tamadun -ilmu perubatan,kalam dan tasauf

Upload: siti-nor

Post on 04-Jun-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    1/53

    ILMU KALAM, ILMU

    TASAWUF DAN ILMUPERUBATAN

    Di sediakan oleh ;

    FATHIAH BINTI HASSAN

    FATIMAH MARDHIAH BINTI HJ MOHD NOOR

    NOR WAHIDAH BINTI MOHD KAHARNURFARIZA HANIM BINTI HASHIM

    SOLEHAH BINTI AHMAD

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    2/53

    ILMU KALAM

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    3/53

    Tajuk-tajuk Perbincangan

    I. Zat Allah dan sifat-sifatnya ditinjau dari segiwajib,mustahil dan harus.

    II. Zat rasul-rasul dan sifat-sifatnya sama ada yang

    awjib,mustahil atau harus.III. Perkara mungkin atau alam sebagai dalil untuk

    mensabitkan wujudnya Allah.

    IV. Perkara-perkara yang didengar dari er) dari segi wajibberiktiqat seperti tang diberitakan oleh rasul yang

    maksum.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    4/53

    ILMU KALAM

    Pengertian : Ilmu yang membicarakan tentang kewujudan Tuhan

    (Allah), sifat-sifat yang mesti ada pada-Nya, sifat-sifat

    yang tidak ada pada-Nya dan sifat-sifat yang mungkin

    ada pada-Nya,

    membicarakan tentang Rasul-rasul Tuhan, untuk

    menetapkan kerasulan dan mengetahui sifat-sifat yang

    mesti ada padanya, sifat-sifat yang tidak mungkin ada

    padanya dan sifat-sifat yang mungkin terdapat

    padanya

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    5/53

    Nama lain bagi ilmu kalam :

    Ilmu Aqaid atau Ilmu Usuluddin iaitu ilmu yang

    membahaskan pokok-pokok agama ( usuluddin )

    Ilmu Tauhid pula ialah ilmu yang membahaskantentang keesaan Allah SWT, asma (nama-nama)

    dan afal(perbuatan-perbuatan) Allah yang wajib,

    sifat mustahil dan jaiz dan sifat wajib, mustahil

    danjaizbagi Rasul-Nya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    6/53

    Dasar-dasar ilmu kalam:

    1) Al-Quran: Banyak menyentuh tentang hal yang

    berkaitan dengan ketuhanan, diantaranya:

    Surah al ikhlaas :1-4

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    7/53

    Surah al-Furqan : 59

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    8/53

    2) Hadis: contoh hadis:

    :: :: :

    : :: )::)

    : .

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    9/53

    Dari Abi Hurairah ia berkata: Suatu hari Nabi SAW.

    nampak di tengah manusia, lalu seorang laki-laki

    mendatanginya dan bertanya: Apakah iman itu?Rasulmenjawab: Iman ialah engkau percaya pada Allah,

    Malaikat-Nya, bertemu dengan-Nya, Rasul-Nya dan

    bangkit dari kubur (hari kiamat). Lelaki itu bertanya lagi:

    Apakah Islam itu?. Rasul menjawab: Islam adalahEngkau menyembah Allah dan jangan menyekutukan-

    Nya, dirikanlah shalat, tunaikan zakat fardhu, dan

    berpusa bulan Ramadhan. Lelaki itu bertanya lagi:

    Apakah Ihsan itu?. Rasul menjawab: Hendaklahengkau beribadah/menyembah Allah seolah-olah

    engkau melihat Allah, lalu jika engkau tak melihat-Nya

    ketahuilah sesungguhnya Dia melihatmu

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    10/53

    Lelaki itu bertanya lagi: Kapan terjadi hari kiamat?:Rasul menjawab: Tidaklah orang yang ditanyatentang hal ini (rasul) lebih mengetahui jawabannya

    dari si penanya, aku akan jelaskan tentang tanda-tanda kiamat (ialah): apabila seorang budakmelahirkan tuannya, apabila para penggembalabinatang ternak telah berlomba bermegah dalam

    bangunan, ia termasuk lima hal yang tak seorangpunmengetahuinya kecuali Allah, lalu Rasul membacaayat : sampai ayat terahir. Lalu lelakiitu pergi dan Nabipun berkata kepada para sahabat:

    Panggillah lelaki itu, tetapi tak seorangpun darisahabat melihatnya lagi. Lalu Nabi berkata: Lelaki ituadalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan kepadamanusia tentang agama. (HR. Bukhari dan Muslim )

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    11/53

    SEJARAH BERMULANYA ILMU KALAM

    Rasulullah SAW, selama di Mekah merupakan seorang

    ketua. Setelah berpindah ke Madinah fungsinya turut

    bertambah iaitu menjadi ketua pemerintah.

