temasya sukan tahunan

7
Nama : Yon Khairani binti Kassim No KP : 620101-01-6034 Kursus : NPQEL 1/2013/SMI 3 Soalan : Anda ditugaskan menguruskan Temasya Sukan Tahunan Sekolah. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas temasya tersebut. DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. 1 Justeru, dengan akta ini setiap murid harus melibatkan diri dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun Hasrat ini didokongi Dasar Sukan Negara ,Slogan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan dan beberapa surat pekeliling ikhtisas yang lain . Melalui SPI 16 /2010 dasar 1M1S perkenalkan. Agenda memperkasa sukan negara dijelaskan di mana setiap pelajar diwajibkan menyertai 1 KPM(1996), Akta Pendidikan 1996

Upload: khairani-kassim

Post on 05-Dec-2014

150 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Temasya Sukan Tahunan

Nama : Yon Khairani binti Kassim

No KP : 620101-01-6034

Kursus : NPQEL 1/2013/SMI 3

Soalan : Anda ditugaskan menguruskan Temasya Sukan Tahunan Sekolah. Nyatakan

langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas temasya tersebut.

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepadaTuhan. 1 Justeru, dengan akta ini setiap murid harus melibatkan diri dengan

menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun Hasrat ini didokongi Dasar Sukan Negara

,Slogan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan dan beberapa surat pekeliling

ikhtisas yang lain . Melalui SPI 16 /2010 dasar 1M1S perkenalkan. Agenda memperkasa

sukan negara dijelaskan di mana setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti sukan.Aktiviti

sukan juga dijalankan sepanjang tahun dan diambil kira apabila ingin memohon IPTA atau

IPTS.

Pelbagai aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun di sekolah dan semua sekolah

pasti akan mengadakan temasya sukan tahunan. Dari sudut pengurusan ,temasya sukan

tahuan ini dijalankan mengikut empat prinsip pengurusan iaitu POLC atau merancang(plan),

mengelola(organise),memimpin(lead) dan mengawal(control).Pada peringkat merancang,

pengetua bersama GPK Kokurikulum akan menetapkan tarikh temasya sukan di dalam

Takwim Sekolah . Selain tarikh , nama guru ketua rumah sukan, senarai guru-guru rumah

sukan dan jadual latihan rumah sukan juga ditentukan.Seterusnya, perjumpaan atau

1 KPM(1996), Akta Pendidikan 1996

Page 2: Temasya Sukan Tahunan

mesyuarat rumah sukan akan diadakan dan ini selalunya diadakan pada minggu kedua tahun

persekolahan.Selain itu mesyuarat kecil dengan guru ketua rumah sukan juga diadakan untuk

memberi penerangan tentang acara yang dipertandingkan dan penyerahan borang-borang

penyertaan. Mesyuarat ini penting untuk memastikan semua guru yang diberi tanggungjawab

faham hasrat dan kehendak pentadbiran.

Seterusnya peringkat mengelola (organize). Pada peringkat ini semua jawatankuasa

diberi tanggunjawab untuk melaksana latihan rumah sukan. Pada kebiasaannya satu Latihan

Kejurulatihan akan diberikan dalam sesi LADAP untuk memastikan guru dapat menjalankan

tugas mereka dengan berkesan. Disini pengetua menurunkan kuasa atau membuat

“empowerment” kepada GPK Kokurikulum dan guru-guru untuk melaksana tugas. Pada

masa yang sama beberapa jawatankuasa saperti jawatankuasa induk dan jawatankuasa

pelaksana akan melaksana aspek teknikal saperti penyediaan padang, peralatan ,membuat trek

dan memastikan peralatan untuk acara sukan mencukupi dan dalam keadaan yang

memuaskan. Pengetua atau GPK Kokurikulum atau Setiausaha Sukan akan sentiasa

membimbing guru-guru dari masa ke semasa. Beberapa mesyuarat atau perjumpaan

“informal” akan diadakan untuk memantau perkembangan program..Pada peringkat pra

temasya ini pelbagai tugas dijalankan. Setiausaha sukan dan jawatankuasa terlibat akan

membuat senarai jawatankuasa sukan tahunan,menempah hadiah serta cenderahati,dan

menempah makanan. Selain itu surat jemputan pada tetamu dan ibubapa dihantar.

