tahun 4 - isipadu cecair

Upload: masnura-saad

Post on 03-Mar-2016

99 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sains tahun 4- Isi padu Cecair

TRANSCRIPT

MODEL INKUIRI PENEMUAN

Bidang : Menyiasat Daya dan TenagaTajuk : Pengukuran Tahun : 4Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 1.4Memahami cara mengukur isipadu cecair dengan betul.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 1.4.4 Mengukur isipadu cecair menggunakan teknik yang betul.

Objektif: 1. Murid dapat mengukur isipadu cecair dengan tepat.

Masa: 60 minit (2 waktu)

FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan

Pemerhatian

Indikator Amalan1.1.1 Menggunakan deria penglihatan1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek1. Guru membawa 3 botol air mineral yang berlainan saiz dan ditunjukkan kepada murid.

LAMPIRAN 1

2. Murid diminta memberitahu isipadu air yang terdapat pada label botol-botol tersebut.

3. Guru menyoal murid tentang ketepatan isi padu air dalam setiap botol tersebut.

1. Adakah isipadu air di dalam botol itu tepat atau tidak?

2. Imaginasi

Penjanaan IdeaSintesis Idea

Indikator Amalan2.1.4 Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada1. Murid meramalkan alat yang tepat untuk mengukur isipadu.

2. Murid membuat hipotesis awal dengan bantuan guru. Murid memberi contoh alat seperti bikar, silinder penyukat, cawan, gelas dan sudu.

Hipotesis :Menggunakan silinder penyukat, isi padu cecair boleh disukat dengan lebih tepat.1. Ramalkan alat yang sesuai untuk mengukur isi padu cecair.

2. Apakah hipotesis anda?

3. Apakah fungsi alat yang anda berikan contoh tadi?

3. Perkembangan

MenilaiMenguji hipotesis

Indikator Amalan3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Setiap kumpulan dibekalkan sebuah silinder penyukat dan 3 botol minuman yang berlainan saiz dan dilabelkan A, B dan C.

3. Murid diminta melihat isipadu air dibotol dan mencatat di dalam jadual.

4. Kemudian, murid diminta menuangkan air di dalam botol ke dalam silinder penyukat.5. Guru membimbing murid unutk mengukur isipadu cecair dengan cara yang betul dan tepat.LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 2

6. Kemudian, murid mengambil bacaan sukatan pada silinder ppenyukat.

7. Murid diminta melukis aras air di atas lembaran kerja yang diberi oleh guru dan ulang aktiviti sehingga selesai.

LEMBARAN KERJA 1

1. Apakah pemerhatian anda?

2. Adakah menggunakan silinder penyukat sesuai untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat?

4. Tindakan

Pelaksanaan AmalanBerterusan

1. Murid membuat kesimpulan bahawa cara menyukat dengan menggunakan alat penyukat adalah lebih tepat dan unit piawai yang digunakan adalah liter dan mililiter. 1. Apakah alat pengukuran piawai yang boleh menyukat isipadu cecair?2. Apakah unit piawai yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair?

Pentaksiran

Guru memberi lembaran kerja pada murid.KPS1 K1KPS2 K!, K2, K3, K4.KMS1 K2, K3KMS2 K2

Refleksi :

Nilai dan Sikap

Kerjasama

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LEMBARAN KERJABotolABC

Isipadu air (ml)

KUMPULAN :

Silinder PenyukatCSilinder PenyukatBSilinder PenyukatA