tembikar

67

Click here to load reader

Upload: miss-iza

Post on 12-Jun-2015

15.396 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEMBIKAR

TEMBIKARDISEDIAKAN OLEH :

RAZNIZA BT MOHAMMADPENSYARAH PEMBIMBING :EN ZAKARIAH BIN GHANI

KOMPONEN AMALI BAHASA VISUAL PERBANDINGANBAHAGIAN B (3102) :-

Page 2: TEMBIKAR

LABU SAYONG

LABU GELUGOR

Page 3: TEMBIKAR

SEJARAH LABU SAYONG• Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke

Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini

• Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

Page 4: TEMBIKAR

LABU SAYONG TRADISIONAL

Page 5: TEMBIKAR

LABU SAYONG DIMENSI BARU/

MODEN

Page 6: TEMBIKAR
Page 7: TEMBIKAR

FUNGSI TEMBIKAR

• Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati.

• Masyarakat Melayu telah menggunakan labu sebagai bekas untuk menyimpan air dan juga barangan lain sejak dari dahulukala lagi.

Page 8: TEMBIKAR

• Air yang disimpan di dalam labu akan menyejuk secara semulajadi dan enak untuk diminum. Adalah dipercayai kandungan mineral yang unik di dalam tanah liat yang digunakan untuk membuat labu, menjadikan air yang disimpan di dalam labu mempunyai khasiat untuk melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam.

• Sebelum menggunakan labu untuk menyimpan air, masukkan air ke dalam labu, biarkan semalaman dan buang air di dalamnya pada hari berikutnya. Ini diulang sebanyak 3 atau 4 kali sebelum airnya digunakan untuk diminum.

Page 9: TEMBIKAR

• Petua ini adalah bertujuan untuk membersihkan labu dan mengurangkan rasa payau air labu. Elakkan dari membasuh labu menggunakan sabun, kerana sabun akan meresap ke dalam labu dan air didalamnya menjadi kurang enak.

• Labu juga telah berkembang menjadi barangan perhiasan, sebagai contoh labu sayong tradisional yang telah diubahsuai bentuknya menjadi labu eksklusif.

Page 10: TEMBIKAR

TEKNIK MEMBUAT LABUTeknik Picit

Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari.

Teknik KepinganTanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan.

Page 11: TEMBIKAR

Teknik TuanganDilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris.

Teknik LingkaranTeknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong.

Page 12: TEMBIKAR

MOTIF DAN REKA CORAK

Bunga pecah empat

Pucuk rebungBunga cakar ayam Bunga cengkih

Bunga lawangBunga kedudut

Page 13: TEMBIKAR

Bunga tanjungBunga padi

Page 14: TEMBIKAR

ALAT DAN BAHAN• ALATAN :1. Ayak2. Dawai pemotong3. Pinggan4. Capah5. Penepek6. Penggelek, kayu pengukur, papan gelek7. Angkup luar8. Batu luru9. Pengukir kayu, kayu tera10.Lelarik11.Pelarik12.Span13.Pengukir besi, pengukir dawai, penepik kayu berukir

Page 15: TEMBIKAR

14.Tanur15.Tanah liat16.Sepuh17.Tong18.Rak19.Dll

Page 16: TEMBIKAR

GAMBAR ALAT DAN BAHAN

Page 17: TEMBIKAR
Page 18: TEMBIKAR

TANUR

Page 19: TEMBIKAR

PROSES PEMBUATAN

Page 20: TEMBIKAR

PEMILIHAN DAN PENYEDIAAN TANAH

•Tanah liat tulen dipanggil aluminium silikat, apabila dibakar akan menjadi warna putih.

•Boleh didapati dikawasan paya, sungai atau busut

Page 21: TEMBIKAR
Page 22: TEMBIKAR
Page 23: TEMBIKAR

MENYALAI TANAH

•Tanah yang diambil si salai diatas api.

• Tanah diletakkan diatas kepingan logam dan api dinyalakan dibawahnya.

