teks temasya sukan alfarabi 2010

9
UCAPAN PENGUMUMAN Pohon Meranti tiga sebatang Ditebang orang tiga pemuka Tuan dinanti sudahlah datang Berbesar hati kami menerima Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ , dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail... Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan Yg Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ ke Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2010. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.... Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum penghidang ceria Mesra berdakap kasih terpaut Persilakan tamu pembuka bicara Memasang pukat terkena lokan, Lokan dibawa ke Tanjung Puri; Selamat datang kami ucapkan, Ke Temasya Sukan Tadika Al Farabi. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2009. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam khemah yang disediakan. Temasya Sukan Al Farabi akan dimulakan dengan perbarisan dan lintas hormat oleh pasukan rumah-rumah sukan. Bagi menyerikan acara ini, dijemput Yg Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ diiringi En. Mohd Zain selaku

Upload: mohamed-rasul

Post on 28-Jun-2015

3.390 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

UCAPAN PENGUMUMAN

Pohon Meranti tiga sebatangDitebang orang tiga pemukaTuan dinanti sudahlah datang

Berbesar hati kami menerima Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ , dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail...

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan Yg Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ ke Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2010.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambutDalam senyum penghidang ceria

Mesra berdakap kasih terpautPersilakan tamu pembuka bicara

Memasang pukat terkena lokan,Lokan dibawa ke Tanjung Puri; Selamat datang kami ucapkan,

Ke Temasya Sukan Tadika Al Farabi.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2009.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam khemah yang disediakan.

Temasya Sukan Al Farabi akan dimulakan dengan perbarisan dan lintas hormat oleh pasukan rumah-rumah sukan. Bagi menyerikan acara ini, dijemput Yg Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ diiringi En. Mohd Zain selaku Pengurus Tadika Al

Page 2: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

Farabi untuk menerima tabik hormat dari pasukan rumah sukan. Dipersilakan...(pasang lagu rentak March) Perbarisan dan lintas hormat bagi Temasya Sukan Tahunan Tadika Al Farabi 2010 kali ini akan dimulakan oleh Rumah HIJAU . Guru Pembimbing bagi pasukan rumah ini ialah Cikgu MAS . Motto pasukan rumah ini ialah .....................................................

Seterusnya, perbarisan ini diikuti oleh rumah BIRU. Guru Pembimbing pasukan rumah ini ialah CIKGU MAI . Motto pasukan ini ialah ..................

Perbarisan oleh rumah sukan yang seterusnya ialah Rumah KUNING. Guru Pembimbingnya ialah Cikgu TI . Motto bagi pasukan ini ialah ........................................

Pasukan terakhir dalam acara perbarisan ini ialah dari Rumah MERAH yang dibimbing khusus oleh Cikgu MA. Mereka memilih Motto ....................................... sebagai pembakar semangat bagi kejohanan sukan kali ini. Semoga berjaya.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yg Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ atas kesudian beliau untuk menerima tabik hormat perbarisan daripada pelajar-pelajar Tadika cerdik Islam Al Farabi.

Tetak buluh panjang sepuluhMari jolok sarang tebuan

Angkat tangan jari sepuluhDoa diminta sejahtera aman

Dengan itu majlis mempersilakan ....................... untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Atau

Page 3: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

Bagi memohon keberkatan doa , dengan ini, marilah kita bersama-sama membacakan Ummul Kitab, Al Fatihah......

Bacaan doa....

DOA SEMPENA HARI SUKAN

ي�م� ح� �الر م#ن� ح� �الر الله� م� ب�س�

ال#ة �، الص ات. ح# الـ� � الص ت#ت�م4 ت�ه� ب�ن�ع�م# الذ�ي� لله� د. م� ح# ال#م. الـ� �.و#السع�ي�ن# ـم# أج� ابه�� ح# و#أص� ء#أل�ه� و#ع#ل#ى ي�ن# األم� ل�ن#ا و� س. ر# ع#ل#ىان� ب�اإل�ي�م# ن#ا و� ب#ق. س# ال�ذ�ي�ن# ان�ن#ا و# و#إل�خ� ب#ن#ا ذ.ن.و� ل#ن#ا ر� اغ�ف� �م # الل�ه. ال و#

ب�ن#ا قـل.و� ف�ي� ع#ل� ت#ج�ي�م] ح� ر# ء.و�ف] ر# ب�ن#اإن�ك# ر# ا ن.و� ء#ام# ل�ل�ذ�ي�ن# ال_ غ�

رحيم يا رحمن يا الله يا

Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan

firmanMu yang mulia :

7ن5 . 5م9ي الع5ال ب? ر5 لله9 و5م5م5اتي9 5ي5 يا و5م5ح7 LسLكي9 و5ن 9ي7 5ت ص5ال Q9ن إ قLل7

Yang mafhumnya “Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untukMu ya Allah”.

جبار يا عزيز يا مهيمن يا الله يا

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari

ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang kecederaan dan bahaya.

قيوم يا حى يا الله يا

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan

sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

Page 4: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

الغم كاشف ويا الهم فارج يا الله يا

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) INSTITUSI ini akan menjadi INSTITUSI yang cemerlang, terbilang , INSTITUSI yang disegani dan dihormati, INSTITUSI yang akan melahirkan pelajar-pelajar

yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia dan di akhirat .

