surivanty binti azman - unimas institutional repository misteri jin, hantu, keranda dan...universiti...

24
t`,..: , ý, 1, ýý P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS NIMýIIflIIpNIIINIIIN 1000166359 PAMERAN MISTERZ JIN, HANTU, KERANDA DAN... YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA MUZIUM SELANGOR, KAJIAN DARI ASPEK PENGURUSAN PEROLEHAN SUMBER DI DALAM MENJAYAKAN PAMERAN YANG DIJALANKAN. SURIVANTY BINTI AZMAN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: lybao

Post on 23-Aug-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

t`,..: , ý, 1, ýý

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

NIMýIIflIIpNIIINIIIN 1000166359

PAMERAN MISTERZ JIN, HANTU, KERANDA DAN... YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA MUZIUM SELANGOR, KAJIAN DARI ASPEK PENGURUSAN PEROLEHAN SUMBER DI DALAM

MENJAYAKAN PAMERAN YANG DIJALANKAN.

SURIVANTY BINTI AZMAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL: PAMERAN MISTERI JIN, HANTU, KERANDA DAN ... YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA MUZIUM SELANGOR, KAJIAN DART ASPEK PENGURUSAN PEROLEHAN SUMBER DI DALAM MENJAYAKAN PAMERAN YANG DIJALANKAN.

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004

Saya SURIYANTY BINTI AZMAN

mengaku membenarkan tesis/ Laporan *ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan(mengandungi maklumat yang berdarjah

SULIT keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Qvý ý-%

Tanda4ý PenulisTarikh: ) ti bprýý ; L-cc,I

Alarnat Tetap: No. 16 Lorong T ý, riang Makmur 1, Taman Triam; Makmur, 28300 Triang, Pahang Darul Makrour.

Disahkan

Tandatangan Penyelia Tarikh: 2, ll PP-A, --tl ýc ý

Catatan: *Tcsis! Laporan dinmksudkan schagai tcsis hagi Ijarth Doktor Palsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tcsis Laporan im SUI-IT atau TERIiAD, sila lampirkan surat daripada pihak hcrkuasa organisasi hcrkcnaan dcngan mcnyatakan sckali schab dun tcmpoh tcsis laporan im pcrlu dikclaskan schagai SULIT atau TERI IAD

ii

Page 3: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

PENGAKUAN

Projek bertajuk Pameran Misted Jin, Hantu, Keranda Dan... yang dianjurkan oleh

Lembaga Muzium Selangor, kajian dari aspek pengurusan perolehan sumber di dalam

menjayakan pameran yang dijalankan telah disediakan oleh Suriyanty Binti Azman dan

telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

y(Pn Noria Tugang)

Tarikh:

111

Page 4: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, saya telah berjaya

menyempurnakan latihan ilmiah ini. Pelbagai halangan telah dihadapi namun alhamdulillah,

semuanya telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat

penyelia saya Pn Noria Tugang yang telah banyak memberikan teguran , tunjuk ajar, nasihat

dan memberi layanan yang cukup baik bagi saya menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga

kepada semua pensyarah pengurusan seni yang telah memberikan nasihat dan teguran

disepanjang minggu perbentangan dari awal menjalankan kajian sehingga akhir. Sernoga

sentiasa dilindungi olehNYA dan berjaya hendaknya.

Buat mak dan ayah yang tersayang semoga sentiasa dilindungi Allah S. W. T, segala

kasih sayang yang dicurahkan tidaklah dapat dibalas oleh anakanda, terima kasih di alas

segala bantuan, pedoman dan ketabahan dalam mendidik anakanda im. Segala jasa mak dan

ayah tidak akan anakanda lupai, malah ia akan menjadi semangat untuk anakanda terus

berjaya.

Selain itu, tidak lupa juga buat seniua kakitangan Lembaga Muzium Selangor (LMS)

yang telah terlibat dan memberi banyak bantuan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini,

iv

Page 5: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

terutamanya Encik Mahadi dari Unit Perolehan Koleksi. Tanpa maklumat dan kerjasama

yang diberi kajian ini tidak dapat dijalankan denganjayanya.

