susuk

23
KOLEJ MARA BANTING JALAN LABOHAN DAGANG, BUKIT CHANGGANG, 42700, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 1 / 2010 SUSUK GURU PENDIDIKAN ISLAM : USTAZ ABDUL JAMIR BIN MAD SAAD NAMA :NUR AIN SYAFIQAH BINTI HASMADI KELAS :M10E

Upload: pendislam

Post on 02-Jul-2015

449 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Susuk

KOLEJ MARA BANTING

JALAN LABOHAN DAGANG, BUKIT CHANGGANG,

42700, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 1 / 2010

SUSUK

GURU PENDIDIKAN ISLAM : USTAZ ABDUL JAMIR BIN MAD SAAD

NAMA :NUR AIN SYAFIQAH BINTI HASMADI

KELAS :M10E

NO KAD PENGENALAN : 921217-14-5582

Page 2: Susuk

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Mukasurat

1. Penghargaan 1

2. Pengenalan 2

3. Sejarah susuk 3

4. Hukum pemakaian susuk 4

5. Jenis – jenis susuk 6

6. Cara – cara pemakaian susuk 7

7. Pantang larang akibat pemakaian susuk 8

8. Kesan dan akibat pemakaian 9

9. Penutup / Kesimpulan 11

10. Rujukan 13

11. Lampiran 14

PENGHARGAAN

Page 3: Susuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur ke hadrat ilahi yang telah mengurniakan saya nikmat serta peluang

untuk melaksanakan folio ini.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan saya sokongan dan

dorongan dalam melaksanakan tugasan saya ini. Tanpa mereka, saya tidak akan

mungkin dapat melaksanakan tugasan saya dengan sempurna. Malah mereka telah

berkorban begitu banyak untuk saya dan saya ingin membalas jasa mereka dengan

berusaha bersungguh-sungguh sehingga saya dapat mencapai kejayaan di menara

gading.insya-Allah.

Keduanya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul

Jamir Bin Mad Saad yang telah memberikan saya tugasan ini dengan hati yang

ikhlas serta dorongan dan menghulurkan bantuan ketika saya memerlukan

pemahaman dengan lebih mendalam. Dengan peluang yang diberikan ini, secara

tidak langsung ianya telah membuka mata saya untuk lebih mengetahui tentang ilmu

sihir yang tidak wajar diamalkan oleh sesiapun.Malahan, saya berpendapat bahawa

pemakaian susuk semata – mata untuk cantik hanyalah sia – sia belaka dan

mendapat laknat oleh Allah S.W.T.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya samada sekelas mahupun tidak atas kerjasama yang diberikan oleh

mereka untuk saya menjayakan folio ini.Mereka telah banyak membantu saya dalam

melaksanakan tugasan ini dan saya sangat bersyukur dengan kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima

kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama.Hanya Allah dapat

membalas kebaikan semua.Harapan saya ialah agar semua diberkati serta dirahmati

oleh Allah S.W.T atas pembikinan folio ini.

Sekian, terima kasih sahaja daripada saya.Diharapkan dengan pembikinan

folio ini dapat membuka minda mata masyarakat dan membawa kita semua ke jalan

kebenaran serta mendapat rahmat Allah S.W.T.

PENGENALAN

Page 4: Susuk

Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan

bagi mendapatkan suatu kelebihan¹ seperti kecantikan, kelihatan menawan dan

awet muda bagi perempuan dan kekebalan serta keberanian bagi lelaki². Walaupun

hal susuk ini sudah berkurun lamanya diamalkan, masih ada segelintir pihak yang

mengamalkan amalan ini.

Susuk biasanya menggunakan pelbagai bahan asing berlogam seperti jarum,

emas, tembaga, intan dan berlian berserta dengan jampi yang dibaca oleh bomohᶟ

supaya mendapatkan susuk yang lebih menjadi. Sesetengah susuk menggunakan

khidmat jin dan iblis kemudiannya ditiupkan ke dalam tubuh. Terang-terangan

dinyatakan di sini bahawa dengan menggunakan khidmat jin dan iblis merupakan

suatu bentuk mempercayai kuasa lain kepada Allah S.W.T⁴. Ilmu sihir dengan

berjampi juga menoonjolkan bahawa susuk adalah salah di sisi agama. Pemakaian

serta kepercayaan kepada susuk untuk memberikan kepuasan kepada si pemakai

adalah syirik kepada Allah S.W.T.