    Setelah wafat Rasulullah SAW, baginda digantikanoleh Saidina Abu Bakar, lalu Saidina Umar bin Khattab.

    Selanjutnya digantikan Saidina Usman bin Affan dan

    Ali bin Abi Thalib.

    Timbulnya ilmu kalam, iaitu bermula dari perbezaan

    politik antara dua khalifah terakhir iaitu Usman dan

    Ali.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    12/53

    Usman bin Affan adalah seorang khalifah yang

    kaya. Beliau terlibat dengan perdagangan. Ahlisejarah menggambarkan Usman sebagai orang

    lemah yang tidak sanggup menentang keingingan

    keluarganya yang berpengaruh untuk berkuasa

    dalam pemerintahan, sehingga mengangkatmereka menjadi gabenor di daerah kekuasaan

    Islam dengan menggantikan gabenor yang dahulu

    diangkat oleh Umar bin Khattab yg dikenali kuat

    dan tak memikirkan keluarganya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    13/53

    Tindakan politik Usman iaitu memecat gabenor angkatan

    Umar, mendapat sokongan ramai daripada rakyat. 500

    orang memberontak di Mesir sebagai reaksimemberhentikan gabenor Umar bin Ash yang diangkat

    Umar bin Khattab dan digantikan dengan Abdullah bin

    Saadbin Abi Sarh dari keluarga Usman.

    Setelah Usman wafat, digantikan oleh Ali bin Abi Thalib.

    Mendapat tentangan dari sahabat lain yang ingin

    menjadi khalifah iaitu Talhah dan Zubeir dari Mekah yg

    mendapat sokongan daripada Aisyah. Gerakan ini dapatdipatahkan dalam pertempuran di Iraq pada tahun

    656 M. Talhah dan Zubeir tewas, Aisyah dipulangkan ke

    Mekkah.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    14/53

    Tentangan kedua dari Muawiyah, Gabenor Damaskusdari keluarga Usman yang juga menentang Ali, menuntutAli untuk menghukum pembunuh Usman,

    Bahkan menuduh Ali terlibat dalam pembunuhan itu.Alasannya ialah salah seorang pemimpin pemberontakMesir yang mengakibatkan terbunuhnya Usman ialahMuhammad Ibn Abi Bakar iaitu anak angkat Ali bin Abi

    Thalib. Ali tidak mengambil tindakan keras terhadapnya,bahkan mengangkatnya menjadi gabenor Mesir.

    Terjadi pertempuran antara pasukan Ali dan Muawiyahdi Siffin, Muawiyah terdesak, Amr bin Ash.

    Tangan kanan muawiyah mengangkat Al-Quran ke atassebagai ajakan damai. Qurra dari kalangan Ali mendesakAli menerima tawaran itu, sebahagian pasukan menolak.Ali memilih menerima dan terjadilah perbalahan.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    15/53

    - Dalam perbalahan itu pihak Ali diwakili oleh Abu Musaal-Asyariyang kuat taqwanya. Pihak Muawiyah diwakili

    Amr bin Ash, seorang politik yang licik. Terjadikesepakatan diantara keduanya untuk menghentikanAli dan Muawiyah dari khalifah sebagai penyelesaianawal menghentikan pertikaian dan selanjutnya memilih

    khalifah baru bersama-sama.- Sebagai penghormatan kepada yang tua, majulah Abu

    Musa al-Asyarimengumumkan pemberhentian Ali darikhalifah di depan umum. Dilanjutkan Amr bin Ashyang

    mengingkari kesepakatan dengan hanya menyetujuipemberhentian Ali dari khalifah dan mengukuhkanMuawiyah sebagai khalifah.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    16/53

    Keputusan perbalahan ini ditolak Ali dengan tidakmahu meletakkan jawatannya sehingga beliau matiterbunuh pada tahun 661 M.

