tangan kanan,kiri atau kedua-duanya

46
Tangan Kanan,Kiri atau Kedua-duanya Tung Wai Chee. Disediakan oleh:Umair Hishamudin & Qurrata Akyun Ahmad Sobri.

Upload: umair-pearl

Post on 29-Jul-2015

67 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sebagai platform untuk pelajar mengambil nota sebagai pembelajaran yang mudah dan senang,Semoga membantu kalian.Peace!

TRANSCRIPT

Page 1: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Tangan Kanan,Kiri atau Kedua-duanya

Tung Wai Chee.Disediakan oleh:Umair

Hishamudin&

Qurrata Akyun Ahmad Sobri.

Page 2: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Sinopsis

Ee Nah sedang bermain piano di rumahnya,tiba-tiba sahaja terkenang peristiwa dia ditampar oleh ayahnya.

Walaupun ayahnya ialah bekas seniman,namun dia tidak merestui niat Ee Nah untuk menjadi anak seni,iaitu pengarang.

Page 3: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Akibat tertekan dengan sikap ayahnya itulah yang telah menyebabkan abangnya,Ha Lim meninggalkan rumah.Ha Lim mengambil keputusan untuk meneruskan cita-citanya menjadi pengarang.

Tanpa pengetahahuan ayahnya,Ee Nah dan sepupunya beralih ke bidang muzik(nyanyian).Mereka telah menyertai sayembara dan telah bergelar juara.

Page 4: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Kemenangan itu amat meresahkan Ee Nah.Dia bimbang ayahnya akan naik berang dengan tindaknnya itu.

Keresahan Ee Nah bertukar gembira kerana ayahnya telah menyedari bahawa darah seni mengalir dalam dirinya,kini diwarisi oleh anak-anaknya.Ayah merestui perjuangan Ee Nah dam Ha Lim.

Ee Nah amat gembira apabila abangnya,Ha Lim muncul di hadapan pintu.Dia tidak menyangka bahawa ayahya menghantar telegram kepada abangnya meminta Ha Lim pulang ke pangkuan keluarga.

Page 5: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Tema

Keazaman dan pendirian yang kukuh untuk mencapai cita-cita

Huraian:

Keyakinan terhadap apa yang kita cita-citakan hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Page 6: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Persoalan

Menghormati minat dan cita-cita orang lain.Huraian:

Tindakan memaksa orang lain mengikut segala kehendak kita adalah tidak wajar.Hal ini akan membantutkan cita-cita seseorang untuk maju dalam bidang yang diminatinya.

Page 7: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Tolak ansur amat penting dalam hubungan kekeluargaan.Huraian:

Dalam sesebuah rumah tangga,sikap tolak ansur boleh membantu mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

Page 8: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Yakin dengan kebolehan diri.

Huraian:

Jika kita yakin dengan apa yang kita lakukan,kejayaan akan dapat dicapai.

Bakat yang diwarisi boleh membantu kejayaan.

Huraian:

Bakat seni yang ada pada anak-anak ayah Ee Nah wajar dikembangkan sebaik mungkin.

Page 9: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Watak dan Perwatakan

Ee Nah:

Seorang yang patuh pada orang tua.

Huraian:

Tidak pernah membantah kemahuan ayahnya.Minat Ee Nah dalam bidang penulisan terkubur begitu sahaja kerana tidak mendapat restu daripada ayahnya.

Page 10: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang sabar.

Huraian:

Tidak membantah atau melawan cakap ayahnya.Ee Nah tidak pernah menyalahkan ayahnya yang agak garang dengan anak-anak.Sebaliknya dia hanya berdiam diri apabila dimarahi.

Page 11: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang bijak.

Huraian:

Menyusun strategi untuk berjaya.Sekalipun gagal menjadi pengarang,dalam diam Ee Nah berlatih muzik dengan Lisa sepupunya.Ternyata usahanya berhasil apabila berjaya menjadi johan dalam sayembara yang disertainya.

Page 12: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang penyayang.

Huraian:

Tetap sayang akan ayahnya sekalipun ayahnya agak garang.Ee Nah tetap mempamerkan rasa kasih terhadap ayahnya.Dia menyediakan untuk ayahnya sekalipun berada dalam ketakutan.

Page 13: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Ayah Ee Nah:

Seorang yang tegas dan garang.

Huraian:

Sanggup memukul dan menampar anak sendiri.

-Pernah menampar Ee Nah kerana tidak mahu mengikut kehendaknya.

-Pernah bertengkar dengan anaknya Ha Lim sehingga Ha Lim meninggalkan rumah.

Page 14: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang bertanggungjawab.

