syarahan nana

5
BUDAYA MEMBACA KUNCI KEJAYAAN Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Berdirinya saya pada hari yang penuh barakah ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘BUDAYA MEMBACA KUNCI KEJAYAAN’. SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI... Dengarkan pantun ini : Bunga cempaka si bunga raya, Menyemai benih di rumah kaca, Kalau kita hendak berjaya, Perlu kita banyak membaca HADIRIN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SAW... Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima olah Rasul Allah S.A.W. dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5: م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس بMaksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Upload: aimanjaiz

Post on 23-Jun-2015

968 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAHAN NANA

BUDAYA MEMBACA KUNCI KEJAYAAN

Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-

guru serta rakan sekalian.

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Berdirinya saya pada hari yang penuh barakah ini adalah untuk menyampaikan sebuah

syarahan yang bertajuk ‘BUDAYA MEMBACA KUNCI KEJAYAAN’.

SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI...

Dengarkan pantun ini : Bunga cempaka si bunga raya,

Menyemai benih di rumah kaca,

Kalau kita hendak berjaya,

Perlu kita banyak membaca

HADIRIN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SAW...

Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya.

Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya

merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Ini telah diperkukuhkan dengan turunnya

wahyu pertama yang diterima olah Rasul Allah S.A.W. dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:

الرحيم الرحمن الله بسم

Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

(sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu

yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan

manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Imam al-Qurtubi dalam penafsirannya ke atas ayat di atas turut mengutarakan bahawa

permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada nabi

Muhammad S.A.W. dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu

pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya. Ia merupakan dasar utama yang

diperjuangkan oleh Islam bagi membangunkan diri insan. Islam yang di dalamnya tersingkap

keindahan ajarannya menggesa umatnya mencari dan mendapatkan ilmu samaada secara

formal dan tidak formal di mana membaca adalah salah satu cara di antara cara-cara tersebut .

Page 2: SYARAHAN NANA

SIDANG PENDENGAR SEKALIAN,

Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan

menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik

seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan

hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Sedikit

ilmu yang diperolehi akan meransang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu

pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan

masyarakat lalu mampu membentuk suatu masyarakat yang berjaya dan cemerlang.

Tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu pengetahuan. Islam telah

meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan menitikberatkan penganutnya

sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat

kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu bangsa adalah

bergantung kepada sejauhmana penguasaan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh bangsa itu

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN....

Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagai pendekatan yang

boleh digunakan, antaranya ialah:-

1. Usaha Menyedarkan Masyarakat Dan Memperbetulkan Sikap Pengabaian Minat

Membaca, Wajar Digerakkan

Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas

membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan dan minat membaca. Kempen untuk

menyedarkan masyarakat Malaysia tentang faedah tabiat membaca perlu diadakan secara lebih

sistematik dan meluas termasuk mengadakannya di tempat awam seperti di pusat membeli

belah, stesyen bas dan di tempat-tempat lain. Sekolah juga berperanan menggalakkan para

pelajar membaca dengan mengadakan pelbagai kempen seperti minggu membaca dan

pertandingan anjuran sekolah untuk membudayakan tabiat membaca. Amalan membaca perlu

dipupuk sejak awal persekolahan lagi kerana tanpa amalan ini tidak wujud budaya membaca

apabila kita dewasa kelak.Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-

anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Berdasarkan kajian, 80 hingga 88 % ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca.

Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan keluaga dengan membeli

buku-buku ilmiah.

Page 3: SYARAHAN NANA

2. Mewujudkan Suasana Yang Boleh Mendorong Tabiat Membaca

Bagi mewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, institusi keluaga perlu

mewujudkan perpustakaan mini di rumah selain menitikberatkan lebih banyak aktiviti

pembacaan secara bersama dalam kehidupan seharian serta perlu dijadikan aktiviti bersama

seperti makan dan solat berjemaah.

3. Menggerakkan Penulisan Buku-Buku Ilmiah Yang Bermutu Dan Berkualiti

Para ulama’, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam menghasilkan

buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab, bahasa

inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda

agar ianya dapat menjadi rujukan masyarakat. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan

aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali R.A. pernah mengatakan : "Berbicaralah dengan manusia

dengan apa yang mereka dapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka

ketahui. Apakah kamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan?.

Buku-buku yang ditulis atau yang diterjemah akan memberi kesan secara langsung dalam

menggandakan semangat membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Negara-

negara barat atau Negara-negara maju yang lain. Penulisan atau penterjemahan buku-buku

ilmiah akan membolehkan masyarakat mempelajari agama dan keduniaan dengan lebih baik

dan dapat diwarisi sepanjang zaman. Imam Syafi’e mengungkapkan:-

�ل�ع�ل�م� " ي�د ا ال�ك�ت�اب�ة� ص� ي�د، و� ي�د� ق� د�ك� ق� ي�و� ص�

ة اث�ق� .ب�ال�و� Maksudnya: " Ilmu itu (umpama) binatang buruan, tulisan itu (laksana) ikatan, ikatlah binatang

buruan itu dengan kuat (agar ia tidak dapat lari)."

Kesimpulannya, jadikanlah tabiat membaca sebagai satu budaya samaada kepada diri, ahli

keluarga dan masyarakat sekeliling kita. Imam al-Ghazali mengungkapkan: “Sekiranya aku

berhajat dengan orang jahil nescaya aku tertewas dan jika aku berhajat dengan orang yang

‘alim pasti aku menemui kemenangan”.

Akhir kata, terimalah serangkap pantun dari saya:

Hang Jebat Pahlawan Melayu,

menuntut ilmu di Gunung Tahan,

bak kata pepatah Melayu,

membaca itu kunci kejayaan.

Page 4: SYARAHAN NANA

WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.