tayamum

30
TAYAMUM WAN SYAFAWATI BINTI ROSDY PISMP 3.05

Upload: wan-syafawati

Post on 23-Jun-2015

4.415 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tayamum

TAYAMUM

WAN SYAFAWATI BINTI ROSDY

PISMP 3.05

Page 2: Tayamum

• APAKAH FUNGSI AIR DALAM IBADAH KITA SEHARIAN?• APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN APABILA AIR TIADA UNTUK

MELAKUKAN IBADAH?

Page 3: Tayamum

KONSEP TAYAMUM

Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.

Tayamum ialah ganti wuduk atau mandi disebabkan keuzuran.

Tayamum merupakan rukhsah untuk beribadat.

Page 4: Tayamum

TAKRIF

BAHASA

Dari bahasa arab “قصد” yang bermaksud sengaja atau tuju atau maksud.

Pengertian ini diambil daripada firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah, ayat 267 :

Maksudnya : Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat

Page 5: Tayamum

TAKRIF

ISTILAH

Al-Syeikh Hassan Ayub : Tayamum bermaksud ‘menyengaja’ atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. Imam Hanafi : Tayamum ialah menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan debu yang bersih. Imam Malik : Tayamum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Imam Syafi’e : Tayamum ialah menyampaikan / menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wuduk / mandi janabah / seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu.

Page 6: Tayamum

TAKRIF

Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua tangan sebagai ganti kepada wuduk atau mandi atau anggota kedua-duanya dengan niat

dan syarat-syarat yang khusus

Page 7: Tayamum

DALIL

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 6 :

Maksudnya : Dan jika kamu sakit (tidak boleh menggunakan air), atau dalam keadaan musafir, atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah-debu yang bersih, iaitu : sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah-debu itu.

AL - QURAN

Page 8: Tayamum

DALIL

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku diberi enam kelebihan di atas para nabi ; 1 Aku diberi kitab suci yang paling lengkap. 2 Aku diberi kemenangan dengan diberikan rasa takut dalam diri musuh. 3 Dihalalkan untukku harta rampasan perang. 4 Bumi dijadikan untukku sebagai tempat bersujud dan alat bersuci. 5 Aku diutuskan kepada semua makhluk, dan aku dijadikan sebagai penutup para nabi.”{Hadis riwayat Muslim}

(Ringkasan Sahih Muslim)

HADIS

Page 9: Tayamum

Disyariatkan ketika perang Bani al-Mustoliq (Bani al-Muraisi) pada tahun ke-6 Hijrah Peristiwa di mana Aisyah, isteri Nabi Muhammad S.A.W. telah kehilangan kalungnya dan baginda mengutus sahabat untuk mencarinya sehinggalah masuk waktu solat sedangkan mereka tiada air untuk berwuduk, lalu turun ayat yang mengharuskan tayamum.

PENSYARIATAN

TARIKH PENSYARIATAN

Page 10: Tayamum

TAYAMUM

Hadas Kecil

Surah Al-Maidah : 6

Hadas Besar

Surah An-Nisa’ : 43

Page 11: Tayamum

IBADAH YANG BOLEH DIKERJAKAN DENGAN TAYAMUM

1

- Solat fardhu

- Tawaf fardhu

- Khutbah solat Jumaat

2

- Solat sunat

- Tawaf sunat

- Solat jenazah

3

-Sujud tilawah / syukur

-Menyentuh dan membaca mushaf Al-Quran bagi orang berjunub

Page 12: Tayamum

Tahukah anda?

Sekali tayamum hanya untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat sahaja.

Page 13: Tayamum

SEBAB-SEBAB YANG MENGHARUSKAN TAYAMUM

Tiada air Air tidak cukup Cuaca terlalu dingin

Luka / sakit Terhalang kerana bahaya

Air cukup untuk minum sahaja

Page 14: Tayamum

SYARAT-SYARAT TAYAMUM

Mengetahui arah kiblat

Mengetahui masuk waktu solat dengan

yakin

Menghilangkan najis terlebih

dahulu

Mencari air selepas masuk

waktu solat

Menggunakan debu tanah yang suci

Page 15: Tayamum

ALAT TAYAMUM

DEBU TANAH YANG SUCI

Tanah dalam pelbagai warna seperti merah /

hitam

Tidak dikategorikan sebagai abu

Suci dan tidak bernajis

Tidak musta’mal

Tidak bercampur dengan

tepung /kapur/ pasir yang tidak

berdebu

Page 16: Tayamum
Page 17: Tayamum

ANGGOTA TAYAMUM

Muka

Tangan

Page 18: Tayamum

RUKUN TAYAMUM

Berniat ketika menyapu muka

Menyapu debu tanah ke muka

Menyapu debu tanah ke dua belah tangan hingga ke siku

Tertib

Page 19: Tayamum

NIAT TAYAMUM

Maksudnya : Sahaja aku bertayamum bagi mengharuskan solat kerana Allah Taala.

Page 20: Tayamum

CARA BERTAYAMMUM

1) SELEPAS BERNIAT, KITA HENDAKLAH MENEPUK KEDUA-DUA BELAH TANGAN PADA DEBU TANAH

Page 21: Tayamum

2) TEPUKKAN PERTAMA UNTUK DISAPU KE MUKA

Page 22: Tayamum

3)TEPUKKAN KEDUA UNTUK DISAPU DIKEDUA-DUA BELAH TANGAN HINGGA KE SIKU. DEBU PADA

TANGAN KIRI UNTUK TANGAN KANAN MANAKALA DEBU PADA TANGAN KANAN UNTUK DISAPU KE

TANGAN KIRI

Page 23: Tayamum

BERNIAT

TEPUKKAN PERTAMA

MENYAPU KE MUKA

TEPUKKAN KEDUA

DEBU TANGAN KIRI SAPUKE TANGAN KANAN

DEBU TANGAN KANAN SAPUKE TANGAN KIRI

URUTAN TAYAMMUM

Page 24: Tayamum

TONTON VIDEO AMALI TAYAMUM

Page 25: Tayamum

SUNAT –SUNAT TAYAMUM

Membaca basmallah

Mengadap kiblat

Merenggangkan jari-jari tangan

Menipiskan debu

Mendahulukan yang kanan

Berturut-turut

Page 26: Tayamum

PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA TAYAMUM

Menggunakan debu yang terlalu banyak

Memperbaharui tayamum

Mengibas kedua-dua tangan selepas

tayamum

Mengulangi sapuan debu ke anggota

tayamum

Page 27: Tayamum

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN

TAYAMUM

Semua perkara yang membatalkan

wuduk

Murtad

Hilang halangan menggunakan air (tayamum kerana

sakit)

Terdapat air

Page 28: Tayamum

HIKMAH TAYAMUM

Tayamum adalah suatu rahmat Allah kepada hamba-Nya

Menghinakan diri manusia yang condong kepada kejahatan

Menunjukkan kemuliaan syariat Nabi Muhammad kepada umatnya

Page 29: Tayamum

RUJUKAN

• Ahmad Mohd Salleh (2008). Siri Pendidikan Guru : Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn Bhd.

• Al-Hafiz Al-Munziri (2013). Ringkasan Sahih Muslim. Batu Caves. Al-Hidayah Publication.

• Azman Ab Rahman & Syed Mohd Najib Syed Omar (2007). HBIS 3803 : Fiqh Ibadah. Open University Malaysia.

• Datuk Haji Md Hashim Yahaya (2011). Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd.

• http://kias.edu.my/tayamum.htm

Page 30: Tayamum

SEKIAN TERIMA KASIH