teks ippp 2015 1

6
TEKS PENGACARA MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN 2015 (IPPP’15). Hadirin diminta berdiri. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku. (Nyanyian) Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Semua dijemput duduk di tempat masing-masing. Pagi yang indah penuh ceria hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 (IPPP’15). Assalamu’alaikum W.B.T, salam sejahtera Yang Berbahagia Ust Abdul Hakam b Abd Majid, YDP PIBG SKTPS Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS Yang Dihormati Pn Zaimah bt Mohd Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn Norhamizah bt Norazi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Nurul Rafida bt Abd Razak, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Yang Dikasihi Barisan pendidik SKTPS, para ibu bapa, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria Selamat datang ke Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 (IPPP’15). Saya Muhamad Ridzuan b Ramli Dan saya Norhidayati bt Ismail, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai

Upload: muhamad-ridzuan

Post on 11-Apr-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks pengacaraan IPPP'15 yang diadakan pada 18 November 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ippp 2015 1

TEKS PENGACARA MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN 2015 (IPPP’15).

Hadirin diminta berdiri.Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku.

(Nyanyian)

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Semua dijemput duduk di tempat masing-masing.

Pagi yang indah penuh ceriahari yang berbahagia penuh bermakna kita raikanIstiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 (IPPP’15).

Assalamu’alaikum W.B.T, salam sejahtera

Yang Berbahagia Ust Abdul Hakam b Abd Majid, YDP PIBG SKTPS Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS Yang Dihormati Pn Zaimah bt Mohd Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn Norhamizah bt Norazi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Nurul Rafida bt Abd Razak, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulumYang Dikasihi Barisan pendidik SKTPS, para ibu bapa, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 (IPPP’15). Saya Muhamad Ridzuan b Ramli

Dan saya Norhidayati bt Ismail, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Page 2: Teks Ippp 2015 1

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh al-fadhil Ust Ihsan Ramadhan b Mohd Noor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust Ihsan Ramadhan b Mohd Noor atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan GB)

Ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En Azman b Ahmad atas ucapan tadi.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berbahagia Ust Abd Hakam b Abd Majid, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 (IPPP’15). Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ust Abd Hakam b Abd Majid atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Kita mulakan Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 dengan Sesi 1 iaitu Konvokesyen Pra Sekolah.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Page 3: Teks Ippp 2015 1

(Sesi 1) Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En Azman b Ahmad. Dari Kota Setia ke negeri Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati cerita yang dipersembahkan oleh adik ___________________________________ di bawah bimbingan _______________________________. Dengan sukacitanya dipersilakan.

(Persembahan 1)

Terima kasih kepada adik __________________________yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menarik hati.

Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Acara diteruskan dengan Sesi kedua. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput En Mohd Sukri b Ismail untuk mengiringi Pn Nurul Rafida bt Abd Razak, GPK Ko-kurikulum tampil ke pentas.

(Sesi 2)

Terima kasih diucapkan kepada Pn Nurul Rafida bt Abd Razak untuk penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan Sesi ketiga. Majlis menjemput En Mohd Rizali b Samat untuk mengiringi Pn Norhamizah bt Norazi, GPK HEM untuk menyempurnakan majlis.

(Sesi 3)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Norhamizah bt Norazi atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Pergi ke Pangkor membeli gula,Gula dicurah ke dalam nasi,Persembahan kedua bakal bermula,Hiburan berilmu berinformasi.

Page 4: Teks Ippp 2015 1

Untuk meneruskan majlis, terimalah Kalam Jama’ie yang berjudul Takwim Hijri persembahan murid-murid Tahun 4 di bawah bimbingan Ustazah Zubaidah bt Daud Kaiyin. Dengan sukacitanya dipersilakan.

(Persembahan 2)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu, Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan Sesi keempat. Majlis menjemput Pn Wardiiah bt Ahmad untuk mengiringi Pn Zaimah bt Mohd Said, GPK Pentadbiran untuk menyempurnakan acara.

(Sesi 4) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Zaimah bt Mohd Said atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Warga dewan sekalian,

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.

Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.

Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS untuk mengiringi Yang Berbahagia Ust Abd Hakam b Abd Majid, YDP PIBG untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Sesi 5)

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain, insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ust Abd Hakam b Abd Majid atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan,Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan

Page 5: Teks Ippp 2015 1

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patahBanyak kain tidak berjahitKalau ada silap dan salahJangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik wal hidayahAssalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.