    Sikap Ali yang mahu mengadakan arbitrasemenyebabkan pengikut Ali berpecah. Golongan ygmahu menerima perdamaian dan golongan yang sejaksemula menolak perdamaian, yang menolak

    berpendapat bahawa hal itu tidak dapat diputuskanlewat perbalahan manusia. Keputusan hanya datangdari Allah dengan kembali kepada hukum-hukum Allahdalam al-Quran, la hukma illa lillah (tidak ada hukum

    selain dari hukum Allah) la hakama illa Allah (tidak adapengantara selain Allah. Mereka menyalahkan Ali dankaranaya keluar dan berpisah dari barisan Ali (disebutkaum khawarij ).

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    17/53

    - Kaum khawarij memandang para pihak yangmenerima perdamaian iaitu Ali, Muawiyah,

    Amr bin Ash dan Abu Musa Al-Asyarisebagaikafir dan murtad kerana tidak berhukumkepada hukum Allah berdasarkan firman Allahdalam Surah Al-Maidah: 44, kerananya halal

    dibunuh

    - Lambat laun kaum khawarij terbelah menjadi

    beberapa bahagian sehingga konsep orangkafir pun mengalami perubahan, tidak lagihanya bagi yang tidak berhukum dengan al-Quran tapi juga orang-orang yang berdosa

    besar iaitu murtakib al-kabair.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    18/53

    Persoalan orang berbuat dosa ini, kemudianmenimbulkan aliran-aliran teologi baru dalam Islam:

    o Pertama, Menurut khawarij pendosa besar adalah

    kafir (murtad) kerana itu wajib dibunuh.

    o Kedua, Murjiah : Pendosa besar tetap mukmin

    dan bukan kafir, tentang dosanya terserah Allahuntuk mengampuni atau tidak.

    o Ketiga, Mutazilah : Pendosa besar bukan kafir

    bukan pula mukmin, mereka menempati posisi

    diantara kedua posisi mukmin dan kafir ( al-manzilah baina almanzilatain)

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    19/53

    Selain itu timbul pula aliran dalam teologi Islamyang dikenal dengan nama al-qadariah dan al-

    jabariah.

    Menurut qadariah, manusia mempunyaikemerdekaan dalam kehendak dan perbuatannya( free will atau free act ).

    Tetapi menurut jabariah manusia tidakmempunyai kemerdekaan dalam kehendak danperbuatannya, manusia dalam segala tingkahlakunya bertindak dengan paksaan Tuhan (predestination atau fatalism)

    Aliran Mutazilahyang bersifat rasional, mendapattantangan keras dari kaum tradisional Islam

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    20/53

    Perlawanan ini mengambil bentuk aliran teologi

    tradisional yang disusun oleh Abu al-Hasan al-

    Asyari (935 M) dikenal dengan aliran al-Asyariah

    dan Abu Mansur Muhammad al-Maturidi (w. 944

    M) dikenali dengan aliran al-Maturidiah yang

    mengambil jalan tengah antara al-Asyariah dan

    Mutazilah.Sebenarnya Maturidiah terbahagi dua iaitu

    Samarkand yang agak liberal dan Bukhara yang

    tradisional.

    Selain al-Asyari dan al-Maturidi, terdapat satu

    lagi teologi yang menentang Mutazilah ialah al-

    Tahawi (w. 933 M) asal Mesir.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    21/53

    Saat ini, aliran Khawarij, Murjiah dan Mutazilahtidak mempunyai wujud lagi kecuali dalam

    sejarah, sedangkan Asy-Ariah dan Maturidiyahkeduanya disebut Ahl Sunnah wal Jamaah. AliranMaturidiah banyak dianut oleh umat Islambermazhab Hanafi, sedangkan Asy-Ariyah padaumumnya dipakai oleh umat Islam.

    Dengan masuknya fahaman rasionalisme kedunia Islam melalui kebudayaan Barat, ajaranMutazilah mulai timbul kembali dikalangancendekiawan Islam yang mendapat pendidikanBarat .

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    22/53

    Hukum-hukum Dan Bahagiannya

    Dibahagikan hukum kepada tiga bahagian mengikut

    sumber-sumbernya:

    I. Hukum Akal - Iaitu hukum yang datangnya dari

    penetapannya atau penafian akal seperti akal

    menetapkan satu itu setengah daripada dua atau tiga itu

    bukan genap.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    23/53

    I. Hukum Syarak - Iaitu hukum yang datangnya dari

    penetapan syarak, seperti menetapkan wajibnya

    sembahyang atau haram makan daging babi.

