syair si burung nuri empat

9
Rangkap 1 Setelah sudah berkata-kata, Lalu terbanglah Nuri Gempita, Demi bertemu Si burung Dewata, Berjabat tangan duduk berkata. Maksud Nuri Gempita bertemu dengan Burung Dewata dan berjabat tangan seterusnya duduk bersama. Rangkap 2 Burung Dewata yang bijaksana, Ia bertanya dengan sempurna, Tuanku datang dari mana, Apakah maksud muda teruna. Maksud Burung Dewata bertanyakan asal dan tujuan kedatangan Nuri Gempita dengan sopan dan bijaksana. Rangkap 3 Setelah burung duduk terperi, Sambil menoleh kanan dan kiri, Lalu bertitah Si Burung Nuri, Pagar apa di sana terdiri. Maksud Nuri Gempita melihat suasana sekitarnya lalu bertanya tentang pagar apakah yang dilihatnya. Rangkap 4 Dewata menyahut dengan sempurna, Inilah Taman Indera Laksana, Kuntumnya banyak berbagai-bagai warna, Mohonlah tuan bermain ke sana. Maksud Dewata menjawab bahawa itu adalah Taman Indera Laksana. Terdapat pelbagai jenis bunga dan Dewata mempersilakan Nuri Gempita bersiar- siar. Rangkap 5 Setelah sampai ke dalam taman, Hilanglah akal Nuri budiman, Jikalau kurang tatapi iman, Menjadi gila tiada siuman. Maksud Apabila Nuri tiba di taman itu, Nuri terpesona dan hampir hilang akal, jika tidak tetap imannya, boleh menjadi gila kerananya. 1 SYAIR SI BURUNG NURI EMPAT

Upload: laura-lenn

Post on 26-Oct-2015

491 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Si Burung Nuri Empat

Rangkap 1

Setelah sudah berkata-kata,Lalu terbanglah Nuri Gempita,Demi bertemu Si burung Dewata,Berjabat tangan duduk berkata.

Maksud

Nuri Gempita bertemu dengan Burung Dewata dan berjabat tangan seterusnya duduk bersama.

Rangkap 2

Burung Dewata yang bijaksana,Ia bertanya dengan sempurna,Tuanku datang dari mana,Apakah maksud muda teruna.

Maksud

Burung Dewata bertanyakan asal dan tujuan kedatangan Nuri Gempita dengan sopan dan bijaksana.

Rangkap 3

Setelah burung duduk terperi,Sambil menoleh kanan dan kiri,Lalu bertitah Si Burung Nuri,Pagar apa di sana terdiri.

Maksud

Nuri Gempita melihat suasana sekitarnya lalu bertanya tentang pagar apakah yang dilihatnya.

Rangkap 4

Dewata menyahut dengan sempurna,Inilah Taman Indera Laksana,Kuntumnya banyak berbagai-bagai warna,Mohonlah tuan bermain ke sana.

Maksud

Dewata menjawab bahawa itu adalah Taman Indera Laksana. Terdapat pelbagai jenis bunga dan Dewata mempersilakan Nuri Gempita bersiar-siar.

Rangkap 5

Setelah sampai ke dalam taman,Hilanglah akal Nuri budiman,Jikalau kurang tatapi iman,Menjadi gila tiada siuman.

Maksud

Apabila Nuri tiba di taman itu, Nuri terpesona dan hampir hilang akal, jika tidak tetap imannya, boleh menjadi gila kerananya.

Rangkap 6

Setelah pandang Cempaka Warna,Di dalam Taman Jambangan Ratna,Hairan tercengang mudah teruna,Roh melayang ke mana-mana.

Maksud

Di taman itu Nuri terpandang Cempaka Warna yang berada di dalam Taman Jambangan Ratna. Nuri berasa hairan dan tercengang, merasa dirinya terawang-awang.

1

SYAIR SI BURUNG NURI EMPAT

Page 2: Syair Si Burung Nuri Empat

Rangkap 7

Berdebar-debar rasa hatinya,Seperti serupa bagai mimpinya,Berlinang-linang air matanya,Sayang sedikit ada yang punya.

Maksud

Nuri berasa berdebar-debar dan melihat keadaan itu sama seperti dalam mimpinya. Cuma sayangnya Cempaka Warna telah dimiliki.

Rangkap 8

Cempaka bermadah durja berseri,Kepada bunga Si Naga Sari,Pergi kakanda Tanya Si Burung Nuri,Apakah maksudnya datang ke mari.

Maksud

Dengan perasaan sedih, Cempaka mengarahkan pengasuhnya Si Naga Sari bertanyakan maksud kedatangan Burung Nuri ke situ.

Rangkap 9

Sambil bersyair Si Burung Nuri,Ayuh nyonya Si Naga Sari,Sahaya nan dating di gunung Puteri,Dipuput angin jatuh ke mari.

Maksud

Si Burung Nuri bersyair memberitahu Naga Sari bahawa dia datang ke Gunung Puteri kerana dibawa angin yang menerbangkannya ke situ.

Rangkap 10.

Setelah sudah berkata-kata,Segera kembali nyonya yang peta,Persembahkan khabar dengan berita,Cempaka pun tiada berkata-kata.

