghasilkan bahan bakar bio ditetapkan sama dengan hutan. Contohnya, jika sesuatu kawasan tanah gambut sudah dimajukan untuk menghasilkan bahan bakar bio selepas Januari 2008, bahan bakar bio berkenaan tidak layak untuk dipertimbangkan di bawah RED.

Perkara ini sudah dipinda di dalam teks baharu RED. Sebagai tambahan kepada tarikh akhir Januari 2008, RED menyatakan bahan mentah untuk dijadikan sebagai bahan bakar bio hanya boleh dipasarkan di EU sekiranya

“negara pengeluar mempunyai undang­undang kebangsaan dan/atau undang­undang yang lebih kecil (seperti undang­undang negeri atau peraturan­peraturan yang berkaitan) yang terpakai ke atas kawasan pengeluaran bahan mentah tersebut serta sistem pen­gawasan & penguatkuasaan lain yang bertujuan memastikan kawa­san yang dikenalpasti oleh undang­undang antarabangsa/kebangsaan atau oleh pihak berkuasa, terma­suklah kawasan tanah lembap dan tanah gambut, untuk tujuan perlindungan alam semula jadi dilindungi.”

Teks RED yang disemak ini juga

menyatakan jika undang­undang ini tiada, sistem pengurusan yang melindungi fungsi itu boleh dite­rima pakai.

Muslihat EU Bagaimanapun, perubahan sebe­nar yang tersembunyi adalah hasrat EU untuk memperkenalkan kriteria baharu iaitu kriteria “beri­siko” untuk kawasan mempunyai simpanan karbon yang tinggi (high carbon stock (HCS) seperti kawasan tanah gambut.

Perkara ini sedang diteliti oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah yang dijangka akan mengeluarkan satu laporan berkaitan perkara ini pada Februari 2019 untuk pertim­bangan dan persetujuan daripada Majlis Kesatuan Eropah dan Parli­men Kesatuan Eropah.

Ini berdasarkan teks pindaan RED yang menyatakan, sekira­nya pengeluaran sesuatu bahan mentah untuk menghasilkan bahan bakar bio didapati berkem­bang dengan ketara sehingga men­gancam kawasan HCS, termasuk kawasan tanah gambut, bahan mentah itu akan dianggap sebagai ‘berisiko tinggi’ di bawah Peruba­han Penggunaan Tanah secara Tidak Langsung (Indirect Land Use Change (ILUC).

Ini adalah muslihat yang digu­nakan oleh EU dalam cubaannya untuk melabel semua minyak sawit sebagai “berisiko” atau “beri­siko tinggi”, walaupun tidak semua minyak sawit dihasilkan daripada kawasan tanah gambut.

Adakah ini akan mengancam minyak sawit Malaysia? Kemungki­nan itu ada. Tidak dinafikan terda­pat beberapa kawasan tanaman sawit yang sudah berkembang sehingga ke kawasan tanah gambut.

Tiada penjelasan terperinciNamun, versi teks baharu RED tidak menjelaskan dengan terpe­rinci bagaimana ia akan menilai atau mengesahkan sesuatu bahan mentah itu sebagai ‘berisiko rendah’ atau ‘tiada risiko’.

Contohnya jika minyak sawit dari sesebuah negara didapati dihasilkan daripada kawasan

Hipokrasi EU terhadap isu tanah gambut

Ada pihak tertentu ingin lihat penggunaan minyak sawit diharamkan

tanah gambut, adakah ini bermak­na semua minyak sawit dihasilkan oleh negara pengeluar lain akan dianggap sebagai ‘berisiko tinggi’ juga?

Oleh itu, penting bagi EU memastikan Kriteria Penebangan Hutan yang sedang dirangkanya tidak akan menggugat negara, syarikat dan pihak berkuasa tidak bersalah.

Delegasi EU perlu sedar, Asia Tenggara bukanlah satu­satunya rantau di dunia ini yang sudah dan sedang bergantung kepada kawa­san tanah gambut sebagai sumber tenaga, punca pendapatan dan perdagangan.