Islam mengalakkan umatnya untuk meghias diri namun perlu mengikut cara

yang ditetapkan dan tidak melibatkan perbuatan syirik ataupun perkara yang

membahayakan diri sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah

al-baqarah ayat 102 tentang ilmu sihir,⁵

1 )http://ms.wikipedia.org/wiki/Susuk

2 )http://www.zaharuddin.net/content/view/264/91/

3 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

4 )http://dairiana.blogspot.com/2010/03/susuk.html

5 )Al – Quran Karim danTerjemahannya, Khazanah Rabbani Publisher

Page 5: Susuk

"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat

buat mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barangsiapa membeli (menggunakan sihir)

itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk

perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu."

(al-Baqarah: 102)

Rasulullah S.A.W juga telah mengatakan dalam suatu hadis riwayat Bukhari

dan Muslim yang jelas menyatakan bahwa mereka yang mengamalkan

menyekutukan Allah serta melakukan amalan sihir boleh membawa kepada

kerosakan bangsa, dan membawa kepada kehancuran diri sendiri. Saba Rasulullah

S.A.W ialah⁶,

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merosakkan. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh

perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh

jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta

anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik yang terjaga

dan beriman."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh juga menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa

kepada kufur.Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh

demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir⁷.Oleh itu, tidak dapat dinafikan

bahawa pemakaian susuk adalah salah dan menentang agama.Namun, masih ada

segelintir masyarakat yang masih mengamalkan tradisi ini terutamanya dari

kalangan golongan wanita.

Justeru, menjadi tanggungjawab dan kewajipan para umat Islam untuk

membuka minda mereka supaya dapat membawa mereka ke jalan yang benar dan

tidak terjerumus melakukan amalan-amalan jahiliah seperti pemakaian susuk

ini.Diharap dengan pendedahan yang begitu ringkas dan jitu ini dapat memberikan

manafaat kepada semua lapisan masyarakat.

6 )http://www.zaharuddin.net/content/view/264/91/

Page 6: Susuk

7 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

SEJARAH PEMAKAIAN SUSUK

Pada asalnya pemakaian susuk ini diamalkan oleh orang - orang jahiliah

sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W lagi.Masyarakat Arab Jahiliah banyak

mengamalkan perkara - perkara yang bertentangan dengan agama dan pemakaian

susuk merupakan antara salah satu daripadanya.

Asalnya bermula daripada zaman firaun di mana seorang tua yang telah

berumur ratusan tahun namun masih kelihatan muda seperti umur belasan tahun

akibat daripada pemakaian susuk⁸.Semenjak daripada itu, pemakaian susuk menjadi

suatu kebiasaan bagi segelintir masyarakat.

Ajaran tersebar mengikut peredaran masa menyebabkan ajaran susuk tiba di

Tanah Melayu.Bagi penduduk Tanah Melayu yang masih jahil ketika itu, sebahagian

besar telah menerima ajaran tersebut dan mula mengamalkan pemakaian

susuk.Dan kini, ajaran tersebut mula diturunkan temurunkan daripada generasi ke

generasi sehinggalah ke hari ini. Namun begitu, bilangan pemakaiannya mula

berkurangan dengan kesedaran terhadap hukum agama Islam terhadap pemakaian

susuk serta pelbagai akibat dan padah yang akan dihadapi oleh mereka dengan

mengamalkan pemakaian susuk.