Setelah mendengar kata Nuri, Naga Sari kembali kepada Cempaka Sari dan menyampaikan khabar berita Nuri dan tuan puteri cempaka sari terdiam mendengarnya.

Rangkap 11.

Berahinya Nuri tiada terkira,Hilanglah akal budi bicara,Ia pun takut jangan ketara,Terbang melayang di atas udara.

Nuri berasa sangat berahi hingga tidak terkata-kata. Namun dia cuba melindungi perasaannya agar tidak kelihatan dan bertindak pergi dari situ.

2

Page 3: Syair Si Burung Nuri Empat

Kasih sayang

Kasih sayang di antara Nuri Gempita dengan Cempaka Warna. Nuri berusaha mencari Cempaka Warna kerana perasaan kasih sayang yang teramat dalam. Setelah bertemu

dengan Cempaka, Nuri berasa sangat teruja kerana Cempaka Warna benar-benar seperti dalam mimpinya.

3

TEMA

PERSOALANPERSOALAN

Persoalan kegigihan mencari kekasih hati

*Burung Nuri berusaha mencari Cempaka Warna yang ditemui dalam mimpinya.

Persoalan adab menyambut tetamu

*Burung Dewata menyambut Nuri Gempita dengan adap dan sopan yang tinggi.

Persoalan kebijaksanaan menahan nafsu dan keinginan

*Nuri mampu menahan perasaannya terhadap Cempaka Warna walaupun dirinya terlalu kasihkan Cempaka Warna.

Persoalan menjaga adap hubungan di antara lelaki dan wanita

*Cempaka Warna menjaga adabnya sebagai wanita dan menjadikan Naga Sari sebagai perantara untuk berbicara dengan Nuri.

Page 4: Syair Si Burung Nuri Empat

Terdiri daripada 11 rangkap

Setiap rangkap mempunyai 4 baris

Rima akhir aaaa.

3 hingga 6 patah perkataan sebaris.

9 hingga 12 suku kata dalam sebaris.

Gaya Bahasa Contoh

Inversi Apakah maksud muda teruna

Pagar apa di sana terdiri

Hiperbola Jikalau kurang tatapi iman,Menjadi gila tiada siuman.

Asonansi Kuntumnya banyak berbagai-bagai warna

Aliterasi Di dalam Taman Jambangan Ratna

Nilai

Kesabaran Ketabahan

Kasih sayang Berbudi bahasa Beradap sopan

4

Bentuk

Page 5: Syair Si Burung Nuri Empat

Pengajaran

a) Kita haruslah bersungguh-sungguh mencapai impian dan cita-cita. Nuri Gempita berusaha bersungguh-sungguh mencari Cempaka Warna yang ditemuinya di dalam mimpi kerana rasa cinta dan kasihnya yang amat mendalam.

b) Kita hendaklah beradab sopan menyambut tetamu. Sang Dewata menyambut Burung Nuri dengan beradap dan melayan tetamunya itu dengan sopan.

c) Kita mestilah bijak mengawal keinginan dan tidak mengikut hawa nafsu. Nuri mampu mengawal perasaan cinta dan berahinya terhadap Cempaka Warna dan mengambil tindakan meninggalkan Taman Jambangan Ratna.

5

Page 6: Syair Si Burung Nuri Empat

SYAIR SI BURUNG NURI EMPAT

Soalan latihan.

1. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan yang diberi.

Petikan Gaya bahasaPagar apa di sana terdiriDi dalam Taman Jambangan WarnaMenjadi gila tiada siumanSeperti serupa bagai mimpinya

2. Berikan empat bentuk puisi di bawah.

Setelah sudah berkata-kata,Lalu terbanglah Nuri Gempita,Demi bertemu Si Burung Dewata,Berjabat tangan duduk berserta.

i) _____________________________

ii)_____________________ iii)_____________

iv)_____________________________________

3. Senaraikan dua nilai yang terdapat dalam Syair Si Burung Nuri Empat.i)..........................................................................................................ii).........................................................................................................

4. Nyatakan dua pengajaran yang boleh diperolehi daripada Syair Si Burung Nuri Empat.i)...........................................................................................................................

ii)..........................................................................................................................

6

BENTUK

Page 7: Syair Si Burung Nuri Empat

SYAIR SI BURUNG NURI EMPAT

Skema jawapan.

Jawapan soalan 1

Petikan Gaya bahasaPagar apa di sana terdiri Inversi

Di dalam Taman Jambangan Warna Aliterasi

Menjadi gila tiada siuman Hiperbola

Seperti serupa bagai mimpinya Asonansi

Jawapan soalan 2

i) terdapat 4 baris serangkap

ii) 3 hingga 5 perkataan sebaris iii)Rima akhir aaaa

iv) 10 hingga 11 sukukata dalam sebaris.

Jawapan soalan 3

i) Nilai kasih sayang.ii) Nilai kesabaran.

Jawapan soalan 4

i) Kita haruslah bersungguh-sungguh mencapai impian dan cita-cita.ii) Kita mestilah bijak mengawal keinginan dan tidak mengikut hawa nafsu.

7

BENTUK