Seterusnya, buat rakan-rakan sekelas yang turut sama membantu semasa saya

menjalankan kajian. Semoga kita semua akan sama-sama mencapai kejayaan yang gemilang

dan menjadi anak seni yang kreatif, berinovasi dan berwawasan.

Tidak lupa juga rakan-rakan lain yang telah banyak memberikan bantuan kepada

saya, iaitu Mohd Zairi dan Zefri Effendi. Bantuan yang diberikan amatlah saya hargai.

Akhir kata salam sayang buat semua yang telah banyak memberikan dorongan,

bantuan, pendapat dan semangat kepada saya. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat

sebarang kesilapan yang telah dilakukan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Yang baik

datangnya dari Allah S. W. T dan yang buruk itu datangnya dari kesilapan diri saya sendiri.

Jasa kalian amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

V

Page 6: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

t°irSat hhldrnat , tilasctuniai Akadem UNIVERSITI MALAYSIA SARAW. k

Q431}(1 Kota SstmaraharR

Isi Kandungan

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

ABSTRACT

BAB 1: PENGENALAN

iii

iv - v

vi - x

XI

XII

1.1 Pengenalan 2

1.1.1 Sejarah Muzium Sultan Alam Shah 3-4

1.1.2 Bahagian Pameran 15-6

1.1.3 Bahagian Unit Perolehan Koleksi 6

1.2 Definisi

1.2.1 Definisi Muzium

1.2.2 Definisi Hantu, Jin Dan Keranda

1.3 Objektif Kajian

1.4 Hipotesis

1.5 Skop kajian

1.6 Pemasalahan kajian

1.7 Kepentingan kajian

7-8

9-11

12

13

14

15

16

vi

Page 7: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

1.8 Kesimpulan 17

BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Kaitan Dari Segi Asal Usul Jin Dan Hantu 20 - 26

2.21 Haron Daud. (2001). Manteru Melayu: Analisis

Pemikiran. Pulau Pinang: Laporan Penyelidikan

Universiti Sains Malaysia.

2.2.2 Sheikh Wahid Abdus Salam. (1996). Jin Dan

Syaitan Serta Penvakit Aki hat Sihir: Panditan

Mencegah Dan Merawatnvu. Kuala Lumpur.

2.3 Kaitan Dari Segi Pengurusan Muzium 27 - 33

2.3.1 Moore, K. (1994). Introduction: Museum

Management. London: New York.

2.3.2 Fahy, A. (1995). Collection Management. London:

Routledge.

2.3.3 Md. Redzuan Turnin. (2004, September). (n. d).

Universiti Orang Kampung. Fokus: Dewan

Budaya. 17-21.

vii

Page 8: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

2.4 Kaitan Dari Segi Pengurusan Projek 34 - 39

2.4.1 Young, T. L. (1996). The Handbook Of Project

Management: A Practical Guide To Effective Policies

And Procedures. London: Pentonville Road.

2.4.2 Maylor, H. (1996). Project Management. London:

Long Acre.

2.4.3 Bratton, J. and Gold, J. (Eds). (1994) Human

Resource Management: Theory And Practice.

London: British Council Library.