8 )http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/rawatan.php

Page 7: Susuk

HUKUM PEMAKAIAN SUSUK

Hukum bersusuk adalah haramsama sekali dan akan membawa

kepadaperlakuan yang akan menduakan Allah S.W.T yang maha esa iaitu syirik

kepada Allah S.W.T⁹. Bersusuk adalah haram diamalkan oleh orang-orang Islam

kerana:

1 ) Bersusuk itu sendirinya terang – terangan bertentangan dengan agama Islam

berikutan melibatkan penggunaan ilmu sihir¹⁰ ataupun bergantung kepada

makhluk lain selain daripada Allah S.W.T. Beramal kepada ilmu sihir itu adalah

sangat terlarang di dalam Islam. Dalam sesentengah mazhab telah

menggariskan apakah hukum menggunakan sihir dalam kehidupan iaitu ;

Menurut suatu pandangan daripada Mazhab Syafie, jika seorang itu percaya

bahawa perbuatan sihir itu harus, maka hukumnya dia menjadi kafir, tetapi jika ia

belajar ilmu sihir itu untuk tidak terjerumus ke dalam sihir, hukumnya harus iaitu tidak

berdosa.Manakala menurut Mazhab Hambali pula, beramal dengan ilmu sihir itu

hukumnya 'kafir' sama ada orang itu beriktikad bahawa perbuatan tersebut harus

atau tidak¹¹.

2 ) Tujuan kebanyakan orang untuk bersusuk itu adalah semata-mata untuk

menjadi kebal, lebih berani bagi lelaki dan supaya kelihatan cantik dan menarik

bagi perempuan¹². Kita mengetahui bahawa hukum untuk mengubah kejadian

yang diciptakan oleh Allah S.W.T kepada kita adalah haram dan kita akan

mendapat dosa besar kerana ingin mengubah kejadian Allah S.W.T¹ᶟ.

9 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

10 )http://www.zaharuddin.net/content/view/264/91/

11 )http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/hukum-memakai-susuk.html

12 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

Page 8: Susuk

13 )Perhiasan Wanita Muslimah, Siri Wanita Syurgawi

3 )Perbuatan pemakaian susuk ini menjadi syirik apabila si pemakai mula

mempercayai kepada susuknya dan hanya bergantung kepada susuknya dalam

kehidupan harian¹⁴. Ini membuktikan bahawa seseorang itu telah mempercayai

bahawa adanya kuasa selain Allah S.W.T dan perbuatan ini adalah sangat

murka terhadap Allah S.W.T.

4 ) Pemakaian susuk adalah haram kerana makhluk lain selain daripada Allah S.W.T

dalam mempercayai bahawa golongan tersebut dapat membantu serta memberi

pertolongan kepada pemakai serta tukang bomoh yang memakaikannya

daripada mempercayai bahawa semua pertolongan adalah daripada Allah

S.W.T. Apabila mengikut kehendak serta pantang larang bersusuk itu sendiri

akan menyebabkan penderhakaan kepada Allah S.W.T¹⁵. kerana mempercayai

adanya kuasa lain selain daripada Allah S.W.T serta mematuhi perintah mereka

namun tidak mematuhi perintah Allah S.W.T iaitu dengan melakukan segala

suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

Perbuatan memakai susuk walau dengan apa niat dan cara sekali pun,

hukumnya haram di sisi Islam berikutan penggunaannya mempunyai unsur syirik

dan secara terang-terangan cuba mengubah kejadian Allah SWT¹⁶.

14 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

Page 9: Susuk

15 )http://dairiana.blogspot.com/2010/03/susuk.html

16 )http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/hukum-memakai-susuk.html

JENIS – JENIS SUSUK

Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan

menurut bahan:

Susuk logam dan galian

Susuk logam merupakan susuk menggunakan bahan – bahan logam dan dibaca

jampi oleh tukang bomoh untuk dimasukkan ke dalam mana-mana bahagian badan

mengikut kehendak serta kemampuan si pemakai.Contoh bahan-bahan yang boleh

diklasifikasikan sebagai susuk logam dan galian ialah¹² :

Berlian

Jarum emas

Buluh

Kaca

Mutiara

Jenis susuk ayat

Manakala susuk ayat pula ialah susuk yang tidak memasukkan sebarang

bahan ke dalam tubuh badan si pemakai namun menggunakan jampi

serapahberserta dengan pelbagai amalan untuk mengekalkannya. Susuk ini juga

menggunakan bantuan jin ataupun iblis untuk mengekalkan jampi yang berkesan

oleh tukang bomoh.Contoh – contoh bagi susuk ayat ialah :