Tanggapan bahawa pence­maran daripada tanah gambut hanya berlaku di rantau ASEAN adalah salah. EU tidak perlu men­jadi hipokrit dengan mengabaikan isu pencemaran daripada tanah gambut di negara anggota mereka.

Kajian oleh penyelidik Jerman yang bertajuk Peatlands in the EU Regulatory Environment diter­bitkan tahun lalu menunjukkan pencemaran yang berkait rapat dengan tanah gambut di EU, iaitu daripada saliran sahaja, menyum­bang kira­kira 270 juta tan karbon dioksida ekuivalen (CO 2 ­eq) pada setiap tahun.

Jumlah ini berada di tempat kedua di belakang jumlah pence­maran yang berlaku di Indonesia. Ini bermakna, pencemaran dari­pada tanah gambut di EU adalah lebih tinggi daripada pencemaran yang berlaku di Malaysia.

Kajian mengesahkanKajian lain juga menunjukkan, EU menyumbang kepada pencemaran yang tinggi akibat daripada pelu­pusan tanah gambutnya.

Satu kajian komprehensif berta­juk The Global Peatland CO 2 Pictu­re oleh Wetlands International dan Greifswald

University menunjukkan, EU sebagai sumber pelepasan karbon dioksida daripada tanah gambut yang kedua tertinggi di dunia.

Kajian ini juga mengesahkan, sebahagian besar daripada pence­maran ini adalah akibat daripada aktiviti pertanian dan perhutanan.

Lebih terperinci, laporan ini juga mendedahkan Finland (50 juta tan), Jerman (32 juta tan) dan Poland (24 juta tan)

sebagai negara penyumbang utama pencemaran dari tanah gambut di EU.

EU juga perlu sedar bahawa pencemaran daripada tanah gambut tidak hanya terjadi apabila ia dikeringkan tetapi juga apabila tanah gambut dimajukan untuk pertanian.

Fenomena ini tersebar luas di

seluruh dunia, termasuklah di EU. Contohnya di Jerman, kira­kira 7.3% daripada tanah pertaniannya terdiri daripada tanah gambut tetapi ia menyumbang lebih 30% jumlah pencemaran karbon di negara itu.

Di EU, tanah gambut diang ­garkan menyumbang kira­kira 90% daripada jumlah pelepasan karbon yang berkaitan dengan tanah pertanian.

EU perlu sedar, tanah gambut di Jerman juga digunakan untuk tanaman jagung yang kemudi­annya digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan gas bio, iaitu sejenis bahan bakar bio.

Pertikaian berkaitan tanah gambut dan bahan bakar bio tidak semudah dengan mengharamkan penggunaan tanah gambut untuk tujuan menghasilkan bahan api ini.

Hiprokasi perlu didedahkanHakikatnya, perbahasan ini adalah hasrat beberapa pihak tertentu di EU yang ingin meli­hat penggunaan minyak sawit diharamkan untuk tujuan bahan bakar bio di rantau terbabit.

Sekiranya tanah gambut ber­jaya disenaraikan dalam Kriteria Penebangan Hutan Kesatuan Eropah, ia akan memberi isyarat yang jelas kepada negara pengelu­ar minyak sawit bahawa isu tanah gambut sedang digunakan seba­gai ‘senjata’ untuk menghalalkan sekatan baharu ke atas minyak sawit.

Mana­mana kriteria Peneban­gan Hutan seperti ini harus dilihat sebagai satu bentuk diskrimina­si menjijikkan terhadap negara membangun dan secara terang­terangan melanggar peraturan perdagangan bebas.

Hipokrasi EU berkaitan isu tanah gambut ini perlu dide­dahkan kepada umum. EU tidak boleh sewenang­wenangnya men­dakwa apa­apa sekatan baharu ke atas minyak sawit disebabkan oleh isu penggunaan dan pence­maran tanah gambut adalah satu tindakan yang betul.

Jika dakwaan ini diwartakan oleh EU, ia harus dilihat bukan sebagai kenyataan berkaitan polisi (dasar) tetapi sebagai satu kenyataan yang menggambarkan kejayaan hasratnya menyekat import bahan bakar bio bera­saskan minyak sawit.