    I. Hukum Adat Iaitu hukum yang disandarkan kepada

    kebiasaan dan percubaan manusia didalam hidup tanpa

    memandang kepada akal dan syarak, seperti api bolehmanghanguskan bahan-bahan yang terbakar, air boleh

    memadamkan api atau pisau boleh memotong

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    24/53

    Yang paling penting antara ketiga-tiga hukum adalah

    Hukum Akal.

    Hukum Akal terbahagi kepada 3 perkara:

    i. WajibIaitu barang yang tetap ada dan tidak mungkin

    tiada zatnya atau perkara yang tidak ergambar pada

    akal tiadanya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    25/53

    i. Mustahil Iaitu barang yang tetap tiada dan tidakmenerima bagi ada bagi zatnya ataupun barang yang

    tidak tergambar adanya pada akal.

    ii. Harus Iaitu barang yang boleh menerima ada atau

    tiada dengan memandang kepada zatnya sendiri.

    Ataupun barang yang tergambar pada akal ada atau

    tiadanya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    26/53

    ILMU TASAWUF

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    27/53

    PENGENALAN

    Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalananseseorang mukmin di dalam membersihkan hati

    dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhkan diri

    daripada sifat-sifat mazmumah .

    Ilmu ini bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya

    sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan

    hukum syariat Islam yang sebenar sehinggamencapai taraf nafsu mutmainnah .

    I Al Gh li t l h i k l h if t

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    28/53

    Imam Al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat

    Mahmudah dan sepuluh sifat Mazmumah di dalam

    kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

    Sifat Mahmudah: Taubat, khauf, zuhud, sabar,

    syukur, ikhlas, tawakkal, muhabbah, redha dan

    mengingati mati.

    Sifat Mazmumah: Banyak makan, banyak bercakap,

    marah, hasad dengki, bakhil, cintakan kemegahan,

    cintakan dunia, bangga diri, ujub dan riya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    29/53

    TOKOH ILMU TASAWUF

    HABIB AL AJAMI

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    30/53

    HABIB AL-AJAMI

    Berbangsa persia yang menetap di Baghdad merupakanseorang tokoh terkenal dalam ilmu tasawuf serta anak

    murid kepada ulama tasawuf terkenal iaitu Hasan Al-Basri.

    Dia dikenali sebagai salah seorang ahli hadis yangmerawikan hadis -hadis dari Hasan Al- Basri , Ibnu sirindan tokoh -tokoh yang dipercayai.

    Pada mulanya dia seorang yang banyak melakukankejahatan, lintah darat, dan suka berfoya-foya. Setelahmendapat nasihat dari dalil dalil dari Hasan Al-Basriakhirnya dia bertaubat, dan menjadi murid sekaligus

    menjadi tokoh terkenal dalam ilmu tasawuf.

    HAMKA

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    31/53

    HAMKA

    Nama sebenar Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd.

    Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah.

    Dilahirkan pada 16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362Hijrah di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau,

    Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.

    Ayahnya seorang ulama Islam yang terkenal telahmembawa pembaharuan Islam di Minangkabau.

    Merupakan Anggota tetap majlis konsul Muhammadiah,

    Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan

    Muhammadiah (1946).

    Beliau telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    32/53

    SIFAT-SIFAT PERIBADI

    Seorang yang pintar dan bijak.

    Terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik

    serta pengarang yang masyhur, novelis terkemukadan mahir dalam bahasa Arab.

    Terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.

    Pendidikan

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    33/53

    Pendidikan

    Mendapat pendidikan awal daripada bapanya.

    Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama sertamempelajari al-Quran sehingga khatam.

    Pada tahun 1915 beliau memasuki sekolah desa di

    Padang Panjang dan pada tahun 1918 beliaumenuntut di sekolah datuknya, MuhammadAmrullah.

    Berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripadaKiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa serta daripadatokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan HajiFakhruddin.

    Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    34/53

    Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran

    Islam

    Seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam

    bidang falsafah dan tasawuf.