PemanisSeri wajah

Penyeri diri

Pemikat umum

Penunduk

Kelihatan muda

Pendinding diri

Suara merdu

Page 10: Susuk

17 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

CARA – CARA PEMAKAIAN SUSUK

Pelbagai jenis cara pemakaian susuk boleh dilakukan oleh si tukang bomoh

kepada pelanggannya. Kebiasaannya pemakaian susuk sepertimana yang diketahui

umum menggunakan sihir jampi dan juga melibatkan golongan ghaib yakni makhluk

halus seperti jin ataupun iblis¹⁸.

Sebenarnya, pemakaian susuk tidak akan berhasil tanpa pertolongan daripada

syaitan – syaitan melalui mantera yang dibacakan oleh tukang bomoh yang

berbentuk pemujaaan terhadap mereka¹⁹. Susuk biasanya dipasang oleh tukang

bomoh menggunakan alat – alat tertentu yang telah diasapkan serta dibaca pelbagai

mantera dan sebagainya.

Sebelum memasukkan susuk, kebiasaannya tukang bomoh akan membaca

mantera dan menyeru jin dan sebagainya untuk memperoleh hasil yang menjadi

kepada si pemakai. Pemakaian susuk adalah sangat menyeksakan dan

menyakitkan ketikanya ia dipakai. Kadangkala selepas pemakaian susuk berminggu

lamanya si pemakai akan mengalami bengkak – bengkak, gatal – gatal dan

sebagainya²⁰.

Ada sesetengah tukang bomoh mengatakan bahawa semakin lama susuk di

dalam badan pemakai, semakin kuat pemakainya.Dan ada juga mengatakan

bahawa semakin tua si pemakainya, semakin cantik wajahnya dan semakin kuat

kudratnya²¹.

Pun begitu, pemakaian susuk perlulah dibuang melalui tukang bomoh yang

telah memakaikan susuk itu kepada pemakainya ataupun melalui cara yang telah

diajar oleh tukang bomoh itu sendiri. Sekiranya tukang bomoh hilang ataupun tidak

boleh dibuang, maka si pemakai akan menghadapi kesukaran untuk mati²² dan

melaui suatu seksaan yang amat sangat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Pun begitu, disarankan juga berjumpa dengan tuk imam ataupun sesiapa yang

pandai berubat mengenai pemakaian susuk.

Page 11: Susuk

18 )http://www.indospiritual.com/artikel_mengenal-susuk-pemikat.html19 )http://www.zaharuddin.net/content/view/264/91/20 )http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/rawatan.php21 )http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/rawatan.php22 )http://ms.wikipedia.org/wiki/Susuk

PANTANG LARANG AKIBAT PEMAKAIAN SUSUK

Terdapat pelbagai pantang larang yang ditetapkan oleh tukang bomoh kepada

si pemakai untuk mematuhinya supaya susuk yang dipakai akan dapat berkekalan.

Sekiranya pantang larang tersebut tidak dipatuhi, susuk itu akan hilang ataupun

pemakainya akan menjadi lebih buruk daripada wajah asalnya sebelum pemakaian

susuk. Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang

dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya²ᶟ.

Atas sebab-sebab tertentu, sesetengah makanan boleh menyebabkan susuk si

pemakai itu boleh terkeluar dan antara makanan yang menjadi pantang pemakai

susuk (bergantung kepada jenis susuk) ialah²⁴,

Labu air

Pisang tanduk

Daun kelor

Tidak boleh memakan pisang emas dan buah kundur dalam tempoh dua

hingga tiga bulan

Perbuatan si pemakai susuk juga terbatas untuk mematuhi peraturan atau

amalan yang telah ditetapkan oleh tukang bomoh dengan menghindari sesetengah

perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai mengingkari perjanjian pemakaian

susuk. Oleh itu, pantang larang perbuatan ini haruslah dipatuhi untuk mengekalkan