Huraian:

Tanggungjawab mendidik anak-anak telah dijalankan sebaik mungkin.

-Pendidikan anak-anak diberi keutamaan.Begitu juga keperluan dan kemudahan asas yang lengkap seperti rumah yang selesa disediakan untuk anak-anak.

Page 15: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang berfikiran rasional.

Huraian:

Walaupun keras hati dan garang,tetapi akhirnya beliau berubah fikiran.

-Kemarahan ayah akhirnya reda dan menerima hakikat bahawa anak-anaknya perlu diberi kebebasan untuk menentukan masa depan mereka.

Page 16: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Lisa:

Seorang yang meminati muzik.

Huraian:

- Minat Lisa dalam muzik tidak mendapat halangan daripada keluarganya.

-Giat berlatih muzik kerana amat meminati bidang tersebut.

Page 17: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang baik hati.

Huraian:

- Memahami masalah orang lain dan berusaha membantu menyelesaikannya.

-Menyedari sepupunya Ee Nah agak tertekan dengan sikap ayahnya,Lisa mengajak Ee Nah belajar muzik.

Page 18: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang menghormati orang.

Huraian:

- Lisa meminta izin untuk masuk ke bilik dengan lemah lembut.

-Dia juga membuka pintu lalu bersalaman dengan Pak Long.

Page 19: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Ha Lim:

Seorang yang tegas dengan prinsipnya.

Huraian:

-Tidak mudah bertukar fikiran.

-Walaupun tidak direstui oleh ayahnya,Ha Lim tetap meneruskan cita-citanya untuk menjadi pengarang.

Page 20: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Seorang yang keras hati.

Huraian:

-Tidak menerima pandangan orang lain.

-Ha Lim mengambil keputusan untuk keluar dari rumah walaupun Ee Nah memujuknya.

Page 21: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Plot

Permulaan Cerita:

Ee Nah sedang bermain piano di rumahnya.Tiba-tiba dia berhenti bermain piano apabila dia terkenangkan sesuatu.

Page 22: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Perkembangan Cerita:

Ee Nah terkenangkan peristiwa dia ditampar oleh ayahnya kerana mahu meneruskan cita-cita menjadi pengarang.Ayah Ee Nah menghina abangnya,Ha Lim yang tidak mahu mendengar nasihatnya dan meneruskan cita-cita menjadi pengarang.

Page 23: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Perumitan Cerita:Ee Nah teringatkan abangnya Ha Lim yang bertindak keluar dari rumah setelah berselisih pendapat dengan ayahnya.Ee Nah cuba menasihati abangnya namun gagal.Perasaan serba salah muncul dalam diri Ee Nah sama ada mahu menurut kata ayahnya atau meneruskan cita-citanya.Akhirnya Ee Nah dan sepupunya Lisa belajar muzik dan menyertai sayembara.Mereka menjadi johan dalam sayembara tersebut.

Page 24: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Puncak Cerita:

Ee Nah amat bimbang ayahnya akan memarahinya kerana kejayaannya itu.Dia begitu resah sewaktu berhadapan dengan ayahnya di ruang tamu.

Page 25: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Peleraian:

Ee Nah begitu gembira kerana perjuangannya dalam bidang seni direstui oleh ayahnya.Keluarga mereka bersatu kembali apabila Ha Lim pulang ke pangkuan ayahnya.

Page 26: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Teknik PlotSaspens

-Ee Nah berdebar-debar menanti reaksi ayahnya setelah dia dan Lisa memenangi sayembara.

Huraian:

Perasaan takut dan cemas berbaur dalam diri Ee Nah.Sesekali dia yakin dirinya benar,sesekali dia takut jika ayahnya akan bertindak terhadapnya.Akhirnya Ee Nah mendapat restu daripada ayahnya.

Page 27: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Imbas kembali

-Ee Nah mengingati kembali peristiwa dia ditampar oleh ayahnya.

Page 28: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

LatarLatar tempat:

-Rumah sebandung milik keluarga Ee Nah.

*Ee Nah leka bermain piano.(m/s 100) *Tempat Ee Nah dan Lisa berlatih

bermain muzik. -Ruang dapur. *Ee Nah membuat kopi untuk ayahnya.

(m/s 105)

Page 29: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Latar masa.

-Siang(waktu petang).

*Ee Nah bermain piano dan teringat peristiwa dia ditampar oleh ayahnya.

Latar masyarakat:

-Masyarakat Cina

-Keluarga Cina yang berdarah seni.

*Bakat seni yang mengalir dalam diri Ha Lim dan Ee Nah adalah warisan daripada ayahnya yang pernah menjadi pelakon.