Seterusnya ujian tara dan raptai akan diadakan. Ujian tara amat penting kerana semua

pelajar terlibat dan penglibatan mereka menyumbang kepada markah rumah sukan masing-

masing. Disini dilihat bahawa murid diasuh bekerjasama sebagai satu pasukan dan Konsep

Sukan untuk Semua diamalkan. Seterusnya diadakan raptai. Raptai adalah satu mekanisme

untuk membimbing supaya sebarang kekurangan dapat ditambahbaik sebelum temasya

tersebut diadakan.

Page 3: Temasya Sukan Tahunan

Pada peringkat mengelola pengetua menubukan beberapa jawatankuasa dengan

mengambil kira beban tugas dan kepakaran guru didalam bidang masing-masing.Peringkat

mengelola dan membimbing berlaku hampir serentak. Dalam mengelola persiapan temasya

sukan pengetua akan memberi panduan,bimbingan teguran dan tunjuk ajar agar matlamat

menjayakan temasya sukan dengan cemerlang tercapai.Sebagai pengurus, pengetua juga akan

bertindak sebagai penyelia dan akan menetapkan piawai pencapaian yang diharapkan. Sistem

maklum balas dijalankan supaya pemantauan dijalankan secara berkala.

Seorang pengetua yang mahir amalan pengurusan, akan mengawal (control) bukan

sahaja pada peringkat akhir malah pada peringkat perancangan dan pengelolaan program.

Seterusnya temasya sukan diadakan.GPK Kokurikulum akan memberi taklimat khas kepada

semua guru.Pada sebelah pagi persiapan di padang dijalankan dan pada sebelah petang

temasya sukan berlangsung sebagaimana dirancang. Pada lazimnya sukan akan diadakan

pada sebelah petang untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.Selesai

temasya Setiausaha Sukan perlu menyediakan laporan bertulis untuk diserahkan pada

pengetua. Laporan ini mengandungi laporan lengkap program berserta kekuatan serta

kelemahan. Dikebanyakkan sekolah laporan sahaja tidak memadai kerana akan ada satu

mesyuarat post mortem .Post mortem dijalankan untuk tujuan kawalan kualiti atau mutu.

Kekuatan dan kelemahan program dikenalpasti. Pengetua akan memastikan pembetulan dan

pemulihan dijalankan untuk menambahbaik program dan pencapaian.

Selaras dengan konsep sukan untuk kecemerlangan, atlet yang berjaya dalam temasya

sukan sekolah akan mewakili sekolah keperingkat daerah dan negeri. Mereka dibimbing oleh

guru-guru pada hari- hari tertentu untuk menjalankan latihan intensif. Konsep mengawal

kualiti disini perlu kerana kecemerlangan adalah matlamat utama seorang pengetua strategik

Page 4: Temasya Sukan Tahunan

Kesimpulannya, dalam mencapai kecemerlangan dalam apa saja program yang

dianjurkan baik temasya sukan tahunan mahupun aktiviti lain ,seorang pemimpin atau

pengetua harus tahu konsep pengurusan .POLC adalah satu alat membantu pengetua

mengurus program secara sistematik agar matlamat kecemerlangan sukan saperti yang

harapkan tercapai.

Page 5: Temasya Sukan Tahunan

Rujukan

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999), Akta Pendidikan 1996, Kuala Lumpur ,

Law Publisher.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010),Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 16 Tahun

2010.

3. Dr.Shariffa Jamelah Al Sebberan,(2012) Modul 2: Pengurusan Kokurikulum [Nota

Kuliah] IAB, Malaysia.