syarat dan peraturan

4
LAMPIRAN B KEJOHANAN PAINTBALL TERTUTUP PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2013 1. NAMA Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Paintball Tertutup Persekutuan Pengakap Malaysia 2013. 2. PENGANJUR Kejohanan ini dianjurkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. 3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN i) Para pemain mestilah terdiri daripada ahli Persekutuan Pengakap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah dan Kumpulan masing- masing. Ini termasuklah semua Pesuruhjaya / Pemimpin / Ahli Bersekutu / Ahli Seumur Hidup / Ahli Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia / Ahli Persaudaraan BP yang berminat. ii) Pasukan yang menurunkan pemain yang selain daripada syarat 3(i) akan dibatalkan penyertaan dan bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan. iii) Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan nama pemain-pemain dengan menggunakan borang yang disediakan. 4. YURAN PENYERTAAN Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM 200.00 untuk satu (1) pasukan. Yuran penyertaan merangkumi: i) Makanan & minuman untuk setiap peserta (Pagi, Tengahari & Malam). ii) Hamper bagi setiap kumpulan yang menyertai iii) Penyediaan kelengkapan Kejohanan Paintball seperti: a) Full Face Protective Mask b) 500 biji pellet bagi satu pasukan sahaja. Tambahan pellet akan dikenakan bayaran RM 60.00 setiap 500 biji. c) Marker Paintball d) Chest Protective Vest e) Paintball Field

Upload: persekutuan-pengakap-malaysia-daerah-balik-pulau

Post on 29-Oct-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Syarat Dan Peraturan

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat Dan Peraturan

LAMPIRAN B

KEJOHANAN PAINTBALL TERTUTUP PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

2013

1. NAMA

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Paintball Tertutup Persekutuan

Pengakap Malaysia 2013.

2. PENGANJUR

Kejohanan ini dianjurkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

i) Para pemain mestilah terdiri daripada ahli Persekutuan Pengakap

Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di peringkat

Ibu Pejabat Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri,

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah dan Kumpulan masing-

masing. Ini termasuklah semua Pesuruhjaya / Pemimpin / Ahli

Bersekutu / Ahli Seumur Hidup / Ahli Persaudaraan Pengakap Raja

Malaysia / Ahli Persaudaraan BP yang berminat.

ii) Pasukan yang menurunkan pemain yang selain daripada syarat 3(i)

akan dibatalkan penyertaan dan bayaran pendaftaran tidak akan

dikembalikan.

iii) Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan nama pemain-pemain

dengan menggunakan borang yang disediakan.

4. YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM 200.00 untuk satu (1)

pasukan. Yuran penyertaan merangkumi:

i) Makanan & minuman untuk setiap peserta (Pagi, Tengahari & Malam).

ii) Hamper bagi setiap kumpulan yang menyertai

iii) Penyediaan kelengkapan Kejohanan Paintball seperti:

a) Full Face Protective Mask

b) 500 biji pellet bagi satu pasukan sahaja. Tambahan pellet akan

dikenakan bayaran RM 60.00 setiap 500 biji.

c) Marker Paintball

d) Chest Protective Vest

e) Paintball Field

Page 2: Syarat Dan Peraturan

5. HADIAH KEJOHANAN

i) Juara: Wang Tunai RM 750.00; Piala Pusingan Kejohanan Paintball

Tertutup Persekutuan Pengakap Malaysia; hamper bagi kumpulan; sijil

penyertaan setiap peserta.

ii) Tempat ke-2: Wang Tunai RM 500.00; hamper bagi kumpulan; sijil

penyertaan setiap peserta.

iii) Tempat ke-3: Wang Tunai RM 250.00; hamper bagi kumpulan; sijil

penyertaan setiap peserta.

iv) Cabutan bertuah individu: 1 Unit Marker; 5 hamper pelbagai.

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

i) Setiap pasukan yang mengambil bahagian di dalam kejohanan ini

hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh pihak Ibu

Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

ii) Setiap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri boleh mendaftar tidak

lebih dari tiga (3) pasukan. Hanya pasukan yang berdaftar sahaja

dibenarkan bertanding di sepanjang kejohanan ini. Setiap pasukan

mestilah terdiri dari tujuh (7) orang peserta.

iii) Ketua setiap pasukan yang sudah didaftarkan perlu untuk hadir ke

taklimat berkenaan kejohanan ini. Butiran taklimat adalah seperti

berikut:

Tarikh : 21 Ogos 2013 (Rabu)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Mesyuarat, Pusat Latihan Pengakap

Malaysia (PULAPEM), Wisma Shafie Mohd

Salleh, No. 29, Jalan Taming Permai 1, 43200

Balakong, Selangor.

