rph tayamum

36
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM Mata Pelajaran : Asas Ulum Syariah (Ibadah) Kelas : 5 Adnin Tarikh : 30.9.2011 Masa : 8.40-9.10 Pagi Bilangan : 15 Orang Tajuk : Tayamum Kemahiran : Menyatakan pengertian tayamum melakukan kemahiran bertayamum. PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Murid mengetahui anggota tayamum. 2. Murid mengetahui bahan yang digunakan untuk bertayamum. HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan pengertian tayamum. 2. Menjelaskan rukun dan cara bertayamum. 3. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan bertayamum. 4. Menyenaraikan syarat-syarat tayamum. 1

Upload: jamelia-nordin

Post on 15-Dec-2015

1.178 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

rph tayamum

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Mata Pelajaran : Asas Ulum Syariah (Ibadah)

Kelas : 5 Adnin

Tarikh : 30.9.2011

Masa : 8.40-9.10 Pagi

Bilangan : 15 Orang

Tajuk : Tayamum

Kemahiran : Menyatakan pengertian tayamum melakukan kemahiran

bertayamum.

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

1. Murid mengetahui anggota tayamum.

2. Murid mengetahui bahan yang digunakan untuk bertayamum.

HASIL PEMBELAJARAN :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyatakan pengertian tayamum.

2. Menjelaskan rukun dan cara bertayamum.

3. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan bertayamum.

4. Menyenaraikan syarat-syarat tayamum.

STRATEGI PEMBELAJARAN:

1. Berpusatkan guru.

2. Berpusatkan murid.

3. Berpusatkan bahan.

1

KAEDAH PEMBELAJARAN :

1. Soal jawab

2. Penerangan

3. Demonstrasi

4. Simulasi

5. Tunjuk cara

6. Kuiz

KEMAHIRAN BERFIKIR :

1. Menyenaraikan.

2. Menyatakan .

3. Mengklasifikasikan.

PENERAPAN NILAI :

1. Sentiasa menunaikan solat yang difardhukan dalam apa keadaan sekalipun.

2. Sentiasa menjaga kebersihan diri walaupun ketika ketiadaan air.

3. Istiqamah melakukan ibadah solat.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) ;

1. Papan gulung.

2. Komputer / LCD.

3. Kad Gambar.

4. Kad ayat / kad huruf

5. Debu tanah yang suci / tepung / bedak.

2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

Langakah /

Masa

Isi Aktiviti Pengajaran &

Pembelajaran

Catatan /

Alat

Pendahuluan

(2minit)

Bacaan Doa. Ketua kelas membaca doa

diikuti oleh murid-murid lain.

Set Induksi

(3 minit)

-Tayamum

-Gambar Air Dan Debu

Tanah.

-Guru meminta seorang murid

membina perkataan daripada

kad huruf yang diberikan.

-Guru meminta murid

membaca secara berkumpulan

perkataan yang telah berjaya

dibina.

-Guru membawa air dan debu

tanah/ menunjukkan gambar

air dan debu tanah.

-Guru bersoal jawab tentang

kegunaan dua bahan tersebut:

Terangkan kegunaan air

dan tanah (debu)?

Apakah yang perlu

dilakukan apabila air

tiada untuk melakukan

ibadah?

Apakah ibadah-ibadah

yang memerlukan debu

apabila ketiadaan air?

Kad huruf

LCD

3

-Guru mengaitkan jawapan-

jawapan murid dengan tajuk

yang akan dipelajari.

Langkah 1

(5 minit)

Pengertian Tayamum. -Guru memaparkan pengertian

tayamum .

-Secara berkumpulan, guru

meminta murid membacanya.

-Kemudian, guru meminta

murid membacanya secara

individu.

LCD

Langkah 2

(5 minit)

Rukun Tayamum. -Guru memaparkan carta

dalam bentuk lut sinar / kertas

mahjung / LCD yang

mengandungi rukun tayamum.

-Murid membaca carta yang

mengandungi rukun tayamum

secara individu dan

berkumpulan.

LCD

Langkah 3

(10 minit)

Syarat Tayamum.