Page 30: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Gaya Bahasa

Hiperbola:

-bah air mata.(m/s

Metafora:

-mendakap kebasan.(m/s 101)

-cahaya cita-cita.(m/s

-tikaman lidah keris ayah.(m/s 100)

Page 31: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Personifikasi:

-kepingan manuskrip tulisan tangan membunuh ketakutannya.(m/s 100)

-sinar mentari menyelinap masuk menerusi pintu kaca.(m/s 100)

Simile:

-Ayah panas baran umpama matahari.(m/s 101)

-Ayah bagai gunung berapi pendam.(m/s 105)

Page 32: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Peribahasa:

-macam katak di bawah tempurung.(m/s 103)

Sinkof:

-kau,mu,kan

Anafora:

-“Bila?”

-“Bila tiba masanya.”

Page 33: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Nilai

Kasih sayang.

-Kasih sayang dalam keluarga akan menjamin kebahagian.

*Ha Lim akhirnya pulang ke rumah kerana masih ada rasa kasih terhadap keluarganya.Ayah akhirnya akur dengan kehendak anak-anaknya kerana rasa kasih dan sayang terhadap mereka.

Page 34: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Ketaatan kepada ibu bapa.

-Anak-anak perlu mentaati ibu bapa sekalipun mereka agak tegas dalam mendidik anak-anak.

*Ee Nah tidak membantah kata-kata ayahnya yang melarang dia meneruskan cita-citanya menjadi pengarang.

Page 35: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Belas kasihan dan simpati.

-Apabila orang yang kita kasihi mengalami masalah wajarlah mereka itu dibantu.

*Lisa kasihan melihat Ee Nah bersedih lalu memberi semangat dan dorongan kepadanya supaya menceburi bidang muzik.

Page 36: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Berdikari.

-Untuk mencapai kejayaan,seseorang perlu berdikari.

*Oleh sebab yakin dengan bakat dan kebolehannya sebagai pengarang,Ha Lim tidak teragak-agak untuk meneruskan cita-citanya walaupun tidak direstui oleh ayahnya.

Page 37: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Pengajaran

Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri.

-Sikap yakin diri amat perlu untuk mencapai kejayaan.

*Ha Lim berjaya menjadi pengarang kerana dia yakin akan kebolehan dirinya.

Page 38: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Kita hendaklah menyayangi ibu bapa.

-Tidak kira sama ada ibu bapa kita garang atau tidak,mereka perlu disayangi.

*Ee Nah tetap menyayangi ayahnya sekalipun minatnya dalam bidang seni tidak direstui.

Page 39: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Kita hendaklah gigih dalam mengejar cita-cita.

-Kejayaan akan dikecapi hasil usaha dan kegigihan serta tidak mengenal erti putus asa.

*Ee Nah dan Lisa giat berlatih untuk mencapai kejayaan dalam sayembara yang akan disertai oleh mereka.

Page 40: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

Soalan

1.Apakah hubungan antara Lisa dan Ee Nah?

A. anak saudara

B. adik beradik

C. sepupu

D. ibu saudara

Page 41: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

2.Nyatakan konflik yang timbul antara Ee Nah dan Pak Long?

A. Pak Long tidak mahu Lisa tinggal di rumahnya.

B. Pak Long mahu Ee Nah bergiat dalam bidang perniagaan.

C. Pak Long melarang Ee Nah bergiat dalam bidang muzik.

D. Pak Long pernah menghalau Ha Lim keluar dari rumah.

Page 42: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

3.Latar masyarakat yang tergambar dalam cerpen Tangan Kanan,Kiri atau Kedua-duanya ialah……

A. masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

B. masyarakat Tionghua yang terlibat dalam bidang seni.

C. masyarakat Cina yang telah maju dalam bidang perniagaan.

D. Masyarakat yang mementingkan kejayaan.

Page 43: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

4.Apakah permintaan ayah kepada Ee Nah?

A. tidak mahu Ee Nah terlibat dalam perniagaan.

B. tidak mahu Ee Nah menjadi seperti Ha Lim.

C. menjauhi sikap suka berkhayal.

D. agar mencontohi sikap Ha Lim.

Page 44: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

5.Yang berikut ialah bukti yang menunjukkan keluarga Ee Nah merupakan keluarga seni,kecuali…

A. Ee Nah penyair terkenal.

B. Ha Lim pengarang berpengalaman.

C. Ibu Ee Nah merupakan pelakon teater.

D. Ayah Ee Nah ialah pelakon veteran.

Page 45: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

JAWAPAN

1.C

2.C

3.B

4.B

5.A

Page 46: Tangan Kanan,Kiri Atau Kedua-Duanya

TAMAT

Sekian,Assalamualaikum W.B.T