susuk yang dipakai.Di antara perbuatan atau tingkahlaku yang menjadi pantang

pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk) ialah²⁵,

Melalui di bawah tangga/rumah

Merahsiakan pemakaian susuk

Tidak boleh lalu di bawah ampaian yang disidai kain basah

Tidak boleh mencucuk lidi sate pada tubuh dan sekitar wajah kerana lidi sate

berbisa dan sifatnya berlawanan dengan bahan susuk

Page 12: Susuk

23 )http://ms.wikipedia.org/wiki/Susuk

24 )http://ms.wikipedia.org/wiki/Susuk

25 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

KESAN DAN AKIBAT PEMAKAIAN SUSUK

Pelbagai kesan dan akibat yang disebabkan hanya oleh pemakaian

susuk.Pemakaian susuk adalah bukan selamat sepenuhnya kepada si pemakai dan

pelbagai kesan yang kebanyakannya berbentuk negatif yang dihadapi oleh pemakai-

pemakai susuk. Susuk diklasifikasikan sebagai perubatan tradisional oleh itu cara

pengunaanya atau cara untuk melakukannya tidak dapat diubati dengan cara yang

tardisional. Antara kesan dan akibat kepada si pemakai susuk berikutan tindakannya

ialah ;

1 )Pembaziran terhadap wang, masadan diri sendiri mempercayai perkara – perkara

yang tidak berfaedah kepada diri sendiri mahupun membawa kebaikan kepada

diri sendiri. Kos untuk membayar bagi pemakaian susuk juga menelan belanja

yang mahal dan hanya sia-sia digunakan untuk kecantikan yang tidak akan

berkekalan selmanya²⁶.

2 ) Kesan kepada pemakai ialah bahagian yang disusuk perlu dijaga dengan rapi

dan perlu mengikuti pelbagai peraturan yang membawa kesyirikan pada diri si

pemakai kerana terlalu taksub dan mempercayai terhadap susuk yand dipakai

namun tidak mempercayai kepada Allah S.W.T²⁷. Dan sekiranya peraturan

dilanggar, akibatnya si pemakai itu harus menanggung dengan susuk yang akan

menyakitkan dirinya sendiri²⁸.

3 ) Si pemakai juga akan berhadapan dengan pelbagai jenis seksaan dan kesakitan

kerana pemakaian susuk adalah sangat menyakitkan.Juga kemungkinan akan si

pemakai juga akan terperangkap dengan susuk yang dipakai itu sendiri.

Sesetengah pemakai sehingga menjadi gila akibat keinginan hanya untuk

memenuhi keperluan dunia yang sementara.

26 )Perhiasan Wanita Muslimah, Siri Wanita Syurgawi

27 )http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/hukum-memakai-susuk.html

Page 13: Susuk

28) http://ms.wikipedia.org/wiki/Susuk

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai hamba Allah S.W.T haruslah menerima

pemberiannya serta bersyukur dengan yang dipinjamkan olehnya kepada kita.

Mengubah diri dengan pelbagai cara sekalipun tidak akan mendapat keberkatan

serta kerahmatan di dunia mahupun di akhirat.

Ingatlah, bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan kita haruslah

menggunakannya dengan sebaik-baiknya dan bukan melakukan perkara-perkara

yang boleh membawa kita kepada kemurakaan Allah S.W.T. Dunia ini hanyalah

tempat persinggahan sementara untuk kita mencari keberkatan dan kerahmatan

daripadanya dan bukannya mensia-siakan waktu untuk sesuatu yang tidak boleh

dibawa hingga keakhirat.

Pemakaian susuk hanyalah sementara dan tidak berkekalan.Bahkan

pemakaiannya juga tidak diredhai serta dirahmati oleh Allah S.W.T. Mahukah kita

terus menaggung dosa dengan hanya melihat segelintir daripada kita untuk terus

melakukan kemaksiatan serta tidak kembali ke jalan yang benar? Bagi wanita,

sesungguhnya dia hanya boleh berhias untuk suaminya sahaja dan tidak boleh

menunjukkannya kepada orang lain kerana akan timbul fitnah dan sebagainya²⁹.