•Bertujuan untuk mengeringkan tanah untuk ditumbuk

Page 24: TEMBIKAR
Page 25: TEMBIKAR
Page 26: TEMBIKAR

MENUMBUK DAN MENGAYAK TANAH

•Tanah yang telah disalai dan dikeringkan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki. •Tanah yang telah ditumbuk kemudiannya diayak untuk mendapatkan debu tanah dan bagi mengasingkan batu-batu kecil.

Page 27: TEMBIKAR
Page 28: TEMBIKAR

PENYEDIAAN SLIP

•Serbuk tanah air dan sodium silikat dicampur untuk menghasilkan slip. •Slip dihasilkan bertujuan untuk mencamtumkan bahagian-bahagian tembikar •Misalnya dalam proses membuat tembikar menggunakan teknik lingkaran atau teknik kepingan.

Page 29: TEMBIKAR
Page 30: TEMBIKAR

MENGULI• Mengaul dan menyebatikan adunan tanah

liat dengan menggunakan tangan. • Anak-anak batu dibuang semasa menguli.

Gelembung udara dipecahkan dan tanah liat dipastikan licin dan lembut.

• Bertujuan untuk memampatkan dan mengemaskan struktur jisim pada tanah liat.

• Dengan menggunakan dawai pemotong untuk memastikan tiada ruang udara

Page 31: TEMBIKAR
Page 32: TEMBIKAR

MENGGELEK

• Menggunakan tapak tangan untuk menggulung tanah liat yang akan digunakan dalam proses membentuk badan tembikar peringkat demi peringkat.

Page 33: TEMBIKAR
Page 34: TEMBIKAR

MEMBENTUK BADAN

• Dilakukan diatas pinggan,capah atau meja tempa.

• Teknik picit dan mencubit digunakan semasa membentuk badan.

Page 35: TEMBIKAR
Page 36: TEMBIKAR

MELICIN

• Melicinkan permukaan tembikar dengan menggunakan kayu pelicin atau pelarik.

• Apabila siap, tembikar dibiarkan sehingga separuh kering.

Page 37: TEMBIKAR

MEMBUAT TAPAK

• Disediakan dengan menggelekkan ketulan tanah liat dengan menggunakan penggelek dan kayu pengukur, kemudian dipotong dengan pisau.

• Bentuk tapak mengikut saiz yang dikehendaki.

Page 38: TEMBIKAR

MENCANTUM TAPAK

• Tapak dicantumkan ke badan tembikar. Kerja dilakukan dengan cermat dalam keadaan tembikar separuh keras supaya tapak kukuh.

Page 39: TEMBIKAR
Page 40: TEMBIKAR

MEMBINA MUNCUNG

• Langkah yang dijalankan sama seperti membina badan. Setelah tembikar menjadi separuh kering, kedua-dua bahagian tembikar ini disambung. Picitan dilakukan dengan teliti dan rapi supaya sambungan menjadi kukuh dan untuk memecahkan liang udara.

Page 41: TEMBIKAR

MERATAKAN MUNCUNG

• Bahagian muncung diratakan denga kayu.

• Bentuk muncung dipastikan seimbang dan tepat.

Page 42: TEMBIKAR

MEMOTONG HUJUNG MUNCUNG

• Bahagian hujung muncung yang berlebihan perlu dipotong supaya kelihatan kemas.

• Muncung dipastikan sama tebal.

Page 43: TEMBIKAR

MEMBUAT PANAI

• Hiasan mudah berbentuk jaluran timbul yang dibuat pada labu untuk memberi ciri keistimewaannya.

• Tembikar yang telah siap dikeringkan ditempat yang redup selama beberapa hari.

Page 44: TEMBIKAR

MENGILAP

• Labu yang separuh kering digilap dengan batu sungai supaya licin.

• Proses ini juga disebut proses peluruan

Page 45: TEMBIKAR
Page 46: TEMBIKAR

MENGHIAS

• Ragam hias yang sesuai dipilih untuk mementuk labu.

• Hiasan diukir atau ditekan dengan cermat dan tepat supaya tidak menimbulkan punca keretakan.

