taman pertanian universiti universiti putra malaysiareg.upm.edu.my/spk_upm/opr-tpu-web/buku...

14
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 1 drp 14 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/STA/05 BUKU PANDUAN TANAMAN KOPI

Upload: others

Post on 29-Jan-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 1 drp 14

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/STA/05

BUKU PANDUAN TANAMAN KOPI

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 2 drp 14

KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat

1. Pendahuluan .............................................................................2

2. Penanaman...............................................................................5

3. Penyelenggaraan......................................................................7

3.1 Pembajaan.......................................................... 3.2 Kawalan Rumpai................................................. 3.3 Pemangkasan..................................................... 3.4 Kawalan Penyakit................................................ 3.5 Kawalan Perosak.................................................

4. Pungutan Hasil/ Penuaian ......................................................10

5. Glosari......................................................................................

6. Rujukan....................................................................................

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 3 drp 14

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah Tanaman kopi (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Tanaman kopi dikatakan berasal dari kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 dimana jenis Arabica merupakan jenis yang mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Apabila kedua jenis ini sangat peka terhadap serangan penyakit karat daun (Hemileia vastatrix), kopi jenis Robusta dan jenis Arabica yang didapati tahan terhadap penyakit ini dibawa masuk pada tahun 1900. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Botani Pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi.

Pokok

Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 – 15 m sekiranya tidak dikawal.

Sistem Akar

Pertumbuhan akar pokok kopi banyak bergantung kepada keadaan fizikal tanah, keadaan kelembapan serta taburan hujan.

Daun

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 4 drp 14

Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan pada batang, dahan serta cabang. Daun- daun kopi Liberica dan Arabica berwarna hijau tua manakala Robusta pula warna hijaunya cerah sedikit.

Bunga

Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang mengikut varieti. Pokok kopi adalah dari jenis yang tidak serasi sesama sendiri.

Buah

Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak.

Keperluan Persekitaran

Faktor Iklim

Pokok kopi memerlukan taburan hujan antara 2000 – 3000mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering untuk pembentukan primordia bunga (janabunga) bagi pengeluaran hasil yang baik. Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi di mana suhu optimumnya ialah 180 – 280C serta kelembapan antara 70% – 90%.

Faktor Tanah

Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah yang berasal dari lahar, granit, dan batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai. Tanah yang sesuai untuk tanaman kopi ialah Siri Briah, Carey, Cempaka, Jempol, Kaki Bukit, Jawa, Kangkong, Lubuk Kiat, Lundang, Kantan, Rotan, Sabrang, Selangor, Semberin, Tok Yong dan Tualang.

Jenis Klon

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 5 drp 14

Di antara tiga jenis pokok kopi, jenis Liberica merupakan yang paling banyak ditanam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jenis Robusta banyak terdapat di kawasan Utara Semenanjung seperti di negeri Kedah dan Perlis, serta di Sabah dan Sarawak. Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Kopi jenis Arabica (Coffea arabica var. arabica) merupakan jenis yang banyak ditanam di kawasan sub tropika.

Klon Robusta

Klon Liberica

2.0 PENANAMAN

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 6 drp 14

Penyediaan Kawasan Tanaman Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan.

Keperluan Pokok Pelindung

Jenis Robusta atau polihibrid Robusta memerlukan pokok naungan dari jenis Gliricidia sp., Leucaniea sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam pada 6m x 6m, iaitu satu pokok naungan bagi setiap empat pokok kopi. Penanaman kopi jenis Liberica atau polihibrid boleh dibuat tanpa menggunakan pokok lindungan.

Penanaman di Ladang Penanaman pokok kopi boleh dibuat secara tanaman tunggal atau pun selingan dengan tanaman kelapa yang sedia ada. Bagi jenis Robusta atau polihibrid Robusta, jarak tanaman yang lebih rapat adalah disyorkan. Kebiasaannya jenis ini ditanam pada jarak 2.5m x 2.75m dengan kepadatan 1450 pokok sehektar untuk tanaman secara tunggal.

Sistem Tanaman

i) Tanaman Tunggal

Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m segitiga sama dengan kepadatan 1280 pokok sehektar.

ii) Tanaman Selingan Dengan Kelapa

Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m dimana dua barisan kopi ditanam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m dengan kepadatan 790 pokok sehektar.

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 7 drp 14

Bahan Tanaman

Penyediaan Benih Tanaman

i) Menggunakan Biji Benih

Biji benih kopi hendaklah dipilih daripada buah kopi yang cukup masak daripada pokok yang mengeluarkan hasil buah kopi yang tinggi.

Biji benih mula bercambah 4 – 7 minggu selepas disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8 – 10 minggu. Anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4 – 6 bulan.

ii) Pembiakan Secara Tampang

Terdapat dua cara pembiakan tampang yang biasa digunakan dalam pembiakan kopi, iaitu cara keratan dan cara cantuman. a) Cara keratan

Pembiakan cara ini adalah sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica.

b) Cara cantuman

Anak benih kopi yang ditanam dalam polibeg boleh dicantum selepas berumur 6 – 8 bulan. Cantuman boleh dibuat dengan menggunakan baka klon yang mengeluarkan hasil biji kopi yang tinggi dan bermutu. Cantuman pokok kopi dibuat secara cantuman baji menggunakan tunas air daripada pokok baka yang terpilih.

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 8 drp 14

3.0 PENYELENGGARAAN

3.1 Pembajaan

Seperti tanaman lain, pokok kopi memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi.