Oleh itu, pemakaian susuk adalah melanggari hukum itu sama sekali.

Menjadi tangunggjawab yang wajib bagi setiap umat Islam untuk membimbing

serta membantu dan mengingatkan antara satu sama lain supaya beribadah kepada

Allah S.W.T. Dialah pemberi segala nikmat kepada kita. Oleh itu, kita haruslah

mensyukuri segala pemberiannya dan menerimanya dengan hati yang terbukaᶟ⁰.

29 )Perhiasan Wanita Muslimah, Siri Wanita Syurgawi

30 ) Sihir dan guna-guna : cara mencegah dan merawatnya menurut Islam, Tebitan Pustaka Ilmi

Page 14: Susuk

Sesunguhnya Allah S.W.T itu sangat sukakan kecantikan.Akan tetapi, Allah

juga menyatakan sekiranya ingin behias itu tidak perlulah sehingga melebih-lebih.

Sesungguhnya Allah tidak suka akan mereka-mereka yang berlebih-lebihan.

Rasulullah S.A.W juga telah menyatakan dalam hadis Riwayat Muslim dan At-

Tarmidzi iaituᶟ¹ ,

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan."

(Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) .

Dan Allah S.W.T juga telah menyatakan dalam firmannya bahawa dia suka

akan orang yang berhias dalam melakukan ibadah iaitu dalam surah Al-A’raf, ayat

31 iaituᶟ²,

, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap

kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan

jangan pula kamu berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-

orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)."

(Surah Al-A'raaf, ayat 31)

Dengan itu, marilah kita bersama untuk mengecapi kejayaan di dunia serta di

akhirat.Berkat untuk bekerjasama itu amatlah pentind dalam Islam oleh itu marilah

kita bersama menghindari perkara-perkara yang tidak bermanafaat ini dan

sesungguhnya kita semua adalah hak milik Allah S.W.T.

Page 15: Susuk

31 )http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-81535.html

32 )Al – Quran Karim danTerjemahannya, Khazanah Rabbani Publisher

RUJUKAN

Buku Ilmiah

1 )Al – Quran Karim danTerjemahannya, Khazanah Rabbani Publisher, 2010

2 )Perhiasan Wanita Muslimah, Abdullah Ibnu Saleh Al Fauzaan, Siri Wanita

Syurgawi, 2006

3 )Sihir dan guna-guna : cara mencegah dan merawatnya menurut Islam, Wahid

Abdus Salam Baly, Tebitan Pustaka Ilmi, 2009

4 )Dosa – dosa yang menutup pintu hati, Yusuf Al-Badry, Darul Nu’man, 1998

Internet( Laman Web )

1 )http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-81535.html

2 )http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/hukum-memakai-susuk.html

3 )http://ms.wikipedia.org/wiki/Susuk

4 )http://mal1805.multiply.com/journal/item/37

5 )http://www.indospiritual.com/artikel_mengenal-susuk-pemikat.html

6 )http://www.zaharuddin.net/content/view/264/91/

7 )http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/rawatan.php

8 )http://dairiana.blogspot.com/2010/03/susuk.html

9 )http://maurina.wordpress.com

Page 16: Susuk

10 )http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/08/susuk-keris.html

LAMPIRAN

Gambar di atas menununjukkan contoh jarum emas yang digunakan sebagai susuk

untuk dimasukkan ke dalam tubuh badan sesiapa yang menginginkannya.

Page 17: Susuk

Gambar di atas menunjukkan antara proses pemakaian susuk terhadap seorang

pemakai yang dibaca jampi sebelum memasukkan bahan-bahan ke dalam tubuh

badannya.

Gambar di atas menunjukkan susuk keris yang dapat menambahkan keberanian

seseorang diperasapkan serta dibaca jampi serta mantera sebelum diberikan

kepada tuannya.

Page 18: Susuk

Gambar di atas menunjukkan susuk keris yang berkuasa sekiranya sering

mengagung-agungkannya dan mengamalkannya dalam kehidupan walhal yang

memesongkannya adalah iblis dan syaitan.