surat pekeliling mykb

Upload: tiey-raa

Post on 08-Jul-2015

155 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PEKELILING PESURUHJAYA SUKAN BIL 1/2008 MAKLUMAT YANG KENA DIBERI OLEH BADAN SUKAN (MYKB)

PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN

SURAT PEKELILING PESURUHJAYA SUKAN BILANGAN 1/2008 GARIS PANDUAN BAGI MENGEMUKAKAN MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKB) OLEH BADAN SUKAN 1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini menggantikan Surat Pekeliling Pesuruhjaya Sukan Bilangan 2/1998. 1.2 Menetapkan kaedah bagi mengemukakan maklumat yang kena diberi oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Menetapkan supaya semua badan sukan menjalankan Mesyuarat Agung pada tiap-tiap tahun walaupun didalam perlembagaan masing-masing memperuntukan dwi tahunan, 3 tahun sekali atau 4 tahun sekali.

1.3

2.

MAKLUMAT YANG KENA DIBERI 2.1 MYKB adalah maklumat wajib dikemukan oleh semua badan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Maklumat yang wajib dikemukakan ke Pejabat ini ialah:2.1.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa/Majlis yang menetapkan serta bersetuju dengan tarikh,masa, tempat dan lain-lain tetapan mengenai Mesyuarat Agung Badan Sukan; (Lampiran A) Senarai nama pemegang jawatan utama dan ahli-ahli jawatankuasa dengan mencatatkan jawatan, nama, nombor kad pengenalan, tempat lahir, alamat rumah,pekerjaan, nombor telefon bimbit dan nama serta alamat majikan; (Lampiran B) Minit Mesyuarat Agung yang mengandungi tarikh dan tempat mesyuarat, senarai ahli-ahli berdaftar yang hadir serta keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa dan Laporan Aktiviti pertandingan,latihan,kursus,seminar dan lain-lain. (Lampiran C)

2.1.2

2.1.3

2.1.4 Penyata Kewangan yang diaudit serta butir-butir mengenai share /bon/simpanan tetap/harta takalih yang dipunyai oleh badan sukan,jika ada, sertakan juga salinan geran atau surat hakmilih yang sah sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat yang telah diberi terdahulu. 2.1.4.1 Badan Sukan Kebangsaan perlu mengemukakan Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang telah diaudit oleh Juruaudit bertauliah yang dilantik dalam Mesyuarat Agung. (Lampiran D) Badan Gabungan/Kelab perlu mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang telah diaudit oleh Juruaudit dalam yang dilantik dalam Mesyuarat Agung. (Lampiran D 1)

2.1.4.1

2.1.5

Nama dan alamat badan sukan/kelab sukan, yang mana persatuan/kelab ini menjadi ahli gabungan; (Lampiran E)

2.2

Badan Sukan yang mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Mesyuarat Agung Khas wajib mengemukakan laporan mesyuarat berkenaan seperti berikut:2.2.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa atau Majlis yang menetapkan tarikh,masa dan tempat Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Mesyuarat Agung Khas; 2.2.2 Minit Mesyuarat Agung Luar Biasa/Mesyuarat Agung Khas; 2.2.3 Senarai kehadiran yang mengandungi nama ahli dan nombor kad pengenalan.

3.

PELAKSANAAN 3.1 Kaedah mengemukakan maklumat yang kena beri adalah tertakluk kepada peraturan berikut:3.1.1 Menghantar maklumat yang kena diberi bagi Mesyuarat Agung Tahunan dengan menggunakan

Borang PT 1 dalam tempoh 30 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (Lampiran F) 3.1.2 Menghantar maklumat yang kena diberi bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Mesyuarat Agung Khas dengan menggunakan Borang PT 2 dalam tempoh 30 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (Lampiran G) 3.2 Tiap-tiap dokumen yang dikemukan hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama badan sukan dengan mereka mengaku saksikan sedemikian pada muka akhir setiap salinan. Nama dan jawatan yang dipegang jawatan berkenaan hendaklah ditaip atau ditulis dalam huruf besar dengan jelas dibawah atau disebelah tandatangan mereka. Badan-badan sukan adalah dinasihatkan supaya mematuhi tetapan, tarikh dan agenda Mesyuarat Agung seperti terkandung dalam Perlembagaan masing-masing. MENGEMUKAKAN MAKLUMAT

3.3

4. TINDAKAN KEGAGALAN YANG KENA DIBERI 4.1

Pesuruhjaya Sukan boleh menggantung atau membatalkan Pendaftaran badan sukan jika Pesuruhhjaya berpuashati bahawa badan sukan itu gagal mengemukakan Maklumat Yang kena Diberi dalam tempoh 30 hari dari tarikh Mesyuarat Agung tanpa sebab yang munasabah.

5.

PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA 5.1 Garispanduan ini adalah terpakai kepada semua badan sukan yang berdaftar dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Kuatkuasa garis panduan ini adalah mulai tarikh Surat Pekeliling ini dikeluarkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

( TAN SRI DATO ELYAS OMAR ) Pesuruhjaya Sukan Malaysia

2 April 2008