teks ucapan pengerusi majlis guru besar sjkc untuk pertandingan syarahan dan ujian bertulis bahasa...

2
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR SJKC UNTUK PERTANDINGAN SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS BAHASA MALAYSIA SJKC PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2016 Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para hadirin. Yang Dihormati Saudari Pengacara Majlis. Yang Berbahagia Tuan Zainal Abidin Bin Mohd Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Yang Berusaha Ahli-Ahli Majlis Guru Besar SJKC Hulu Selangor, Pengerusi PIBG Dan Lembaga Pengelola Sekolah, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin sekalian yang berjaya menghadirkan diri serta melibatkan diri dalam Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Hulu Selangor 2016 pada tahun ini. Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian, Buat pertama kalinya sekolah saya terlibat dalam menganjurkan Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Hulu Selangor pada hari ini. Selaku Pengerusi MGB, saya berasa amat bertuah kerana telah diberi mandat untuk menjayakan program ini. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan murid- murid SJK(C) menguasai serta mempertingkatkan taraf Bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan kita tidak mahu murid-murid dalam kalangan sekolah SJKC ketinggalan dalam Bahasa Malaysia. Di samping itu, kita juga mahu menggalakkan murid-murid di SJKC bertutur dalam Bahasa Malaysia. Hal ini dapat melatih murid-murid ini menggunakan Bahasa Malaysia setanding dengan murid-murid di Sekolah Kebangsaan. Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin sekalian,

Upload: anati-azizan

Post on 09-Jul-2016

251 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pertandingan syarahan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar Sjkc Untuk Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Sjkc Peringkat Daerah Hulu Selangor 2016

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR SJKC UNTUK PERTANDINGAN SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS BAHASA MALAYSIA SJKC

PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2016

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para hadirin.

Yang Dihormati Saudari Pengacara Majlis.

Yang Berbahagia Tuan Zainal Abidin Bin Mohd Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor.

Yang Berusaha Ahli-Ahli Majlis Guru Besar SJKC Hulu Selangor, Pengerusi PIBG Dan Lembaga Pengelola Sekolah, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin sekalian yang berjaya menghadirkan diri serta melibatkan diri dalam Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Hulu Selangor 2016 pada tahun ini.

Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian,

Buat pertama kalinya sekolah saya terlibat dalam menganjurkan Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Hulu Selangor pada hari ini. Selaku Pengerusi MGB, saya berasa amat bertuah kerana telah diberi mandat untuk menjayakan program ini.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan murid-murid SJK(C) menguasai serta mempertingkatkan taraf Bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan kita tidak mahu murid-murid dalam kalangan sekolah SJKC ketinggalan dalam Bahasa Malaysia. Di samping itu, kita juga mahu menggalakkan murid-murid di SJKC bertutur dalam Bahasa Malaysia. Hal ini dapat melatih murid-murid ini menggunakan Bahasa Malaysia setanding dengan murid-murid di Sekolah Kebangsaan.

Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin sekalian,

Selain itu, murid-murid yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Bahasa Malaysia pasti teruja apabila dapat menyertai pertandingan seperti ini. Hal ini sekaligus dapat menanam semangat cintai Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid.

Akhir kata, saya berharap agar pertandingan seumpama ini diteruskan dan usaha seperti ini digiatkan tanpa jemu. Semoga majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana pertandingan syarahan dan ujian bertulis kerana bertungkus lumus membuat persediaan untuk menjayakan program ini.

Sekian terima kasih.