tahukah anda siapakah leonardo fibonacci

2
Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci? Jika tidak maka mari kita mengenali beliau yang merupakan antara ahli matematik terkemuka dunia pada eranya disebabkan penemuan beliau yang amat penting iaitu siri nombor Fibonacci yang juga dikenali sebagai “The Golden Ratio”. Leonardo Fibonacci dilahirkan di Pisa, Itali pada sekitar 1175. Beliau dilahirkan dalam keluarga Guilielmo Bonacci yang merupakan salah seorang setiausaha Republik Pisa. Guilielmo mengharapkan anaknya menjadi seorang peniaga jadi beliau telah membuat persiapan untuk Leonardo belajar teknik-teknik pengiraan terutamanya yang melibatkan sistem nombor Hindu-Arabic yang pada masa tersebut belum diperkenalkan di Eropah. Fibonacci mampu bergerak bebas ke seluruh Kerajaan Byzantine kerana beliau merupakan anak seorang peniaga. “ Merchants at that time were immuned, so they were allowed to move freely” menurut sejarahwan. Seterusnya semasa mempelajari 9 symbol sistem nombor Hindu-Arabic beliau amat tertarik dengan nombor-nombor ini dan beliau berjaya menguasainya dan seterusnya beliau mula mengkaji sistem yang begitu menarik perhatiannya ini. Pada kurun ke 1200 beliau telah kembali ke Pisa dan dalam masa itu beliau telah mula memberikan sumbangan kepada perkembangan matematik yang telah melayakkan beliau menerima gelaran sebagai ahli matematik terunggul zaman Pertengahan. Beliau memperkenalkan sistem nombor Hindu-Arabic kepada masyarakat Eropah. Antara penulisan beliau adalah karyanya “Liber Abaci” yang menunjukkan penguasaan beliau terhadap sistem nombor Hindu-Arabic dan juga pemahaman beliau tentang sistem perpuluhan. Dalam karya lain beliau para sejarawan matematik telah menemui teori persamaan kuadratik serta teori algebra lain. Namun penemuan beliau yang terunggul yang merupakan Nombor Fibonacci telah mula diperkenalkan dalam seksyen ketiga buku beliau iaitu “Liber Abaci” dengan masalah ini: "A certain man put a pair of rabbits in a place surrounded on all sides by a wall. How many pairs of rabbits can be produced from that pair in a year if it is supposed that every month each pair begets a new pair which from the second month on becomes productive?" Daripada masalah di atas beliau telah grafkan populasi arnab tersebut dan Fibonacci telah menemui janjang nombor yang membolehkan

Upload: thamil-vani-ramanjee

Post on 22-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Tahukah Anda Siapakah Leonardo Fibonacci

Tahukah anda siapakah Leonardo Fibonacci? Jika tidak maka mari kita mengenali beliau yang merupakan antara ahli matematik terkemuka dunia pada eranya disebabkan penemuan beliau yang amat penting iaitu siri nombor Fibonacci yang juga dikenali sebagai “The Golden Ratio”. Leonardo Fibonacci dilahirkan di Pisa, Itali pada sekitar 1175. Beliau dilahirkan dalam keluarga Guilielmo Bonacci yang merupakan salah seorang setiausaha Republik Pisa. Guilielmo mengharapkan anaknya menjadi seorang peniaga jadi beliau telah membuat persiapan untuk Leonardo belajar teknik-teknik pengiraan terutamanya yang melibatkan sistem nombor Hindu-Arabic yang pada masa tersebut belum diperkenalkan di Eropah. Fibonacci mampu bergerak bebas ke seluruh Kerajaan Byzantine kerana beliau merupakan anak seorang peniaga. “ Merchants at that time were immuned, so they were allowed to move freely” menurut sejarahwan.

Seterusnya semasa mempelajari 9 symbol sistem nombor Hindu-Arabic beliau amat tertarik dengan nombor-nombor ini dan beliau berjaya menguasainya dan seterusnya beliau mula mengkaji sistem yang begitu menarik perhatiannya ini. Pada kurun ke 1200 beliau telah kembali ke Pisa dan dalam masa itu beliau telah mula memberikan sumbangan kepada perkembangan matematik yang telah melayakkan beliau menerima gelaran sebagai ahli matematik terunggul zaman Pertengahan. Beliau memperkenalkan sistem nombor Hindu-Arabic kepada masyarakat Eropah. Antara penulisan beliau adalah karyanya “Liber Abaci” yang menunjukkan penguasaan beliau terhadap sistem nombor Hindu-Arabic dan juga pemahaman beliau tentang sistem perpuluhan. Dalam karya lain beliau para sejarawan matematik telah menemui teori persamaan kuadratik serta teori algebra lain.

Namun penemuan beliau yang terunggul yang merupakan Nombor Fibonacci telah mula diperkenalkan dalam seksyen ketiga buku beliau iaitu “Liber Abaci” dengan masalah ini:

"A certain man put a pair of rabbits in a place surrounded on all sides by a wall. How many pairs of rabbits can be produced from that pair in a year if it is supposed that every month each pair begets a new pair which from the second month on becomes productive?"

Daripada masalah di atas beliau telah grafkan populasi arnab tersebut dan Fibonacci telah menemui janjang nombor yang membolehkan beliau mentakrifkan “The Golden Ratio” ataupun Nombor Emas . Permulaan janjang ini adalah seperti di bawah:

Adakah para pembaca dapat mengesan hubungan antara setiap nombor dalam janjang ini? Sebenarnya setiap nombor dalam janjang Fibonacci ini merupakan hasil tambah dua nombor di hadapan nombor yang ingin dikira. Jom kita melihat kaitan ini dengan lebih jelas seperti ditunjukkan di bawah: