teks khutbah...khutbah jumaat wakaf pemangkin ekonomi ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي...

10
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : WAKAF PEMANGKIN EKONOMI UMMAH Tarikh Dibaca : 28 Jamadilawal 1441H/ 24 Januari 2020M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: others

Post on 21-Feb-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

WAKAF PEMANGKIN EKONOMI UMMAH

Tarikh Dibaca :

28 Jamadilawal 1441H/

24 Januari 2020M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Page 2: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

1

WAKAF PEMANGKIN EKONOMI UMMAH

24 Januari 2020M/ 28 Jamadilawal 1441H

ونستغ ونستعينه ه، نحمده مد لل إن الح فر ون ه توب إل بالل ه من شرور أنفسنا يه، ونعوذ تد لل ه فهو المه ومن سي ئات أعمالنا، من يهد ا ن يضلل وم ا مرشدا.لن تجد له ولي ف

إل لاأشهد أن اإ ه الل ه وحده ل لا يك ل شهد ه، وأ شر دا عبده ورسو أن مح هم م لل له، ا د وعل وسل م على نبي نا محم صل ى آله وصح ومن به لد ين.عوته إلى يوم ا دعا بد

قوا الل ه، أوصيك ا بعد، فيا عباد الل ه، ات و م أم نفس تقو ي ب لع كم ى الل ه وطاعته ل تفلحون.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ژ ژ ڈ ڈ ڎ ڎ ڌچ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ

ڳ ڳ گ گ گک ک ک گ کڑ ڑ

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita perteguhkan takwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan

segala perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya, di samping

ikhlas menginfaqkan harta pada jalan Allah. Semoga kita beroleh kejayaan

di dunia hingga akhirat.

Page 3: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

2

Pada hari yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama menghayati khutbah

yang bertajuk : “Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Ibadah wakaf sangat dituntut dalam Islam yang menyumbang kepada

kemantapan pembangunan sosial sesebuah masyarakat. Pembinaan

masjid, surau, madrasah dan tanah perkuburan Islam adalah antara bentuk

sumbangan yang terhasil melalui ibadah wakaf.

Ibadah wakaf termasuk dalam kategori sedekah jariah kerana pahalanya

terus-menerus diperoleh oleh orang yang melakukannya. Para ulama

sepakat menerima wakaf sebagai satu amal jariah yang disyariatkan dalam

agama Islam. Ia juga menjadi amalan yang sentiasa diutamakan oleh

Rasulullah SAW dan para sahabat RAhum. Firman Allah SWT di dalam

surah al-Baqarah ayat 272:

گ ک کک ک ڑ ڑ ژ ژ ڈڌ ڌ ڎ ڎ ڈ

ڱ گ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ

Bermaksud : “Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada

jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri

dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut

keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal,

akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik)

kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”

Imam Muslim RH telah meriwayatkan hadis, daripada Abu Hurairah RA,

Rasullullah SAW bersabda :

Page 4: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

3

ا من إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إل لاث ا من ص إ :ثة ية أو ل لم ينتفع ع دقة جار . به أو ولد صالح يدعو له

Bermaksud : “Apabila telah mati manusia terputuslah darinya amalannya

melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau

anak soleh yang mendoakannya.”

Sesungguhnya ramai dalam kalangan sahabat-sahabat Rasulullah SAW

telah melaksanakan ibadah wakaf. Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA telah

mewakafkan tanahnya di Makkah, Saidina Umar al-Khattab RA telah

mewakafkan tanahnya di Khaibar, Saidina Uthman bin ‘Affan RA telah

mewakafkan hartanya di Khaibar, Saidina Ali bin Abi Thalib RA pula

mewakafkan tanah subur miliknya dan Mu’adz bin Jabal telah mewakafkan

rumah miliknya yang dikenali sebagai “Dar Al-Ansar”. Malah, ramai lagi

dalam kalangan mereka yang turut sama melaksanakan ibadah wakaf demi

kepentingan umat Islam.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa wakaf tidak semestinya hanya dengan tanah, bangunan

atau lain-lain aset yang berbentuk kekal bahkan Islam juga mengharuskan

wakaf tunai iaitu berwakaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang

diwakafkan untuk mengumpul dana wakaf yang kemudiannya ditukarkan

kepada harta kekal. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10

hingga12 April 2007 turut memutuskan bahawa konsep wakaf tunai adalah

dibolehkan dalam Islam.