2.5 Kesimpulan 40

BAB 3: METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Lokasi kajian

3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer

3.3.1.1 Kaedah Kualitatif

3.3.1.2 Kaedah Kuantitatif

3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi

3.5 Persampelan

42

43-44

45

46

46 - 47

47

48 - 49

50

51

viii

Page 9: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

3.6 Instrumen Kajian

3.7 Limitasi Kajian

3.8 Kesimpulan

BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

52

53

54

4.1 Pengenalan 56 - 57

4.2 Penganalisaan Data

4.2.1 Borang Soal Selidik 58 - 71

4.2.1.1 BAHAGIAN A : KERJASAMA

4.2.1.2 BAHAGIAN B : SAMBUTAN

4.2.1.3 BAHAGIAN C : MATLAMAT LMS

4.2.1.4 BAHAGIAN D : KOLEKSI

4.2.1.5 BAHAGIAN E : PERANAN LMS

4.2.2 Temuduga

4.2.2.1 Sambutan Pengunjung Terhadap Pameran

4.2.2.2 Koleksi Parneran

4.2.2.3 Strategi Yang Digunakan Oleh LMS

4.2.2.4 Tujuan Dan Peranan LMS

4.2.2.5 Masalah Yang Dihadapi Oleh LMS

4.2.2.6 Perbadanan Atau Organisasi Lain Yang

Memainkan Peranan

72 - 78

4.2.3 Pemerhatian 79 - 81

ix

Page 10: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

4.3 Kesimpulan

BAB 5: CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

82 - 83

5.1 Pengenalan 85

5.2 Rumusan 86 - 87

5.3 Cadangan

5.3.1 Memberi kefahaman kepada masyarakat peranan

yang dibawa oleh LMS

5.3.2 Mengadakan seminar

88 - 90

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 91 - 92

5.5 Kesimpulan 93 - 94

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

LAMPIRAN

X

Page 11: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

ABSTRAK

Pengurusan Perolehan Sumber penting dalam menjayakan pameran. la dilakukan oleh Unit

Perolehan Koleksi yang bertanggungjawab mengambil dan memulangkan setiap koleksi yang

dipinjam ataupun disewa serta membuat pendaftaran terhadap setiap koleksi yang keluar

masuk dari muzium. Begitu juga dengan pengurusan perolehan sumber yang dibuat terhadap

pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda &... bersama kurator terlibat yang diadakan di Muzium

Sultan Alam Shah (MSAS) anjuran Lembaga Muzium Selangor (LMS) bersama-sama

Muzium Nurul A'Ala yang mempamerkan 100 artifak berkaitan jin dan hantu.

X1

Page 12: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

ABSTRACT

Acquisition management is very important to the success of an exhibition. This is done by the

collection acquisition unit which is responsible for taking and returning each collection

which has been borrowed and rented from the museum and registed in the collection. So it is

with the acquisition management done for the exhibition of'Misteri Jin, Hantu, Keranda &...

jointly with curator held at the Sultan Alum Shah Museum and orguni: ed by the Selangor

Museum Board in cooperation with Nurul A 'Ala Museum to display 100 artifacts related to

ghosts and genies.

xii

Page 13: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

BAB SATU

Page 14: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

BAB 1:

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Bab 1 adalah merupakan bab yang menjelaskan tentang bahagian

pengenalan dalam penyelidikan yang dilakukan. Dalam bahagian im, pengkaji

akan menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan pameran Misteri Jin, Hantu,

Keranda Dan ... yang telah dianjurkan oleh Lembaga Muzium Selangor (LMS) di

Muzium Sultan Alam Shah (MSAS), Shah Alam. Selain itu, pengkaji akan

memuatkan juga serba sedikit tentang kepentingan Unit Pengurusan Perolehan

Koleksi di MSAS, bahan pameran yang dipamerkan, tujuan pameran diadakan

clan akan menyentuh juga berkenaan dengan sejarah MSAS.

2

Page 15: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

1.1.1 Sejarah Muzium Sultan Alam Shah

Lembaga Muzium Selangor (LMS) terletak di dalam Muzium Sultan Alam

Shah (MSAS) yang bertempat di Pusat Bandar Shah Alam Selangor di Jalan

Persiaran Bandaraya dan telah dibuka dengan rasminya pada 02 September 1989.

Pembukaannya telah dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah Alhaj yang merupakan Sultan Selangor pada ketika itu.

Nama MSAS adalah bersempena dengan nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu

Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

MSAS merupakan sebuah muzium yang mempunyai tujuh balai parneran

tetap yang memaparkan pelbagai koleksi dan artifak berkaitan dengan sejarah,

budaya dan warisan ilmu kejadian di Negeri Selangor, balai tersebut ialah Balai

Sejarah, Balai Ilmu Kejadian, Balai Sukan, Balai Islam dan Balai Kebudayaan.

Walau bagaimanapun dua balai iaitu Balai Kesultanan dan Balai Menteri Besar

telah ditutup kepada orang ramai atas sebab kerja-keija naik taraf sedang

dilakukan. MSAS mempunyai tiga buah muzium daerah yang berada di bawahnya

iaitu Muzium Tanah di Gedung Raja Abdullah Klang, Muzium Daerah Sabak

Bernam dan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.

