tanggungjawab anak

5
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah kata-kata yang sering diingatkan kepada anak-anak agar menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Dari sejak kecil, kita telah ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa kita agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di seganap empat penjuru dunia tentang isu anak-anak melupakan ibu bapa mereka. Sebagai seorang anak yang telah dilahirkan dari rahim ibu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita. Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya dan bukanlah wang ringgit atau harta benda. Kita hendaklah belajar dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat mengerapi segala impian dan harapan ibu bapa. Janganlah kita mudah berputus asa dan rajinlah bertanya kepada guru- guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari kerana malu bertanya sesat jalan. Seorang cendekiawan dunia iaitu Albert Einstin ada mengatakan bahawa apa yang paling penting bagi anak-anak muda pada masa ini adalah sikap rajin bertanya. Oleh sebab itulah, kita hendaklah beringan mulut untuk bertanya. Sebagai seorang anak, janganlah kita sesekali mengecewakan ibu bapa kita. Sebagai tamsilan, apabila seorang anak itu ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ianya perbelajaran yang begitu besar amatlah diperlukan oleh anak tersebut dan

Upload: wenxinwenxin

Post on 13-Jul-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tanggungjawab

TRANSCRIPT

Page 1: TANGGUNGJAWAB ANAK

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum

tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah kata-kata yang sering diingatkan kepada

anak-anak agar menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu

bapa kepada anak-anaknya. Dari sejak kecil, kita telah ditatang bagai minyak yang

penuh oleh ibu bapa kita agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Sedasarwarsa

ini, sering meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di seganap empat penjuru dunia

tentang isu anak-anak melupakan ibu bapa mereka. Sebagai seorang anak yang telah

dilahirkan dari rahim ibu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai

seorang anak terhadap ibu bapa kita.

Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa

adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan

daripada anak-anaknya dan bukanlah wang ringgit atau harta benda. Kita hendaklah

belajar dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat mengerapi segala

impian dan harapan ibu bapa. Janganlah kita mudah berputus asa dan rajinlah bertanya

kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari kerana malu

bertanya sesat jalan. Seorang cendekiawan dunia iaitu Albert Einstin ada mengatakan

bahawa apa yang paling penting bagi anak-anak muda pada masa ini adalah sikap rajin

bertanya. Oleh sebab itulah, kita hendaklah beringan mulut untuk bertanya. Sebagai

seorang anak, janganlah kita sesekali mengecewakan ibu bapa kita. Sebagai tamsilan,

apabila seorang anak itu ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

ianya perbelajaran yang begitu besar amatlah diperlukan oleh anak tersebut dan oleh

sebab itulah, kita hendaklah menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Hal ini

demikian, agar segala jenih-penih dan penat-lelah ibu bapa akan terbayar. Jelaslah

bahawa, anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dengan

belajar bersungguh-sungguh.

Page 2: TANGGUNGJAWAB ANAK

Di samping itu, sebagai seorang anak kita hendaklah mentaati segala perintah dan

suruhan serta nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa. Janganlah sesekali kita

membantah percakapan mereka selagi mana suruhan tersebut tidak bertentangan

dengan hukum syarak. Kita mestilah patuh dan mendengar nasihat ibu bapa dengan

penuh rasa hormat kerana mereka merupakan orang yang lebih tua daripada kita.

Segala tugasan dan suruhan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada kita hendaklah

dilaksanakan dengan penuh rasa keikhlasan dan bermanis muka. Apabila kita dibelenggu

sesuatu permasalahan, mintalah nasihat dan dorongan daripada ibu bapa. Saidina Abu

Bakar pernah berpesan bahawa sebaik-baik manusia adalah manusia yang sering

meminta dan memberi nasihat. Uswahnya, apabila melakukan kerja-kerja dirumah,

mintalah pertolongan dan pandangan daripada ibu bapa agar pekerjaan tersebut dapat

dilaksanakan dengan sempurna. Janganlah melakukan sesuatu kerja itu bagai

melepaskan batuh di tangga. Tuntasnya, taatilah perintah, suruhan dan nasihat ibu bapa

kerana amalan ini merupakan salah satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.

Selain itu, anak-anak perlu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa sekiranya telah

dewasa dan berjaya. Setelah berjaya, janganlah kita mudah lupa bahawa ibu bapalah

cerucuk utama kejayaan kita. Jika ibu bapa memerukan bantuan, bantilah mereka. Kita

mestilah sentiasa mengingati bahawa segala perbelanjaan kita dari sejak kita kecil

sehinggalah berjaya adalah dibawah tanggungan ibu bapa kita. Selain itu, apabila kita

mempunyai keluarga sendiri, kita perlu kerap menziarahi ibu bapa agar anak-anak akan

mencontohi sikap kita kerana kepimpinan adalah melalui teladan. Sebagai seorang anak,

kita mestilah sentiasa beringat bahawa azab Allah itu amat sakit jika kita menderhaka

terhadap ibu bapa kita. Janganlah bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana tanpa ibu

bapa siapalah kita. Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai

seorang anak dengan menghulurkan bantuan kepada ibu bapa kita.