Tahun Baja dan Kapur Kadar (gm/pokok/tahun)

Kekerapan

1 Sebatian hijau (15:15:15) 150 6 kali

GML 100 2 kali

2 Sebatian hijau (15:15:15) 300 6 kali

GML 200 2 kali

3 Sebatian biru (12:12:17:2) 450 6 kali

GML 300 2 kali

4 dan seterusnya

Sebatian biru (12:12:17:2) 450 4 kali

GML 300 2 kali

3.2 KAWALAN RUMPAI Rumpai Daun Lebar - Rumpai bersaing dengan dan Rusiga tanaman untuk air, nutrient dan

cahaya serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga.

Kawalan: Selepas ditanam kawal rumpai

secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa.

Page 9: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 9 drp 14

3.3 PEMANGKASAN

Pemangkasan adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi.

i) Biasanya pemangkasan batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang.

ii) Pemangkasan Batang Berganda

Pemangkasan batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. a) Pemangkasan Batang Berganda di Tapak Semaian

Di peringkat tapak semaian pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20sm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2 – 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama.

b) Pemangkasan Batang Berganda di Peringkat Ladang

Di peringkat ladang pula pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180sm iaitu selepas 4 – 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang.

3.4 KAWALAN PENYAKIT

Berikut adalah senarai serangan penyakit yang biasanya menyerang tanaman kopi.

1. Karat Daun - Kawalan:

(Hemileia vastatrix) Sembur dengan racun kulat seperti triadimefon (0.05-0.1%). Musnahkan semua daun yang berpenyakit.

2. Penyakit Hawar - Kawalan: (Marasmeillus scandens) Pangkas bahagian yang diserang

dan musnahkan. Sembur dengan

Page 10: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 10 drp 14

racun kulat yang mengadungi kuprum.

3. Penyakit Cendawan Angin - Kawalan: (Corticum salmonicolor) Pangkas bahagian yang diserang

dan musnahkan. Sembur racun atau cat pada bahagian yang baru diserang dengan racun kulat jenis kuprum.

4. Penyakit Antraknos Buah - Kawalan: (Collectrichum sp.) Sembur dengan racun kulat

seperti mancozeb atau kuprum oksiklorida.

3.5 KAWALAN PEROSAK Berikut adalah serangan oleh perosak atau serangga:

1. Kumbang Pengorek Buah - Kawalan: (Hypothemes hampel) Pungut buah masak dengan

segera dan giliran pungutan mesti cepat. Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah kopi yang telah diserang dan yang elok sama ada di atas pokok atau di atas tanah selama 2 – 3 bulan di kawasan yang terlibat. Jika perlu sembur dengan racun serangga chlorpyrifos atau malathion.

2. Rama-rama Kepak Jernih - Kawalan: (Cephanodes hyles) Pungut dan musnahkan ulat yang

terdapat pada daun di peringkat awal serangan. Bersihkan ladang dari sampah sarap dan rumput rumpai. Jika perlu sembur dengan racun chlorpyrifos atau malathion

3. Kumbang Kaboi - Kawalan: (Apogonia sp.) Sembur dengan racun serangga

seperti methrin.

Page 11: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 11 drp 14

4. Teritip - Kawalan: (Lecanium sp.) Kawal dengan menyembur white

oil atau malathion untuk mengawal semut yang berasingan dengan teritip tadi.

5. Nematod - Kawalan: (Pratylenchus coffeae) Kawal dengan racun nematod

seperti fenamiphos. Guna pokok penanti dari jenis coffea robusta yang lebih tahan pada serangga nematod.

6. Musang - Kawalan: Bersihkan kebun dan kawasan

sekeliling kebun.

Page 12: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 12 drp 14

4.0 PUNGUTAN HASIL

4.1 Musim Buah

Bunga kopi biasanya mengambil masa di antara 8 – 13 bulan bagi jenis Liberica, 7-9 bulan bagi jenis Arabica dan 9 – 10 bulan bagi jenis Robusta dari tarikh mula mengeluarkan bunga hingga buah masak.

4.2 Kematangan Buah Buah kopi jambu berwarna hijau tua semasa di peringkat buah muda.

Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik.

4.3 Pungutan Hasil Bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi,

pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buah-buah kopi yang berwana hitam

Page 13: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 13 drp 14

5.0 PENGGREDAN

Biji-biji kopi kering digred mengikut kaedah yang dibuat oleh FAMA seperti berikut :-

Gred 1 - FAMA Kopi Beras ( FKB 1 )

- Kurang daripada 1% kulit/barang asing - Tiada kopi hancur - Tiada biji hitam - Warna biji kopi biru kekelabuan hijau - Kekeringan biji kopi melebihi 90%

Gred 2 - FAMA Kopi Beras ( FKB 2 )

- Kurang daripada 9% kulit/barang asing - Kurang daripada 3% kopi hancur - Kurang daripada 3% biji hitam - Warna biji kopi kekuningan emas - Kekeringan biji kopi melebihi 90%

Gred 3 - FAMA Kopi Beras ( FKB 3 )

- Kurang daripada 9% kulit/barang asing - Kurang daripada 3% kopi hancur - Kurang daripada 3% biji hitam - Warna biji kopi kekuningan emas - Kekeringan biji kopi melebihi 90%

Tiada Gred - Ini termasuk biji kopi yang berlubang dan hancur

berdebu.

Page 14: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU PANDUAN... · Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 14 drp 14

RUJUKAN

1. Pengeluaran Kopi. MARDI.1991 2. http://lablink.or.id/Agro/Kopi/kopi.htm