    Seorang tokoh agama dan pendakwah yang banyak

    memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan

    negara melalui organisasi, ceramah, serta hasil-hasil

    karya yang ditulisnya.

    Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan Kolej

    Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telahmelahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.

    Beliau banyak berjasa dalam penyebaran Islam

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    35/53

    Beliau banyak berjasa dalam penyebaran Islam

    dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam

    kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran

    "Hamzah Fansuri zaman baharu.

    Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya

    sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau

    menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung ParaLangkat, menerbitkan majalah "Pedoman

    masyarakat, dan "Panji Masyarakat.

    Hamka mula mengarang dalam akhbar "PembelaIslam, Bandung pada tahun 1930.

    HASIL HASIL KARYA

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    36/53

    HASIL-HASIL KARYA

    Hamka telah menulis enam puluh buah buku

    selama dua puluh lima tahun.

    Contoh karangan beliau dalam novel adalah

    seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk,

    "Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli,

    "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain.

    Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan

    beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah

    Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi,"Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.

    Antara hasil hasil karya Hamka yang

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    37/53

    Antara hasil-hasil karya Hamka yang

    menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi

    Fikiran, "Revolusi Agama, "Adat Minangkabau,

    "Menghadapi Revolusi, "Negara Islam, "SesudahNaskah Renville, "Muhammadiah Melalui Tiga

    Zaman, "Dari Lembah Cita-Cita Merdeka, serta

    "Islam dan Demokrasi .

    Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan buku-buku,

    "Agama dan Perempuan, "Pembela Islam, danlain-lain lagi.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    38/53

    ILMU PERUBATAN

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    39/53

    PENDAHULUAN

    Ilmu perubatan muslim bermula pada zamanpemerintahan Bani Umayyah (661720 M).

    Kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan

    berlaku pada zaman Abbasiyah (7501258M).

    Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai

    perhubungan erat antara satu sama lain kerana Islammememtingkan kesihatan umatnya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    40/53

    Banyak ilmu perubatan umat Islam telah ditimba dari sumber asingkhasnya dari Parsi, Kristian, Yunani, India dan Mesir.

    Hal ini menyebabkan ilmu perubatan muslim lahir sebagai integrasi antarateori-teori perubatan Yunani, tradisi Hippokrates dan Galen sertapengalaman bangsa Parsi dan India.

    Perkembangan ilmu perubatan pada waktu tersebut telah melahirkanramai tokoh perubatan Islam seperti Ibn Sina, Al-Razi , Abdul Qasim, IbnuNafis dan ramai lagi.

    Tokoh-tokoh ini walaupun lebih dikenali dalam bidang sains danperubatan, namun turut memiliki kemahiran tinggi dalam bidangagama, falsafah dan seumpamanya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    41/53

    IBNU SINA

    NAMA : Abu Ali alHussain Ibn Abdallah Ibn Sina. TARIKH LAHIR : 980M

    TEMPAT LAHIR : Afshara berhampiran Bukhara (Asia Tengah).

    MENINGGAL DUNIA: 1037M(56 tahun).

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    42/53

    IBNU SINA

    Beliau telah dapat menghafal Al-Quran sewaktuberusia 10 tahun.

    Dilantik menjadi Doktor Diraja pada umur 18 tahun.

    Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah keranamempunyai seorang ayah yang amat mementingkan

    pendidikan agama dan juga keduniaan walaupunbeliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungutcukai.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    43/53

    Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi.

    Ini terbukti sewaktu berusia 17 tahun, beliau telahberjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh IbnMansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenalgagal dalam usaha tersebut.

    Raja Mansoor amat terhutang budi dan telahmenawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namunbegitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran

    untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    44/53

    SUMBANGAN

    Beliau telah memperkembangkan ilmu diagnosis melalui

    denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenalpasti

    (dalam masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan

    humor yang berkenaan.

    Seorang doktor perubatan pertama yang mencatatkan

    bahawa penyakit paru-paru adalah suatu penyakit yang boleh

    berjangkit.

    Beliau turut menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit

    kencing manis dan masalah yang timbul darinya.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    45/53

    Ibn Sina telah menghasilkan sebanyak 250 buah

    karya termasuklah 116 buah karya dalam bidang ilmu

    perubatan.

    Hampir keseluruhan karyanya ditulis dalam bahasa

    Arab dan terdapat juga yang ditulis dalam bahasa

    Parsi.