Amali

-Guru memaparkan carta

dalam bentuk lut sinar / kertas

mahjung / LCD yang

mengandungi sebab dan

syarat tayamum.

-Murid membaca carta yang

LCD

Bedak

Kertas

4

mengandungi perkara-perkara

di atas secara individu dan

berkumpulan.

-Murid bersoal jawab dengan

guru tentang rukun, sebab

yang mengharuskan tayamum

dan syarat tayamum.

-Guru menjelaskan persoalan

yang dikemukakan oleh murid.

-Guru memilih ketua

melakukan simulasi

bertayamum.

-Guru menunjukkan cara

bertayamum yang betul.

-Guru meminta murid

membentuk kumpulan untuk

melakukan simulasi cara

bertayamum.

-Guru membimbing murid

dengan kaedah tunjuk cara

yang betul.

Penutup Pengukuhan Dan

Penilaian.

-Secara individu, guru meminta

murid menjawab soalan kuiz

Kuiz

5

(5minit) yang disediakan.

-Dengan bimbingan guru murid

menjawab semua soalan.

-Guru membuat kesimpulan

dan memberikan peneguhan

positif kepada murid.

-Guru mengedarkan lampiran

soalan yang menghendaki

murid mengelaskan di antara

rukun tayamum dan syarat

bertayamum.

-Murid diminta menampalkan

helaian kertas soalan di dalam

buku kerja sebagai kerja

rumah.

Kertas

lampiran

PERANCANGAN

6

a) PENGETAHUAN SEDIA ADA :

1. Murid mengetahui anggota tayamum.

2. Murid mengetahui bahan yang digunakan untuk bertayamum.

Murid diharap mengetahui anggota tayamum dan anggota wuduq. Murid juga dilihat

dapat membezakan anggota wuduq dan anggota tayamum. Murid-murid juga

mampu menjawab dengan betul bahan yang digunakan untuk berwuduq dan

bertayamum.

b) HASIL PEMBELAJARAN :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyatakan pengertian tayamum.

2. Menjelaskan rukun dan cara bertayamum.

3. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan bertayamum.

4. Menyenaraikan syarat-syarat tayamum.

Melalui objektif pengajaran murid-murid diharap dapat menyatakan pengertian

tayamum dengan jelas dan betul sama ada dengan cara membaca ataupun

hafazan. Selain itu, murid-murid diharap dapat mengetahui rukun bertayamum

disamping sebab-sebab yang mengharuskan bertayamum. Dan diakhirnya

diharapkan murid-murid dapat menunjukkan ataupun melakukan cara bertayamum

yang betul sama ada melalui percakapan, perbuatan dan penulisan.

Dengan ini secara tidak langsung, murid-murid mengetahui syarat

bertayamum dengan betul. Dilakukan dengan cara yang betul tanpa dan dengan

bimbingan guru.

c) STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

1. Berpusatkan guru.

7

2. Berpusatkan murid.

3. Berpusatkan bahan.

Melalui startegi berpusatkan guru, murid akan lebih terkawal dan berdisiplin semasa

sesi pengajaran berlangsung. Dengan cara ini akan memudahkan guru

menyampaikan arahan, melakukan aktiviti yang lebih teratur dan menguji tahap

kecekapan seorang guru bagi menarik perhatian murid-murid untuk memberikan

tumpuan semasa proses pembelajaran.

Strategi berpusatkan murid pula dapat melahirkan murid-murid yang berdaya

saing, kreatif, berani dan meningkatkan keupayaan diri mereka. Kita dapat

mengenal pasti potensi seseorang murid apabila mereka terlibat secara langsung

semasa proses pembelajaran berlangsung. Aktiviti secara berkumpulan dan individu

pastinya menentukan tahap kefahaman mereka.

