tahukah anda siapakah leonardo fibonacci

5

Upload: zenith08

Post on 02-Jul-2015

277 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci
Page 2: Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci

Leonardo Fibonacci

dikenali sebagai Leonardo of Pisa, Leonardo Pisano,

Leonardo Bonacci, Leonardo Fibonacci,

Fibonacci, Bigollo (pengembara, sia-sia).

Mencipta siri Fibonacci

Dilahirkan sekitar tahun

1175.

Page 3: Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci

Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci? Jika tidak maka mari kita mengenali

beliau yang merupakan antara ahli matematik terkemuka dunia pada eranya disebabkan

penemuan beliau yang amat penting iaitu siri nombor Fibonacci yang juga dikenali sebagai

“The Golden Ratio”. Leonardo Fibonacci dilahirkan di Pisa, Itali pada sekitar 1175. Beliau

dilahirkan dalam keluarga Guilielmo Bonacci yang merupakan salah seorang setiausaha

Republik Pisa.  Beliau juga dikenali sebagai Leonardo of Pisa, Leonardo Pisano, Leonardo

Bonacci, Leonardo Fibonacci, Fibonacci, Bigollo (pengembara, sia-sia). Beliau merupakan

anak lelaki kepada Guilielmo, ibunya, Alessandra meninggal pada usia beliau 9 tahun.

Guilielmo mengharapkan anaknya menjadi seorang peniaga  jadi beliau telah

membuat  persiapan untuk Leonardo belajar  teknik-teknik pengiraan terutamanya yang

melibatkan sistem nombor Hindu-Arabic yang pada masa tersebut belum diperkenalkan di

Eropah. Fibonacci mampu bergerak bebas ke seluruh Kerajaan Byzantine kerana beliau

merupakan anak seorang peniaga. “ Merchants at that time were immuned, so they were

allowed to move freely” menurut sejarahwan.

           Seterusnya semasa mempelajari 9 symbol sistem nombor Hindu-Arabic  beliau amat

tertarik dengan nombor-nombor ini dan beliau berjaya menguasainya dan seterusnya beliau

mula mengkaji sistem yang begitu menarik perhatiannya ini. Pada kurun ke 1200 beliau telah

kembali ke Pisa dan dalam masa itu beliau telah mula memberikan sumbangan kepada

perkembangan matematik yang telah melayakkan beliau menerima  gelaran sebagai ahli

matematik terunggul zaman Pertengahan.  Beliau memperkenalkan sistem nombor Hindu-

Arabic kepada masyarakat Eropah. Antara penulisan beliau adalah karyanya “Liber Abaci”

yang menunjukkan penguasaan beliau terhadap sistem nombor Hindu-Arabic dan juga

pemahaman beliau tentang sistem perpuluhan. Dalam karya lain beliau para sejarawan 

matematik telah menemui teori persamaan kuadratik  serta teori algebra lain.

        Namun penemuan beliau yang terunggul yang merupakan Nombor Fibonacci  telah mula

diperkenalkan dalam seksyen ketiga buku beliau iaitu “Liber Abaci” dengan masalah ini:

"A certain man put a pair of rabbits in a place surrounded on all sides by a wall. How

many pairs of rabbits can be produced from that pair in a year if it is supposed that every

month each pair begets a new pair which from the second month on becomes productive?"

Daripada masalah di atas beliau telah grafkan populasi arnab tersebut dan Fibonacci telah

Page 4: Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci

menemui janjang nombor yang membolehkan beliau mentakrifkan “The Golden Ratio”

ataupun Nombor Emas . Permulaan janjang ini adalah seperti di bawah:

 

               Sebenarnya setiap nombor dalam janjang Fibonacci ini merupakan hasil tambah dua

nombor di hadapan nombor yang ingin dikira. Jom kita melihat kaitan ini dengan lebih jelas

seperti ditunjukkan di bawah:                           

 

                                 1 ,

                  0 + 1 =   1 ,

                  1 + 1 =   2 ,

                  1 + 2 =   3 ,

                  2 + 3 =   5 ,

                  3 + 5 =   8 ,

                  5 + 8 = 13 ,

                  8 + 13 = 21 ,

                13 + 21 = 34 ,

                 21 + 34 = 55, ....                       

 

 

 

Page 5: Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci

 

 

 

 

            

Nombor Fibonacci ini wujud secara semulajadi dalam alam sekitar dan selain itu ianya juga

menjadi inspirasi artis dan digunakan dalam lukisan seperti lukisan terkenal Leonardo Da

Vinci iaitu Mona Lisa. Selain daripada itu, Siri Fibonacci ini juga telah diaplikasikan secara

meluas dalam seni bina, lukisan dan juga wujud dalam anatomi diri kita sendiri.