teks ucapan karnival bahasa cina

3
KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN ENCIK ZAINAL BIN BUANG Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana memberi kepercayaan dan keyakinan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pontian untuk menjayakan Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri Johor Tahun 2015. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengerusi dan ahli- ahli jawatankuasa penganjur Karnival Bahasa Cina Tahun 2015 yang telah berjaya menghimpunkan peserta-peserta dari SJK (C), SK dan SMK Negeri Johor dalam Karnival kali ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada para pelajar. Seperti tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti dijalankan merangkumi deklamasi puisi, kaligrafi Cina, bercerita secara kreatif dan juga kuiz tatabahasa, kesusasteraan dan pengetahuan Bahasa Cina SMK. Usaha murni ini bertujuan menggalakkan para pelajar mencintai bahasa ini dan secara tidak langsung dapat menyediakan suatu landasan yang terbaik bagi murid-murid mempertingkatkan kemahiran berbahasa Cina di samping dapat memupuk dan menyemai semangat perpaduan kaum. Bak kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.Akhir kata, saya mendoakan agar karnival ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah berusaha untuk memastikan Karnival Bahasa Cina Tahun 2015 ini berjaya membuahkan hasil yang cemerlang di Daerah Pontian. Sekalung tahniah saya ucapkan. Sekian, terima kasih.

Upload: muhamad-fadzli-yasin

Post on 15-Jan-2016

174 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

teks ucapan sempena karnival bahasa cina negeri johor

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Karnival Bahasa Cina

KATA ALU-ALUANPEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN

ENCIK ZAINAL BIN BUANG

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana memberi kepercayaan dan keyakinan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pontian untuk menjayakan Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri Johor Tahun 2015.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur Karnival Bahasa Cina Tahun 2015 yang telah berjaya menghimpunkan peserta-peserta dari SJK (C), SK dan SMK Negeri Johor dalam Karnival kali ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada para pelajar.

Seperti tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti dijalankan merangkumi deklamasi puisi, kaligrafi Cina, bercerita secara kreatif dan juga kuiz tatabahasa, kesusasteraan dan pengetahuan Bahasa Cina SMK. Usaha murni ini bertujuan menggalakkan para pelajar mencintai bahasa ini dan secara tidak langsung dapat menyediakan suatu landasan yang terbaik bagi murid-murid mempertingkatkan kemahiran berbahasa Cina di samping dapat memupuk dan menyemai semangat perpaduan kaum. Bak kata pepatah, “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”

Akhir kata, saya mendoakan agar karnival ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah berusaha untuk memastikan Karnival Bahasa Cina Tahun 2015 ini berjaya membuahkan hasil yang cemerlang di Daerah Pontian. Sekalung tahniah saya ucapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Teks Ucapan Karnival Bahasa Cina

KATA ALU-ALUANPEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN

ENCIK ZAINAL BIN BUANG

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Karnival Bahasa Cina bagi SJK (C), SK dan SMK Peringkat Negeri Johor Tahun 2015.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola karnival ini kerana berjaya menganjurkan aktiviti tahunan ini dengan jayanya. Kerjasama erat antara guru-guru di daerah ini amat saya kagumi dan perlu dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah menunjukkan bakat serta kemampuan masing-masing sehingga berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri.

Melalui aktiviti seperti ini yang terlaksana dengan baik, tentunya akan dapat menyediakan peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan kemahiran masing-masing seiring dengan usaha untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan murid. Aktiviti ini merupakan satu wadah untuk membugar dan memperkemas kemahiran berbahasa selain dapat menjalinkan persefahaman dan menyerlahkan kewibawaan.

Usaha mencambahkan minat dan kebolehan murid melalui pelbagai aktiviti dan pertandingan ini sangat digalakkan dan perlu diberikan sokongan yang berterusan. Murid bukan sahaja memperoleh pengetahuan dan keseimbangan aspirasi sebagaimana yang dihasratkan dalam objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, malah usaha ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada Daerah Pontian atas kejayaan mengelolakan karnival ini pada tahun ini dan semoga kita akan sama-sama dapat mengecapi dan menikmati impak keberhasilan pengelolaan karnival seumpama ini.

Sekian, terima kasih.