ب#ع�د�ه� م�ن� ـن#ا ق# hر ت#ف# و# ، ا iو�م ح. ر� م# عiا م� ج# ذ#ا ه# ع#ن#ا م� ج# ع#ل� اج� �م #لل�ه. ا

، ا iو�م ع�ص. م# iقا hر ت#ف#

# ال و# دiا و� م#ط�ر. و#ال# ي_ا ق� ش# ي#ت�ب#ع.ن#ا م#ن� و#ال# ع#ن#ا م# و#ال# ي�ن#ا ف� �م الل�ه. ع#ل� ت#ج� و#ال#ا iو�م ر. .م#ح�

الن�ار ع#ذ#اب# ن#ا ن#ة و#ق� س# ح# ة� ر# األخ� و#ف�ي ن#ة س# ح# الدhن�ي#ا ف�ي ء#ات�ن#ا ب�ن#ا ر# ، ل�م# و#س# ب�ه� ح� و#ص# ء#ال�ه� و#ع#ل#ى qد �م م.ح# ع#ل#ى الله. ل�ى و#ص#

ي�ن# الع#ال#م� rب ر# د.ل�ل�ه� م� ال�ح# و#

Yang Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ Pegawai Polis Taman Tun Dr. Ismail Yang Dihormati,En. Mohd Zain selaku Pengurus Tadika Al Farabi,Yang Diingati ,Pn. Noraini bt Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Nona selaku Pengetua Tadika Al Farabi,Pengadil-pengadil Temasya Sukan Al Farabi,Guru-guru ,tuan-tuan dan puan-puan , hadirin yang dimuliakan sekelian serta anak-anak didik Tadika Al Farabi....

Majlis hari ini diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar kejohanan dan bacaan doa senaman.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami pada pagi ini sebagai pertemuan yang diberkati dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau peliharai...

Page 5: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

Dipersilakan Adik MOHD SHAHRIL SYAHMI BIN MOHD FAHMI untuk menyempurnakan pembacaan ikrar kejohanan dan Adik MOHD ADIB ADHA BIN MOHD SUFIAN bagi bacaan doa senaman.

Terima kasih diucapkan kepada Adik ................. dan Adik ...............

Seterusnya diminta para hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.(pasang lagu NegaraKu)

Persembahan yang seterusnya ialah Lagu MARI KAWANKU dan Senaman Chicken Dance yang akan dijayakan oleh para pelajar Tadika Al Farabi. Marilah sama-sama, kita saksikan... (pasang lagu Chicken Dance)Terima kasih diucapkan kepada para pelajar Tadika Al Farabi.

Hadirat hadirat sekalian,Kalau dilipat sebesar kuku

Kalau dibentang seluas alamYang jauh diimbauYang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kataDegup bicara, merisik rasa.

Benarlah kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.Tanpa melengahkan masa, dengan ini dijemput Yang Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2010.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

Page 6: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi....Seterusnya sebagai kemuncak perasmian Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi, majlis memohon Yang Berusaha Sarjan Nurhaizin diiringi En. Mohd Zain selaku Pengurus Tadika Al Farabi bagi melepaskan tembakan perasmian. Dipersilakan....

Pihak majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Sarjan Nurhaizin atas kesudian melepaskan tembakan perasmian.

Acara selanjutnya ialah perarakan peserta perbarisan ke khemah sukan.(pasang lagu rentak March)

PENGUMUMAN : Untuk pengetahuan hadirin sekalian, penganjur menyediakan acara sukan untuk kaum ibu, kaum bapa , anak-anak bawah 4 tahun dan juga bekas pelajar Tadika Al Farabi. Jika ada yang berminat, sila daftarkan diri anda di meja urusetia dengan segera.

Kaum Bapa : Tarik TaliKaum Ibu : Rebut KerusiAnak-anak bawah 4 tahun : Mengutip gula-gulaBekas Pelajar Al Farabi : Ambil Gula-gula dalam tepung

Acara sukan bermula: Terbang bebas si rama-rama

Teratai mekar di tengah lembahMenyusun langkah semerdu irama

Temasya Sukan Tahunan kini dipersembah

PENUTUPAN

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA : lihat catatan dlm fail

.................................................................................................................................

Page 7: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

.................................................................................................................................

...............................................................................................................................

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muaraKok berenang dah sampai ke tepianKok berlari dah sampai ke garisan

Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Bunga selasih dapat di pangkalharga serupa kain kesturi

terima kasih selamat tinggalhingga berjumpa di lain hari

Hinggap merpati di tunggul jeramiberenang laju selam kemumunamun di hati tetap bersemi

kenang Al Farabi dalam doamu

Resah hati diperalat tuan,terduga rasa dalam gelora;

berpisah jadi adat pertemuan,semoga sentiasa dalam sejahtera.

Kiri jalan kanan pun jalanTengah-tengah pohon mengkudu

Selamat jalan kami ucapkanBerhati-hati ketika memandu

Dengan kata-kata ini maka.....

Selesailah sudah Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2010.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke temasya sukan yang diadakan pada hari ini.

PENGUMUMAN PENTING!!!PIHAK TADIKA ISLAM AL FARABI MENGISYTIHARKAN CUTI PADA HARI ISNIN KEPADA MURID-MURID TADIKA, MANAKALA UNTUK NURSERI DIBUKA SEPERTI BIASA.

Page 8: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

Tangan ditadah penuh inayah,Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.

Indah budi kerna jasa,Indah manusia kerna bahasa,Budimu tuan tidak dilupa,Semoga bahagia melimpah berkatNya....

Page 9: Teks Temasya Sukan Alfarabi 2010

Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi tuan kami tak lupaSudah tersemat di dalam hati

Tuan puteri pergi ke KuahPulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisahDiizin Tuhan bersua lagi