Kumpulan teknikal EU tidak ragu­ragu bertanya mengenai isu tanah gambut ketika lawatan mereka ke Malaysia bulan lalu.

Apabila mereka pulang ke Brus­sels, Berlin, London dan bandar lain di Eropah, mereka juga perlu mengajukan soalan serupa di sana. Jika tidak, hipokrasi mereka men­genai isu tanah gambut adalah benar dan nyata belaka.

(Artikel ini telah disunting dan diterjemahkan semula daripada artikel asal yang bertajuk, “EU Hypocrisy on Peat.” Sila layari www.theoilpalm.org untuk men-dapatkan salinan asal artikel ini.)

Bebas lemak trans Mudah dihadam Sumber tenaga yang sangat baik

Sumber asid lemak yang penting

Khasiat yang seimbang

Kesan neutral ke atas kolesterol dalam darah

Untuk maklumat lanjut, lawati www.mpoc.org.my

Bebas kolesterol

Antioksidan yang membantu mencegah strok

Antioksidan yang membantu menghindar kanser

KHASIATkanser

Membantu meningkatkan paras kolesterol baik - HDL

Mengandungi Vitamin E tokotrienol

Fakta menarik tentang khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia

LemakTrans

Page 10: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

Negara kita dikurniakan dengan pelbagai nikmat

dan kemewahan alam seki-tar. Kelapa sawit adalah antara anugerah Allah yang paling bernilai kepada negara kita.

Keadaan geografi di Malay­sia memperkasakan lagi pertumbuhan pokok kelapa sawit di Malaysia. Hampir kesemua barangan komoditi bersumberkan kelapa sawit.

Dalam perkembangan teknologi yang mampan saban tahun, penggunaan kelapa sawit semakin me ­ningkat.

Peningkatan penggunaan ini akan mendorong kepada kemajuan ekonomi negara yang banyak disumbang oleh hasil kelapa sawit.

Kelapa sawit digunakan secara meluas dalam pem­buatan produk makanan misalnya minyak masak, marjerin dan vanaspati.

Selain itu, ia digunakan dalam produk bukan maka­nan seperti sabun dan kosme­tik. Sekiranya penggunaan minyak sawit terus diperluas, semakin tinggi pendapatan yang dapat dijana.

Penduduk Malaysia mem­peroleh pelbagai manfaat hasil pendapatan industri sawit negara yang dilihat sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara.

Hal ini kerana tanaman sawit adalah pelbagai guna.

Menurut ahli geologi, sehingga Disember 2017, ladang kelapa sawit menyum­bang 77% tanah pertanian atau kira­kira 15% daripada jumlah kawasan tanah di Malaysia.

Hal ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat memerlukan tanaman sawit yang diyakini menja­min kesejahteraan hidup terutama kepada pengusaha dan pekebun kecil sawit.

Bagaimanapun, sejak

kebelakangan ini penggu­naan sawit dalam kalangan­masyarakat kian menurun. Hal ini berpunca daripada ekonomi negara yang tidak stabil.

Ekonomi negara yang tidak stabil menjejaskan harga sawit. Harga sawit kini­berada di paras yang mem­bimbangkan, sementara kos seperti baja, racun dan upah selenggara terus meningkat.

Menurut Menteri Industri Utama, Teresa Kok, harga minyak sawit tempatan merosot disebabkan lebihan bekalan komoditi di seluruh negara.

Oleh itu, pihak kerajaan mengambil langkah inisiatif bagi meningkatkan penggu­naan kelapa sawit.

Apabila penggunaan kelapa sawit dalam masya­rakat meningkat, ia akan memberi impak besar yang positif kepada negara. Hasil daripada sawit bukan sahaja dapat digunakan oleh masya­rakat tempatan, malah ia juga dapat dieksport ke negara jiran seperti Indone­sia, Thailand, Vietnam, Fili­pina dan Singapura.