3

Page 16: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

LMS diwujudkan atas dasar lima objektif utama seperti yang berikut:

" Mengenalpasti dan mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan warisan

sejarah, kebudayaan, alam kemanusiaan dan alam semulajadi. Pengumpulan

bahan-bahan yang dibuat ini telah dijalankan dalam pelbagai cara antaranya: -

i. Pungutan dengan cara sengaja atau tidak sengaja.

ii. Pembelian dari pelbagai sumber.

iii. Pinjaman secara tetap atau sementara.

iv. Hadiah atau sumbangan.

v. Kerja-kerja lapangan (Ekskavasi).

" Menjalankan penyelidikan dan kajian secara terperinci mengenai sejarah,

kebudayaan, alam kemanusian dan alam semulajadi.

" Memulih dan memelihara secara sistematik dan saintifik warisan sejarah

(termasuk tanah, tapak tanah dan monumen bersejarah), warisan budaya dan

warisan semulajadi.

" Mendokumentasikan dan mempublisitikan hasil-hasil seperti tanah, tapak

tanah dan monumen bersejarah secara sisternatik.

" Menjadt pusat sumber rujukan dan sebagai satu prasarana dalarn bidang

industri pelancongan.

4

Page 17: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

1.1.2 Bahagian Pameran

Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda dan ... telah diadakan di tingkat B I

Muzium Sultan Alam Shah (MSAS) selama tiga bulan bermula pada harf Selasa 4

Julai 2006 sehingga 4 Oktober 2006 adalah merupakan anjuran Lembaga Muzium

Selangor (LMS) dengan kerjasama Muzium Nurul A'Ala yang diasaskan oleh

Encik Safuan Abu Bakar. Selain itu, terdapat juga perbadanan dan organisasi lain

yang terlibat secara tidak langsung iaitu antaranya seperti Setiausaha Kerajaan

Negeri Selangor (S. U. K), Jabatan Polls, Jabatan Muzium Malaysia (JMM),

Lembaga Pelancongan Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mufti

Selangor, Muzium Polls dan individu pemilik barangan mistik.

Pameran ini adalah khusus berkaitan dengan Jin, Hantu, Keranda dan

sesuatu yang aneh serta jarang diperoleh dan ditemui oleh manusia. Ketiga-tiga

komponen seperti jin, hantu dan keranda ini sentiasa menakutkan perasaan

manusia secara langsung atau tidak langsung sama ada yang kita sedan mahupun

tidak. Namun umumnya, masyarakat kita gagal memahami dan mengetahui

tentang ketiga-tiga perkara ini terutamanya yang berkaitan dengan sihir dan hantu.

Antara makhluk yang diparnerkan adalah kumpulan jin seperti Jenglot Jantan,

Jenglot Betina dan Jenglot Ular, jin yang ditangkap di dalam botol, jin yang

didakwa ditangkap ketika sedang meniduri wanita, Nyai Blorong (kepala inanusia

berbadan ular) dan Ikan Duyung yang telah ditangkap oleh Safuan bersama

kumpulannya dari sebuah tasik di Jawa Tengah Indonesia.

5

Page 18: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

Tujuan pameran ini diadakan adalah sebagai satu usaha untuk memberikan

informasi yang lebih bersifat ilmiah kepada pelawat yang berkunjung ke pameran

berkenaan dengan hal-hal yang melibatkan sihir, keranda dan kewujudan hantu.

Selain itu, pameran ini turnt menambahkan pengetahuan, pengalaman dan

memberikan kesedaran bagaimana ilmu hitam atau lebih dikenali sebagai sihir ini

dapat menyesatkan akidah dan akhlak manusia. Secara tidak langsung dapat

mendidik pelawat bahawa pentingnya kembali dan berpegang teguh kepada ajaran

agama.