Page 47: TEMBIKAR
Page 48: TEMBIKAR

MENJEMUR LABU•Labu yang telah siap tidak boleh didedahkan terus kepada cahaya matahari bagi mengelakkannya daripada pecah atau merekah.

•Labu yang telah siap diletakkan di atas rak dan dibiarkan kering dengan suhu biasa. sebelum dijemur dikawasan yang panas.

•Mengambil masa beberapa hari untuk kering sebelum dibakar.

Page 49: TEMBIKAR
Page 50: TEMBIKAR
Page 51: TEMBIKAR

MEMBAKAR LABU•Dilakukan agar tembikar menjadi keras, pejal dan tidak telap air.

•Labu sayong biasanya dibakar dengan teknik tanur dedah.

•Sekarang labu dibakar dalam tanur moden, yang menggunakan tenaga elektrik dan gas.

•Keistimewaan penggunaan tanur moden adalah ia dapat dikawal semasa proses membakar labu dijalankan.

•Selain itu, ia juga dapat membakar sepuh hingga suhu yang paling tinggi iaitu 1326 darjah celcius.

Page 52: TEMBIKAR

Pembakaran tembikar terdiri daripada beberapa peringkat tertentu mengikut jenis yang

dikehendaki, antaranya ialah :Jenis tembikar Suhu (darjah celcius)

EarthenwareStonewarePorselinkristal

900-11501200-130013001300 dan ke atas

Page 53: TEMBIKAR
Page 54: TEMBIKAR

Lakaran reka bentuk

Page 55: TEMBIKAR
Page 56: TEMBIKAR

TEMBIKAR CHINA

Page 57: TEMBIKAR

Sejarah tembikar china• Pada zaman ini kebanyakan orang menganggap tembikar

dibuat sebagai barangan keperluan harian. Akan tetapi, pada zaman purba, tembikar China merupakan barangan yang dianggap amat berharga. Pada zaman purba, seorang raja di Eropah pernah mendapat 12 buah vas bunga cina dengan memberi 4 pasukan tentera kepada negara jirannya. Orang barat akan menyebut tembikar sebagai “China” walhal China banyak lagi mempunyai ciptaan lain yang lebih menakjubkan dan amat berharga.

• Pada zaman purba, tembikar China berkembang dari tembikar biru, tembikar putih dan tembikar bewarna. Membuat tembikar mestilah menggunakan bahan tanah kaolin, batu orthoclase dan kuarza, dipermukaannya disepuh glis, membakar tembikar mestilah pada suhu 1200 darjah centigrade. Harga dengan berbuat demikian, barulah tembikar lebih kukuh,menarik dan berkilat. Jika adunan dan peraturan membuat tembikar kurang sesuai misalnya unsur besi terlalu banyak, tembikar akan menjadi kecoklatan atau hitam dan tidak berguna lagi. Sehingga Dinasti Han, teknologi pembuatan tembikar semakin maju. Pada hujung Dinasti Tang, Wudai dan awal Dinasti Song, “Tanur Yue” di kawasan Shaoxing dan Yuyao di Provinsi Zhejiang China telah menghasilkan tembikar biru yang licin, warna glis yang halus dan rata. Tembikar putih yang dikeluarkan di “Tanur Xing” pada zaman Dinasti Tang warnanya seperti salji.

Page 58: TEMBIKAR
Page 59: TEMBIKAR

Ciri-ciri tembikar china

Page 60: TEMBIKAR

Mempunyai kepercayaan tertentu

• Kepercayaan timbul kerana maharaja adalah anak kepada tuhan dan mempunyai kedudukan yang tertinggi, dan dengan ini segala peristiwa perlu dimaklumkan kepadanya.

• Setiap orang mesti taat kepadanya dan tidak boleh memberontak.

Page 61: TEMBIKAR

Mempunyai motif hiasan-hiasan yang simbolis

• Seni reka pada tembkar bukan hiasan semata-mata sebaliknya mempunyai makna dan falsafah tertentu dalam pandangan semesta (worldview) masyarakat berkenaan. Contohnya :

• Feng Huang iaitu burung khayalan atau merak lambang kepada ratu yang menjadi petanda baik, membolehkan mereka lebih yakin dalam menjalankan tugasan atau kerja harian mereka.