Page 3: TANGGUNGJAWAB ANAK

Seterusnya, tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anak-anak terhadap ibu bapa

kita adalah dengan menghormati ibu bapa. Tanggungjawab ini amat penting kerana ibu

bapa merupakan pihak pertama yang perlu kita hormati. Jangan sesekali kita

menderhaka terhadap ibu bapa walau seburuk dan sejahat manapun mereka. Kita

dilarang sama sekali meninggikan suara kepada ibu bapa. Jika kita mempunyai ibu bapa

yang kurang berakhlak mulia, kita perlu menasihati mereka dengan nada suara yang

baik dan berhemah tinggi. Senario ini persis dengan kata-kata seorang cendekiawan

yang bernama Aflatun yang telah mengatakan bahawa percakapan yang beradab sopan

dan berlemah-lembut boleh melembutkan hati yang keras. Oleh itu, nasihatilah dan

bercakapalah dengan ibu bapa kita dengan menggunakan nada suara yang sederhana.

Tambahan lagi, sebagai seorang anak juga kita perlu sentiasa berakhlak mulia terhadap

ibu bapa kita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"Akhlak yang buruk akan merosakkan

amal, bagai cuka merosakkan madu." Kata-kata ini membawa maksud bahawa hiasilah

diri dengan akhlak yamg mulia agar ibu bapa tidak bersusah hati. Sebagai contoh, kita

perlu mencari rakan-rakan yang baik dan yang tidak akan mempengaruhi kita dengan

budaya hedonisme seperti melepak, berpeleseran dan merokok. Tegasnya, hormatilah

ibu bapa kerana itu merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa yang seterusnya pula adalah dengan

memberi kebahagiaan kepada ibu bapa. Apabila dewasa kelak, mungkin kita akan sibuk

dengan kerjaya masins-masing dan keluarga sendiri, kita tidak seharusnya melupakan

ibu bapa kita yang pernah membahagiakan kita dahulu. Kita perlulah meluangkan sedikit

masa bersama ibu bapa dengan membawa merekapergi bercuti, Selain itu, kita juga

boleh mmembawa ibu bapa ke rumah kita untuk makan bersama-sama. Hal ini sekali gus

dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pada masa ini, janganlah kita hanya

makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan. Bagi melahirkan keluarga

yang sakinah, anak-anak perlu membahagiakan ibu bapa. Cara lain bagi

membahagiakan ibu bapa kita adalah dengan memberi kejayaan dan menuntut ilmu

Page 4: TANGGUNGJAWAB ANAK

bersungguh-sungguh. LakmanulHakim pernah berpesan,"Wahai anak-anak kesayangan

ku, tuntutlah ilmu kerana semasa kamu fakir, ilmulah hartamu dan semasa kamu kaya

ilmulah perhiasan dirimu." Oleh sebab itulah, ibu bapa sering menasihati anak-anaknya

agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, apabila kita melanjutkan

pelajaran, gunalah wang perbelanjaan untuk belajar, bukannya untuk berfoya-foya

kerana kejayaanlah yang membahagiakan ibu bapa kita. Jelaslah, antara

tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah

dengan membahagiakan mereka.

Selain daripada itu, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan dan

kebahagiaan ibu bapa di dunia dan akhirat. Kita perlu berdoa dan memohon pertolongan

daripada Allah setelah selesai menunaikan solat. Kita mestilah memohon agar ibu bapa

kita ditempatkan dalam kalangan para mukminin. Setelah ibu bapa kita meninggal

dunia, sentiasalah menziarahi kubur mereka dan mendoakan kesejahteraan mereke agar

segala dosa-dosanya diampuni oleh Allah. Tambahan pula, jika ibu bapa kita sering

melupakan kewajipannya terhadap Allah. Kita perlu membantu mereka supaya Allah

meringankan seksaan-Nya terhadap ibu bapa. Jelaslah bahawa, anak-anak hendaklah

mendoakan kesejahteraan ibu bapa kerana itu adalah salah satu tanggungjawab anak-

anak terhadap ibu bapa.

Sebagai akhir kalam, anak-anak perlu memainkan peranan yang represif akan segala

tanggungjawab kita dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap generasi yang

cemerlang lahir daripada keluarga yang sakinah. Anak-anak perlu melaksanakan

tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan bagi mewujudkan sebuah keluarga yang

harmoni dan cemerlang. Keluarga yang harmoni dapat merealisasikan visi kudsi

Wawasan 2020 sekali gus dapat menjulang negara ke puncak jagat kerana generasi yang

bersahsiah, berketerampilan dan berakhlak mulia lahir daripada keluaga yang harmoni.