1.1.3 Bahagian Unit Perolehan Koleksi

Dalam menjayakan sesebuah pameran di muzium, Unit Perolehan Koleksi

atau sumber memainkan peranan yang penting, bahagian mi akan

bekerjasama dengan kurator dan bahagian yang bertanggungjawab menjalankan

pameran bagi memperolehi koleksi sebagai bahan pameran, mi kerana bahagian

ini secara tidak langsung bertanggungjawab dalarn pengambilan, penerimaan,

penghantaran dan pendaftaran koleksi yang dipinjam mahupun disewa. Bukan itu

sahaja, bahagian ini. juga turut bertanggungjawab memastikan sernua koleksi telah

didaftarkan dan rekod tersebut berada dalam data simpanan muziurn di bawah

simpanan dan penyeliaan bahagian im, bagi memastikan tiada sebarang masalah

yang akan timbul apabila tibanya proses penghantaran dan pernulangan koleksi

selepas pameran selesai.

6

Page 19: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

1.2 Definisi Muzium

Muzium adalah merupakan salah satu badan atau organisasi yang

memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara khazanah

warisan budaya dan bangsa untuk dipamerkan kepada ganerasi baru dan juga

dipamerkan kepada masyarakat luar. la juga merupakan satu tempat untuk

menyimpan koleksi-koleksi barangan lama yang hampir pupus seperti artifak

yang ditemui kembali.

Menurut Kamus Dewan, muzium adalah merupakan "bangunan untuk

menyimpan, memelihara, mengkaji atau mempamerkan objek-objek yang

mempunyai nilai sejarah, seni dan saintifik" (Kamus Dewan Bahasa Dan

Pustaka Edisi Ketiga, 2002: 914).

Menurut satu sumber yang diperoleh daripada laman web pula

menyatakan "ICOM pada Mesyuarat Agongnya pada tahun 1974

menggariskan defanisi Muzium sebagai `Institusi bersifat tetap, tidak

mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan

perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi merawat,

menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan

dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitaran. "

(hup:; wNk'w. muziumsarawak/delinisimulium. htm)

7

Page 20: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas membuktikan bahawa muzium

adalah merupakan satu badan atau organisasi yang menyimpan pelbagai khazanah

warisan masyarakat. la bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu perkara sahaja

tetapi turut merangkumi pelbagai aspek termasuklah dalam mengekalkan dan

memulihara khazanah dan warisan negara seperti bahan arkeologi, monumen dan

tapak tanah bersejarah. Selain memainkan peranan dalam mempamerkan artifak,

muzium juga digunakan untuk tujuan hiburan dan pendidikan.

Daripada sumber yang diperoleh daripada laman web yang sama turut

menjelaskan bahawa "Perkataan `Muzium' yang diguna pakai pada masa kini

dipetik dari perkataan Inggeris. Bagaimanapun `Museum' dalam bahasa

Inggeris adalah berasal dari perkataan Yunani `Mouseion' yang membawa

maksud rumah suci `MUSE' iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi

lambang ilmu dan kesenian. "(http: //www. muZiumsaraNN'ak/dclinisimuziuin. htm)

Menurut sumber tersebut, istilah muzium yang telah digunapakai pada han

mi adalah merupakan perkataan yang telah diambil daripada istilah bahasa

Inggeris iaitu `Museum'. Perkataan im, sebenarnya adalah merupakan perkataan

yang berasal daripada perkataan Yunani `Mouseion' yang membawa maksud

rumah suci atau dikenali juga sebagai `MUSE' yang membawa maksud tuhan atau

kumpulan sembilan dewi lambang ih-nu dan kesucian.

8

Page 21: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

1.2.2 Definisi Hantu, Jin Dan Keranda

Apakah jin, hantu dan makhluk halus?, masyarakat umum tidak

mengetahuinya, baik kejadian dan juga wujudnya jin dan hantu. Tanpa disedari

komponen-komponen inilah yang berada bersama-sama kita di dunia ini. Apakah

benar hantu itu adalah sihir dari jin? Dan mengapakan jin dan hantu sering

menjadi tanda tanya. Hal-hal inilah yang dikupas dan diparnerkan di dalarn

pameran yang diadakan oleh MSAS.