• Long atau naga yang hidup di udara, laut atau daratan adalah simbol hujan. Simbol naga juga menunjukkan jiwa yang baik dan lemah lembut seperti air.

• Kuku naga bercabang tiga adalah lambang bagi kegunaan rakyat biasa, manakala kuku yang bercabang lima dikatakan untuk keluarga diraja. Ia juga dikaitkan dengan kepercayaan kepada tian-zi.

• Ada juga motif-motif lain yang tidak lebih sebagai bahan hiasan semata-mata seperti teratai dan awan disekeliling seni hias utama.

Page 62: TEMBIKAR

Mempunyai cap materi atau cap pembuatnya

• Biasanya diterakan pada bahagian bawah tembikar kecuali beberapa jenis tembikar hidangan.

• Cap materi atau cap pembuat tembikar mempunyai makna-makna tertentu

• Tembikar-tembikar swatow biasanya dicirikan oleh teraan cap pembuatnya dipermukaan atas tembikar.

• Beberapa frasa cap teraan itu pula secara langsung ditujukan kepada keagungan pemerintahan yang ada. Contohnya :

• Bermaksud “rasmi”- digunakan pada zaman Dinasti Tang, Dinasti Sung dan Dinasti Lio.

• Bermaksud “suci” -tanda penghargaan dari Zaman K’ang His 1622-1722

• Bermaksud “kecantikan terulung”- nama sebuah istana dari zaman Dinasti Sung (960-1279)

• Bermaksud “taman bunga”- merujuk kepada nama sebuah istana atau balai penghadapan dari Dinasti Sung (960-1279)

Page 63: TEMBIKAR

Reka corak

• Tembikar China mempunyai motif yang tersusun dalam bentuk pelbagai corak.

• Corak digubah secara bergambar (pictorial) atau yang lebih popular ialah corak dalam gambar.

• Penggunaan warna biru kobalt parsi yang berkualiti tinggi dikenali sebagai “ Biru Muhammad” (hui hui qing) yang digunakan bagi mewarnakan hiasan seramik mereka.

Page 64: TEMBIKAR

Bahan dan alat

• Bahan utama yang digunakan ialah tanah koalin, batu orthoclase dan kuarza.

• Tembikar yang digunakan sebagai periuk hanya diperbuat daripada tanah liat.

• Kebanyakkan hasil tembikar disepuh kerana negara China, teknik sepuh telah digunakan sejak zaman- berzaman.

• Hasil tembikar di bakar di dalam relau yang menggunakan bahan api kayu.

Page 65: TEMBIKAR

Seni seramik banyak mempengaruhi bentuk dan gaya seni seramik di tempat-tempat lain dan begitu juga sebaliknya.

• Permintaan yang meningkat ke atas barangan seramik China mengakibatkan industri-industri seramik dibangunkan di tempat-tempat lain termasuklah di Timur Tengah dan Asia Barat.

• Pada abad ke 16 masihi, reka corak serta penggunaan ayat suci orang-orang islam iaitu Al-Quran dan puisi Parsi telah mula dimasukkan ke dalam barangan seramik mereka.

• Namun demikian kualiti seramik mereka tidak dapat menandingi apa yang telah dihasilkan oleh China.

• Hal ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran budaya antara tamadun China dan tamadun lain.

Page 66: TEMBIKAR

Mempunyai mutu yang tinggi dan hasil kerja yang halus

• Kunci mengapa tembikar china boleh berkembang dengan sangat pesat adalah kerana para pembuat tembikar yang sememangnya amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap penghasilan.

• Seramik dan porselin China yang ditemui oleh pengkaji sejarah telah menunjukkan bagaimana artisan seramik China amat mementingkan kualiti bahan yang digunakan.

• Jesteru itu, tidak hairanlah tembikar China mempunyai permintaan yang tinggi dan amat terkenal.

Page 67: TEMBIKAR