syarat dan peraturan -...
TRANSCRIPT
SYARAT DAN PERATURAN
1. PERBADANAN SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN a. Syarikat, koperasi atau perniagaan yang memohon hendaklah diperbadankan mengikut undang-undang negara ini sebagai :-
i. Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad ii. Firma Perseorangan atau Perkongsian yang berdaftar di Sarawak iii. Koperasi atau Pertubuhan yang berdaftar di Sarawak
b. Lesen Perniagaan yang dimiliki oleh Syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah berkaitan mengikut kategori pendaftaran yang dipohon.
2. KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT / FIRMA Sesebuah syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi
kelas yang dipohon.
KELAS MODAL BERBAYAR/
TERKUMPUL MINIMA (RM) BENTUK MODAL
A 600,001 Bagi Syarikat Sendirian Berhad atau Awam Berhad Modal Berbayar. Baki Akaun Semasa syarikat mestilah tidak kurang daripada ¼ jumlah modal minima (ikut kelas pendaftaran). Bagi Firma Perseorangan / Perkongsian Jumlah Modal Tunai Terkumpul Merangkumi Baki Akaun semasa, ASB, Tabung Haji, Simpanan Tetap, Simpanan Peribadi dan lain-lain Bagi Koperasi/ Pertubuhan Jumlah Baki Akaun Semasa
B 400,001
BX 200,001
C 100,001
D 35,001
E 17,501
EX 7,501
F 5,001
3. PEJABAT Hendaklah memiliki pejabat yang beroperasi di Sarawak. Nota : Dua atau lebih syarikat / firma yang berlainan yang menjalankan aktiviti di premis yang sama tidak boleh berdaftar di bawah
bidang yang sama.
4. TENAGA KERJA DAN KAKITANGAN
Kelayakan Akademik
KELAS KELAYAKAN MINIMA KEPERLUAN PENDAFTARAN
A Ijazah Yang Berkaitan
Sekurang-kurangnya seorang ahli syarikat sama ada Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham atau Kakitangan yang dibayar caruman KWSP mestilah berkelulusan teknikal, bergantung kepada kelas yang dipohon
B BX C Diploma Yang Berkaitan D
Kursus/Sijil/Pengalaman Yang Berkaitan
E
EX F
Sijil/Lesen Kompetensi
Kepala Subkepala Lesen Dikeluarkan Oleh
V
4 Surat Perakuan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP)
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP)
6 Sijil Penyelenggaraan Sistem Kebombaan/Sijil
Penyelenggaraan Alat Pemadam Api (Rujuk Aktiviti perniagaan firma/syarikat)
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
5. REKOD KERJA SYARIKAT / FIRMA Bukti dokumen (salinan yang disahkan) seperti berikut untuk rekod kerja yang berkaitan hendaklah dikemukakan:-
i. Surat Tawaran Kerja/Inden Kerja termasuk Skop Kerja (BQ).
ii. Sijil Perakuan siap kerja atau baucar bayaran bagi kerja-kerja sebutharga atau “requisition”
iii. Surat perjanjian Sub-kontrak, Surat Penerimaan Tawaran Tender, Sijil Perakuan Siap Kerja yang dikeluarkan kepada Kontraktor Utama
iv. Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance), cek pembayaran, inbois dsb.
6. LOJI DAN PERALATAN Pemohon hendaklah sama ada memiliki atau menyewa peralatan/mesin yang berkaitan dengan Kepala/Subkepala yang dipohon.
7. PEMILIKAN / PENGURUSAN ASING Tidak melebihi 49% daripada modal berbayar (syarikat) / modal terkumpul (Firma / Koperasi / Pertubuhan), sementara majoriti
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja adalah warganegara Malaysia dan sekurang-kurangnya 30% daripada modal berbayar / modal terkumpul syarikat / firma dimiliki oleh Bumiputera.
8. PENGLIBATAN DALAM SYARIKAT / FIRMA LAIN YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN UPKJ
Permohonan tidak akan diberi pertimbangan sekiranya :-
i. Pemegang saham syarikat memiliki saham / syer melebihi 5% atau RM50,000 (yang mana terkurang) dalam mana-mana syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.
ii. Syarikat Induk / syarikat Bersekutu / Syarikat Pegangan / Anak Syarikat sesebuah perniagaan yang telah berdaftar dengan
UPKJ di dalam bidang yang dipohon.
iii. Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang memohon memegang apa-apa jawatan sama ada jawatan eksekutif / bukan eksekutif di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.
iv. Ahli pengurusan atau pekerja yang memohon memegang apa-apa jawatan di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar
dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.
9. PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA
Syarikat atau firma yang memohon hendaklah memenuhi syarat pengiktirafan Status Bumiputera seperti berikut :-
i. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak.
ii. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak. iii. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% Hakmilik Saham terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak. iv. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Pekerja-Pekerja (perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada
Bumiputera Sarawak. v. Pengurusan Kewangan syarikat dikuasai oleh Bumiputera Sarawak
Pengiktirafan Status Bumiputera merupakan satu KEISTIMEWAAN sahaja dan BUKANNYA satu HAK. UPK berhak menarik balik atau membatalkan Status Bumiputera yang telah diberi kepada mana-mana syarikat jika ianya didapati melanggar sebarang syarat-syarat yang dikenakan atau didapati bahawa maklumat / dokumen yang diberi adalah palsu.