Sejarah telah membuktikan, sumbangan wakaf amat penting sebagai

pemangkin kepada perkembangan ekonomi, meningkatkan taraf kualiti

Page 5: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

4

hidup masyarakat serta menjamin kesinambungan syiar Islam. Namun,

sekiranya wakaf tidak dibangunkan secara optimum, sudah pasti ia tidak

dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada masyarakat. Justeru,

pengurusan wakaf yang cekap dan telus amat diperlukan agar tujuan wakaf

yang disyariatkan ini tercapai.

Kepentingan wakaf tunai sebagai instrumen bagi mensejahterakan

kehidupan masyarakat secara lestari telah membuka mata banyak pihak

untuk memperluaskan amalan wakaf tunai di Malaysia. Agenda ini turut

mendapat perhatian beberapa universiti awam di Malaysia termasuk Kolej

milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seperti Kolej

Professional Baitulmal (KPB) dan PICOMS, untuk melancarkan dana wakaf

tunai bagi tujuan membiayai pendidikan golongan pelajar yang kurang

berkemampuan dan pembangunan prasarana kampus seperti blok asrama

dan perpustakaan.

Pelbagai produk yang berasaskan wakaf tunai juga telah diperkenalkan

antaranya seperti wakaf saham dan saham wakaf yang dilaksanakan oleh

kebanyakan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Inisiatif ini turut melibatkan

kerjasama strategik Majlis-majlis Agama Islam dengan institusi-institusi

kewangan Islam. Hasil daripada kerjasama tersebut telah merintis kepada

usaha penjanaan program wakaf tunai berimpak tinggi untuk diagihkan

kepada kumpulan sasaran yang memerlukan.

Justeru, melalui penglibatan umat Islam dalam wakaf tunai secara meluas

dapat menyuntik sedikit-sebanyak dana dalam pembangunan masyarakat

seperti kebajikan, pendidikan, ekonomi dan lain-lain bidang.

Sidang Jemaah yang dimulikan,

Page 6: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

5

Islam amat menggalakkan agihan semula kekayaan oleh mereka yang

mempunyai lebihan harta sama ada melalui zakat, wakaf, sedekah dan

sebagainya. Janganlah kita sayangkan harta dan pentingkan kehendak diri

sendiri sehingga mengabaikan kewajipan ini. Sesungguhnya Allah SWT

telah memberi peringatan kepada mereka yang ingkar, sombong dan

pentingkan diri sendiri dengan diberikan balasan azab yang pedih di dalam

neraka. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Haqqah, ayat 30-34:

جت حت يب ىب مب خبی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب

خت مت ىت يت جث مث ىث يث حج مج جح

Maksudnya: “(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah

orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, Kemudian bakarlah dia di

dalam neraka Jahim. Kemudian, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai

besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya

ke badannya)! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang

Maha Besar, Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain)

memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.”

Para tetamu Allah yang diberkati,

Mengakhiri khutbah marilah kita mengambil beberapa intipati sebagai

rumusan khutbah pada hari ini:

Pertama : Ibadah wakaf adalah termasuk dari amalan jariah yang menjamin

ganjaran pahala yang berterusan walaupun pewakaf telah meninggal dunia.

Kedua : Wakaf tunai adalah jalan terbaik bagi mereka yang kurang

berkemampuan.

Page 7: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

6

Ketiga : Ambillah peluang berwakaf sebagai bekalan menuju akhirat

walaupun hanya dengan wang yang sedikit.