Selain itu, dengan adanya kempen promosi sawit, penggunaannya kini makin meningkat. Hal ini kerana masyarakat akan lebih gemar memilih hasil daripada pem­prosesan sawit berbanding barangan lain.

Tambahan pula sawit bukan sahaja boleh diguna pakai dalam industri ma ­sakan, malah ia juga boleh digunakan dalam industri kosmetik yang mendapat per­mintaan tinggi masyarakat zaman kini terutamanya dalam kalangan wanita.

Masyarakat tempatan akan memilih produk yang tidak menggunakan bahan­pengawet. Kesannya, kebersi­hannya akan lebih terjamin.

Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia yang berhe­mah hendaklah menyokong­penggunaan produk tempa­tan.

Hal ini dapat me ning ­kat kan kualiti sekali gus penggunaan produk sawit, sesuai dengan pepatah orang dahulu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan mengenai

industri sawit negara dan antarabangsa berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN DISEMBER 2018

KEPUTUSAN PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT NOVEMBER 2018

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: Biodiesel bahan api mesra alam. Bincangkan.

Kategori 2 – AwamTajuk: Pelaksanaan program biodiesel tingkat penggunaan minyak sawit. Bincangkan.

Tiga pemenang utama bagi setiap kategori akan menerima;− Hadiah Pertama : RM250− Hadiah Kedua : RM200− Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran JANUARI 2019.

PEMENANG KATEGORI 1Pelajar Sekolah Menengah Hadiah Pertama Muhammad Aqil AzhamSekolah Menengah Sains DungunTerengganu

Hadiah Kedua Tiada Pemenang

Hadiah KetigaTiada pemenang

PEMENANG KATEGORI 2Awam

Hadiah Pertama Hamzah Abd HamidSandakan, Sabah

Hadiah Kedua Mohammad Suffian FauziKuala Terengganu, Terengganu

Hadiah KetigaSiti Aishah ZakariaSegambut, Kuala Lumpur

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5− Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas. − Bukan kakitangan MPOB.− Panjang esei di antara 500 - 700 patah kata− Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor telefon, alamat email (jika ada) nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport.− Keputusan juri adalah muktamad.− Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Disember 2018.− Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita SawitIbu Pejabat MPOB, 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)Email: [email protected]

MUHAMMAD AQIL AZHAM Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Ketika ini, sektor minyak sawit menjadi salah

satu industri utama dalam menyumbangkan pendapa-tan ekonomi negara apabila pada 2017 mencatatkan RM77.8 bilion atau 55.5% ber-banding RM67 bilion pada 2016.

Pelbagai cabaran dan usa ha dihadapi dalam me ­ningkatkan pendapa tan negara dengan me ning ­katkan kepelbagaian aplikasi minyak sawit bagi mengha­silkan produktiviti yang dite­rima pakai.

Ini sekali gus menarik minat pelabur dalam dan luar negara seterusnya men­dapat permintaan tinggi di pasaran global. Keberhasilan ini disebabkan perkemban­gan dalam bidang penyeli­dikan dan pembangunan (R&D) yang berperanan mem pelbagaikan produk berasaskan minyak sawit.

Pengenalan dan pembabi­tan industri oleokimia men­jadi perintis buat penyelidik MPOB untuk meluaskan lagi aplikasi minyak sawit dan menjadikan ia mampan serta boleh diperbaharui.

Antaranya dalam aplika­si pemakanan, pemurnian minyak sawit biasanya dila­kukan sebelum diolah men­jadi berbagai produk. Pemur­nian ini menghasilkan minyak sawit RBD (refined, bleached and deodorized).

Seterusnya ia dipecahkan menjadi produk minyak olein dan stearin. Minyak olein yang digunakan seba­gai minyak goreng di rumah, gerai, restoran mahupun di tempat kerja sangat laris di seluruh dunia sebagai bahan utama industri masakan.

Ini kerana minyak sawit bagus untuk kesihatan dan mesra alam. Ini dibuktikan

minyak sawit kaya dengan vitamin A dan E dan yang paling penting bebas koles­trol. Kandungan kolestrol berlebihan dalam badan akan mudah diserang penya­kit kro nik seperti masalah jan tung. Tambahan pula, minyak sawit bebas dari lemak trans berbahaya.