    Al-Qanun fit Tibb merupakan karyanya yang

    terulung dan telah menjadi bahan rujukan yangutama di universiti-universiti Eropah sehingga abad

    ke 17.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    46/53

    TOKOH

    IBN SINA /AVICENNA

    IBNU AL-ZAHRAWI

    IBNUNAFIS

    IBNUHAITHAM

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    47/53

    PROFIL

    NAMA : Al-Hakim Alauddin Abu al-Hasan Ali Abu al-Hazm al-Quraisyi al-

    Dimasyqi al-Misri.

    GELARAN : Ibn al-Nafis.

    TARIKH LAHIR : 607 Hijrah/1210 Masihi.

    MENINGGAL : 687 Hijrah/1288 Masihi.

    TEMPAT LAHIR : Damsyik.

    SUMBANGAN : Menemui sistem peredaran darah manusia.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    48/53

    IBNU NAFIS

    Beliau menemui sistem peredaran darah ke paru-paru, 300tahun sebelum penemuan dibuat sarjana Barat, Harvey.

    Ibnu Nafis membukukan segala hasil penemuannya ituseperti buku yang menerangkan mengenai peredaran darahke paru-paru.

    Beliau mengakhiri penulisan kedoktorannya dengan sebuahensiklopedia perubatan, Al-Shamil Fi al-Tibb.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    49/53

    Ensiklopedia Al-Shamil Fi al-Tibb, satu kajian menyeluruhseni perubatan yang merangkumi bidang pembedahan.

    Namun, hanya 80 jilid daripada 300 jilid yang dirancang

    dapat disiapkan Ibnu Nafis kerana beliau meninggal dunia.

    Manuskrip kitab ini banyak disimpan di Damsyik.

    Ibnu Nafis juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik(mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    50/53

    PROFIL

    NAMA : Abul Qasim Khalaf ibn Al-Abbas Al-Zahrawi

    GELARAN : Ibnu al-Zahrawi

    TARIKH LAHIR : Tahun 936 Masihi

    TEMPAT LAHIR: Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol.

    MENINGGAL : Tahun 1013 Masihi

    SUMBANGAN : Pakar bedah yang membincangkan mengenai pembedahan dan alat

    yang digunakan secara terperinci serta memberi sumbanganterhadap pembentukan ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan

    ubat.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    51/53

    Beliau ialah seorang doktor pembedahan dari Cordova yang sangat

    masyhur.

    Karyanya yang terkenal adalah Kitab al-Tasrif (Buku Penganugerahan), iaitu

    sebuah ensiklopedia perubatan menjadi panduan bagi doktor perubatan

    pada abad ke-16.

    Buku itu terbahagi kepada empat bahagian, yang pertama mengenai

    (mengeluarkan darah) bagi penyakit apoplexy (penyakit yangmenghilangkan deria disebabkan pecahan darah dalam otak).

    Bahagian kedua, mengenai pembedahan menggunakan pisau belah

    (skalpel) serta pembedahan mata dan mulut, bahagian ketiga pula

    pembedahan bagi pelbagai bentuk pecah tulang, terseliuh serta berkaitankelahiran anak.

    Bahagian terakhir buku itu membincangkan penyakit gigi dan cara

    merawatnya dan ia menjadi dasar bagi ilmu pergigian di Eropah.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    52/53

    IBNU HAITAM

    Dikenali dengan nama Alhazen di kalangan cerdik pandai Barat.

    Memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantikmenjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.

    Selepas beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah disana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz danBaghdad.

    Di perantauan beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan

    perhatian pada penulisan.

    Kecintaannya kepada ilmu membawanya berhijrah ke Mesir.

  • 8/13/2019 Tamadun -Ilmu Perubatan,Kalam Dan Tasauf

    53/53

    Beliau melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenaialiran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku mengenai

    matematik dan falak.(Tujuannya untuk mendapatkan wang saraan pengajiannya di

    Universiti al-Azhar).

    Beliau menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains,

    falak, matematik, geometri, perubatan dan falsafah.

    Tulisannya mengenai mata, menjadi salah satu rujukan yangpenting dalam bidang pengajian sains di Barat.

    Kajiannya mengenai perubatan mata menjadi asas kepadapengajian perubatan moden mengenai mata.