Penggunaan bahan yang mudah dan tidak membebankan guru menambah

baikkan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Apatah lagi sekiranya

mereka sendiri dapat menggunakan dan mengaplikasikan bahan yang telah

disediakan.

d) KEMAHIRAN BERFIKIR :

1. Menyenaraikan.

8

2. Menyatakan .

3. Mengklasifikasikan.

Kemahiran berfikir adalah menyatakan pengertian tayamum dengan jelas apabila

murid dapat menjawab dengan ataupun tanpa bimbingan guru. Murid juga diharap

dapat menyenaraikan dan mengelaskan syarat dan rukun tayamum. Melalui

kemahiran ini, murid diharap dapat mengenalpasti bentuk gabungjalin antara mata

pelajaran lain dengan mata pelajaran Agama Islam.

e) PENERAPAN NILAI :

1. Sentiasa menunaikan solat yang difardhukan dalam apa keadaan sekalipun.

2. Sentiasa menjaga kebersihan diri walaupun ketika ketiadaan air.

3. Istiqamah melakukan ibadah solat.

Penerapan nilai yang sesuai diharap dapat melatih murid melakukan amalan

kebaikan dengan mengaplikasikan teknik atau cara bertayamum dengan betul.

Penilaian nilai juga boleh ditekan melalui kaedah ujian atau peneguhan yang

menerima atau memperolehi peneguhan positif.

f) KAEDAH PEMBELAJARAN :

1. Soal jawab

9

2. Penerangan

3. Demonstrasi

4. Simulasi

5. Tunjuk cara

6. Kuiz

Kaedah yang biasa digunakan oleh guru adalah bersoal jawab secara sehala

ataupun dua hala. Iaitu antara guru dan muridnya ataupun melalui guru sahaja.

Kaedah penerangan lebih kepada cara guru menyampaikan ilmu dan murid

menerimanya sebagai pembelajaran.

g) BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) ;

1. Papan gulung.

2. Komputer / LCD.

3. Kad Gambar.

4. Kad ayat / kad huruf

5. Debu tanah yang suci / tepung / bedak.

Bahan bantu mengajar adalah bahan yang digunakan sebagai asas untuk

membantu guru semasa proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Bahan

bantu tersebut membantu guru dari segi penjimatan masa, mempertingkatkan minat

murid untuk belajar, murid dapat memahami dengan lebih mendalam dan realistic,

ingatan pembelajaran mengikut topik juga semakin mudah.

Murid akhirnya merasai keseronokan belajar yang berkesan dengan

pengalaman pembelajaran yang sebenar yang dapat memperkembangkan

kefahaman dan corak pemikiran murid-murid.

PELAKSANAAN

a) Pendahuluan

10

- Bacaan Doa.

Masa yang diperuntukan adalah 2 minit. Ini adalah salah satu cara untuk murid-

murid lebih bersedia untuk belajar kepada mata pelajaran yang lain. Disamping itu,

ianya melatih murid-murid lebih berdisiplin dengan menerapkan teknik bacaan yang

betul dan beradab tanpa dan dengan bimbingan guru.

b) Set induksi

-Tayamum

-Gambar Air Dan Debu Tanah.

Masa yang diperuntukan adalah 3 minit. Dalam langkah ini, guru menggunakan

strategi berpusatkan guru, murid dan bahan. Kaedah penyoalan, penggunaan kad

huruf dan LCD membantu guru menyampaikan pengertian dengan jelas.

-Guru meminta seorang murid membina perkataan daripada kad huruf yang

diberikan.

-Guru meminta murid membaca secara berkumpulan perkataan yang telah berjaya

dibina.

-Guru membawa air dan debu tanah/ menunjukkan gambar air dan debu tanah.

-Guru bersoal jawab tentang kegunaan dua bahan tersebut:

Terangkan kegunaan air dan tanah (debu)?

Apakah yang perlu dilakukan apabila air tiada untuk melakukan ibadah?

Apakah ibadah-ibadah yang memerlukan debu apabila ketiadaan air?

-Guru mengaitkan jawapan-jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari.

c) Langkah 1

- Pengertian Tayamum.

11

Dengan menggunakan LCD, guru memaparkan pengertian bertayamum. Kemudian

guru menggunakan kaedah penerangan serta soal jawab.

-Guru memaparkan pengertian tayamum .

-Secara berkumpulan, guru meminta murid membacanya.

-Kemudian, guru meminta murid membacanya secara individu.

d) Langkah 2

- Rukun Tayamum.

Dengan menggunakan strategi berpusatkan murid, guru memaparkan rukun

tayamum menggunakan LCD.