Menurut Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia

"kewujudan hantu dipercayai oleh hampir semua umat manusia yang

mempercayai adanya tuhan. Secara umumnya, hantu merujuk kepada

kehidupan selepas kematian yang dikaitkan dengan jiwa atau roh yang

meninggalkan badan. Namun definisi adalah berbeza mengikut agama,

peradapan mahupun adat istiadat. "

Menurut behau lagi, "dalam islam hantu dikelompok sebagai jin yang

mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin dan

jin dikenali sebagai makhluk halus yang tinggal di alam lain. Bagaimanapun,

kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia kerana terdapatnya jin yang

membuat hubungan dengan manusia dan patuh terhadap manusia dengan

tujuan menyesatkan manusia dan merosakkan akidah serta hubungan sesama

manusia. Perhubungan ini dikenali sebagai `SAKA

(hum, ! id. \\ikipedia. org, wiki''I latuu).

9

Page 22: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

Manakala menurut petikan dari laman web Fauzynm dalam siri satu yang

bertajuk "Mengenali Alam Jin" telah menyatakan bahawa "jin berasal dari Jan

(bapak jin) dan gelaran Azazil. Jin yang diciptakan dari api biru dan telah

beramal selama puluhan ribu tahun" selain itu, menurut laman web ini jin

terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan"Jin Islam pula terbahagi

kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).

Manakala Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam ). Bentuk jin, Jin

adalah makhluk yang paling hodoh atau buruk, berbeza dengan manusia,

cantik dan lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan

jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai

sebarang bentuk malah manusia. (hup: //www. fäuz ni Y 11. t1"ipod. com).

Menurut sumber yang diperolehi dari laman web Fauzymn ini

menjelaskan bahawa asal usul jin adalah dari bapa jin iaitu Jan dan dikenali

dengan gelaran Azazil yang diciptakan daripada api biru dan telah beramal selama

beribu-ribu tahun. Sumber ini juga turut menjelaskan berkenaan dengan jenis jin

yang terdapat di muka bumi dan keadaan rupa bentuk jin yang hodoh dan boleh

menyerupai dalarn pelbagai bentuk . termasuklah manusia.

Keranda tidak dapat dipisahkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan

kematian dan penguburan. Keranda adalah satu bentuk media, tempat, alat dan

pengangkutan yang digunakan untuk rneletakkan jenazah dan membawanya ke

destinasi yang terakhir di dunia iaitu perkuburan. Secara global keranda

10

Page 23: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

mempunyai pelbagai bentuk tetapi tetap mempunyai satu fungsi. Kepelbagaian

dan variasi bentuknya bergantung kepada perbezaan agama, ras dan juga wilayah

(Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga, 2002).

11

Page 24: SURIVANTY BINTI AZMAN - UNIMAS Institutional Repository misteri jin, hantu, keranda dan...Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan

1.3 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian adalah bertujuan bagi memperlihatkan

sejauhmana bahagian pengurusan perolehan sumber ini dapat membantu dalam

menjayakan pameran yang diadakan bersama-sama dengan pihak yang terlibat

dalam pelaksanaannya serta pihak yang telah bekerjasama.

Selain itu juga tujuan kajian dibuat adalah untuk mendapatkan informasi

clan maklumat berkenaan dengan bahagian pengurusan perolehan sumber dalam

memperoleh bahan untuk dijadikan sebagai koleksi semasa sesuatu pameran

diadakan. Di samping mengetahui tentang langkah-langkah yang digunakan oleh

Lembaga Muzium Selangor (LMS) bagi memperoleh sumber-sumber dari

peringkat awal perancangan pameran dibuat sehinggalah kepada pameran beijaya

dijalankan.

Objektif khusus bagi kajian yang dijalankan ini adalah bagi

mendalamkan dan menambahkan lagi pernaharnan serta pengetahuan tentang

pengurusan yang telah dilakukan LMS bagi mendapatkan bahan-bahan dan

sumber-sumber yang diperlukan dalam menjayakan pameran yang dijalankan.

Seterusnya pengkaji juga berharap agar kajian yang telah dilakukan ini akan

dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh generasi yang akan datang agar

mereka dapat mengetahui bagairnana cara pengurusan perolehan sumber

dilakukan sebelum sesebuah pameran dijalankan oleh pihak penganjur.

12