7. PAKAIAN & KESELAMATAN SEMASA KEJOHANAN

i) Setiap pasukan digalakkan memakai Baju-T berlengan panjang dan

berseluar jenis jeans atau tebal. Baju-T yang berlengan pendek dan

seluar yang nipis atau ketat atau seluar pendek tidak digalakkan sama

sekali pemakaiannya kerana boleh menyebabkan kecederaan pada

pemain ketika sedang beraksi.

Page 3: Syarat Dan Peraturan

ii) Pihak pengurusan bagi kejohanan juga akan menyediakan

kelengkapan lain mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

8. SISTEM KEJOHANAN

i) Acara berpasukan lima (5) sebelah.

ii) Kejohanan akan dijalankan pada 22 Ogos 2013 (Khamis); dari 7.30

pagi hingga 5.00 petang.

iii) Kejohanan adalah secara kalah mati bagi setiap pusingan sehingga ke

peringkat akhir.

iv) Peringkat akhir akan menentukan Juara, Naib juara dan tempat Ketiga.

v) Setiap peserta yang kehabisan pellet ketika permainan sedang

berlangsung akan dianggap terkeluar (mati) dari permainan.

vi) Setiap pasukan yang berjaya menembak habis semua pasukan lawan

atau berjaya mendapatkan bendera pasukan lawan dengan masa yang

telah ditetapkan adalah pemenang.

9. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

i) Masa perlawanan adalah seperti yang telah ditetapkan. Sebarang

kelewatan akan mengakibatkan kemenangan percuma diberi kepada

pihak lawan yang mencukupi bilangan pemain.

ii) Pasukan yang lewat hadir ke tapak kejohanan selepas 3 minit

daripada masa yang ditetapkan di dalam jadual perlawanan akan

dikira sebagai pasukan yang menarik diri atau menyerah kalah.

10. BANTAHAN

i) Semua pasukan boleh membuat bantahan melalui Ketua Pasukan

sahaja. Bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan

yang disediakan oleh pihak Penganjur dengan menyertakan wang

pertaruhan (tunai) sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima

Ratus Sahaja) yang tidak akan dikembalikan. Wang pertaruhan akan

luput bagi sebarang bantahan yang dikemukakan.

ii) Sekiranya mana-mana pasukan ingin membuat bantahan, maka

bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada

Jawatankuasa Bantahan & Rayuan dalam masa satu (1) jam selepas

sesuatu pusingan permainan tamat.

Page 4: Syarat Dan Peraturan

iii) Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

11. UNDANG-UNDANG & FORMAT KEJOHANAN

i) Semua kejohanan hendaklah mengikut Undang-Undang Kejohanan

yang telah ditetapkan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap

Malaysia dan Jawatan Kuasa kejohanan Paintball Tertutup

Persekutuan Pengakap Malaysia 2013.

ii) Undang-undang dan Format Kejohanan akan diberitahu semasa

taklimat pada 21 Ogos 2013 (Rabu) secara terperinci.

iii) Penyertaan Kejohanan Paintball Tertutup Persekutuan Pengakap

Malaysia 2013 adalah terhad kepada 32 pasukan sahaja.

iv) Pihak pengurusan kejohanan berhak meminda atau membatal

sebarang peraturan, penyertaan atau jadual kejohanan pada bila-bila

masa sahaja.

v) Hanya pellet yang dibeli daripada pengurusan di lapangan Kejohanan

Paintball Tertutup Persekutuan Pengakap Malaysia 2013 sahaja

dibenarkan. Penyertaan kumpulan yang didapati membawa pellet dari

luar akan terbatal dan disingkirkan daripada kejohanan dengan serta-

merta.

vi) Hanya marker paintball yang disediakan pengurusan Kejohanan

Paintball Tertutup Persekutuan Pengakap Malaysia 2013 sahaja

dibenarkan di bawa masuk ke lapangan permainan. Penyertaan

kumpulan yang didapati membawa marker paintball dari luar akan

terbatal dan disingkirkan daripada kejohanan dengan serta-merta.