-Guru memaparkan carta dalam bentuk lut sinar / kertas mahjung / LCD yang

mengandungi rukun tayamum.

-Murid membaca carta yang mengandungi rukun tayamum secara individu dan

berkumpulan.

e) Langkah 3

- Syarat Tayamum.

- Amali

Dalam masa 10 minit yang diperuntukkan, guru memaparkan syarat-syarat

bertayamum dengan menggunakan LCD dan melakukan perlakuan bertayamum

yang betul bersama-sama dengan murid. Strategi berpusatkan murid dan bahan

digunakan. Di dalam langkah ini, guru menggunakan kaedah simulasi atau tunjuk

cara untuk melakukan perlakuan tayamum dengan menggunakan bedak sebagai

debu tanah.

12

-Guru memaparkan carta dalam bentuk lut sinar / kertas mahjung / LCD yang

mengandungi sebab dan syarat tayamum.

-Murid membaca carta yang mengandungi perkara-perkara di atas secara individu

dan berkumpulan.

-Murid bersoal jawab dengan guru tentang rukun, sebab yang mengharuskan

tayamum dan syarat tayamum.

-Guru menjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh murid.

-Guru memilih ketua melakukan simulasi bertayamum.

-Guru menunjukkan cara bertayamum yang betul.

-Guru meminta murid membentuk kumpulan untuk melakukan simulasi cara

bertayamum.

-Guru membimbing murid dengan kaedah tunjuk cara yang betul.

f) Penutup

- Pengukuhan Dan Penilaian.

Dalam 5 minit, guru melakukan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan strategi

berpusatkan murid dan bahan. Secara rawak, murid diminta menjawab soalan yang

diberikan dengan menggunakan perisian software yang disediakan. Murid-murid

diminta membanding beza untuk memilih jawapan yang betul. Guru pula

memberikan peneguhan positif hasil daripada jawapan yang diberikan.

Di akhirnya, guru memberikan lampiran soalan sebagai kerja rumah.

-Secara individu, guru meminta murid menjawab soalan kuiz yang disediakan.

13

-Dengan bimbingan guru murid menjawab semua soalan.

-Guru membuat kesimpulan dan memberikan peneguhan positif kepada murid.

-Guru mengedarkan lampiran soalan yang menghendaki murid mengelaskan di

antara rukun tayamum dan syarat bertayamum.

-Murid diminta menampalkan helaian kertas soalan di dalam buku kerja sebagai

kerja rumah.

KEBERKESANAN

14

1. Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sejajar Dengan

Keperluan Sukatan

- Skop kandungan tajuk memenuhi objektif sukatan pelajaran.

- Pengalaman pembelajaran yang disediakan sejajar dengan objektif

pembelajaran.

- Penilaian pembelajaran sejajar dengan objektif pembelajaran.

2. Penggunaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dilaksanakan Secara

Sistematik Dan Cekap.

- Pemilihan strategi dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

- Mempunyai kesinambungan pengajaran dan pembelajaran.

- Berjaya mengurus murid.

3. Tugas Pengajaran Difahami Dan Dilaksanakan Dengan Jelas.

- Pengajaran menepati keperluan tajuk yang diajar.

4. Berusaha Melibatkan Murid Secara Perlakuan Dalam Perlaksanaan

Tugas Pembelajaran.

- Berusaha meningkatkan penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.

- Menyediakan persekitaran bilik darjah yang positif.

5. Menyediakan Aktiviti Dan Tugas Pembelajaran Yang Mencabar Daya

Kognitif Murid.

15

- Menyesuaikan pengalaman pembelajaran dengan keupayaan dan gaya

pembelajaran murid.

- Menggerakkan minat dan motivasi terhadap aktiviti pembelajaran yang

dilaksanakan.

6. Berkeyakinan Dalam Menyampaikan Isi Pelajaran Dengan Jelas Dan

Memberikan Penerangan Yang Tepat.

- Berkeupayaan menyampaikan pelajaran dengan jelas sama ada secara lisan

dan kognitif.

- Berjaya memaksimumkan kefahaman murid.

- Berkeupayaan mempelbagaikan mod penyampaian.