Keempat: Berwakaflah ke Pusat Wakaf MAIWP. Berkuatkuasa 1 Jan 2020,

sumbangan wakaf tunai ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan

mendapat pelepasan cukai sebagaimana yang telah diumumkan di dalam

pembentangan belanjawan 2020 baru baru ini.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 254:

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڱ ڱ ڱ ڳ ڳ ڳ ڳ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ گ

ں ڻ ڻ ڻ ںڱ

Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian

dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari

(kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman

(yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan

orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.”

لي ول كم ب اكم بما إي ي و القرآن العظيم، ونفعن بارك الل ه من الآيات واف لذ كر يه ه ه ل من ي ومنكم تلاوته إن م او الحكيم، وتقب ذا وأستغفر الل ه هأقول قولي م.يع العلي لس

لي ول كم ولسا المسلمين والمس العظيم ئر ات و لم أحياء منهم ن والمؤمنات الالمؤمنيح ه هو الغفور الر والأموات، فاستغفروه إن .يم

Page 8: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

7

KHUTBAH KEDUA

ين ر الحمد لل ه م لام على ،ب العال والس لاة بي الأمي ن د نا محم سي د والص ن، وعلى آله الن ين ومن تبعهم بإحسان إلى اهر د ين.م اليو وأصحابه الط

أشهد أن ا إله إلا الل ه ل يك ل ه، و وحده لا شر سي د أن أشه دا عب ده ورسوله.دنا محم

ا قوا الل ه أم بعد، فيا عباد الل ه، ات و ه حق تقات أمركم ، عظيم ل ه أمركم بأمر موا أن الاعل

يم سليم على نبي ه ال كر لاة والت ا، فقال بالص لل ه ڄ ڄ ڄ ڃ ڄ الى: تع

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل د آا نا ل سي دناد كما صل حم م وعلى يت على سي براهيم إ دنا محم آ براهيم وبارك على سي دنا إ آ علىد و ل سي ا بار د ل سي د كم دنا نا محم كت على سي

براهيم وعلى آإ براهيم في العال دنا إ ين ل سي مجيد . ك حميد إن م

اشدين و لفاء الر هم عن الخ أج الص ة عن بقي وارض الل و عن الت معين، حابة عين ابابعين وتابعي الت اوم ومن تبعهم بإحسان إلى ي ان وارض ع لد ي رم معهم يا أك ن

.الأكرمين

هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمن .موات حياء منهم والأ منات الأ المؤ و ين الل

Page 9: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

8

وفيق والهداية والص هم أي د بدوام الت ة و ح الل لامة الس مل ك نا ك باوه دول ليا وي يڠ مها م ة اسري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، السلطان عبد الل ه رعاي ى ن ال مصطف لد ي

بن سلطان المرحوم بالل ه شاه ا حاج أحمد شاه ال مست ه. ن بالل عي

ڠ، ري اڬوايسوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمووكذلك ك باوه دولي يڠ مها مية حاجه عزيزة أمينة ميمونة إسكند (Tunku)تونكو م ال متوك ل على ال مرحو بنت ر

اج.الل ه سلطان إسكندر الح

وعم وقضاته ووزراءه هم احفظ علماءه الل ال ور م ه عاياه مؤمنات ن المؤمنين و الاحمين . برحمتك يا أرحم الر

لدنا هم اجعل ب يا الل ا، س ماليز آمنا مطمئن ء، دارخا خاء ن وأمان، دل وإيمان، وأم ر عئر بلاد ال مسلمين. وسا

هم أعز الإسلام والمسلمين ، ودم ر أ أعداء ا اءك عد الل صر الد ين، لد ين وانصر من ن ك إلىواخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمت لد ين.وم اي

نيا حسنة وفي الآخرة حسن نا في الد نا آت ب ار.عذاب الن قناة و ر

Page 10: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah 3 ع ف ت ن ي م ل ع و أ ة ي را ج ة ق د ص ن م ال إ : ة ثا ل ث ن م ال إ ه ل م ع ه ن

Khutbah Jumaat Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah

9

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ

العظ فاذكروا ڎ ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ يم الل ه يزدكم، واسأل على نعمه يذكركم، واشكروه م وه يعط ن ف الل ه ضله كبر، أ كم ولذكر

والل ه يعلم ما تصنعون.