Pakar pemakanan me ­ngesyorkan pengguna untuk menggunakan minyak sawit kerana ia baik untuk kesiha­tan.

Perkembangan industri kosmetik ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ini kerana setiap hari banyak barangan kosmetik dari pelbagai jenama membanji­ri pasaran kerana permin­taannya tinggi. Namun, kebanyakan alat kosmetik yang dipasarkan tidak men­janjikan ia selamat digu­nakan dan kesan jangka masa panjang.

Melalui inisiatif ini, MPOB menghasilkan kosmetik berasaskan sawit. Produk kosmetik berasaskan sawit mengandungi bahan aktif semula jadi seperti vitamin E dan A dan bebas bahan kimia berbahaya seperti

‘hydroquinone’ yang sering digunakan dalam produk kecantikan lain.

Kelebihan lain seperti struktur, ketahanan untuk patah dan tidak mudah ber­peluh. Ia juga dapat menyela­matkan bibir yang merekah dan terjamin selamat apabi­la termakan.

Menurut penilaian dari Cosmetic Ingredient Review (CIR) yang berpusat di Was­hington D.C, Amerika Syari­kat, kosmetik dan penjagaan diri berasaskan minyak sawit selamat digunakan.

Permintaan tinggi mi ­nyak dan gas di pasaran, mengurangkan simpanan stok minyak negara. Ini kerana saban hari, berlaku­nya penambahan kenderaan di jalan raya.

Penyelidikan MPOB bagi menghasilkan lebih banyak produk hiliran berasaskan sawit serta mesra alam membuahkan hasil melalui teknologi biodiesel.

Penggunaan biodiesel B5 diperkenalkan pada Jun 2011 seterusnya meningkat ke B7 dan dalam perancangan untuk meningkatkan lagi penggunaan biodiesel ke B10.

Biodiesel yang mesra alam ini sekali gus mengu­rangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang makin hari berkurangan.

Tambahan pula kerajaan tidak perlu mengimport bahan api fosil seperti petro­leum secara besar­besaran dari negara luar pada masa akan datang. Ini dapat men­gurangkan perbelanjaan negara.

Sebaliknya mengeksport bahan api berasaskan sawit ke negara pengguna ter­masuk Eropah, sekali gus meningkatkan sumber pen­dapatan negara.

HAMZAH ABD HAMID Sandakan, Sabah

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Promosi minyak sawit bantu peningkatan penggunaannya

Penggunaan minyak sawit dalam pelbagai aplikasi, mampu tingkatkan produktiviti

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 1 DISEMBER 2018 − SABTU 11

Apabila penggunaan kelapa sawit dalam masyarakat meningkat, ia akan memberi impak besar yang positif kepada negara. Hasil daripada sawit bukan sahaja dapat digunakan oleh masyarakat tempatan, malah ia juga dapat dieksport ke negara jiran”

Page 11: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Pelan ... · mempertimbangkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” ... sana program biodiesel

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT12 − sabtu, 1 disember 2018

Teresa Kok ketika mendengar penerangan mengenai perosak sawit ketika melawat pameran sempena pelancaran Pelan Biosekuriti Industri Sawit Malaysia di Ibu Pejabat MPOB, Bangi.

Para pesara Kementerian Industri Utama (MPI) dan agensi beramah mesra dengan Menteri Industri Utama, Teresa Kok sempena majlis Perhimpunan MPI dan Majlis Kejayaan Dirai, Bakti Disanjungi di Putrajaya.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar dan guru yang menghadiri program Sayangi Komoditi di Sibu, Sarawak.

Forum teknikal MPOB-Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) yang dipengerusikan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din di Ibu Pejabat MPOB, Bangi, Selangor.

Pemenang Anugerah Industri Sawit 2017/2018 sektor pengilangan, pelumat isirung, penapis dan oleokimia bergambar bersama Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Kuala Lumpur, baru-baru ini.