7. Memantau Perkembangan Dan Masalah Pembelajaran Murid .

- Bertindak membantu pembelajaran murid.

- Menggunakan aktiviti / cara yang sesuai untuk mengesan kemajuan

pembelajaran murid.

- Memberikan maklum balas pembelajaran secara spontan dan konstruktif.

8. Menunjukkan Iltizam Dan Profesionalisme Yang Tinggi Dalam

Melaksanakan Obligasi Pengajaran Dan Pembelajaran.

16

- Berdaya usaha dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran.

- Sentiasa bertindak secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran.

- Berusaha mengekalkan hubungan profesianal dengan murid.

9. Berusaha Mengekalkan Motivasi Pembelajaran Murid.

- Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

- Menghubungkaitkan pembelajaran dengan bidang tugas guru.

- Menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.

- Membina kesedaran terhadap kepentingan ilmu dan pembelajaran.

10. Prihatin Terhadap Masalah Pembelajaran Murid Dan Bersedia

Memberikan Bimbingan Secara Berterusan.

- Menegsan maslah pembelajaran murid berdasarkan pemantauan dan

pengesanan pembelajaran murid.

- Berusaha membimbing murid secara individu ataupun kumpulan.

REFLEKSI

17

Guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai kemahiran merancang dan

melaksanakan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam memerlukan perancangan yang kreatif supaya

pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang bermakna

dan menyeronokkan kepada murid-murid.

Alhamdulillah, tugasan yang diberikan dapat disiapkan walaupun menghadapi

pelbagai halangan. Rancangan harian yang dirancang dengan teliti dan sempurna

memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu,

guru juga seharusnya memahami konsep merancang pengajaran, objektif

pengajaran dan matlamat yang ingin dicapai dalam proses pengajaran.

Di samping bahan pengajaran, strategi dan kaedah perlu ditekankan untuk

mencapai keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pastinya

murid-murid mempunyai semangat ingin menimba ilmu dengan pengalaman

pembelajaran yang terkawal dan berdisiplin. Ini akan menitipkan kesan atau nilai

positif dalam jiwa murid-murid bahawa pembelajaran itu suatu yang mudah dan tidak

membebankan.

Di akhir pengajaran dan pembelajaran seharusnya kepuasan dapat dilihat

melalui riak wajah murid-murid yang menandakan kefahaman mereka.

Keberkesanan ini juga meningkat semangat guru untuk lebih berusaha dan

menambah baik mutu pengajaran disamping penggunaan bahan-bahan

pembelajaran. Sama ada bahan maujud, lampiran kerja ataupun penggunaan bahan

multimedia.

18

GAMBAR AIR DAN DEBU TANAH.

19

PENGERTIAN TAYAMUM.

20

menyapu debu tanah ke muka

Tayamum ialah

dengan beberapa syarat

hingga ke siku

dan kedua-dua belah tangandisertai niat

Jawapannya ;

Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga

ke siku dengan beberapa syarat disertai niat.

Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan

sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu

menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.

RUKUN TAYAMUM.

1.Niat .

ألستباحة التيمم تعالى نويت لله الصالة

“Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat fardu kerana

Allah Taala”.

2.Menyapu debu tanah ke muka.

3.Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.

4.Tertib.

SYARAT-SYARAT TAYAMUM.

1.Bertayamum apabila masuk waktu solat.

21

2.Telah berusaha untuk mendapatkan air,atau tidak dapat menggunakan air.

3.Menghilangkan najis sebelum melakukan tayamum.

4.Hendaklah menggunakan debu tanah yang suci bukan yang musta’mal.

5.Sekali bertayamum untuk satu solat fardu sahaja.

LATIHAN PENGUKUHAN.

22

23

24

25

26

27

28

LATIHAN: TAYAMMUM                                 NOMBORKAN PERNYATAAN DI BAWAH SUPAYA MENJADI PENGERTIAN TAYAMMUM YANG LENGKAP .

           

menyapu debu tanah ke muka DUA TAHNIAH!!

           

tayammum ialah      

           

dengan beberapa syarat    

           

disertai niat        

           

hingga ke siku      

           

dan kedua-dua belah tangan    

29